Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya 11 Ogos
Harakahdaily, | 24 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya pada 11 Ogos ini bermula jam 2 petang hingga 8 malam di Kediaman Rasmi MB Selangor, Shah Alam sebagai medan pemantapan peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan.
Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, DPPM berbesar hati menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, alumni-alumni kampus dalam dan luar negara, bersama-sama seluruh kepimpinan Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan serta ahli parlimen dan Adun Pemuda PAS untuk hadir dalam program yang penuh bermakna itu sebagai kesinambungan daripada siri-siri Xpresi Anak Muda bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.
Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar), program itu akan memberi penumpuan terhadap aspek peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di samping wadah untuk alumni dan profesional muda berdialog dan memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto yang bakal ditawarkan.
“Program ini turut memberi ruang kepada golongan profesional muda membina jaringan dan maklumat mengikut bidang kepakaran yang diperlukan dalam agenda mengisi kemenangan kelak, selain platform untuk alumni dan profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi,” ujarnya.
Antara agenda menarik pada program itu adalah sesi “Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto PAS” yang akan menampilkan beberapa profesional muda dari bidang syariah, ekonomi, undang-undang, kesihatan, sains dan teknologi, pendidikan, budaya dan kesenian dalam dan luar negara, melontarkan harapan dan cadangan akhir terhadap tawaran Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya yang berkaitan kepentingan dan kebajikan anak muda.
Seterusnya, kata beliau peserta turut berpeluang berdialog secara langsung bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam slot “Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang”.
“Majlis penutup Xpresi akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Profesional Muda, serahan infaq dan ikrar pilihanraya oleh alumni dan professional muda, seterusnya majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pusat dan Pemuda PAS,” tambahnya.
Program itu, jelasnya terbuka kepada peserta muslimin dan muslimat dan boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara.
Katanya, pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian berikut, http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.
“Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak,” ujar Khairul Faizi.
Sumber HD : 24/07/2012

Profesional muda dijemput ke program 11 Ogos ini
Harakahdaily, | 07 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, graduan dalam dan luar negara untuk menghadiri program 'Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya' pada Sabtu, 11 Ogos ini.
Program ini akan berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.
Pendaftaran bermula jam 1 petang, disusuli dengan aktiviti Xpresi dan dijadualkan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Program ini sebagai medan pemantapan peranan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan.
"Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak, insyaAllah," kata ketuanya Nasrudin Hassan.
Bertemakan agenda 'Maknakan Kemenangan', program ini akan memberi penumpuan terhadap peranan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
Ianya juga sebagai wadah kepada golongan profesional muda membina jaringan mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi, antaranya Presiden PAS, AJK PAS Pusat, EXCO Pemuda, Ameerah, serta beberapa NGO badan professional.
Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia, Sdr Hamdan (019-2106004) dan Sdr Muhammad (019-3303236).
Promo : http://www.youtube.com/watch?v=pYw0jEavx00&feature=g-upl
Sumber HD : 7/08/2012

Kebangkitan pemuda mendepani pilihan raya
Ustaz Yusmi Haniff Ariffin, | 08 Ogs 2012 |
Pemuda digambarkan sebagai unsur kekuatan dan menjadi tiang seri kepada pembangunan umat. Pemuda Islam bukan setakat mampu menghadapi gelodak cabaran namun terpikul dipundaknya risalah Islam yang merupakan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan risalah Al-Quran. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya, maka sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (al- Kahfi : 13)
Justeru,peranan pemuda Islam dalam Parti Islam Se-Malaysia amat ditagih bagi merealisasikan kemenangan Parti Islam pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Kemenangan Parti Islam di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti di Mesir dan Tunisia adalah berpunca daripada kekuatan pemuda yang mendokong dan menegakkan Islam. Saya ingin gariskan secara ringkas kekuatan-kekuatan yang wajib dimiliki oleh semua pemuda mujahid Islam ini agar menjadi pedoman dan panduan dalam mendepani pilihan raya yang semakin mendekati kita.
Antara kekuatan yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
Pertama: Niat yang ikhlas kepada Allah Taala
Pengorbanan yang ikhlas kepada Allah Taala tidak akan mengharapkan imbuhan dan balasan duniawi tetapi akan mengharapkan keredhaan Ilahi. Pengorbanan yang ikhlas tidak mengharapkan keuntungan kebendaan, pangkat dan kedudukan tetapi mengharapkan keuntungan ukhrawi yang dijanjikan oleh Allah Taala iaitu syurga yang abadi. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah Dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (at-Taubah : 111)
Marilah kita mencontohi keikhlasan para sahabat yang tidak mengharapkan sebarang keuntungan duniawi dalam berjuang. Kisah para sahabat seperti Musab bin Umair, Suhaib ar-Rumi yang ditawarkan sama ada ingin memilih harta atau ikut berjuang bersama nabi oleh musuh-musuh Allah menjadi sumber kekuatan dan panduan kepada kita. Kisah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud lantaran mengejar habuan dunia di depan mata dengan sanggup menggadaikan amanah dan tanggungjawab kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW menjadi pengajaran yang sangat berharga kepada kita sebagai mujahid Islam. Semoga kita terselamat dari tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan.
Kedua: Kekuatan dalam memahami sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.
Pemuda-pemuda harus belajar, memahami dan menghayati sejarah hidup Rasulullah sebagai panduan dalam berjuang dan urusan hidupnya. Mereka sepatutnya melihat sedalam-dalamnya kekuatan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dan generasi sahabat, namun akibat kecuaian umat Islam suatu ketika dahulu, pemuda-pemuda lebih mengetahui sejarah barat. Malah memalukan kerana mereka mengenali Napoleon lebih baik berbanding Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak mengetahui melainkan kekejaman Islam dan terpesona dengan peradaban Barat. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzab ayat 21)
Bermula nabi dibangkitkan sehinggalah nabi wafat, baginda tidak pernah berehat daripada menyerahkan seluruh kehidupan baginda kepada menegakkan Islam. Sikap pengorbanan yang tinggi ini telah membawa kepada penyertaan Rasulullah SAW dalam 28 siri peperangan. Rasulullah SAW bukan sekadar memberi arahan dan melihat dari jauh peperangan yang berlaku tetapi Rasullullah SAW jugalah yang memimpin dan berada dalam barisan paling hadapan. Begitulah sepatutnya yang wajar kita contohi, iaitu bukan hanya pandai memberikan cadangan dan kritikan tetapi turut sama terlibat mendokong dan menggerakkan semua aktiviti serta program yang menuntut kebersamaan. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff : 4)
Ketiga: Kekuatan Bersatu Kerana Islam
Pemuda-pemuda Islam yang berkefahaman jitu dan sanggup bekerja untuk Islam seharusnya bertanggungjawab untuk saling bantu membantu sesama pekerja Islam dan sama-sama berusaha untuk mengembalikan keagungan Islam dan memenangai PRU 13 ini. Tugas ini amatlah berat dan cita-cita ini tidak akan tercapai sekiranya pemuda-pemuda Islam bergerak secara bersendirian. Islam memerlukan pekerja yang bergerak secara berkumpulan dan jiwa pekerjanya diikat dengan tali kasih sayang dan ukhuwwah walaupun terdapat perbezaan corak kerja antara kelompok-kelompok Islam.
Sekiranya Umno mampu untuk bersatu menentang PAS,kenapakah petugas-petugas Islam tidak mampu berganding bahu dan saling bantu membantu serta bahu membahu untuk melaksanakan tanggungjawab siasah dan dakwah ini ?
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Jika kamu (orang-orang Islam) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (al-Anfal : 73)
Wahai pemuda-pemuda Islam jangan sampai kedapatan diantara kita yang sering memberi alasan dan sebab tidak turut serta dalam setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan.Sebahagian kita sering memberi alasan pekerjaan,keluarga dan kekangan masa untuk tidak bersama.Ingatlah sekiranya kita memberi seribu alasan sedangkan saudara kita yang lain sibuk berhempas pulas pada setiap ketika berada di medan perjuangan.Persoalannya adilkah kita dan layakkah kita mendabik dada mengaku berjuang bersama tetapi tidak dalam bekerja dan berkorban? Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Surah at-Taubah:24)
Keempat: Kekuatan Beramal Dengan Islam
Pohon yang rendang tidak bermanfaat seandainya tidak mengeluarkan buah. Begitulah perumpamaan seorang yang berilmu tetapi gagal beramal dengan ilmunya. Janganlah pemuda Islam menjadi bahan tempelakan Allah seperti Allah menempelak bangsa-bangsa terdahulu yang menerima kitab samawi dan mereka belajar tentangnya tetapi tidak dengan ajaran yang dipelajarinya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang dipikul ke atas mereka Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak beramal dengan kandungannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (al Jumu’ah : 5)
Dakwah Islamiah lebih cepat tersebar melalui qudwah yang baik yang terpancar melalui akhlak dan perilaku umat muslimin. Seandainya pemuda Islam gagal untuk beramal dengan ajaran Islam yang telah dipelajari dan difahaminya, maka usaha penyebaran dakwah akan terbantut. Islam amat indah jika dibaca di dalam buku tetapi dek kerana kesilapan penganutnya yang enggan beramal dengan ajaran Islam secara total maka tampaklah keburukan umat Islam.
Amat menyedihkan umat Islam kini tatkala mendengar kata-kata seorang Barat yang baru menganut agama Islam; “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengenalkan aku kepada Islam sebelum aku mengenali orang-orang Islam”.
Dalam berhadapan dengan pilihan raya semakin hampir ini, kita disaran supaya mendekati masyarakat dengan mempamerkan nilai akhlak yang baik dan mulia. Menggunakan segala kemahiran yang dipunyai seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, teknologi atau sebagainya untuk merealisasikan misi dakwah dan siasah. Perlihatkan kepada mereka bahawa pemuda PAS adalah pemuda yang bersedia dan mampu untuk memimpin dan membimbing golongan muda sekiranya kita diberi mandat untuk memerintah.
Inilah empat kekuatan yang mesti dilangsaikan oleh pemuda PAS untuk memastikan kemenangan PRU yang ke-13 ini. Kita sepatutnya memeriksa setiap kekuatan ini wujud di dalam diri. Adakah semua tuntutan ini sudah dihadami dan ditunaikan ataupun sebaliknya?. Berbanggalah kita semua tatkala hari kemenangan Islam tiba dan kita merupakan penolong agama Allah. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan pada hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah. Dia yang menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Pengasih.” (ar- Rum : 4-5)
Semoga kita menjadi batu bata kepada binaan Islam, pewaris generasi Solahuddin al-Ayyubi. Takbir!
Ustaz Yusmi Haniff Ariffin merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang
Sumber HD : 8/08/2012

Ameerah gesa wanita muda sertai Xpresi Sabtu ini
Harakahdaily, | 08 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat turut mempelawa seluruh anak muda Malaysia untuk ke Program Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya bertemakan “Maknakan Kemenangan”, Sabtu ini.
Pengerusi Ameerah, Faridah Samad berkata, golongan wanita muda harus mengambil peluang ini untuk memberikan saranan, berdiskusi terhadap polisi dan manifesto PAS serta Pakatan Rakyat demi mengisi dan memaknakan kemenangan.
"Peranan golongan profesional menentukan jatuh bangun negara sememangnya signifikan sejak dahulu lagi. Ameerah dalam mendekati golongan profesional di kalangan wanita muda mendapati rata-rata mereka telah siap bagi mengisi kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13.
"Kita dapat lihat dengan begitu jelas kebangkitan golongan muda yang inginkan perubahan sudah tidak dapat ditahan-tahan. Di kalangan mereka adalah golongan profesional yang sebahagian besar adalah kaum wanita," katanya dalam satu kenyataan.
Program itu akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 11 Ogos di Kediaman Rasmi MB Selangor, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.
Pendaftaran bermula jam 2 petang, disusuli dengan aktiviti Xpresi dan dijadualkan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama Presiden PAS.
Anak muda beperluang memberikan saranan, berdiskusi terhadap polisi dan manifesto PAS serta Pakatan Rakyat demi mengisi dan memaknakan kemenangan.
Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.
Xpresi boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara.
Cernaan idea yang bersifat “bottom up”, bakal merancakkan wacana Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya.

Anak muda sedia galas amanah, isi kemenangan
Syahir Sulaiman, | 10 Ogs 2012 |
Setiap profesional muda yang punyai idealism, kepakaran dan hasrat untuk membangun Negara Berkebajikan sewajarnya tidak melepaskan peluang mengikuti program ‘Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya’ yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 11 Ogos bermula jam 1 petang, bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, program ini dilihat amat bertepatan dengan iklim politik negara semasa yang menatijahkan kesedaran dan kebangkitan rakyat, khususnya kelompok anak muda, yang mengharapkan bentuk bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik di Malaysia.
Pemuda PAS melihat PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia, tatkala BN mahu merampas kembali majoriti 2/3 di parlimen, di samping lanskap politik semasa yang tidak menentu, khususnya peranan pihak media yang rancak memainkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat, di samping pertambahan komposisi pengundi muda yang dianggarkan mencecah 52% jika parlimen dibubarkan pada suku pertama 2013.
Pemuda PAS yakin bahawa PRU-13 ini bakal menjadi medan pertembungan polisi oleh setiap parti politik yang bertanding untuk mengemukakan gagasan dasar dan program yang mampu menarik sokongan pengundi, khususnya dalam memperbaiki masalah sosio-ekonomi rakyat bawahan di samping kebimbangan terhadap dayatahan ekonomi negara yang menanggung beban hutang yang kian meningkat, hasil daripada pemborosan dan salah urus tadbir kewangan oleh pemimpin negara.
Agenda pembaharuan ini, yang boleh dibahagikan kepada aspek penambahbaikan (corrective) dan penyusunan-semula (restructuring) sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kepakaran dari semua peringkat penggubal dasar dan pelaksana polisi, khususnya di kalangan profesional muda.
Pemuda PAS berbangga untuk menyediakan generasi muda yang kompeten dan amanah di kalangan ilmuwan, cendekiawan, profesional, pendidik dan aktivis sukarelawan, yang tekun dan dedikasi membina kepakaran dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Walaupun pendirian politik tidak dapat dizahirkan atas faktor amalan demokrasi yang tidak sihat di Malaysia, namun ia tidak pernah melunturkan semangat dan tekad untuk memberi sumbangan dalam agenda membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.
Justeru, Pemuda PAS mengalu-alukan kehadiran seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, teman-teman graduan dalam dan luar negara, muslimin dan muslimat, untuk menghadiri program “Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya” sebagai medan pemantapan peranan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan.
Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak, insyaAllah.
*Penulis adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 10/08/2012

Waspada fitnah CybersTroopers Umno
Hazayani Zakaria, | 12 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: Pemuda PAS menyifatkan unit media baru parti itu sebagai berkesan sehingga Umno BN terpaksa mewujudkan unit perang siber mereka atau Cyber Troopers untuk menyerang PAS dan Pakatan rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, daripada maklumat unit media baru PAS ternyata sampai kepada sasaran sehingga cyberTroopers Umno terpaksa membuat serangan di alam maya.
"Apabila mereka terpaksa menggunakan cyberTroopers untuk menyerang atau bertindak cepat ke atas semua kenyataan kita (PAS), ini menujukkan media baru kita berkesan.
"Umno terdesak selepas stesen tv dan akhbar mereka tidak lagi mampu mempengaruhi fikiran rakyat dan mereka terpaksa pergi ke media baru," kata beliau pada sidang media di program Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya di kediaman Menteri Besar Selangor, dekat sini semalam.
Namun Nasrudin mengingatkan anak muda PAS agar tidak leka sebaliknya sentiasa berwaspada dengan fitnah dan tuduhan yang dibuat CyberTroopers Umno.
"Saya ingatkan anak muda supaya kita tidak memandang ringan kepada gerakan cyberTroopers Umno BN.
"Bukan sahaja kepada cyberTroopers tapi kepada apa jua keadaan dan apa jua sudut kita tida boleh meletakkan diri kita selesa berdepan dengan tindakan-tindakan jahat Umno BN," katanya.
Profesional muda bersama PAS
Sementara itu, mengulas mengenai sambutan golongan profesional muda terhadap program tersebut, Nasrudin berkata ia menunjukkan momentum sokongan golongan itu terhadap PAS.
"Hari ini terbukti ramai profesional bersama PAS dan bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing untuk kita mengambil alih Putrajaya," katanya.
Tambah beliau lagi, PAS sentiasa terbuka dan memberi ruang kpada golongan profesional muda untuk bersama-sama memberi sumbang saran demi kemajuan parti.
"Hari ini penglibatan golongan muda dalam pembuatan polisi parti semakin menyerlah dan ini membuktikan PAS sentiasa meraikan profesional muda," katanya.
Seramai 520 profesional muda menghadiri program bertemakan Memaknakan Kemenangan itu yang diisi dengan sesi dialog dan wacana berhubung Negara Berkebajikan PAS.
Sumber HD : 12/08/2012

Pemuda PAS kumpul RM50,000 dari profesional muda
Abdul Hadi Ghazali, | 13 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: Sejumlah RM50,000 berjaya disumbangkan oleh para profesional muda PAS yang berhimpun dan mengikuti program ‘Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya’ Sabtu lepas.
Program yang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam itu berjaya menghimpunkan 600 orang profesional muda.
Di samping lebih 500 peserta di kalangan muslimin dan muslimat yang hadir berhimpun di Shah Alam, program penuh bersejarah ini turut diikuti oleh hampir 100 peserta di luar negara, Sabah dan Sarawak secara ‘live video-conferencing’.
Antaranya dari Dublin, Manchester, Lancaster, Dubai, Miri, Bintulu, dan Kota Kinabalu, di samping saluran ‘live audio- streaming’ yang diikuti secara langsung di lebih 50 lokasi serata dunia.
Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, program ini dilihat amat bertepatan dengan iklim politik negara semasa yang menatijahkan kesedaran dan kebangkitan rakyat, khususnya kelompok anak muda, yang mengharapkan bentuk bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik di Malaysia.
Pemuda PAS melihat PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia, tatkala BN mahu merampas kembali majoriti 2/3 di parlimen.
Di samping lanskap politik semasa yang tidak menentu, khususnya peranan pihak media yang rancak memainkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat, pertambahan komposisi pengundi muda yang dianggarkan mencecah 52% jika parlimen dibubarkan pada suku pertama 2013 juga memberikan makna yang besar.
Di dalam ucapan perasmian, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyeru seluruh profesional muda membina kepakaran demi agenda mengisi kemenangan pasca PRU-13.
Beliau merujuk kejayaan teman-teman profesional muda di kalangan Ikhwanul Muslimin berjaya memastikan peralihan kuasa di bumi Mesir pasca regim Hosni Mubarak berjalan dengan baik mengikut acuan Islam.
Ustaz Nasrudin Hassan turut mengingatkan profesional muda yang hadir bahawa PRU-13 ini bakal menjadi medan pertembungan polisi oleh setiap parti politik yang bertanding untuk mengemukakan gagasan dasar dan program yang mampu menarik sokongan pengundi.
Ia memberikan fokus kepada memperbaiki masalah sosio-ekonomi rakyat bawahan di samping kebimbangan terhadap dayatahan ekonomi negara yang menanggung beban hutang yang kian meningkat, hasil daripada pemborosan dan salah urus tadbir kewangan oleh pemimpin negara.
Justeru, golongan profesional muda perlu mempersiapkan diri dalam menggalas agenda penting ini, kata Nasrudin.
Beliau menambah, agenda pembaharuan ini, yang boleh dibahagikan kepada aspek penambahbaikan (corrective) dan penyusunan-semula (restructuring), sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kepakaran dari semua peringkat penggubal dasar dan pelaksana polisi, khususnya di kalangan profesional muda.
Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas penganjuran program ini, dan dengan penuh yakin menzahirkan bahawa Pemuda PAS dan Ameerah bersedia melahirkan generasi muda yang terbaik.
Berdasarkan sambutan yang di luar jangka, Pemuda PAS sudah mengatur tindakan selanjutnya hasil daripada Xpresi ini, antaranya mengemaskini kumpulan pakar (expert group) di kalangan profesional muda.
Ia bakal dibuat secara lebih sistematik, penyaluran kepakaran profesional muda untuk Pimpinan dan Ahli Parlimen PAS, serta penganjuran diskusi serta wacana polisi dalam agenda mempersiapkan anak muda mengisi dan memakna kemenangan di Putrajaya, insyaAllah.
Ekoran kejayaan mereka menyumbangkan RM500,000 untuk PAS, ia dilihat sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam menjayakan misi PAS dan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, seterusnya sebagai simbol kebersamaan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan kelak.
Rata-rata peserta yang ditemui teruja dan berpuasa hati dengan mutu penganjuran dan pengisian Xpresi Profesional Muda ini.
Saudara Ir Nazim Khir yang merupakan jurutera bertauliah berkata, “Walaupun pendirian politik kami tidak dapat dizahirkan atas faktor amalan demokrasi yang tidak sihat di Malaysia, namun ia tidak pernah melunturkan semangat dan tekad kami untuk memberi sumbangan berdasarkan kepakaran masing-masing dalam agenda membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.”
Pandangan beliau turut disokong Dr Ghazali Abdullah yang merupakan seorang pakar perubatan yang menyebut, “Program ini berjaya memberi peluang kepada profesional muda yang berjiwa besar berinteraksi secara ‘menegak’ (vertikal ) untuk meluahkan pandangan, idea dan kritikan terhadap pimpinan pemuda dan pusat, di samping ruang interaksi ‘mendatar’ (horizontal) untuk kami profesional muda ini, saling berkenalan membina jaringan (networking) dari profesion yang pelbagai.”
Di akhir Xpresi tersebut, para profesional muda melafazkan ikrar sokongan demi menjayakan misi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13, seterusnya berjanji untuk berperanan aktif dalam usaha mengisi dan memakna kemenangan, selaras dengan agenda membangun Negara Berkebajikan.
Tokoh-tokoh
Bersempena program ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berbesar hati mengiktiraf sumbangan dan jasa tokoh-tokoh profesional tanahair di atas kepakaran dalam profesion yang diceburi di samping menghargai jasa dan bakti besar yang ditabur terhadap agama dan negara.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu. Anugerah – anugerah tersebut adalah:
Anugerah Tokoh Profesional Muda - dianugerahkan kepada Dr Sufyan Hassan bagi menghargai kepakaran dan jasa beliau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan gagasan polisi negara;
Anugerah Tokoh Profesional Harapan - dianugerahkan kepada Dr Syed Khalid yang telah menempa nama dalam bidang perubatan dan sukarelawan, dalam dan luar negara.
Anugerah Tokoh Profesional Antarabangsa - dianugerahkan kepada Ir Jufri Bade di atas kejayaan beliau menempa kepakaran di bumi Eropah dan peranan beliau dalam membina komuniti rakyat Malaysia di Eropah.
Anugerah Tokoh Profesional Terbilang – dianugerahkan kepada Almarhum Tan Sri Professor Ameritus Ahmad Ibrahim di atas sumbangan besar beliau yang terpahat dalam sejarah perundangan dan dasar pentadbiran negara, di samping jasa beliau dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan yang tiada tandingan.
Anugerah Tokoh Profesional Tarbiah – dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Yahya Othman di atas usaha gigih dan jasa beliau yang amat besar dalam mendidik, mengasuh dan mentarbiah generasi dai’e yang bertebaran di Malaysia dan seluruh dunia
Di dalam ucapan penutup, Haji Mohamad Sabu menyeru para profesional muda, mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dalam menjayakan misi mencapai kemenangan dalam PRU13 dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha mengisi kemenangan mengikut acuan Negara Berkebajikan.
Beliau turut memuji Pemuda PAS di atas penganjuran program yang sangat baik ini, dan melahirkan keyakinan beliau bahwa PAS mempunyai masa depan yang sangat cerah, hasil dokongan generasi muda yang punyai idealism, kepakaran dan tekad untuk membangun Negara Berkebajikan.
Sumber HD : 13/08/2012

Haneef NGO baru kumpul profesional muda ekonomi
Harakahdaily, | 15 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini telah melancarkan penubuhan NGO baru Halaqah of Young Professionals in Management, Economics and Finance (Haneef) dalam usaha mengumpul profesional muda dalam bidang ekonomi, kewangan dan pengurusan dalam PAS.
Majlis pelancaran itu telah disempurnakan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sempena program Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya yang berlangsung Ahad lalu di pusat konvensyen antarabangsa di Kuala Lumpur.
“Kelahiran Haneef pada hari ini adalah amat bertepatan dengan tuntutan semasa dan ia juga adalah kesinambungan kepada penubuhan beberapa NGO profesional yang telah bertapak lebih awal dan memberi khidmat kepada masyarakat, khususnya dari bidang syariah, perubatan, dan undang-undang.
"Semoga ianya dikira sebagai sebahagian amal Islami yang melengkapi agenda perjuangan suci ini”, ujar beliau.
Haneef diterajui Presiden Protem Syahir Sulaiman dan kini lebih 80 orang profesional telah mendaftar sebagai ahli NGO itu.
Menurut Syahir, untuk masa terdekat Haneef akan menumpukan kepada aspek keahlian dan pembinaan kompetensi sesama ahli, seterusnya diharapkan mampu membawa gagasan polisi alternatif di samping menawarkan khidmat komuniti kepada masyarakat.
Dengan pelancaran Haneef, ia kini menjadi wadah kepada profesional muda ekonomi dan kewangan untuk berinteraksi dan menyumbang bakti ke arah usaha menegakkan keadilan ekonomi di Malaysia.
Dalam program itu juga, dua tokoh ekonomi telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Ke Arah Pelaksanaan Sistem Ekonomi Berkebajikan di Malaysia", iaitu Dr Rosli Yaakop dan Ustaz Zaharuddin Muhammad.
Kedua-dua mereka juga turut dilantik sebagai Felo Penasihat kepada Haneef.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-1-2013
(Antara peserta dan pemimpin yang berkumpul)
MARANG: Hampir 500 profesional muda berkumpul di Qurrata Inn Riverside Resort bagi membincangkan sumbangan mereka kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.
Program anjuran Dewan Pemuda PAS itu turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
(Ustaz Hadi yang memberikan uacapan penting untuk golongan profesional ini)
Tuan Guru Abdul Hadi telah memberikan amanat dan panduan kepada mereka bagi mempastikan perjuangan Islam di negara ini terus diterima rakyat.
Program yang di namakan Xpresi Profesional Muda 2.0 hari ini berlangsung dengan jayanya.
Ia disertai oleh para jurutera, doktor, akauntan, peguam dan pelbagai profesion lagi yang bersedia memberikan komitmen untuk membantu rakyat.
Turut berucap adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kanan).
Kejayaan mengumpul mereka membuktikan komitmen golongan profesional untuk mempastikan agenda pembangunan Terengganu selepas pilihan raya umum berjalan dengan baik.
Antara program besar yang dicadangkan PAS jika menang PRU ini adalah membina lebuhraya pesisir pantai dari Kemaman ke Besut.
Lebuhraya ini bakal mempunyai lima pusat hentian pelancongan yang akan dijadikan pusat pertumbuhan baru untuk negeri Terengganu.
Ia juga disasarkan bakal menghasilkan 17,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu.
500 profesional muda berkumpul bincang bantu PAS
Harakahdaily, | 24 Feb 2013 |

Sumber HD - 24-2-2013
No comments:
Post a Comment