Himpunan seniman bantu Lebuhraya Rakyat
Razali Endun, | 04 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu akan mengadakan perhimpunan seniman dan artis untuk membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.
Himpunan ini akan diadakan pada 6 Julai di Dewan Besar KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.30 malam.
Inilah julung-julung kali program seperti ini dianjurkan oleh Paksi yang teruja dengan saranan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memohon supaya rakyat jelata turut terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Rakyat ini.
Himpunan ini bertujuan untuk mengutip derma pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.
Himpunan yang bertemakan 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat' akan diisi dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk deklamasi sajak, lagu puisi, pantun seloka selain ceramah.
Jualan dan lelongan lukisan dan buku juga akan diadakan pada malam tersebut.
Beberapa orang tokoh sasterawan dan artis terkenal telah bersetuju hadir untuk menjayakan hasrat murni ini.
Antara mereka ialah SN. Datuk A. Samad Said, Dinsman, Pyanhabib, HMS Abu Bakar, Rahamad Haron dan beberapa tokoh lain.
Di kalangan artis dan pelakon penyanyi Wan Aishah, Bob Lokman, Leman Raja Lawak akan turut sama menjayakan program ini.
Turut sama nanti ialah pelakon Hairi Othman dan Zulkifli Ismail.
Tokoh politik yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa yang mewakili kerajaan Kelantan.
Hasil kutipan malam itu dijangka akan diserahkan oleh Pengerusi PAKSI, Dinsman kepada Husam Musa dalam bentuk, mock cheque.
Rakyat disaran supaya datang beramai-ramai menghadiri program ini sambil berhibur sambil menderma.
Bawalah kawan-kawan, sahabat andai, keluarga dan teman-teman datang bagi menjayakan usaha murni yang dianjurkan oleh para Seniman.
"Jangan lupa bawa duit untuk menderma. Ini saham Akhirat," kata Cikgu Ishak Surin, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu.
Sumber HD : 4/07/2012
MALAM KEINSAFAN BERSAMA SELEBRITI ABBY
ABADY: 17 JUN 2012 DI KERDAU, PAHANG.
UNDANGAN : USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI (KETUA DPPM)
MODERATOR : USTAZ KAMAL SHAARI ( AJK DPPM)
http://www.youtube.com/watch?v=feMg3Ji7QgQ

SEMBANG TAZKIRAH RAMADHAN:
SELEBRITI UNDANGAN : ABBY ABADY
MODERATOR : USTAZ WAN JEFFRY
TARIKH : ISNIN - 23 JULAI 2012
MASA : SEUSAI SOLAT TORAWIH
TEMPAT DAN PENGANJUR :
SURAU ASY SYAKIRIN, SEKSYEN 1, BANDAR MAHKOTA CHERAS.
AHLI JEMAAH DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.
Pengerusi Maahad, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program itu dirancang dengan tujuan mengumpul dana untuk pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.
Ini, katanya kerana pengurusan bulanan Maahad menjangkau RM25,000 sebulan dengan mengharapkan sumbangan masyarakat dan juga badan-badan korporat.
Menurutnya, program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 10 malam itu mensasarkan peserta dari kalangan remaja wanita, wanita bujang, isteri serta suami isteri.
Katanya lagi, pembentang terdiri daripada pendakwah, selebriti dan artis seperti Dr. Mohd Shauqi Othman, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, Bob Lokman, Hairie Othman, Norhayati A. Malek (pengasas RD Beauty), Ustazah Norhafizah Musa, Abby Abadi, Aishah, DJ radio Ikim, Nik Hasnah Ismail selaku moderator serta Kumpulan Nasyid Saujana.
Beliau berkata, maklumat lengkap boleh diperolehi menerusi pegawai Maahd, Hasliza di talian 013-3831236 dan 013-7722820.
Seminar Cinta Wanita dan Iftar Amal 12 Ogos
Harakahdaily, | 29 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha akan menganjurkan Seminar Cinta Wanita dan Majlis Iftar Amal pada 12 Ogos ini di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
Pengerusi Maahad, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program itu dirancang dengan tujuan mengumpul dana untuk pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.
Ini, katanya kerana pengurusan bulanan Maahad menjangkau RM25,000 sebulan dengan mengharapkan sumbangan masyarakat dan juga badan-badan korporat.
Menurutnya, program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 10 malam itu mensasarkan peserta dari kalangan remaja wanita, wanita bujang, isteri serta suami isteri.
Beliau berkata, maklumat lengkap boleh diperolehi menerusi pegawai Maahd, Hasliza di talian 013-3831236 dan 013-7722820.
Sumber HD : 29/07/2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan ziarah amal di rumah artis veteran, Datuk Yahya Sulong, Bandar Baru Sentul di sini semalam.
Rombongan DPPWP yang diwakili oleh ketuanya, Kamaruzaman Mohamad itu tiba jam 8 malam telah disambut oleh Yahya sendiri.
Walaupun dalam suasana hujan yang lebat namun ianya tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda PAS WP untuk berjumpa dengan veteran artis dan pelawak ini.
Pertemuan selama 45 minit tersebut telah membuahkan kemesraan di antara golongan muda dengan yang lama.
Veteran artis yang berusia 84 tahun ini memaklumkan bahawa isterinya sedang menghidapi barah paru-paru selama 6 bulan manakala beliau pula mengalami masalah semput.
Penderitaan beliau bertambah parah apabila terpaksa menjelaskan tunggakan sewa rumahnya dengan pihak DBKL sebanyak RM800.
Ini ditambah pula dengan tiadanya peluang berlakon selama 6 bulan dan beliau tidak mempunyai pendapatan yang lain.
Justeru, dalam pertemuan tersebut, pihak DPPWP telah memberikan sedikit sumbangan dan barangan dapur bagi meringankan bebanan mereka.
Penderitaan artis veteran itu mendapat perhatian apabila akhbar melaporkan mengenai arahan DBKL supaya beliau dan isterinya mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Sumber HD - 13-12-2012
Pelakon tersebut, Radi Mat Isa, 50, pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an, antaranya ‘Panglima Badul’, ‘Hong Kong Angel 2’, ‘Tuan Besar’ dan lain-lain lagi.
Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata, pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke Hospital Selama pada bulan Julai yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung.
Walau bagaimanapun jelas Akmal, selepas pembedahan itu Radi telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh.
Sebak melihat penderitaannya itu, Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti Seniman, Karyawan dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut.
“Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa,” jelas Akmal lagi. - http://persepsikitaberbeza.blogspot.com
Bekas pelakon gembira terima kunjungan PAS
Harakahdaily, | 16 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamaruddin, baru-baru ini.

Pemuda PAS Wilayah ziarah Yahya Sulong
Harakahdaily, | 13 Dis 2012 |

Sumber HD - 16-12-2012
Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.
Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.
Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.
Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.
Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisyen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.
Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.
Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya...
Gambar dari : @rafiziramli
Sumber HD - 19-12-2012
Pelakon terkenal tanahair muncul dalam program PKR Pandan...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 19 Dis 2012 |
Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.
Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.
Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.
Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.
Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisyen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.
Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.
Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya...
Gambar dari : @rafiziramli
Sumber HD - 19-12-2012
Gempar panas... pelakon Eizlan Yusof mendekati ulama, mungkin bakal sertai...
http://kachipemas.blogspot.com, | 19 Dis 2012 |
Eizlan Bersama Ulama Tersohor.. Sheikh Mohamad Ali
Gambar - Artis semakin ramai mendampingi ulamak..
Semoga rakan2 artis yang lain mengikut jejak seperti artis2 ni.
Sumber HD - 19-12-2012
"Saya Leftenan Adnan moden menentang BN"
Mohd Sabri Said, | 30 Dis 2012 |
TASEK GELUGOR: Pelakon terkenal Haire Othman (gambar) bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN).
Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun.
"Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun.
"Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam.
Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN.
Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada.
Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat.
"Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya.
Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.
Sumber HD - 30-12-2012
KUALA LUMPUR: Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling ‘cool’, Abby Abadi satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang.
“Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey dan Norman menjadi jernih,” tulis blogger Omak Kau!.
Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza.
Baca http://omakkau.blogspot.com/2013/02/abby-abadi-ziarah-dan-timang-bayi-memey.html
KUALA LUMPUR: 15 artis dan aktivis masyarakat akan bergabung bagi menjayakan 'Malam Seni Untuk Perubahan' yang bakal di adakan di Kelab Sultan Sulaiman 16 Mac ini.
Majlis yang bakal bermula jam 9 malam itu akan menggabungkan semua artis yang menyokong perjuangan untuk perubahan di negara ini.
Turut serta adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Niab Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi di samping ulama selebriti, Ustaz Azhar Idrus.
Pada malam ini, penyanyi Yasin dijangka akan menyampaikan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi' yang menimbulkan kemarahan para penyokong tegar Umno sehingga mengugut untuk membunuh Yasin.
Selain Yasin, akan turut serta adalah Ito, Aishah, Abby Abadi, Hairie Othman, Noryn Aziz, Ringo, Ali XPDC, Nik Jidam, Meor, Black dan juga pasukan dikir barat.
Turut ke pentas nanti adalah Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said.
Selain acara persembahan, satu majlis khas akan turut diadakan sempena program ini.
UAI : Politik tanggungjawah atau main-main :
http://www.youtube.com/watch?v=Wb8t3tk6MLY&feature=youtu.be

Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza
Harakahdaily, | 08 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Kalau hendak dicari bekas isteri mana yang paling ‘cool’, Abby Abadi satu-satunya insan yang kami boleh lihat sekarang.
“Apa tidaknya, selepas pelbagai kontroversi dilaluinya selama ini, tiba-tiba saja hubungannya bersama Memey dan Norman menjadi jernih,” tulis blogger Omak Kau!.
Kini, menerusi laman Instagram Abby, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto dirinya sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza.
Baca http://omakkau.blogspot.com/2013/02/abby-abadi-ziarah-dan-timang-bayi-memey.html
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-2-2013
15 berpadu tenaga dalam 'Malam Seni Untuk Perubahan'
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: 15 artis dan aktivis masyarakat akan bergabung bagi menjayakan 'Malam Seni Untuk Perubahan' yang bakal di adakan di Kelab Sultan Sulaiman 16 Mac ini.
Majlis yang bakal bermula jam 9 malam itu akan menggabungkan semua artis yang menyokong perjuangan untuk perubahan di negara ini.
Turut serta adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Niab Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi di samping ulama selebriti, Ustaz Azhar Idrus.
Pada malam ini, penyanyi Yasin dijangka akan menyampaikan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi' yang menimbulkan kemarahan para penyokong tegar Umno sehingga mengugut untuk membunuh Yasin.
Selain Yasin, akan turut serta adalah Ito, Aishah, Abby Abadi, Hairie Othman, Noryn Aziz, Ringo, Ali XPDC, Nik Jidam, Meor, Black dan juga pasukan dikir barat.
Turut ke pentas nanti adalah Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said.
Selain acara persembahan, satu majlis khas akan turut diadakan sempena program ini.
UAI : Politik tanggungjawah atau main-main :
http://www.youtube.com/watch?v=Wb8t3tk6MLY&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-3-2013
(Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat dilancarkan malam tadi)
KUALA LUMPUR: Para penggiat seni bersama tokoh ulama, Ustaz Azhar Idrus melancarkan 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat' malam tadi.
Mereka melancarkan pasukan sukarela itu bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Dr Syed Azman Nawawi dan Dr Muhaimin Sulam, AJK PAS Pusat.
Selain Ustaz Azhar, turut serta di majlis itu adalah penyanyi Yassin dan Ito serta aktivis seni dan budaya tanah air.
(Layar dipasang di tengah padang Kelab Sultan Sulaiman dengan berlatar belakangkan KLCC)
Antaranya Hishamudin Rais, Hairie Othman, Ringgo dan lain-lain.
Pelancaran ini dibuat sempena Malam Seni Untuk Perubahan yang menyaksikan masyarakat Kuala Lumpur khasnya orang Melayu berkumpul di pusat bandaraya itu iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.
Orang ramai boleh menyertai sukarelawan ini dengan mendaftarkan nama masing-masing di laman web Harakahdaily ini dengan klik pada ikon Sukarelawan 2013.
Dengan berlatar belakangkan mercu tanda negara, Menara Kembar Kuala Lumpour (KLCC), pelbagai jenis lagu yang berirama perubahan di persembahkan.
(Mohamad Sabu yang menjadi ikon malam tadi)
Yassin mempersembahkan lagu 'Reformasi' yang turut dinyanyikan bersama dengan puluhan ribu yang hadir.
Ekoran video klip lagu ini, Yassin telah diugut bunuh oleh pihak-pihak tertentu.
Persembahan Ito juga tidak kurang hebatnya pada malam tadi.
Sempena pelancaran 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat' itu, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai jenis bahan untuk membuat promosi projek ini.
Antaranya T-shirt, topi, baju, pelakat motosikal, lencana dan juga butang.
Kesemua barangan itu sedang dijual kepada orang ramai untuk membolehkan ianya dipakai bagi mempromosikan kempen sukarelawan rakyat ini.
(Cit-cat antara para seniman dan budayawan dengan Ustaz Azhar Idrus)
Penggiat seni lancar 'Sukarelawan Rakyat Untuk Rakyat'
Harakahdaily, | 17 Mac 2013 |

Sumber HD - 17-3-2013
Saya mahu ajak masyarakat buat perubahan - Yasin
Anis Nazri, | 17 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seseorang untuk meninggalkan segala kesenangan, lebih-lebih lagi bagi seorang artis yang penuh dengan kehidupan serba glamor.
Malah, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan apabila seseorang artis itu memilih jalan yang berbeza dari rakan-rakannya.
Bagi penyanyi kumpulan Brothers dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman (gambar), beliau telah lima tahun merasai 'kehilangan' dari dunia arus perdana.
"Walaupun tidaklah disenaraihitam, tapi saya dapat merasakan sudah agak kurang di media perdana. Namun, saya percaya rezeki ada di mana-mana," ungkap beliau ketika ditemui di Malam Seni untuk Perubahan, di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.
Beliau yang membuat kemunculan sulung ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat, bulan lalu menceritakan tentang dirinya yang sudah lama menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Cuma, baru-baru ini sahaja beliau menyertai PKR secara rasmi, dalam usaha menyampaikan mesej yang lebih bermanfaat kepada peminat seni tanah air.
Bagaimanapun, beliau mengakui tidak berminat menjadi wakil rakyat, sebaliknya lebih senang menyampaikan mesej dengan nyanyian bagi mengajak rakyat membuat perubahan, terutamanya rakan-rakan artis.
"Saya tidak berminat menjadi orang politik. Tak mahu jadi wakil rakyat. Saya akan menyumbang berasaskan bidang saya ini," tegas beliau.
Menyedari suasana hari ini yang tidak memihak kepada rakan artis jika memilih Pakatan Rakyat, Yasin berkata itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.
Namun, katanya ia bergantung atas kekuatan seseorang artis itu untuk membuat perubahan, di samping bersedia bagi menghadapi suasana tersebut.
"Kalau diikutkan, ramai lagi artis-artis di negara ini yang kuat menyokong Pakatan Rakyat, cuma mereka belum bersedia. Ada yang mempunyai keluarga, yang terpaksa menjaga periuk nasi mereka. Dan kita perlu hormati mereka," kata beliau.
Berpandangan perubahan yang dilakukannya tidak boleh memaksa rakan artis lain mengikut jejaknya, Yasin berkata perubahan terbaik hanya berlaku apabila ia datang dari hati dan bukannya ikutan semata-mata.
Dalam kesempatan itu juga, Yasin turut menyeru rakyat Malaysia dan rakan artis agar bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.
Sebelum itu, Yasin menyampaikan persembahan di hadapan kira-kira 5000 hadirin yang memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman, dengan mendendangkan lagu bertajuk 'Satu Perjuangan'.

Penyanyi rock terharu serah borang PAS
Hazayani Zakaria, | 17 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.
Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.
Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.
"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.
"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.
"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.
"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.
"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.
"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.
Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.
"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.
Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.
FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.
FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.
Tajul (vokalis FTS) serah borang keahlian PAS kepada TPP :
http://www.youtube.com/watch?v=Y4JoOiXZZkA&feature=youtu.be

LAGU terbaru bertajuk "pasti kau ingin" sebuah lagu berentak rock kini boleh ditonton melalui YouTube. Difahamkan lagu berentak rancak tersebut dicipta oleh Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi dari kumpulan Exist.
Suara penyanyi rasanya dinyanyikan oleh Joey, vokalist baru kumpulan Exist. Manakala drummer Ujang dan bassist Musa Radhi. Guitarist rasanya tentulah Along Exist, tapi gua tak nampak muka along dalam video klip ni. Gua cuma nampak Musa dan Ujang je.
Baca sepenuhnya dalam blog Milo Suam
Kumpulan Exist cipta lagu untuk Anwar Ibrahim?
Milo Suam, | 03 Apr 2013 |

Sumber HD - 3-4-2013
KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelakun terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.
(Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa)
Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini.
Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.
Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakunan.
Abu Bakar Omar isytihar sokong PAS
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |

Sumber HD - 7-4-2013
No comments:
Post a Comment