Kajian penambahbaikan polis dalam bajet Pakatan
Hazayani Zakaria, | 31 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memasukkan kajian mengenai penambahbaikan pasukan polis dalam bajet 2012 mereka bagi mengemukakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah peningkatan jenayah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kajian itu penting kerana polis seolah-olah kekurangan tenaga untuk membanteras jenayah.
"Kita lihat hari ini gambaran bukan sahaja persepsi tapi
realiti, kedudukan jenayah semakin parah sehingga kerajaan terpaksa mencadangkan Rela untuk membantu polis menjaga tempat-tempat yang selalunya berlakunya jenayah.
"Ini menggambarkan jenayah itu parah dan semacam tidak cukup tenaga untuk mengendalikan perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Mustafa juga berkata, peratusan perbelanjaan kerajaan dari tahun 2010 hingga 2012 dalam bidang keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam lebih tinggi berbanding perbelanjaan untuk penyiasatan jenayah.
Peratusan perbelanjaan untuk keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam ialah 42.27 peratus manakala untuk penyiasatan jenayah sebanyak 72.45 peratus.
"Dari segi angka yang kita boleh lihat sebahagian besar tenaga untuk keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Sebahagian perbelanjaan itu boleh dimanfaatkan untuk penyiasatan jenayah," katanya.
Kajian itu akan turut disertai Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.
KENYATAAN MEDIA SUA PAS :
1. http://www.youtube.com/watch?v=3Ox5OWrXRFk&feature=youtu.be
2. http://www.youtube.com/watch?v=4U7KI6sdgnM&feature=youtu.be
Sumber HD : 31/07/2012
Sidang PC DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=Bl8XC1_orYo&feature=youtu.be
Pendahuluan
Tanggal 8 Ogos 2012, bekas pengarah Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari menggesa pihak polis membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID) bagi mengurangkan jenayah yang dikatakan semakin tidak terkawal. Kenyataan bekas pengarah CID ini juga membuktikan kenyataan Kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa kadar jenayah telah menurun berpunca daripada kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menangani masalah jenayah di negara ini lebih merupakan suatu kenyataan melangkaui kebenaran.[1]
Jadual 1: 35 Inisiatif-Inisiatif Baru di bawah NKRA untuk Mengurangkan Jenayah[3]
Kerajaan BN di bawah Najib memperuntukkan NKRA untuk menunjukkan keistimewaan dan cara pentadbiran yang berbeza dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Najib telah memulakan GTP dan program transformasi ekonomi (ETP) pada tahun 2010 selepas beliau mengambil alih kuasa Perdana Menteri daripada Badawi.
Jadual 2: Peruntukan Kerajaan BN kepada NKRA berhubung Jenayah
KDN mendakwa bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 50 peratus, menunjukkan NKRA telah mencapai kejayaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Sungguhpun kadar indeks jenayah bagi tahun 2012 mencatatkan penurunan, namun rakyat masih mempunyai persepsi bahawa mereka tidak selamat.
Jadual 3: Persepsi Rakyat terhadap Rakyat berbanding dengan Kadar Indeks Jenayah
Jadual 4: Prestasi Penyiasatan Jenayah 2009-2012
Penutup Kata
KPRU mendapati tindakan Kerajaan BN di bawah GTP 2.0 dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif baru untuk menangani masalah jenayah menunjukkan kadar jenayah di negara ini semakin berleluasa. Namun, Kerajaan BN mengunakan statistik sendiri sebagai usaha memujuk orang ramai bahawa kadar jenayah masih terkawal. Tanpa mengambil kira kaedah-kaedah Kerajaan BN menghasilkan statistik berkenaan, masalah jenayah yang semakin berleluasa juga merupakan satu petanda bahawa jurang pendapatan yang semakin besar dan keadaan ekonomi negara terjejas oleh sebab ekonomi global yang meleset merupakan tantangan semasa yang perlu ditangani.
SIDANG MEDIA SU MAJLIS PR :
http://www.youtube.com/watch?v=qbbGv1Ro1OU&feature=g-all-u
Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan daya saing dan daya tahan negara.
Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.
Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.
Pemuda PAS berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.
Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.
Pemuda PAS mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.
Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.
Pemuda PAS berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.
Pemuda PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan yang baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.
Malah, Pemuda PAS sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.
Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?”
Selamatkan Malaysia!
Penulis ialah Pengarah Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Perubahan landskap di Malaysia
Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris oleh Mohamad Yahya.
25 September 2012
Sumber HD : 25/09/2012
DSAI 1 : http://www.youtube.com/watch?v=YnhVdFnj-9A&feature=context-gfa
DSAI 2 : http://www.youtube.com/watch?v=0XeZ-J1Obhs&feature=g-all-u
ULASAN AHLI PARLIMEN BERHUBUNG DENGAN BAJET PR:
YB Datuk Lajim , YB Senator Syed Shahir & YB Dr Dzulkefli :
http://www.youtube.com/watch?v=yOBo94mLYgc&feature=g-all-u
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kajian itu penting kerana polis seolah-olah kekurangan tenaga untuk membanteras jenayah.
"Kita lihat hari ini gambaran bukan sahaja persepsi tapi
realiti, kedudukan jenayah semakin parah sehingga kerajaan terpaksa mencadangkan Rela untuk membantu polis menjaga tempat-tempat yang selalunya berlakunya jenayah.
"Ini menggambarkan jenayah itu parah dan semacam tidak cukup tenaga untuk mengendalikan perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Mustafa juga berkata, peratusan perbelanjaan kerajaan dari tahun 2010 hingga 2012 dalam bidang keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam lebih tinggi berbanding perbelanjaan untuk penyiasatan jenayah.
Peratusan perbelanjaan untuk keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam ialah 42.27 peratus manakala untuk penyiasatan jenayah sebanyak 72.45 peratus.
"Dari segi angka yang kita boleh lihat sebahagian besar tenaga untuk keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Sebahagian perbelanjaan itu boleh dimanfaatkan untuk penyiasatan jenayah," katanya.
Kajian itu akan turut disertai Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.
KENYATAAN MEDIA SUA PAS :
1. http://www.youtube.com/watch?v=3Ox5OWrXRFk&feature=youtu.be
2. http://www.youtube.com/watch?v=4U7KI6sdgnM&feature=youtu.be
Sumber HD : 31/07/2012
Jenayah: Berpijaklah di bumi nyata
Muhammad Gombak, |
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang selamat dan rendah kadar jenayahnya boleh dipertikaikan.
Hal ini kerana, bukan sahaja rakyat marhaen seperti saya yang meragui kenyataan tersebut, malah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut mempertikaikannya. Hakikatnya, kenyataan itu tidak berpijak di bumi nyata dan jauh daripada realiti sebenar yang dilalui oleh rakyat.
Jika mahu disenaraikan kes jenayah berprofil tinggi yang berlaku dalam minggu ini sahaja mungkin tidak cukup dengan jari tangan. Hal ini kerana, jenayah berlaku tidak kira tempat dan masa, luar rumah atau dalam rumah.
Secara peribadi, saya sendiri akan sentiasa mengunci pintu rumah tidak kira siang atau malam, sama ada ketika ada di rumah atau keluar bekerja. Semuanya kerana “perasaan” tidak selamat dan jenayah seperti rompakan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Jiran saya pernah melalui saat getir apabila dirompak pada siang bolong (waktu tengah hari) ketika suaminya keluar bekerja. Dia yang merupakan suri rumah sepenuh masa tidak menjangkakan kejadian itu boleh berlaku. Dia yang tidak mengunci pintu pagar dan pintu rumah telah diserbu beberapa lelaki dan merompaknya.
Jiran-jiran yang lain menyangka saudaranya datang melawat. Mereka hanya mengetahui keadaan sebenar apabila dia keluar rumah dan menjerit meminta pertolongan sambil cuba mengejar lelaki yang berkereta itu.
Tidak mustahil kejadian yang sama turut berlaku di mana-mana dalam negara Malaysia yang dikatakan “selamat” ini.
Semua ini berlaku kerana kita tidak yakin dengan janji Allah dan syariat-Nya yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW. Dalam Islam, cukup mudah untuk menangani masalah seperti ini. Allah SWT telah mewajibkan pemerintah Islam melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan takzir.
Jika pemerintah mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tersebut, Allah telah berjanji bahawa Dialah yang akan mencegah jenayah tersebut daripada berlaku. Hal ini kerana, Allahlah yang menurunkan perasaan takut dalam diri manusia daripada melakukan jenayah.
Yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak yakin dengan janji Allah, khususnya dalam konteks Malaysia Umno-BN tidak yakin bahawa syariat Allah mampu mencegah jenayah daripada berlaku. Oleh itu, saya berharap rakyat Malaysia yang beragama Islam memberi kepercayaan kepada PAS untuk menerajui negara dan seterusnya melaksanakan undang-undang Islam ini.
Saya yakin 100 peratus, selepas itu kejadian jenayah akan berkurangan secara mendadak.
Sumber HD : 31/07/2012
5 matlamat reformasi dasar automatif negara
Muhammad Faizal, | 02 Ogs 2012 |
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan lima matlamat utama dalam usaha reformasi Dasar Automotif Negara untuk pertimbangan Pakatan Rakyat bagi mendapat satu dasar automotif bersama.
Bercakap pada sidang media hari ini, beliau menjelaskan matlamat pertama reformasi dasar automatif adalah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun serta menyemak peraturan dan kadar yang dikenakan Bank bagi pinjaman kereta.
Bagi matlamat kedua katanya, bagi menjamin supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum.
Manakala matlamat-matlamat lain adalah seperti mengimbangi keperluan hasil negara itu pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan, menjamin kebajikan pekerja-pekerja industri automotif serta mengurangkan jumlah kenderaan persendirian iaitu dengan menjadikan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun.
"Tumpuan akan diberikan kepada sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja yang besar tetapi dibuktiken berkesan.
"Ia termasuklah penstrukturan semula KTMB dan juga sistem rangkaian Bas," tambah Ketua Pembangkang itu lagi.
Anwar yakin kerangka dasar automotif negara yang baru ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban rakyat.
Beliau menjelaskan, kerangka dasar automotif yang diutarakan ini akan dilaksanakan seiringan dengan pengangkutan awan yang lebih cekap dengan kadar yang munasabah sepertimana yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat.
Menurutnya, rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda sejak sekian lama, maka telah tiba masa untuk menghentikan ketidakadilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi rakyat.
Sumber HD : 2/08/2012
Bajet 2013 banyak 'gula-gula'
pilihan raya?
Muhamad Faizal, | 08 Ogs 2012 |
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menjangkakan banyak gula-gula pilihan raya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 hujung September ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bajet yang akan dibentang dalam suasana bahang pilihan raya ini sudah tentu bersifat mencari undi dari rakyat.
"Sudah pasti belanjawan kali ini sudah pasti lebih banyak gula-gula imbuhan diberikan dalam mencari undi serta penghargaan dari rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini semalam.
Bagaimanapun beliau mengingatkan, dalam kegairahan Najib yang juga menteri kewangan mencari undi, bajet kali ini jangan sampai menambah beban negara yang sedia terbeban dengan hutang yang tinggi.
"Dengan hutang negara yang semakin teruk ini, maka kami dari Pakatan Rakyat tampil untuk memberi peringatan kepada Menteri Kewangan.
"Malah Najib perlu fikir kedudukan negara jangan sampai mengorbankan kepentingan jangka panjang yang boleh menyebabkan kestabilan ekonomi tergugat," katanya.
Sumber HD : 8/08/2012
Tak perlu baiah, kata bekas
pengarah JSJ
Hazayani Zakaria, | 08 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu sehingga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan kerana tugas anggota polis sememangnya menjaga keselamatan awam dan negara.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.
"Itu hak perdana menteri untuk membuat seruan tapi sememangnya penjawat awam khususnya anggota polis yang faham konsep ibadah, mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Namun katanya, anggota polis harus faham bahawa mereka hanya bertanggungjawab terhadap kerajaan dalam soal tugas namun berhak membuat pilihan untuk memilih parti mana untuk menerajui kerajaan.
"Memang kerja kena ikut pertauran yang ditetapkan oleh kerajaan tapi anggota polis kena tahu bezakan kerajaan dan parti.
"Kalau bab mengundi, hak mereka untuk memilih parti mana yang difikirkan lebih baik," katanya yang menyertai PAS Mei lalu.
Semalam, Najib berkata sekiranya kerajaan membantu PDRM, PDRM akan membantu kerajaan dan negara.
Sumber HD : 8/08/2012
Jenayah: Sejauh mana berkesan peruntukan
RM1b?
KPRU, | 11 Ogs 2012 |
Pendahuluan
Tanggal 8 Ogos 2012, bekas pengarah Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari menggesa pihak polis membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID) bagi mengurangkan jenayah yang dikatakan semakin tidak terkawal. Kenyataan bekas pengarah CID ini juga membuktikan kenyataan Kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa kadar jenayah telah menurun berpunca daripada kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menangani masalah jenayah di negara ini lebih merupakan suatu kenyataan melangkaui kebenaran.[1]
Pada 3 Julai 2012, pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mempersoalkan berdasarkan fakta, rasional kebanyakan pihak polis dipindahkan tugasan kepada tugasan pengintipan. Menurut statistik penempatan polis 2011, sebanyak 5,050 anggota SB, 32,656 anggota di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan 9,346 orang polis iaitu sebanyak 24.8 peratus daripada keseluruhan polis bertugas di bahagian siasatan jenayah.
Pada 25 Julai 2012, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) melancarkan Hala Tuju Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) bertujuan mengukuhkan beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh tahun dari 2013 hingga 2015. Inisiatif-inisiatif GTP 2.0 termasuklah mengurangkan kadar aktiviti jenayah walaupun pihak berkuasa menyatakan indeks jenayah telah berkurangan sebanyak 11.1 peratus daripada 177,520 kes pada tahun 2010 kepada 157,891 pada tahun 2011 manakala jenayah jalanan menurun daripada 38,030 kepada 22,929.[2]
Sebanyak 35 inisiatif baru (Sila lihat Jadual 1) akan dilaksanakan untuk mengurangkan kadar aktiviti jenayah. Inisiatif-inisiatif baru ini termasuklah memperbanyakkan rondaan tempat letak kereta, Dasar Omnipresence, Sistem MyDistress, memutihkan kawasan jenayah serta meningkatkan keberkesanan para penguatkuasa di seluruh negara menangani perbuatan pecah rumah.
Jadual 1: 35 Inisiatif-Inisiatif Baru di bawah NKRA untuk Mengurangkan Jenayah[3]
Mengurangkan indeks jenayah |
1. Memperbanyakkan rondaan tempat letak kereta. 2. Mengambil tindakan terhadap bengkel kereta haram. 3. Penubuhan pasukan siasatan khas. 4. Pengimbasan kontena yang lagi sistematik, pantas dan cekap. 5. Memperkukuhkan penggunaan alat komunikasi Mobile Computerised Assist Device (MCAD). 6. Perindustrian di Penjara. 7. Menambahkan keberkesanan program pemulihan banduan (Program Pemulihan Insan – PPI). 8. Program asimilasi banduan selepas keluar dari penjara. 9. Memperkenalkan rawatan ketagihan dadah dan program pemulihan. 10. Program rawatan dan pemulihan dadah diserahkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO). 11. Memberi peluang pekerjaan kepada penagih dadah yang berada dalam program pemulihan dadah. 12. Memperkenalkan kawalan ketat terhadap pengimportan dan pengedaran bahan- bahan psikotropik. |
Menangani kes pecah rumah |
13. Dasar Omnipresence. 14. Penubuhan pasukan petugas khas pencegah pecah rumah 15. Kerjasama pintar. 16. Pelaksanaan panduan Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED). |
Indeks Persepsi Keselamatan |
17. Dasar Omnipresence. 18. ”Pemutihan” kawasan hitam jenayah. 19. Sistem MyDistress. 20. Memperkukuhkan program-program sukarelawan melalui dasar-dasar komuniti. 21. Peningkatan kesedaran keselamatan laluan pejalan kaki. 22. Program Rakan Cop. 23. Penubuhan unit perhubungan awam PDRM. 24. Melancarkan kempen kesedaran wanita. 25. Memperluaskan program Sukarelawan Simpanan Polis (PVR). 26. Penganjuran hari kesedaran jenayah 27. Siasatan bebas dari pengaruh mana-mana pihak |
Meningkatkan kadar siasatan laporan polis |
28. Menurunkan nisbah skala pegawai dan laporan polis sehingga 1:5. 29. Meningkatkan keberkesanan siasatan. 30. Memperkukuhkan kerjasama antara PDRM, Pejabat Peguam Negara dan pihak berkuasa yang lain. |
Meningkatkan kepuasan rakyat terhadap polis |
31. Pelaksanaan Sistem Semakan Online (SSO). 32. Mengurangkan tempoh perjalanan ke tempat kejadian. 33. Menyediakan kaunseling. 34. Menyediakan jadual kedudukan balai polis mengikut prestasi balai polis 35. Menjalankan siasatan bebas dari pengaruh mana-mana pihak. |
Sumber: GuangMing Daily[4]
Tindakan penambahan inisiatif baru dapat dilihat sebagai percubaan Kerajaan BN sedang menyembunyikan paras kadar jenayah yang sebenar sebelum Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-
13). Ini adalah untuk memberikan suatu ”perasaan bagus”untuk membuktikan kejayaan di bawah naungan Datuk Seri Najib Tun Razak. Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menafikan inisiatif-inisiatif baru itu dilancarkan untuk menangani kadar jenayah yang tinggi. Sebaliknya beliau berusaha untuk mengubah persepsi rakyat bahawa KDN serius dalam menangani segala kes jenayah yang berlaku.
Ahli Parlimen Tony Pua menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencontohi sikap profesional polis British dalam usaha mengumumkan statisitik terperinci mengenai jenayah di laman web mereka. PDRM seharusnya melakukan perkara yang sama untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai situasi sebenar paras kadar jenayah dalam negara.
Statistik PDRM dikecam oleh rakyat sebagai “tidak benar”. Pendapat ini juga dikongsi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang juga mendakwa kadar indeks sebenar jenayah dalam negara sememangnya telah meningkat kepada tahap yang membimbangkan.[5] Menurut beliau, kadar jenayah di seluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.[6]
Namun kenyataan ini telah disangkal oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kenyataan Musa Hassan sebagai sekadar “kenyataan peribadi”.[7] Beliau mengakui berlakunya kes jenayah dalam negara namun kadar jenayah masih terkawal.[8]
Peruntukan Kerajaan BN untuk Mengurangkan Jenayah
Kerajaan BN di bawah Najib memperuntukkan NKRA untuk menunjukkan keistimewaan dan cara pentadbiran yang berbeza dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Najib telah memulakan GTP dan program transformasi ekonomi (ETP) pada tahun 2010 selepas beliau mengambil alih kuasa Perdana Menteri daripada Badawi.
Pemandu, suatu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab dalam penyampaian dan pemacuan kemajuan kedua-dua program kerajaan persekutuan ini.
Bermula pada tahun 2011, Kerajaan BN mula memberi peruntukan wang kepada inisiatif di bawah enam tonggak atau NKRA dalam GTP yangberdasarkan isu yang dikatakan sebagai paling kritikal oleh rakyat dan perubahan yang dikehendaki oleh rakyat yang mampu memberikan hasil positif yang pantas dan pada masa yang sama, realistik berdasarkan keadaan semasa.
Baru-baru ini pada 10 Julai 2012, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah menyatakan bahawa 71 peratus daripada peruntukan GTP dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012.
Jadual 2: Peruntukan Kerajaan BN kepada NKRA berhubung Jenayah
|
Sumber: Laporan Belanjawan 2011 dan 2012, disusun oleh KPRU.
Berdasarkan Jadual 2, peruntukan kepada GTP secara One-Off boleh didapati pada tahun 2011 dan 2012. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri juga mendapat peruntukan di bawah perkara Crime sebanyak RM9.1 juta pada tahun 2011. Tetapi tiada peruntukan sebegitu bagi tahun 2012.
Pada tahun 2012, sebanyak RM8.8 juta atau 3.7 peratus telah diperuntukkan untuk NKRA- Crime - Reduce Overall Index Crime, Pengurangan Indeks Aktiviti Jenayah untuk mencegah dan memberi latihan tindak balas cekap kepada pihak berkuasa bagi menangani perbuatan jenayah kecurian kenderaan dan pecah rumah. Pada tahun 2011, inisiatif ini diperuntukkan sebanyak RM14 juta.
Manakala sebanyak RM27.8 juta atau 11.6 peratus diperuntukkan untuk NKRA: Crime - Reduce Street Crime, Pengurangan Jenayah Di Jalanan. Tahun 2011 mendapat peruntukan sebanyak RM53.1 juta; sebanyak RM6.6 juta atau 2.7 peratus diperuntukkan untuk Crime- Increase Violent Crime Offenders Brought to Justice, iaitu usaha meningkatkan bilangan pesalah ganas dibawa ke muka pengadilan. Tahun 2011 telah mendapat peruntukan RM26 juta di bawah inisiatif ini.
Selain itu, Kerajaan BN memperuntukkan RM27 juta atau 11.3 peratus untuk Crime- Increase Public Satisfaction, Meningkatkan Tahap Kepuasan Orang Awam Dengan Pihak Polis. Tahun 2011 mendapat peruntukan RM91.6 juta di bawah inisiatif ini. Di samping itu, sebanyak RM170 juta atau 70.7 peratus diperuntukkan bagi mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah (Crime - Reduce Fear of Crime) di mana RM166 juta telah diperuntukkan pada tahun 2011 bagi inisiatif ini.
KEADILAN turut mendakwa Kerajaan BN mengambil 71 peratus untuk perkhidmatan awam pada tahun 2012 tapi bukan untuk usaha membanteras jenayah. Namun, KPRU menyedari bahawa KDN juga mendapat peruntukan (pembangunan) Kerajaan BN di bawah perkara jenayah. Oleh demikian, jumlah Kerajaan BN bagi usaha membanteras jenayah adalah sebanyak RM352 juta secara keseluruhan di bawah Belanjawan Negara 2012 dan jumlah keseluruhan pada tahun 2011 ialah RM543 juta.
Walaupun angka ini tidak mencapai 1 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Negara tahun
2011 dan 2012. Namun jumlah peruntukan Kerajaan BN berhubung perkara jenayah menghampiri angka RM1 bilion selepas GTP dilaksanakan!
Prestasi Penyiasatan Jenayah Lemah
KDN mendakwa bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 50 peratus, menunjukkan NKRA telah mencapai kejayaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Sungguhpun kadar indeks jenayah bagi tahun 2012 mencatatkan penurunan, namun rakyat masih mempunyai persepsi bahawa mereka tidak selamat.
Jadual 3: Persepsi Rakyat terhadap Rakyat berbanding dengan Kadar Indeks Jenayah
Sumber: Laporan GTP2.0
Merujuk kepada Jadual 3 yang dipetik daripada Laporan GTP2.0, persepsi rakyat terhadap jenayah adalah lebih tinggi daripada jumlah aktiviti jenayah secara keseluruhan.[9] Jadual ini juga menunjukkan persepsi rakyat terhadap aktiviti jenayah berada di tahap yang amat tinggi pada tahun 2002, tetapi aktiviti jenayah di bawah statistik sebenarnya menunjukkan kadar yang kian menurun sejak tahun 1996. Namun jurang antara presepsi rakyat terhadap jenayah dan aktiviti jenayah keseluruhan adalah lebih kecil pada tahun 2011 berbanding dengan tahun 2002.
Kerajaan BN mendakwa bahawa perasaan tidak selamat selari dengan kadar peningkatan aktiviti jenayah hanya merupakan persepsi rakyat dan tidak mencerminkan keadaan sebenar. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Ismail juga menyeru orang ramai jangan mempercayai sepenuhnya laporan kejadian jenayah yang disebar menerusi jaringan media sosial. Beliau juga menyifatkan perbuatan menyebarkan kejadian lama di laman web untuk menambahkan kebimbangan orang lain merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah.[10]
Namun, pengalaman hidup rakyat terbanyak pula memaklumkan cerita yang berlainan. Punca perasaan tidak selamat ini bukan sahaja bersumberkan perkongsian maklumat dalam jaringan media sosial, tetapi juga berpunca daripada pengalaman sekeliling dan terpenting sekali adalah daripada prestasi PDRM yang kurang memuaskan. Merujuk kembali prestasi penyiasatan jenayah pada tahun 2009-2012, didapati prestasi PDRM dalam menyelesaikan siasatan jenayah adalah kurang memuaskan. Kekurangan keyakinan pada PDRM juga menyebabkan rakyat tidak dapat menerima statistik KDN bahawa kadar indeks jenayah telah menurun.
Jadual 4: Prestasi Penyiasatan Jenayah 2009-2012
2009 (sebenar)
|
2010 (sebenar)
|
2011 (Anggaran)
|
2012 (Anggaran)
| |
Bil. Kertas Siasatan Dibuka (kes jenayah indeks) |
311,645
|
211,645
|
231,064
|
231,064
|
Bil. Kes Selesai |
93,431
|
93,431
|
90,702
|
90,702
|
% |
30
|
44.1
|
39.3
|
39.3
|
Sumber: Laporan Belajawan 2011 dan 2012
Jadual 4 telah menunjukkan bahawa bilangan kertas siasatan yang dibuka pada tahun 2009 adalah sebanyak 312,000, namun hanyalah 30 peratus iaitu 93,000 kes diselesaikan. Pada tahun 2010, bilangan kertas siasatan dibuka telah menurun kepada 212,000, dan peratus bilangan kes selesai juga meningkat. Namun bilangan kes selesai sebenarnya tidak berbeza dengan tahun 2009. Seterusnya, pada tahun 2011 dan tahun 2012, anggaran bilangan kertas siasatan yang dibuka meningkat kepada 231,000. Malahan bilangan kes selesai masih dalam lingkungan 39.3 peratus, tidak lebih daripada 40 peratus.
Berdasarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, bertarikh 13 Januari 2012, bilangan anggota PDRM serta sukarelawan sedia ada adalah sebanyak 27,162 orang pada tahun 2011 dan dijangka mencatatkan penambahan ahli sebanyak dua kali ganda iaitu jumlah sebanyak 62,191 orang pada tahun 2012.
Berdasarkan data KDN, daripada 62,191 orang, 42,387 orang adalah penambahan dari kalangan anggota polis, iaitu tambahan sebanyak 20,273 anggota daripada 21,624 sedia ada pada 2011. Pada masa yang sama, jumlah tambahan keseluruhan anggota sukarelawan adalah sebanyak 14,266 orang pada tahun 2012. Mereka terdiri daripada 11,452 orang anggota Rela, 8,307 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam JPAM dan 45 orang lagi dari sumber lain-lain.[11] Jumlah anggota PDRM dijangka mencapai 150,000 orang menjelang tahun 2015.
Walau bagaimanapun, tidak menghairankan apabila prestasi polis berkenaan dengan penyiasatan jenayah tidak memuaskan apabila sebahagian besar polis diarah untuk menjalankan tugas pengintipan maklumat dan bukannya pencegahan jenayah.
Menurut kenyataan Presiden KEADILAN Wan Azizah bertarikh 3 Julai 2012, Kerajaan BN sudah lama membebankan polis dengan tugasan-tugasan yang tidak masuk akal. Pada tahun 2010, SB telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai kegiatan politik rakyat. Mereka juga telah menjalankan 351,000 pemeriksaan keselamatan ke atas rakyat. Pada keseluruhan SB telah menghasilkan 733,000 laporan dan berjaya mengintip kira-kiran 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia. Pada 8 ogos 2012, bekas pengarah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari juga menggesa pihak berkuasa mengurangkan jumlah SB untuk membantu CID membanteras jenayah.
Anggota PDRM merupakan pegawai awam yang berdisplin dan tegas dari segi pematuhan arahan daripada pihak atasan. Namun begitu, jika pihak atasan memberi tumpuan keterlaluan terhadap tindak-tanduk parti politik, mengintip organisasi bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, bagaimanakah anggota polis dapat melaksanakan tugasan sebenar secara profesional dan bermaruah, iaitu menjaga keamanan dan keselamatan rakyat? Prestasi polis yang kurang memuaskan adalah akibat daripada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan yang mempunyai kepentingan dan tidak bertanggungjawab.
Penutup Kata
KPRU mendapati tindakan Kerajaan BN di bawah GTP 2.0 dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif baru untuk menangani masalah jenayah menunjukkan kadar jenayah di negara ini semakin berleluasa. Namun, Kerajaan BN mengunakan statistik sendiri sebagai usaha memujuk orang ramai bahawa kadar jenayah masih terkawal. Tanpa mengambil kira kaedah-kaedah Kerajaan BN menghasilkan statistik berkenaan, masalah jenayah yang semakin berleluasa juga merupakan satu petanda bahawa jurang pendapatan yang semakin besar dan keadaan ekonomi negara terjejas oleh sebab ekonomi global yang meleset merupakan tantangan semasa yang perlu ditangani.
Merujuk kepada penyelidikan yang dilakukan di penyelidik-penyelidik di Ohio State University, punca pengangguran dan gaji rendah akan menyebabkan orang yang kurang pendidikan terlibat dalam kes-kes jenayah. Penyelidikan ini turut mengkaji kadar jenayah negara Amerika Syarikat di antara tahun 1979 hingga tahun 1997 dan mendapati peningkatan jenayah sepanjang tempoh itu boleh dijelaskan oleh kadar gaji yang menurun dan peningkatan kadar pengangguran di kalangan lelaki tanpa pendidikan sehingga peringkat kolej. Oleh itu, selain usaha membanteras kadar jenayah, kita harus melihat kepada kesan pasaran buruh sebagai satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam aspek kadar jenayah yang meningkat.
Walaupun pihak berkuasa melaksanakan lebih banyak rondaan polis, menggubal undang-undang baru, menjatuhkan hukuman yang lebih berat, dan mengambil langkah-langkah lain untuk mengurangkan kadar jenayah, tetapi hakikatnya pasaran buruh yang buruk mempunyai kesan mendalam dalam kita membicarakan masalah jenayah.[12]
Di samping itu, masalah jenayah yang berleluasa juga mendedahkan keseluruhan program transformasi, wawasan berlangkah ke negara pendapatan tinggi daripada Najib lebih merupakan retorik politik dan slogan cantik semata-mata. Janji-janji manis daripada Najib tidak ditepati. Rakyat tidak akan berasa gembira dan tenang sekiranya punca masalah kadar jenayah yang tinggi tidak diselesaikan.
[1] Malaysiakini, Fauzi: Kurangkan SB Untuk Bantu CID Banteras Jenayah, 8 Ogos 2012
[2] mStar, 100,000 Anggota Penguat Kuasa Untuk Banteras Jenayah, 25 Julai 2012
[3] Guang Ming Daily, 25 Julai 2012
[4] Guan Ming Daily, 25 Julai 2012
http://www.guangming.com.my/node/141548?tid=14
[5] The Malaysian Insider, Tak Perlu Sorok Fakta, Jenayah Memang Meningkat, Kata Musa Hassan, 13 Julai 2012
[6] Malaysia Chronicle, Emulate UK Cops' Detailed Statistics On Crimes', 24 Julai 2012
[7] mStar, Jenayah: Kenyataan Musa Bersifat Peribadi, 14 Julai 2012
[8] Malaysiakini, IGP: Musa Hassan Tiada Maklumat Terkini, 14 Julai 2012
[9] Pemandu. Government Transformation Programme The Road Map 2.0
http://www.pemandu.gov.my/gtp/upload/GTP_Roadmap_2_KL_Open%20Day_2012.pdf
[10] Malaysiakini, IGP: Jangan Mudah Percaya Sebaran Kes Jenayah, 1 Ogos 2012
[11] Portal KDN, Kenyataan Media – Fokus Kementerian Dalam Negeri Dalam Membanteras Jenayah Pada 13 Januari 2012, 13 Januari 2012
[12] Ohio State University, Higher Crime Rate Linked To Low Wages And Unemployment, Study Finds
http://researchnews.osu.edu/archive//crimwage.htm
Sumber HD : 11/08/2012
PAS cadang mansuh 4% faedah pinjaman
penjawat awam
Anis Nazri, | 25 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan pemansuhan kadar empat peratus faedah pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan bersama.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pada sidang media di pejabat parti itu, petang ini.
Beliau berkata pemansuhan kadar bayaran empat peratus itu terbukti memudahkan kakitangan kerajaan, selain mengurangkan bebanan hutang mereka.
"Ia terbukti apabila ia dilaksanakan. Di Kelantan, sudah buat pun. Di Terengganu juga, ketika kita memerintah, kita sudah laksanakan," jelas beliau.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas sidang media tersebut, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pernah melahirkan kebimbangan apabila mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Mereka menjangkakan fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman.
Sumber HD : 25/08/2012
Kerajaan Umno BN tipu angka kadar jenayah?
Tarmuzi Nek, |
Kerajaan UMNO-BN melalak di seluruh 1Malaysia kononnya kadar jenayah menurun kesan pelaksanaan pelbagai program transformasi syok sendiri. Bukan sedikit RM dicurahkan bagi merancang, melaksana dan mempromosi program menurunkan kadar jenayah tersebut termasuk upah (yang pastinya tinggi) untuk pengurus-pengurus profesional juga menteri (dilantik melalui pintu belakang).
Kerja memanipulasi perangkaan juga pastinya melibatkan kos.
Benarkah kadar jenayah telah menurun kesan pelaksanaan program transformasi syok sendiri ini?
Merujuk akhbar the Sun, Khamis 30 Ogos, muka 4, tajuk “Judge gives longer jail term for robbery”, kenyataan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy, boleh dijadikan bukti sahih menafikan dakwaan songsang kerajaan.
Hakim tersebut berkata bahawa sejak dua tahun lepas, bilangan kes jenayah yang diadili oleh mahkamah-mahkamah jenayah Kuala Lumpur telah meningkat secara mendadak (“rapid increase”).
Siapa yang akan kita percaya, Kerajaan UMNO-BN pendakwa songsang atau hakim yang arif lagi adil?
Sumber HD : 31/08/2012
Bajet 2013 jadi pertaruhan BN untuk PRU13
Muhammad Faizal, | 03 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada September ini sarat dengan 'gula-gula' menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau yakin Umno BN akan menggunakan peluang semaksima mungkin untuk menarik sokongan rakyat.
"Sudah pasti bajet ini menjadi kosmetik sepenuhnya untuk mereka menghadapi PRU13 nanti.
"Saya pasti peluang ini akan digunakan semaksima mungkin untuk mereka mendapat sokongan dari seluruh rakyat dan juga liputan yang meluas," katanya.
Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gantang juga menjangkakan bajet kali ini lebih tertumpu kepada kakitangan awam dan orang kampung.
"Kalau hanya melalui pemberian 'one off' di luar musim bajet, impak yang mereka perolehi tidak memberangsangkan dan itu yang dialami oleh mereka sebelum ini terhadap pemberian tayar percuma serta RM500 kepada rakyat," jelasnya.
Mengulas pertaruhan BN kepada bajet itu nanti, Nizar berkata ianya mungkin menjadi kayu ukur kepada Najib untuk membubarkan parlimen selepas melihat reaksi rakyat terhadap pembentangan bajet itu.
Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.
Bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.

Sumber HD : 3/09/2012
Pakatan Rakyat rangka naikkan gaji anggota
PDRM
Hazayani Zakaria, | 04 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merangka tiga strategi untuk penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan pembahagian semula sumber manusia dalam PDRM dengan menempatkan anggotanya di bahagian yang kritikal.
"Bukan tambah kakitangan tapi anggota di tempat yang tidak kritikal kita pindah kepada tempat yang kritikal iaitu untuk membasmi jenayah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pembahagian semula anggota itu kerana bahagian penyiasatan dan pencegahan jenayah kekurangan tenaga sehingga terpaksa mengendalikan 20 kes dalam sebulan berbanding lima kes sebelum ini.
Strategi kedua katanya adalah dengan menaikkan gaji anggota PDRM berdasarkan suasana semasa.
"Kita tak tetapkan berapa gaji yang akan dinaikkan tapi akan ada kenaikan berdasarkan prestasi mereka," katanya.
Strategi ketiga kata Mustafa adalah meningkatkan teknologi dan komunikasi PDRM iaitu memberi tumpuan kepada kebolehan membasmi jenayah.
"Dari segi siasatan forensik, analisis forensik, itu perlu ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan PDRM membasmi jenayah," katanya.
Hadir sama Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, serta Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.
Pakatan Rakyat Julai lalu memaklumkan akan memasukkan kajian mengenai penambahbaikan PDRM dalam bajet 2012 mereka bagi mengemukakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah peningkatan jenayah.
http://www.youtube.com/watch?v=qbbGv1Ro1OU&feature=g-all-u
Sumber HD : 4/09/2012
Bajet 2013: Bimbang daya tahan ekonomi negara
Syahir Sulaiman, | 06 Sep 2012 |
Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan daya saing dan daya tahan negara.
Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.
Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.
Pemuda PAS berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.
Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.
Pemuda PAS mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.
Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.
Pemuda PAS berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.
Pemuda PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan yang baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.
Malah, Pemuda PAS sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.
Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?”
Selamatkan Malaysia!
Penulis ialah Pengarah Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 6/09/2012
Bajet 2013: Dayatahan ekonomi negara dibimbangi
Analisa & Hisbah - Syahir Sulaiman, | 10 Sep 2012 |
1. Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, saya menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan dayasaing dan dayatahan ekonomi negara.
2. Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.
Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.
3. Saya berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.
Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.
4. Oleh itu, saya mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.
Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.
5. Saya berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.
Kita menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.
6. Malah, saya sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.
7. Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, saya mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?”.
8. Selamatkan Malaysia!
--------------------------------
Penulis adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD : 10/09/2012
Gaji minimum RM900, janji tidak ditepati
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Garis panduan yang dikeluarkan sekali lagi membuktikan bahawa Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan BN tidak mampu menepati janjinya dalam melaksanakan gaji minimum di Malaysia.
Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan Jerit, Sivaranjani Manickam menyatakan demikian sebagai respons kepada Majlis Perundingan Gaji Negara yang telah mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, baru-baru ini.
Katanya, semasa perjumpaan Jerit dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada bulan Jun 2012 mengenai perlaksanaan Gaji Minimum, Jerit telah dimaklumkan oleh KSM bahawa semua pekerja layak mendapat gaji minima dan tiada pekerja yang dikecualikan melainkan pekerja domestik (domestic maids).
"Jerit dimaklumkan perkara ini apabila Jerit membangkitkan persoalan yang mengatakan bahawa Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) sedang memberi tekanan untuk menyertakan sekali beberapa elaun yang diperolehi kini oleh pekerja dapat dalam pengiraan Gaji Minimum RM900," ujarnya dalam satu kenyataan.
Namun kini, katanya garis panduan yang dikeluarkan mendedahkan 3 sektor telah dimanipulasi pengiraan kadar gaji minimum.
Menurutnya, bagi sektor perhotelan di mana kutipan caj perkhidmatan dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian kutipan caj perkhidmatan itu yang diagihkan kepada pekerja sebagai sebahagian daripada gaji minimum.
Tambahnya, bagi sektor perladangan di mana Bayaran Saguhati Khas (Special Gratuitious Payment) sebanyak RM200 dilaksanakan, majikan boleh mengubah kesemua atau sebahagian daripada bayaran tersebut sebagai sebahagian daripada gaji minimum.
"Bagi sektor pengawal keselamatan di mana insentif keselamatan dibayar kepada pekerja juga dibenarkan distruktur sebagai gaji minimum," ujarnya lagi.
Beliau turut memberikan satu contoh perkiraan yang diberi dalam garis panduan itu.
Bagi pekerja di Semenanjung Malaysia yang bergaji pokok sebanyak RM625 dan dibayar elaun tunai sebanyak RM275, majikannya boleh mengubah bayaran elaun tunai itu untuk dijadikan sebahagian daripada gaji minimum.
Gaji Semasa
|
Gaji Selepas Perintah
|
RM625 (gaji pokok) RM275 (elaun) Jumlah=RM900 | RM625+(RM900-RM625) = RM900 (gaji minimum); RM275 – (RM900-RM625) = RM0 (elaun) Jumlah=RM900 |
Sumber: Garis Panduan Majlis Perundingan Gaji Negara Mengenai Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012
Beliau berkata, apabila melihat contoh di atas, maka dapat lihat jelas tiada impak dalam gaji seseorang pekerja setelah kerajaan melaksanakan gaji minimum.
Katanya lagi, gaji minimum dilaksanakan untuk menjamin pekerja dibayar kadar gaji yang berpatutan, membawa pekerja keluar dari kancah kemiskinan dan memastikan Negara Malaysia dapat membentuk masyarakat berpendapatan tinggi.
Jadi, kata beliau apa salahnya gaji asas RM900 diberikan tanpa menjejaskan elaun-elaun yang diberikan.
Bagi pekerja perhotelan, katanya bayaran caj perkhidmatan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dibayar melalui cukai yang dikenakan terhadap pelanggan, ianya tidak dikeluarkan oleh majikan secara langsung.
Tambahan pula, ujarnya tidak ada pihak yang boleh merampas mana-mana elaun atau insentif yang diberikan kepada pekerja (Seksyen 2 (Upah), Akta Kerja 1955).
Selain itu, tambahnya kajian juga menunjukkan RM900 juga adalah satu kadar yang rendah berbanding kos hidup masa ini.
"Mengapa ada sesetengah pihak masih mahu menekan dan memeras warga pekerja?" tanya beliau.
Justeru, ujarnya Jerit amat kecewa dan membantah keras tindakan Kementerian Sumber Manusia yang mengeluarkan garis panduan yang mendiskriminasi golongan pekerja dari sektor perhotelan dan perladangan dan ini melanggar prinsip asas hak asasi manusia.
Maka, tegasnya Jerit menuntut pelaksanaan gaji minima adalah berdasarkan gaji pokok tanpa pemotongan sebarang elaun dari pendapatan pekerja.
Sumber HD : 20/09/2012
Harapan sempena Bajet 2013
Syed Abdullah Jamalullail, |
Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dalam persidangan Parlimen akhir bulan ini diharapkan dapat mengembirakan semua lapisan masyarakat di negara ini yang sedang berdebar-debar menunggu berkemungkinan adanya kejutan yang membuatkan semuanya senyum tanda kesyukuran.
Yang pasti, kebajikan dan kebaikan pembelajaran di negara ini akan disentuh dan begitu juga bagi penjawat awam menanti dengan penuh harapan apa yang akan mereka nikmati nanti.
Dicadangkan, jika boleh dalam Bajet 2013 itu nanti, bagi setiap rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 70 tahun yang sudah tidak berdaya lagi mencari nafkah atau mungkin diabaikan oleh keluarga itu diberikan pencen tetap setiap bulan sebanyak RM200 dan apabila mencapai umur 80 pula dinaikkan imbuhan itu kepada RM300 dan jika sekiranya sampai kepada umur 90 tahun mendapat RM500. Jika mencecah umur 100 tahun akan diberikan pencen tetap sebanyak RM1,000.
Begitu juga diharapkan bantuan RM200 bagi setiap murid pada awal tahun persekolahan dikekalkan juga kerana benar-benar membantu ibu bapa.Biarlah kali ini satu keluarga mendapat RM1,000 setiap kali awal tahun..
Disyorkan juga supaya harga susu tepung bayi dikecualikan cukai kerana ramai dalam kalangan ibu bapa merungut kerana harga susu tin bayi sekarang ini mencecah lebih daripada RM50 setin bagi saiz sederhana yang hanya boleh bertahan lebih kurang seminggu setin. Jika sebulan kosnya telah mencecah lebih daripada RM200, bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 atau 4 tahun sebelum boleh diberhentikan.
Dalam pada itu penjawat awam dan pesara kerajaan mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan dan bagi pesara pula mendapat imbuhan RM1,000 diakhir tahun nanti.
Selain itu diharapkan insuran kereta bagi kereta lama melebihi 10 tahun dikurangkan lagi dan begitu juga motosikal yang insurannya agak membebankan pengguna.
Diharapkan juga harga minyak akan turun dan bayaran tol dikurangkan sebanyak 50 peratus.
Sumber HD : 20/09/2012
Laporan Ketua Audit 2012 dikeluar selepas Bajet
Anis Nazri, | 24 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Laporan Audit Negara 2012 hanya akan dikeluarkan seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan pada 28 Sept ini.
Ia bagi memberi peluang kepada ahli-ahli dewan membincangkan secara lebih fokus tentang bajet, tanpa mencampur-adukkan dengan laporan audit.
Demikian dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada wartawan, di lobi parlimen, hari ini.
Tahun lalu, laporan audit juga dikeluarkan selepas pembentangan Bajet 2012 yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Sebelum itu, Nazri melawat ruang media yang dinaiktarafkan dengan menambah bilangan kerusi, selain menambah soket tambahan.
Penambahbaikan itu dilakukan selepas pihak media mengadu menghadapi kesesakan yang menyebabkan kesukaran pihak media untuk membuat liputan pada sesi lepas.
Sumber HD : 24/09/2012
Bajet 2013: Kajian Semula ke atas keadilan sosial
Syahir Sulaiman, | 25 Sep 2012 |
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)
Falsafah Keadilan: Satu Kajian Semula
Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, tempat di mana ia sepatutnya berada. Keadilan adalah nilai universal dan kemanusiaan yang penting, (ethica perennis et universalis), yang memastikan keseimbangan kemahuan yang pelbagai di dalam ekosistem.
Walaupun keadilan seringkali dikaitkan dengan kesamaan yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan dalam pengagihan keperluan dan sumber, serta risiko dan ganjaran dalam kalangan anggota masyarakat, namun ia tidak sepatutnya disinonimkan dengan pengagihan yang sama, apatah lagi dengan pengagihan berasaskan merit semata-mata.
Justeru, keadilan sosial adalah satu konsep yang lebih luas dari keadilan ekonomi dan tatasusila politik dalam masyarakat (atau ekosistem), sama ada ia di peringkat terkecil sebuah keluarga sehinggalah ke magnitud sebuah bangsa dan masyarakat yang berhampiran.
Plato telah mengemukakan pandangan beliau dalam ‘Republic' bahawa "manusia secara semula jadinya tidak sama rata", dia kemudiannya mengisytiharkan bahawa "keadilan terbentuk dalam hubungan yang harmoni antara pelbagai organisma sosial.
Setiap warganegara mesti melaksanakan tugasnya seperti yang telah ditetapkan, dan melakukan tugas yang paling bersesuaian dengan sifatnya".
Ini bercanggah dengan konsep Aristotle bahawa "keadilan berakar umbi dari kesamaan" dan "kesamaan diukur berdasarkan merit dan sumbangan".
Keadilan dalam Islam, tidak boleh dipisahkan daripada kedua-dua nilai material dan rohani yang mengintegrasikan kedua-dua prinsip moral dan agama dalam cubaan untuk mengimbangi antara kepentingan individu dan masyarakat.
Dinamisme ini jelas digambarkan dalam ajaran yang komprehensif di bawah spektrum iman ('aqidah), ketaatan ('ibadah) dan etika (Akhlaq).
Perubahan landskap di Malaysia
Masyarakat Malaysia telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Beberapa cendekiawan dalam kajian mereka telah membincangkan keadilan ekonomi dan sosial Malaysia sejak zaman penjajah sehingga zaman selepas kemerdekaan, dan perbahasan yang begitu panjang berkenaan perpaduan nasional Malaysia, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan undang-undang melalui perubahan pesat ekonomi yang didominasi oleh pertanian menuju ke arah perindustrian dan hab perkhidmatan serantau.
Begitu banyak fakta dan angka juga telah dibentangkan untuk menggambarkan perjalanan sukar membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, disokong oleh kadar pertumbuhan tahunan, pengurangan kadar kemiskinan, peningkatan ketara kadar celik huruf, kualiti penjagaan kesihatan yang lebih baik serta improvisasi perhubungan dan infrastruktur di negara ini.
Di sebalik pencapaian masa lalu, masa hadapan kelihatan suram. Walaupun Malaysia perlu berkembang sebanyak 8% setiap setahun untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, pertumbuhan telah merosot sepanjang sepuluh tahun yang lalu.
Malaysia, dengan itu berada dalam posisi bahaya terperangkap dalam pendapatan golongan pertengahan, terutamanya disebabkan oleh pembandaran pesat, eksport berorientasikan kos rendah, dan kemerosotan persaingan dalam perniagaan.
Apa seterusnya bagi Malaysia?
Kemajuan Malaysia sepanjang dekad yang lalu telah melahirkan 'generasi yang lebih selesa', gen-Y yang seolah-olah tidak memahami tentang kesusahan nenek moyang semasa zaman penjajah dan zaman kesusahan.
Populasi muda ini dilimpahi dengan tempat tinggal, pakaian, dan makanan yang baik semasa zaman kanak-kanak mereka, bercampur dengan rakan-rakan berbilang kaum di sekolah dan kemudiannya dilengkapi dengan alat berteknologi tinggi dan cara interaksi sosial yang baharu.
Begitu juga percanggahan minat mereka. Di satu pihak, orang-orang tua bergantung kepada manfaat ekonomi untuk keluarga, anak muda pula berdebat soal persaingan dan ketelusan.
Dianggarkan bahawa generasi muda membentuk kira-kira separuh dari jumlah pengundi, maka sokongan mereka akan menentukan keputusan pengundian.
Komposisi baru pengundi muda boleh menjadi sebagai isyarat awal landskap politik yang baru di Malaysia, menyuarakan pembaharuan struktur ke arah pengagihan harta yang saksama, kedaulatan undang-undang serta isu ekonomi yang semakin menekan seperti gaji dan peluang pekerjaan yang lebih baik, kos rumah yang berpatutan dan kualiti hidup yang baik.
Kerana kita berada dalam kedudukan fiskal mencabar vis-à-vis yang menuntut keadilan sosial, kerajaan seharusnya memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing ekonomi, kedua-duanya untuk negera dan rakyat.
Bermula dari hasil yang mampan, penekanan kemudiannya perlu diberikan ke arah memperkukuh daya tahan ekonomi dalam skop yang menyeluruh, bukan melalui langkah populis seperti pengagihan 'one-off' yang tidak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk mengambil langkah pembaharuan yang berani, dengan meneroka sumber hasil baru serta secara beransur-ansur mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan petroleum, dengan memperkenalkan cukai yang lebih mesra pelabur dan rakyat, dengan mempunyai pengagihan kebajikan dan subsidi yang lebih baik dan berkesan, serta dengan mengurangkan ketidakcekapan dan ketirisan melalui sistem tender yang terbuka dan telus.
Malaysia patut menghentikan penyalahgunaan dasar pilih kasih dan perlindungan yang seolah-olah membiakkan generasi 'Know who' yang lebih berkualiti dari 'know-how'.
Tidak perlulah diberitahu bagaimana teruknya persepsi terhadap amalan rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia, seperti yang digambarkan dalam satu ayat, "Those days — on the table; Later days — under the table; Nowadays — including the table!". Rasuah, dan jenayah tidak boleh ditoleransi lagi.
Seperti yang diberitahu oleh Sayyid Qutb, seorang cendekiawan Islam yang terkenal, "Islam sebagai sistem politik dan sosial yang komprehensif menjamin keadilan sosial bagi rakyat jelata yang akan menyembuhkan semua masalah sosial kerana ia menentang rasuah, penindasan, dan kemewahan. Ia adalah satu kuasa pembebasan, dan ia juga merupakan kuasa sosial yang kuat. "
Satu dasar fiskal yang penuh integriti, adalah penting bagi Malaysia.
--------------------
Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris oleh Mohamad Yahya.
25 September 2012
Sumber HD : 25/09/2012
PR bubar 1MDB, fungsi sama Khazanah Nasional
Muhammad Faizal, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 menegaskan akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang belanjawan tersebut memberitahu tindakan membubarkan 1MDB itu akan dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya.
Beliau menegaskan kehadiran 1MDB adalah sama dengan fungsi Khazanah yang terlibat dalam strategi pelaburan.
"Kita ingin melahirkan reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.
"Khazanah sudah melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan dan kenapa perlu diwujudkan 1MDB sedangkan fungsinya adalah sama dalam strategi pelaburan," jelasnya pada pelancaran belanjawan itu di dewan taklimat parlimen, petang ini.
Tambah beliau lagi, dengan wujudnya 1MDB itu juga merupakan satu pembaziran yang besar kerana objektifnya sama dengan Khazanah.
"Pakatan Rakyat akan memastikan semua aset yang telah dipindahkan atau semua projek dimasukkan kembali kepasa hak milik awam serta melihat semula perjanjian komersial yang telah dimeterai oleh 1MDB.
"Kita juga menetapkan sasaran dividen tetap terhadap Khazanah bermula dengan RM2 bilion setiap tahun," jelasnya lagi.
Selain itu juga, melalui belanjawan ini juga Pakatan Rakyat turut menyediakan insentif bagi pengurusan GLC yang bukan di dalam bidang asas dan strategik untuk mengambil alih syarikat melalui pengurusan membeli (Management buy out- MOB) sebagai usaha mengurangkan persaingan GLC dan syarikat swasta.
Sumber HD : 26/09/2012
7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Muhammad Faizal, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.
"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.
"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.
Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.
Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.
"Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.
"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.
Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.
Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.
Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.
Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.
Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.
Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.
ULASAN AHLI PARLIMEN BERHUBUNG DENGAN BAJET PR:
YB Datuk Lajim , YB Senator Syed Shahir & YB Dr Dzulkefli :
http://www.youtube.com/watch?v=yOBo94mLYgc&feature=g-all-u
Sumber HD : 26/09/2012
Belanjawan PR terbaik untuk Sabah, Sarawak
Muhammad Faizal, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin melihat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan memberi satu impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Malah menurut beliau, perancangan Pakatan Rakyat yang ingin membina lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.
Pakatan Rakyat melalui belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentangkan semalam meletakkan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.
Pakatan Rakyat melihat kemudahan jalanraya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.
Di mana rakgkaian jalan di Semenanjung mencapai 35,735 km menjelang 2009, manakala gabungan jalan di Sabah dan Sarawak hanya 10,171 km.
Menurut Lajim lagi, kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini telah menjanjikan pembinaan lebuhraya tersebut namun sehingga kini belum ada sebarang tanda mahupun isyarat yang mereka ingin laksanakan.
"Sabah dan Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dan merupakan pengeluar minyak dan sumber hasil bumi yang amat banyak.
"Namun apa yang rakyat di sana dapat, malah tidak ada satu pun pembangunan mega dilakukan terutamanya pembinaan lebuhraya yang menghubungkan ke dua-dua buah negeri," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.
Beliau yang cukup yakin dengan apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat kerana agenda yang dibawa adalah untuk memastikan dan memberi keutamaan kepada rakyat terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung.
"Jadi harapan saya agar rakyat Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat jika ingin melihat pembangunan serta kehidupan mereka berubah pada masa yang akan datang.
"Atas dasar itulah saya dan kawan-kawan meletak jawatan serta meninggalkan Barisan Nasional adalah semata-mata untuk berjuang demi kesejahteraan rakyat di sana," sambung beliau lagi.
Lajim yang ketika ditanya pengalaman beliau sewaktu berada di dalam Barisan Nasional dengan apa yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya dalam urusan belanjawan.
"Bagi Barisan Nasional mereka memang bentang bajet seperti biasa dengan mengumumkan peruntukan untuk kebaikan rakyat tapi pada masa yang sama kita boleh nampak rakyat Sabah dan Sarawak yang miskin semakin miskin manakala yang kaya terus mengaut kekayaan.
"Saya tidak mempunya satu harapan yang tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi dengan adanya pendekatan Pakatan Rakyat, saya yakin bahawa apa yang akan dilaksanakan di negeri-negeri tersebut memberi impak yang besar kepada kedua-dua negeri, apatah lagi dengan pemberian 20 peratus royalti minyak," kata beliau lagi
Beliau yang yakin dengan peruntukan 20 peratus royalti minyak itu bukan sahaja pembangunan di Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan malah rakyat negeri itu akan keluar dari garis kemiskinan.
Pakatan Rakyat selain daripada perancangan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu itu turut akan memperluaskan dan menaiktaraf rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak yang kini terdiri hanya pada 134 km sahaja.
Pakatan Rakyat berpendapat dengan terlaksananya pembinaan lebuhraya dan juga naiktaraf landasan keretapi itu, pembangunan di Sabah dan Sarawak akan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Sumber HD: 27/09/2012
Sumber HD : 27/09/2012

Belanjawan PR: Penetapan gaji minimum tepat
Muhammad Faizal, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Senator Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) berpendapat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang telah dibentangkan semalam dapat menyelesaikan masalah kemiskinan tegar dalam negara ini.
Beliau yang ditemui Harakahdaily memberitahu peningkatan bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan kemiskinan tegar iaitu RM550 adalah satu cadangan yang sangat baik dalam menyeleseikan masalah tersebut.
"Kita melihat melalui cadangan peningkatan bantuan isu rumah yang diberikan itu dapat mengatasi miskin tegar negara.
"Kebanyakan mereka terdiri dari golongan pekerja, golongan berpendapatan rendah dan kemiskinan sekarang tidak boleh dianggap kemiskinan luar bandar sahaja sebenarnya di dalam bandar pun berlaku kemiskinan," kata bekas Presiden MTUC itu.
Beliau juga turut memberitahu penetapan gaji minimum pada tahap RM1,100 adalah bertepatan memandangkan kerajaan sebelum ini hanya mencadangkan RM900 sahaja.
Dalam pada masa yang sama, beliau mengharapkan dasar-dasar yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini dapat menyelesaikan masalah terutama kumpulan sasar yang terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah.
Belanjawan Pakatan Rakyat akan membelanjakan RM2 bilion bagi pelaksanaan gaji minimum pada paras RM1,100 sebulan yang melibatkan sektor awam dan swasta dengan penyelarasan gaji dijangkakan dalam 2 hingga 8 peratus.
Sementara itu, Pakatan Rakyat turut meningkatkan pembayaran kebajikan daripada RM300 pada masa sekarang kepada RM550 sebulan dan ini dapat membebaskan 84,000 keluarga dari paras kemiskinan sekarang iaitu bawah RM500 sebulan.

Belanjawan tidak guna kalau rugi RM28 bilion
Abdul Aziz Mustafa, | 28 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.
"Tetapi, kalau Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib hari ini adalah "belanjawan beli undi".
Dr Mahathir sebelum ini mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib memberi wang tunai kepada rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Bagi Mohamad, pembelian undi adalah rasuah terang-terangan tetapi lebih buruk lagi penyelewengan dalam perlaksanaan apa yang dibentangtkan dalam belanjawan.
"Dalam belanjawan hanya nyatakan hendak beli peralatan tentera. Itu baik.
"Tetapi dalam perlaksanaannya, gasak duit rasuah dalam pembelian kapal selam malah sehingga berbunuh-bunuh," katanya.
Ayat-ayat hendak minta duit dalam belanjawan, katanya, boleh dikatakan hampir semuanya manis-manis belaka.
"Tetapi dalam perlaksanaan, beli pemutar skru lima kali daripada ganda harga biasa," katanya sambil menyatakan contoh itu hanya contoh terlalu kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada negara yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.
Mohamad juga menggelar belanjawan Najib sebagai belanjawan sembunyi fakta berikutan keengganan kerajaan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan.
Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan.
Tetapi, dalam pemerintahan Najib, iaitu bermula tahun lalu, laporan audit dibentangkan selepas belanjawan.
Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan, belanjawan yang dibentangkan oleh Najib dijangka akan menggula-gulakan pengundi kerana kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang lebih diutamakan dari menangani hutang negara yang semakin meningkat.

Sumber HD : 28/09/2012
Bajet 2013 bajet politik semata-mata
Salmiyah Harun , | 30 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu sebagai bajet politik semata-mata.
Beliau berkata, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.
Misalnya, kata beliau kerajaan hanya memberi penekanan soal teknikal sahaja tanpa menghiraukan bagaimana pelaksanaan dan pengagihan supaya sampai kepada sasaran.
"Duit yang diberi kepada petani dan nelayan akhirnya berlaku penyelewengan, sepatutnya bagi baja dengan harga murah. Bagi duit kemudian habis begitu sahaja. Bertani tidak selesai, pertanian entah ke mana.
"Bagi subsidi minyak pula akhirnya dimonopoli oleh nelayan-nelayan laut dalam,"katanya yang ditemui Harakahdaily semalam.
Katanya, pengagihan yang tidak telus ini menyebabkan kekayaan hanya berlegar di kalangan kroni akhirnya sasaran yang sepatutnya tidak dapat insentif yang dijanjikan.
"Ini perubahan yang perlu dibuat rakyat dan mereka kena sedar berlaku ketirisn dan penyelewengan.
"Janji ditepati bina stadium akhirnya stadium runtuh, janji ditepati buat jalan tapi tak siap, kena tambah peruntukan sebab tidak ada kepentingan untuk kerajaan," katanya.
Selain itu, konsep belanjawan dalam Islam menurut beliau antara lain bukan sahaja memastikan sumber pendapatan negara itu dari sumber yang halal malah memastikan ianya diperolehi bukan dengan cara zalim.
"Sumber mesti halal ataupun tidak diambil secara zalim.
"Rompak duit royalti itu zalim," katanya.
Tambahnya, kekayaan yang ada di dalam negara boleh dipusing melalui sistem percukaian yang ada dalam Islam antaranya sistem zakat.
Jelas Abdul Hadi, zakat ialah petunjuk konsep percukaian iaitu diambil daripada mereka yang berada dan dipulangkan kepada mereka yang memerlukan, manakala cukai pula dikenakan kepada orang bukan Islam.
"Zakat pun boleh ganti cukai. Zakat adalah wajib dan tidak boleh dihapuskan berbeza dengan cukai.
"Walaupun negara mempunyai bertimbun kekayaan tetapi zakat wajib juga dikeluarkan, tetapi cukai boleh dihapuskan" katanya.

Sumber HD : 30/09/2012
Bajet tanpa muhasabah ketirisan hanya bajet politik
Harakahdaily, | 02 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Bajet tanpa muhasabah terhadap penyelewengan dan ketirisan wang negara sebelum ini hanya akan membawa kepada bajet politik semata-mata seperti Bajet 2013 yang telah dikemukakan BN.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bajet 2013 memperlihatkan betapa BN menggunakan bajet kali ini untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku demi survival politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Malah katanya, selepas Bajet 2013 dibentang, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa dijangka tetap akan berlaku kerana matlamat bajet itu sendiri lebih kepada untuk mengekalkan kuasa politik BN dan bukan membela rakyat terbanyak.
"Tak dinafikan bajet dan politik tidak boleh dipisahkan, tapi jangan bermain politik dengan bajet.
"Banyak penyelewengan hilang cerita, dan timbul pula cerita baru. Di bawa ke mahkamah sekejap, habis cerita, tak tahu apa tindakan terhadap pesalah itu," katanya ketika membahaskan Bajet 2013 di parlimen petang semalam.
Beliau memberikan contoh penyelewengan dalam kes Bank Bumiputera, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kapal selam dan Perwaja yang sehingga kini tidak diketahui apa tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu juga, jika pilihan raya dibuat dalam suasana yang bebas dan adil, rakyat sudah tentu akan menghukum kerajaan yang korup dan memilih mereka yang lebih baik untuk menerajui pentadbiran negara.
Namun katanya, kerajaan dilihat cuba menggunakan bajet kali ini untuk mengaburi mata rakyat dengan juga menggunakan slogan 'janji ditepati' demi kepentingan politik BN.
"Jangan lekakan rakyat dengan slogan-slogan bertali arus satu demi satu.
"Tidak dinafikan ada janji ditepati, tetapi ada yang tidak," katanya.
Sebagai contoh katanya, rakyat Sabah masih ketinggalan walaupun merdeka lebih 40 tahun.
Selain itu, Lebuh Raya Timur Barat juga gagal siap mengikut jadual manakala Lebuh Raya Simpang Pulai-Gua Musang yang dirancang sejak 70-an juga tidak selesai.
"Janji ditepati, buat stadium runtuh, buat jambatan runtuh, buat makmal runtuh," tambahnya lagi.
Sebab itu katanya, antara asas bajet yang sempurna juga adalah pembangunan insan, konsep kewangan iaitu sumber halal dan berkat, serta perlaksanaan amar makruf nahi mungkar.
"Zalim membawa kepada tidak berkat," katanya sambil memberi contoh penafian bayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu.

Sumber HD : 2/10/2012
1. Bentuk kenaikan gaji hasil dari dasar-dasar Pakatan Rakyat adalah kenaikan gaji guru sebanyak RM2.4 bilion (hasil dari pelaksanaan Elaun Khas Perguruan sebanyak RM500 setiap bulan bagi setiap orang guru), kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak RM2 bilion (hasil dari pelaksanaan gaji minima RM1,100 di sektor awam dan pelarasan gaji kepada semua kakitangan) dan kenaikan gaji anggota polis sebanyak RM754 juta (hasil dari cadangan untuk membekukan pengambilan baru anggota polis sehingga tahun 2015).
2. Mengikut perkiraan beliau, jumlah kesemua kenaikan gaji ini sebanyak RM5.1 bilion tidak selari dengan angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menunjukkan pertambahan gaji sebanyak hanya sebanyak RM4 bilion.
Berdasarkan perkiraan mudah itu, beliau menuduh Belanjawan Pakatan Rakyat mengandungi angka-angka yang menipu dan hasil dari penyelidikan yang kucar-kacir.
Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dokumen-dokumen rasmi termasuklah Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 ada mengambil kira semua perkara ini dalam menentukan angka-angka yang digunapakai.
Seharusnya Dato’ Chua Tee Yong membaca sepenuhnya keseluruhan dokumen Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menerangkan pendekatan Pakatan Rakyat untuk menggunakan jumlah anggota polis sedia ada bagi memenuhi tuntutan melindungi keselamatan awam tanpa perlu menambah tenaga kerja melalui pengambilan baru. Ini berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional yang ingin meningkatkan pengambilan baru sehingga mencecah 30% menjelang 2015, yang sudah tentu akan meningkatkan tanggungan gaji.
Cadangan Pakatan Rakyat adalah dengan memfokuskan anggota polis sedia ada kepada kerja-kerja membanteras jenayah dengan menukar anggota Cawangan Khas ke Jabatan Siasatan Jenayah. Penjimatan dari langkah ini (kerana tiada pengambilan baru menjelang 2015) bolehlah digunakan untuk menaikkan gaji anggota polis.
Maka, ia satu proses yang akan berjalan dalam satu tempoh, bukannya kenaikan gaji serentak kerana proses penukaran anggota Cawangan Khas melibatkan latihan dan lain-lain. Sebab itu di mukasurat 8 Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 ada menyebut bahawa Pakatan Rakyat mengunjurkan kenaikan gaji 15% sekiranya proses ini berjalan.
Oleh kerana ia melibatkan satu proses, maka ia juga melibatkan kenaikan berperingkat dalam satu tempoh masa kerana kenaikan gaji itu perlu dibiayai dari penjimatan kerana tiada pengambilan baru dalam tempoh 3 tahun.
Kesan kewangan bagi tahun 2013 dianggarkan satu pertiga dari jumlah kenaikan gaji RM754 juta bagi kesemua kakitangan, iaitu sekitar RM250 juta.
Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat memutuskan bahawa kenaikan ini boleh dibiayai dengan menyemak semula perbelanjaan untuk “Faedah-faedah Kewangan Yang Lain” (Kod Akaun: 15000) yang telah mencecah RM1.04 bilion dalam tahun 2013. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneliti bentuk-bentuk faedah bukan gaji untuk mengelakkan pembaziran, dengan memastikan hanya faedah bukan gaji kepada kakitangan awam disediakan pada kos yang berpatutan. Ini penting bagi memastikan Kod Akaun 15000 (“Faedah-faedah Kewangan Yang Lain”) tidak melibatkan peruntukan bagi perbelanjaan yang boros. Kami yakin penjimatan dari semakan terhadap perbelanjaan faedah bukan gaji boleh menampung kesan kewangan bagi tahun 2013 yang dianggarkan RM250 juta itu.
Mengambil kira pertimbangan ini, kenaikan peruntukan gaji kakitangan kerajaan hanyalah RM4 bilion seperti yang terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Kami mengucapkan tahniah kepada Dato’ Chua Tee Yong kerana mengambil sedikit masa untuk meneliti angka-angka yang dibentangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Namun, beliau lebih berhati-hati apabila ingin berhujah menggunakan angka kerana reputasi beliau sebelum ini pun terjejas teruk apabila angka-angka yang digunakan sering bertukar-tukar.
Bagi pihak Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
YB Dr Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor/AJK PAS Pusat
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi Keadilan
Dr Ong Kian Ming
Strategis Pilihanraya DAP
Sumber HD : 3/10/2012
KOTA BHARU: Biar pun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diterajui Datuk Seri Najib Razak, malangnya lebih 361,000 golongan kelainan upaya (OKU) masih lagi terpinggir.
Ini kerana kementerian itu hanya diberikan peruntukan sejumlah RM1.65 bilion iaitu 3.39 peratus daripada RM49.7 bilion perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2013.
Dan daripada jumlah peruntukan tersebut dipecah pula kepada lima agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Selain itu Institut Sosial Malaysia dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).
OKU pula diletak di bawah JKM yang turut bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu tunggal, warga emas, orang-orang miskin dan pelbagai lagi.
Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan, Muhammad Faizal Che Yusoff berkata, kerajaan seperti gagal menilai tanggungjawab KPWKM yang begitu besar.
“Ini menggambarkan betapa kerajaan kurang prihatin kepada golongan masyarakat yang bergantung harap termasuk OKU.
“Sedangkan kementerian tersebut kini berada di Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Jumlah OKU berdaftar sekarang berjumlah 361,000 orang.
“Kami hanya dimomokkan dengan pemberian-pemberian kemudahan lama tapi dijenamakan semula,” katanya di sini sebagai memberi reaksi terhadap Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Jumaat lalu.
Muhammad Faizal yang juga seorang peguam berkata, tiadanya perhatian yang lebih fokus kepada OKU dalam pentadbiran kerajaan sekarang menyebabkan pelbagai isu didepani OKU terus berlarutan dan tiada kesudahan.
Bermula isu intervensi awalan, sokongan keluarga, pendidikan, pekerjaan, sara hidup, perumahan, infrastruktur aksesibiliti, penjagaan OKU di hari tua, serta hak kepada kebudayaan dan rekreasi terus menjadi persoalan pada OKU.
Malangnya kata beliau tiada perancangan yang dapat memberi kesan yang signifikan kepada OKU.
Oleh itu beliau melihat kementerian terbabit perlu distruktur semula bagi memastikan kehidupan OKU lebih terbela biar pun sekarang telah wujud Majlis Kebangsaan Bagi OKU dan Jabatan Pembangunan OKU.
Beliau berkata, KPWKM wajar dipecahkan setidak-tidaknya kepada dua kementerian. Hal ehwal wanita dan keluarga diletakkan di satu kementerian, manakala hal ehwal OKU dan kesejahteraan masyarakat diletak di kementerian lain.
“Dengan mengecilkan saiz tanggungjawab yang kini dipikul KPWKM, ia diharap mampu memberi lebih ruang yang cukup untuk menteri lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam situasi sekarang kata Faizal, OKU lebih meletak pengharapan kepada Pakatan Rakyat bagi memberi perhatian khusus dalam hal tersebut terutamanya merancang dan melaksanakan pembangunan OKU secara menyeluruh.
“Dalam hal ini perlulah suatu perancangan yang begitu fokus diberi perhatian Pakatan Rakyat dalam mengimpikan Malaysia baru selepas pilihanraya umum ke-13,” ujarnya.
Sumber HD : 3/10/2012
Jawapan Pakatan Rakyat Kepada Chua Tee Yong
Harakahdaily, | 03 Okt 2012 |
Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dato’ Chua Tee Yong yang menuduh angka-angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 adalah tidak tepat berdasarkan perkiraan ringkas beliau seperti berikut:

OKU impikan Malaysia baru di bawah Pakatan
Aslani M, | 03 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Biar pun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diterajui Datuk Seri Najib Razak, malangnya lebih 361,000 golongan kelainan upaya (OKU) masih lagi terpinggir.
Ini kerana kementerian itu hanya diberikan peruntukan sejumlah RM1.65 bilion iaitu 3.39 peratus daripada RM49.7 bilion perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2013.
Dan daripada jumlah peruntukan tersebut dipecah pula kepada lima agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Selain itu Institut Sosial Malaysia dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).
OKU pula diletak di bawah JKM yang turut bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu tunggal, warga emas, orang-orang miskin dan pelbagai lagi.
Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan, Muhammad Faizal Che Yusoff berkata, kerajaan seperti gagal menilai tanggungjawab KPWKM yang begitu besar.
“Ini menggambarkan betapa kerajaan kurang prihatin kepada golongan masyarakat yang bergantung harap termasuk OKU.
“Sedangkan kementerian tersebut kini berada di Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Jumlah OKU berdaftar sekarang berjumlah 361,000 orang.
“Kami hanya dimomokkan dengan pemberian-pemberian kemudahan lama tapi dijenamakan semula,” katanya di sini sebagai memberi reaksi terhadap Belanjawan 2013 yang dibentang Perdana Menteri Jumaat lalu.
Muhammad Faizal yang juga seorang peguam berkata, tiadanya perhatian yang lebih fokus kepada OKU dalam pentadbiran kerajaan sekarang menyebabkan pelbagai isu didepani OKU terus berlarutan dan tiada kesudahan.
Bermula isu intervensi awalan, sokongan keluarga, pendidikan, pekerjaan, sara hidup, perumahan, infrastruktur aksesibiliti, penjagaan OKU di hari tua, serta hak kepada kebudayaan dan rekreasi terus menjadi persoalan pada OKU.
Malangnya kata beliau tiada perancangan yang dapat memberi kesan yang signifikan kepada OKU.
Oleh itu beliau melihat kementerian terbabit perlu distruktur semula bagi memastikan kehidupan OKU lebih terbela biar pun sekarang telah wujud Majlis Kebangsaan Bagi OKU dan Jabatan Pembangunan OKU.
Beliau berkata, KPWKM wajar dipecahkan setidak-tidaknya kepada dua kementerian. Hal ehwal wanita dan keluarga diletakkan di satu kementerian, manakala hal ehwal OKU dan kesejahteraan masyarakat diletak di kementerian lain.
“Dengan mengecilkan saiz tanggungjawab yang kini dipikul KPWKM, ia diharap mampu memberi lebih ruang yang cukup untuk menteri lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab,” katanya.
Dalam situasi sekarang kata Faizal, OKU lebih meletak pengharapan kepada Pakatan Rakyat bagi memberi perhatian khusus dalam hal tersebut terutamanya merancang dan melaksanakan pembangunan OKU secara menyeluruh.
“Dalam hal ini perlulah suatu perancangan yang begitu fokus diberi perhatian Pakatan Rakyat dalam mengimpikan Malaysia baru selepas pilihanraya umum ke-13,” ujarnya.
Sumber HD : 3/10/2012
Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas
Muhamad Yusri Amin, | 03 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.
Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.
“Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.
“Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002,” katanya di sini semalam.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat.
Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru.
“Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti.
“Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah,” ujarnya.
Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati.
Sumber HD : 3/10/2012
Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.
Kami menyatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menangani gejala sosial dan sosial yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistic membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku.
Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf:
o 83.3 kes sehari
o Satu kes setiap 15 minit
Kes pembuangan bayi yang begitu ketara:
Pada 6 Julai yang lalu, negara ini digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui.
Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagi jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gengsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabuk dan bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.
Kami ingin menekankan, peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan. Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabil dan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini.
Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudarat dan kerosakan.
Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara langsung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, IKRAM membuat penegasan menuntut semua pihak – setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan:
Kami menuntut agar penegasan ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan negara, demi Malaysia yang lebih sejahtera, untuk semua!
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Pengerusi JK Pembangunan Sosial
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
Rosmawati Zainal
Pengarah Raudhatus Sakinah
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Pengerusi Rumah Iman 1 dan 2 (SIDIM)
Ustaz Roslan Mohamad Isa
Penyelia Baitul Islah PERKID Shah Alam
Hazlina Abdul Razak
Pengarah Darul Wardah
Pn Hjh Norlina Haji Alawi
Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi
Sumber HD : 4/10/2012
Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013
TUMPAT: Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.
Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini dianggap banyak kecatatan.
“Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini hari ini.
Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin tinggi.
Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan “rasuah politik” menjelang pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.
“Non muslim bukan sahaja memberi sumbangan moral dan kewangan tetapi mempamerkan kecintaan, penghormatan, kepercayaan serta keyakinan amat tinggi kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan.
“Dan itu juga bermaksud sokongan kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan.
“Dan bukan sahaja mereka menghantar wakil seorang dua, bahkan semua Tok-Tok Raja hadir bersama dan kita melihat bagaimana penghormatan dan kemesraan yang ditunjukkan,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu tidak pernah kita lihat dalam sejarah.
Sumber HD : 5/10/2012

Bajet: Mana peruntukan tangani gejala sosial?
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
Bajet 2013 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas membawa tema: “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat”.
Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.
Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.
Kami menyatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menangani gejala sosial dan sosial yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistic membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku.
Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf:
- Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan seramai 18,652 remaja berusia 10-19 tahun didapati hamil sepanjang 2011, di mana 30% hamil di luar nikah yang sah. (The Star, 22 September 2011)
- Dalam tempoh lapan tahun (2000-2008) sebanyak 257,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Secara purata, kadar kelahiran anak tak sah taraf di negara ini:
o 83.3 kes sehari
o Satu kes setiap 15 minit
Kes pembuangan bayi yang begitu ketara:
- Seramai 705 bayi terdampar dilaporkan sepanjang lapan tahun semenjak 2004 hingga 2011. Dalam 2009 – 79 kes, meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes dalam tahun 2010 dan sebanyak 98 kes pada tahun 2011. (Sumber : PDRM)
- Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004-2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah!
- Daripada pemantauan media harian bercetak di Negara ini, dalam tempoh lima bulan terakhir ini (Mei-September 2012), terdapat 30 liputan berita mengenai pembuangan bayi yang dilaporkan.
Pada 6 Julai yang lalu, negara ini digemparkan dengan insiden bayi disorokkan di dalam beg sekolah selama berhari-hari sebelum ditemui.
Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan negara, terbabit dalam pelbagi jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gengsterisme, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabuk dan bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.
Kami ingin menekankan, peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan di luar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan. Memperuntukkan sumber kewangan dan dana yang mantap, stabil dan mencukupi bagi melaksanakan usaha penting ini sewajarnya menjadi keutamaan pihak kerajaan buat masa ini.
Kami ingin menegaskan, usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata, tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan insaniah yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudarat dan kerosakan.
Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara langsung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, IKRAM membuat penegasan menuntut semua pihak – setiap ahli masyarakat, remaja, ibu bapa, orang dewasa dan khususnya pihak kerajaan:
- Memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda negara, dan tidak mengetepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut.
- Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dalam membangunkan system sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.
- Menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna.
- Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningatan gejala sosial yang semakin meruncing.
Kami menuntut agar penegasan ini diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan negara, demi Malaysia yang lebih sejahtera, untuk semua!
Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
Pengerusi JK Pembangunan Sosial
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
Rosmawati Zainal
Pengarah Raudhatus Sakinah
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Pengerusi Rumah Iman 1 dan 2 (SIDIM)
Ustaz Roslan Mohamad Isa
Penyelia Baitul Islah PERKID Shah Alam
Hazlina Abdul Razak
Pengarah Darul Wardah
Pn Hjh Norlina Haji Alawi
Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi
Sumber HD : 4/10/2012
Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013
Muhammad Yusri Amin, | 05 Okt 2012 |
TUMPAT: Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.
Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini dianggap banyak kecatatan.
“Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini hari ini.
Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin tinggi.
Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan “rasuah politik” menjelang pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.
“Non muslim bukan sahaja memberi sumbangan moral dan kewangan tetapi mempamerkan kecintaan, penghormatan, kepercayaan serta keyakinan amat tinggi kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan.
“Dan itu juga bermaksud sokongan kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan.
“Dan bukan sahaja mereka menghantar wakil seorang dua, bahkan semua Tok-Tok Raja hadir bersama dan kita melihat bagaimana penghormatan dan kemesraan yang ditunjukkan,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu tidak pernah kita lihat dalam sejarah.
Sumber HD : 5/10/2012
Perbendaharaan akui anggaran kos Pakatan tepat
Harakahdaily, | 11 Okt 2012 |
Kenyataan Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun [1] disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah
2. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3. Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat
Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini.
Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2. Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.
Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
11 OKTOBER 2012
[1] “Pakatan's budget is mathematically wrong: Ahmad Husni” disiarkan 10 Oktober 2012
[2] Seperti yang digunakan Dato’ Seri Husni Hanadzlah
[3] Seperti yang diulang oleh Sdr Khairy Jamaluddin dan disiarkan di dalam artikel beliau ‘Where Will The Money Come From” di dalam The Edge
Sumber HD : 11/10/2012
Demikian luahan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIA), Muhammad Hamidi Zamri berhubung rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar.
Begitupun, beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berbesar hati meluluskan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar kepada belia berusia 21 bhingga 30 tahun dalam Bajet 2013.
“Mahasiswa di IPTA/IPTS juga tidak terlepas dari menikmati rebat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini juga, kabinet telah mendengar suara belia untuk membuka tawaran rebat RM 200 kepada semua jenis telefon pintar, bukannya terhad kepada telefon pintar yang berharga RM500 ke bawah sahaja.
“Namun demikian, apabila kami meneliti syarat-syarat yang dikemukakan, kami mendapati ada syarat yang sangat membebankan pengguna telefon pintar iaitu semua pelanggan dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan mereka menuntut rebat ini,” ujarnya.
Malah, kata beliau ada sesetengah penyedia perkhidmatan mewajibkan pelanggan untuk terikat dengan kontrak perjanjian selama setahun untuk menikmati rebat ini.
Beliau berkata, MPPUIA akui bahawa penggunaan aplikasi telefon pintar akan terbatas tanpa liputan internet, namun demikian perkara itu akan dapat diatasi apabila kebanyakan kampus IPTA/IPTS dan juga restoran-restoran ada menawarkan wifi percuma kepada pelajar dan pelanggan mereka.
Katanya, oleh kerana mahasiswa di IPTA/IPTS bukanlah golongan yang berpendapatan, pihaknya mendesak agar syarat mewajibkan langganan internet ini dikaji semula kerana ternyata ianya akan membebankan mahasiswa yang terpaksa membayar komitmen bulanan untuk menikmati rebat RM200 itu.
“Kami yakin bahawa kerajaan Malaysia sangat prihatin dengan kebajikan rakyat. Janganlah kerana kesenangan sementara, menyebabkan kami terpaksa menanggung kepayahan yang berpanjangan,” katanya lagi.
sumber HD - 7-1-2013

PROGRAM PAKATAN RAKYAT
|
ANGGARAN PR (RM bilion)
|
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
|
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
|
Menghapuskan tol |
6.0
|
6.0
|
50.0
|
Kos menyediakan pendidikan percuma |
4.0
|
5.0
|
18.5
|
Kos menghapuskan hutang PTPTN |
2.0
|
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
| |
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0
|
4.4
|
Tidak dinyatakan
|
Caruman Wanita Nasional |
3.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
Tidak dinyatakan
|
Bonus Warga Emas |
3.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
Tidak dinyatakan
|
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
12.5
|
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
8.0
|
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat
Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini.
Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2. Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
|
ANGGARAN KOS (RM bilion)
|
Menghapuskan tol |
6.0
|
Kos menyediakan pendidikan percuma |
4.0
|
Kos menghapuskan hutang PTPTN |
2.0
|
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0
|
Caruman Wanita Nasional |
3.0
|
Bonus Warga Emas |
3.0
|
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5
|
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara |
5.0
|
Elaun khas perguruan RM500 sebulan |
2.4
|
JUMLAH |
41.9
|
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
|
PERUNTUKAN (RM bilion)
|
Belanja Mengurus: Perkhidmatan dan Bekalan |
33.7
|
Belanja Mengurus: Pembelian aset |
1.1
|
Belanja Mengurus: Caj Perkhidmatan Hutang |
22.2
|
Belanja Mengurus: Subsidi dan Bayaran Tetap |
37.6
|
Belanja Mengurus: Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan |
7.0
|
Belanja Mengurus: Lain-lain |
14.8
|
Belanja Pembangunan: Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain |
50.0
|
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan |
50.0
|
JUMLAH |
216.4
|
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.
Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
11 OKTOBER 2012
[1] “Pakatan's budget is mathematically wrong: Ahmad Husni” disiarkan 10 Oktober 2012
[2] Seperti yang digunakan Dato’ Seri Husni Hanadzlah
[3] Seperti yang diulang oleh Sdr Khairy Jamaluddin dan disiarkan di dalam artikel beliau ‘Where Will The Money Come From” di dalam The Edge
Sumber HD : 11/10/2012
MPPUIA desak kaji semula syarat rebat RM200
Harakahdaily, | 07 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Ada syarat yang sangat membebankan pengguna telefon pintar iaitu semua pelanggan dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih.
Demikian luahan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIA), Muhammad Hamidi Zamri berhubung rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar.
Begitupun, beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berbesar hati meluluskan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar kepada belia berusia 21 bhingga 30 tahun dalam Bajet 2013.
“Mahasiswa di IPTA/IPTS juga tidak terlepas dari menikmati rebat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini juga, kabinet telah mendengar suara belia untuk membuka tawaran rebat RM 200 kepada semua jenis telefon pintar, bukannya terhad kepada telefon pintar yang berharga RM500 ke bawah sahaja.
“Namun demikian, apabila kami meneliti syarat-syarat yang dikemukakan, kami mendapati ada syarat yang sangat membebankan pengguna telefon pintar iaitu semua pelanggan dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan mereka menuntut rebat ini,” ujarnya.
Malah, kata beliau ada sesetengah penyedia perkhidmatan mewajibkan pelanggan untuk terikat dengan kontrak perjanjian selama setahun untuk menikmati rebat ini.
Beliau berkata, MPPUIA akui bahawa penggunaan aplikasi telefon pintar akan terbatas tanpa liputan internet, namun demikian perkara itu akan dapat diatasi apabila kebanyakan kampus IPTA/IPTS dan juga restoran-restoran ada menawarkan wifi percuma kepada pelajar dan pelanggan mereka.
Katanya, oleh kerana mahasiswa di IPTA/IPTS bukanlah golongan yang berpendapatan, pihaknya mendesak agar syarat mewajibkan langganan internet ini dikaji semula kerana ternyata ianya akan membebankan mahasiswa yang terpaksa membayar komitmen bulanan untuk menikmati rebat RM200 itu.
“Kami yakin bahawa kerajaan Malaysia sangat prihatin dengan kebajikan rakyat. Janganlah kerana kesenangan sementara, menyebabkan kami terpaksa menanggung kepayahan yang berpanjangan,” katanya lagi.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.