Semua pemimpin Islam patut tinggalkan Umno
Rizal Tahir, | 21Mac 2012 |
KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.
“Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,”ujarnya.
Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.
Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS sendiripun ditubuh oleh Biro Agama Umno yang menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.
Menyentuh tentang penarikan diri Kadir sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.
Ini kerana katanya Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.
“Ketika suasana begini baru isytihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,”ujarnya.
Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.
Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai ‘break’, akibat kerosakan.
Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.
Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.
“Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,”ujarnya.
Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi’ (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan.
Sumber HD : 21/03/2012
Orang Islam tidak boleh beri contoh - Gesa
Salmiyah Harun, | 07 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 April: Tidak dinafikan wujud kekeliruan dan tidak faham secara tepat berhubung syariat di kalangan orang Melayu Islam itu sendiri menyebabkan wujudnya prejudis terhadap agama Islam.
Masalah itu diutarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Gabungan Sokong Syariah (Gesa), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam sebuah forum yang bertajuk Cabaran Pelaksanaan Hudud Antara Kefahaman dan Tohmahan yang berlangsung di Dewan Perhimpunan China, di sini pagi ini.
Jelasnya, orang Melayu Islam juga bukan sahaja tidak ada kefahaman malah tidak boleh menunjukkan contoh untuk menarik minat orang bukan Islam kepada Islam.
"Jadi bermakna kita kena bekerja kuat untuk mencapai kefahaman ini supaya orang Melayu Islam menjadi contoh terbaik kepada bukan Islam," katanya.
Menjelaskan maksud 'mengislamkan semula orang Melayu' Azmi berkata, bukan bermakna meminta orang Melayu bersyahadah semula dan apa yang diungkapkan itu supaya orang Melayu Islam sedar dan bahawa mereka perlu pertingkatkan kefahaman yang ada.
"Ini sebenarnya menunjukkan sehingga hari ini Melayu Islam tidak dapat menjadikan insan-insan contoh supaya menarik orang bukan Islam kepada Islam, ini maksud saya.
"Misalnya ada bangsa lain seperti Cina atau India tertarik hendak masuk islam, tetapi mereka lihat orang Melayu lebih 'teruk'!" katanya.
Tambahnya, apabila orang Melayu menjadi contoh kepada Islam maka mereka tidak boleh memperagakan gaya hidup yang lain kerana Melayu dan Islam tidak mungkin dipisahkan.
"Ingat kita ada masalah dalam melaksanakan Islam bukan kerana orang bukan Islam, Cina atau India tetapi orang Melayu Islam itu sendiri. Islam dihijab oleh orang Melayu," tegas beliau.
Dengan itu, katanya, pihak yang bertanggungjawab kena kembalikan orang Melayu kepada Islam bagi mengelakkan orang Melayu menjadi bahan fitnah kepada orang bukan Islam.
"Mahu tidak mahu kita kena terima negara ini walaupun tidak tepat dari segi ilmu tetapi dari segi kenyataan semua orang mengatakan Melayu itu Islam.
Ada kelebihan juga dari segi itu, kecacatan pun ada. kelebihan itu kita guna berterusan oleh itu kita kena didik betul-betul orang Melayu ini supaya dia menjadi contoh aset kepada Islam," katanya.
Katanya, program mengukuhkan kefahaman Islam kepada orang Melayu baik di sekolah, institusi masjid dan dalam majlis ilmu mesti dilipatgandakan.
Justeru, katanya kerajaan pula hendaklah melihat dari sudut positif jangan mengetatkan sehingga menyusahkan dakwah sekarang ini misalnya dengan isu-isu dan orang tertentu tidak dibenarkan ceramah.
Turut bersama menjadi ahli panel dalam forum itu, antaranya Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Aziz Bari, Setiausaha Agung Malaysian Chinese Muslim Association (Macma) Ann Wang Seng, Mantan Pegawai Dakwah Jakim Mohd Hafizan Abdullah dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura) Abdul Ghani Shamsuddin.

Sumber HD : 7/04/2012
Rosmah Mansor tersipu-sipu malu depan Harussani dan seorang lagi tuh aku tak perasan siapa dia. Punyalah malu Rosmah Mansor hingga menyorok di belakang Najib apabila bertemu muka dengan alim ulamak, takut nampak 'free hair' nya kot??..
kah..kah..kah..
Sumber HD : 7/04/2012
Gambar Rosmah Mansor tersipu malu depan Harussani
http://addin77.blogspot.com, | 07 Apr 2012 |
Rosmah Mansor tersipu-sipu malu depan Harussani dan seorang lagi tuh aku tak perasan siapa dia. Punyalah malu Rosmah Mansor hingga menyorok di belakang Najib apabila bertemu muka dengan alim ulamak, takut nampak 'free hair' nya kot??..
Ingatkan Rosmah tak tahu malu, rupa-rupanya ada perasaan malunya.. Inilah sikap isteri pemimpin Wasatiyah no. 1 negara..
kah..kah..kah..
Sumber HD : 7/04/2012
Ganti kerajaan yang tiada agenda laksana syariat
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 08 Apr 2012 |
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan yang sedia ada yang tidak mahu melaksanakan syariat sepenuhnya, perlu diganti.
Akibat menolak syariat sebagai suatu alternatif kepada sistem yang ada, yang gagal memperbaiki bukan sahaja nasib umat Islam malah gagal menjaga amanah uruskelola negara dari segala kepincangan salahguna kuasa dan kewangan rakyat, Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai isu sosio-ekonomi yang buruk.
Sebagai natijah kepada kerajaan yang tidak mempunyai sikap yang jelas terhadap menegakkan syariat, Mapim mendapati perlaksanaan syariat Islam terhalang di negara ini adalah akibat terbentuknya gejala masyarakat Islam sendiri tidak yakin dengannya sebagai alternatif kepada sistem yang sedia wujud.
Di samping itu juga pemimpin dan pihak kerajaan sendiri yang tidak mempunyai agenda untuk melaksanakan syariat Islam sepenuhnya di negara ini.
Sungguhpun soal syariat sebagai hukum Allah adalah suatu tuntutan dalam keimanan orang Islam, namun akibat kerajaan melaksanakan sistem pendidikan yang tidak memberi kefahaman yang betul terhadap Islam, masyarakat Islam sendiri menjadi penghalang.
Lebih parah lagi sistem pendidikan sekular yang memisahkan pelajaran akademik dengan nilai serta pandangan hidup Islam telah menyebabkan generasi demi generasi yang lahir dari sistem yang ada tidak mesra dengan ilmu syariat malah menjadi amat terasing dari syariat.
Ditambah lagi golongan elit yang sekular di kalangan masyarakat Islam, yang memegang keyakinan bahawa sistem undang-undang Barat lebih superior, menjadi peneraju kepada pelbagai bidang pembangunan negara sehingga tidak meletakkan agenda menegakkan syariat sebagai tanggungjawab mereka.
Mapim mendapati pemimpim-pemimpin Melayu Islam kebanyakannya mempunyai aliran pemikiran yang amat asing dari Islam sehingga tidak terdapat kesungguhan mahupun kemahuan yang kuat untuk menjadikan syariah sebagai sistem arus perdana dalam negara ini.
Akibat dari itu, memasukkan kembali perundangan hudud dalam perundangan negara terbantut.
Kami berpendrian sepatutnya hukum hudud boleh dilaksanakan oleh negeri-negeri tanpa sebarang halangan dari Perlembagaan Persekutuan kerana tidak terdapat sebarang peruntukan yang tecatat yang menghalang hukum Islam dilaksanakan.
Mapim kesal wujudnya persekongkolan antara pemimpin Islam dan bukan Islam yang membiarkan hukum hudud yang disyariatkan dalam Islam dijadi bahan kritikan sehingga mengujudkan gejala fobia yang keterlaluan terhadap syariat.
Pernyataan terbuka pemimpin bukan Islam dalam kerajaan yang menghina dan menyerang hudud tanpa asas dan hujah ilmu yang betul, adalah suatu fitnah yang dibenarkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam dalam kerajaan.
Jelas pandangan mereka berasaskan sikap prejudis yang sangat tebal terhadap syariat Islam. Malangnya pemimpin-pemimpin Islam menyuburkan lagi sikap ini sehingga perlaksanaan syariat sepenuhnya terhalang.
Lebih parah lagi kejahilan beberapa individu yang dahulunya memegang kedudukan tinggi dalam kerajaan menyatakan “Hudud tidak ada dalam Al-Quran” dan “ayat judi tidak ditemui dalam Al-Quran”.
Bukan sahaja ia mengesahkan kejahilan malah ia telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Malangnya Menteri Hal Ehawal Islam dan ulama dalam kerajaan tidak menegur dan memperbetulkan kenyataan mereka.
Mapim menegaskan jika kerajaan gagal meletakkan perlaksanaan syariat Islam sepenuhnya sebagai agenda utama, maka selayaknya kuasa pemerintahan hendaklah diserah kembali kepada umat Islam untuk memilih pemimpin kerajaan yang lebih layak untuk mengembalikan kemuliaan syariah di negara ini.
Penulis ialah Setiusaha Agung Mapim/Pengerusi Gerakan Sokong Syariah (Gesa).
Sumber HD : 8/04/2012

Islamkan Melayu, bukan Melayukan Islam
Harakahdaily, | 08 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 April: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan faham memperjuangkan Melayu perlu diperbetulkan oleh pihak tertentu yang ghairah dengan slogan membela nasib orang Melayu.
“Teras menolak faham bahawa Islam boleh diperjuangkan melalui slogan bangsa kerana kemuliaan Islam tidak terikat dengan bangsa.
“Malah sebaliknya bangsalah yang terpaksa bersandar kepada Islam jika nasibnya mahu diperjuangkan,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Jelasnya, Islam membawa konsep rahmatan lil alamin, bermakana Islam adalah untuk semua kaum dan semua makhluk.
Justeru, ujarnya memperjuangkan kemelayuan berdasarkan sikap dan faham assobiyah melulu akan merosakkan asas perjuangan Islam peninggalan para pejuang Islam terdahulu.
Katanya, Teras menegaskan apa yang perlu ditekankan ialah mengukuhkan keIslaman orang Melayu dan bukan meMelayukan Islam seperti yang diluahkan oleh laungan pihak yang cuba menonjolkan perjuangan Melayu secara emosional.
“Wujudnya kelompok yang ghairah menekankan kepentingan bangsa di luar batas syariat adalah tertolak dan tidak dapat diterima.
“Malah kami berpendapat bahawa jika kelompok yang hanya melihat persoalan bangsa dari kacamata bangsa semata-mata adalah perjuangan yang batil dari sisi Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Teras, kata beliau menyatakan bahawa perjuangan Umno yang dipersoalkan sekarang adalah lantaran perjuangannya tidak berdasarkan Islam malah telah sarat diserap dengan faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.
Tambahnya, tatkala perjuangannya adalah atas nama bangsa semata-mata akhirnya nasib bangsa Melayu tidak dapat ditingkat secara hakiki lantaran fahaman assobiyah yang tebal.
“Sebab itulah bangsa lain tidak dapat melihat keindahan atau konsep yang boleh diyakini dan dipercayai yang dibawa oleh Umno kerana setiap kali timbul isu mengenai hak bangsa , hujah yang diketengahkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu,” ujarnya.
Beliau menambah, sementara Teras tidak menolak peruntukan Perlembagaan , namun sepatutnya yang diperjuangkan ialah sejauh mana Islam menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan bangsa dan bagaimana bangsa Melayu berhak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya berlandaskan kewajipan agamanya.
Beliau menjelaskan, Teras khuatir dengan slogan yang terlampau mengenengahkan persoalan bangsa Melayu yang lebih ketara dari persoalan menegakkan Islam pada diri bangsa Melayu itu sendiri.
“Nasib bangsa Melayu hanya dapat dipertahankan dengan penerimaan Islam sepenuhnya tanpa sebarang penolakkan aspek Islam berdasarkan fahaman assobiyah.
“Manakala tuntutan Melayu dijadi agenda yang lebih diutamakan manakala agenda Islam dinomborduakan, maka asas perjuangan akan tersasar dari apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri,” ujarnya lagi.
Justeru, kata Mohd Azmi, Teras khuatir dikebelakangan ini kelompok yang ingin menjadi penyuara lantang kepada hak orang Melayu akhirnya menjadi fitnah kepada Islam kerana apa yang diangkat adalah di atas pertimbangan politik perkauman bukan atas dasar kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam.
Sumber HD : 8/04/2012
(Kunjungan khas...TS Kadir bertemu dengan Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan kanan PAS di Pejabat Agung malam tadi)
KUALA LUMPUR, 10 April: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan keluar dari Umno Mac lalu, mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi.
Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu dilihat tiba berseorangan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut kira-kira jam 8 malam.
Beliau disambut Timbalan Presiden Mohamad Sabu serta Naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.
Turut serta AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Asmuni Awi, Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan serta Setiausaha Politik Presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Perbincangan antara kesemua mereka bermula kira-kira jam 8.15 malam sejurus Tuan Guru Presiden tiba.
Pelbagai topik dibincangkan khususnya isu politik tanah air berkaitan kepincangan pilihan raya.
Perbincangan itu berakhir kira-kira jam 10 malam.
Sebelum ini, Abdul Kadir menggemparkan politik negara apabila beliau yang lebih 50 tahun menyumbang keringat dalam Umno, mengumumkan keluar dari parti itu.
Beliau yang pernah menjawat jawatan menteri penerangan itu mendakwa bertindak demikian selepas hilang kepercayaan kepada pemimpin Umno BN pada masa ini.
Sebelum keluar Umno, beliau ada mendakwa perjuangan Umno BN hari ini sudah terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya.
Beliau juga mendakwa Umno menggunakan taktik menabur wang sama ada untuk membeli undi pilihan raya dan sewaktu pemilihan parti.
Kritikan dan kelantangan beliau itu kemudiannya mengundang kecaman hebat dari pemimpin Umno sehingga beliau bertindak keluar parti.
Terdahulu, beliau turut dibawa meninjau bilik mesyuarat serta pejabat pimpinan PAS di tingkat 5 sebelum mengadakan pertemuan di luar pejabat Presiden di tingkat 4.
Menariknya, Abdul Kadir yang kini sebagai Timbalan Presiden NGO Amanah Merdeka (Amanah), buat kali pertama akan muncul berceramah di pentas PAS pada satu program besar di negeri Kedah 15 April ini.
Ceramah tersebut akan diadakan di Kupang sempena lawatan rasmi presiden PAS ke Kedah.
Beliau akan berceramah sepentas dengan Abdul Hadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak serta Mahfuz.
Sumber HD : 10/04/2012

Kadir Sheikh Fadzir jumpa pimpinan PAS
Nazri Abdullah, | 10 Apr 2012 |

Siapakah Anak Mufti Umno Bersama Ceramah Pas Ini..??
http://karatijau.blogspot.com/, | 12 Apr 2012 |
Peribahasa Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Di mana Umno Kuat di situ Banyak Maksiat"
Sumber HD : 12/04/2012
Ikram isytihar sokong parti, calon sokong Islam
Harakahdaily, | 21 Mei 2012 |
KAJANG: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) membuat ketetapan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, selain mengundi parti menyokong Islam, faktor calon juga perlu diambil kira.
“Kita perlu mengangkat peribadi yang sesuai ke kedudukan yang sesuai dalam memimpin ummat dan negara.
"Memilih wakil rakyat dan ahli majlis syura (peringkat negara) dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia, golongan ryang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik demi pengurusan perjalanan negara dan kehidupan rakyat," katanya.
Menurutnya ahli Ikram disaran mengundi mengikut prinsip urutan berikut:
1- Menyokong calon yang mendukung agenda Islam
2- Memilih calon yang tidak mengancam perjuangan Islam di Malaysia;
3- (Jika) di kalangan calon-calon bukan Islam peribadi calon yang tidak memusuhi Islam.
4- Akhir sekali, mengundi peribadi calon bukan Islam yang bahayanya terhadap perjuangan ummah paling minimum.
Perkara itu ditegaskan Mohd Parid ketika berucap sempena Perhimpunan Ahli Teras Ikram (PAT) yang berlangsung di Bandar Sri Putra di sini, semalam.
Teras tersebut juga katanya prinsip asas penglibatan Ikram dalam politik.
"Politik Machiavelli telah menimbulkan fenomena yang selalu kita saksikan, pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun, menerusi berbagai tipu daya yang akan menjadikan rakyat sebagai mangsa.
"Kepentingan umat, rakyat serta negara diketepikan. Mereka bersedia menindas rakyat dan mencerobohi hak-hak mereka sewenang-wenangnya dengan penuh keangkuhan," katanya lagi.
Sumber HD : 21/05/2012
Ulama’ dan politik adalah dua perkataan yang mempunyai maksud yang sangat berbeza. Pelbagai persoalan dibangkitkan berkaitan dua istilah ini. Siapakah individu yang benar-benar dikategorikan sebagai ulama’? Apakah yang dimaksudkan dengan ulama’ berpolitik? Benarkah ulama’ tidak dibenarkan berpolitik dan seharusnya hanya fokus kepada pentarbiyahan sahsiah umat sahaja?
Perkataan ulama’ merupakan istilah bahasa Arab yang berasal daripada perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama ilmu agama dan mengamalkan ilmu tersebut. Menurut Syed Qutb, ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Semakin bertambah ilmu seseorang, maka semakin bertambah takutlah dia kepada Allah. Menurut Syed Qutb juga, ulama’ adalah mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keajaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan.
Ulama’ yang takut kepada Allah akan menyebarkan kasih sayang, kejujuran, keadilan dan kemuliaan-kemuliaan lain bagi kemaslahatan umat. Sementara itu, orang alim yang tidak takut kepada Allah akan menggunakan ilmunya untuk menghancurkan perjalanan hidup manusia. Ulama’ yang takut kepada Allah adalah orang-orang yang menebarkan ilmunya untuk perdamaian dan kesejahteraan manusia. Mereka meneruskan nilai-nilai murni yang diajarkan Nabi. Hal ini bersesuaian dengan ungkapan yang masyhur iaitu, “Ulama’ Pewaris Nabi”. Ulama’ meneruskan peranan nabi-nabi dalam membentuk sahsiah umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Istilah politik dapat ditafsirkan melalui sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Adalah Bani Israel, mereka diuruskan urusannya oleh para Nabi. Ketika seorang Nabi wafat, Nabi yang lain akan menggantikannya. Tidak ada Nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Jelaslah di sini bahawa dari sudut pandangan Islam, politik membawa maksud pimpinan yang menjaga urusan umat. Pimpinan yang dimaksudkan hendaklah dengan cara yang tidak menyalahi syariat. Politik Islam tidak menyalahi teks al-Quran, sunnah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak. Undang-undang yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan keadaan semasa, dalam masa yang sama tidak bertentangan dengan syariat Islam. Allah berfirman, maksudnya “Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.” (surah al-Ahzab: ayat 36).
Di dalam al-Quran, tidak ada satu ayat pun yang melarang ulama’ untuk masuk ke bidang politik bahkan ianya sangat di galakkan. Ulama’ merupakan pemimpin masyarakat. Pemimpin kepada orang lain dan juga pemimpin kepada diri sendiri. Kriteria seorang pemimpin menetapkan ilmu yang tinggi dalam sesuatu bidang ilmu. Ulama’ merupakan contoh yang tepat untuk mengemudi bahtera negara. Politik tidak dapat dipisahkan dengan ilmu, dan ilmu tidak dapat dipisahkan dengan ulama’.
Menurut Dr. Badrul Munir b. Mohd Nor, Ketua Program dan Pensyarah Bahasa Arab Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ulama’ boleh dikategorikan kepada dua jenis. Pertama ulama’ dunia dan kedua ulama’ akhirat. Ulama’ akhirat, jelas matlamat hidupnya iaitu hanya semata-mata kerana Allah tetapi ulama’ dunia, matlamatnya telah dicampur dengan kepentingan-kepentingan lain. Ulama’ akhirat dapat dilihat melalui tingkahlaku yang konsisten dalam pendirian, amalan dan cara hidupnya. Ulama’ bukan sahaja dibolehkan berpolitik, bahkan digalakkan sekiranya diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas. Ulama’ yang berkecimpung dalam bidang politik dengan niat yang ikhlas, di mana jua dia berada, masyarakat akan menilai, kebenaran akan menilai dan hari akan menentukan.
Imam Syafie atau nama sebenarnya Imam Muhammad bin Idris As-Syafie merupakan contoh seorang tokoh ulama’ yang dikagumi dan terkenal dengan mazhabnya iaitu mazhab Syafie. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat merendah diri dan sangat menghormati guru-gurunya. Ijtihad Imam Syafie meletakkan bahawa bacaan Qunut dalam solat subuh adalah sunat.
Pernah dikisahkan bahawa suatu ketika Imam Syafie menjadi imam solat subuh di tempat yang mengamalkan mazhab Hanafi. Sebagai tanda hormat kepada ulama’ tersebut, oleh kerana beliau menjadi imam solat jemaah ketika itu, para makmum di situ sebelum menunaikan solat telah bersepakat untuk mengikuti pendapat Imam Syafie. Namun selesai iktidal, Imam Syafie terus sujud tanpa membaca Qunut. Apabila disoal kenapa berlaku sedemikian, Imam Syafie menjawab, “Kerana menjaga adab terhadap guruku”, kerana tempat itu merupakan tempat Imam Abu Hanifah, dan Imam Abu Hanifah merupakan guru kepada gurunya (Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Syaibani). Katanya lagi, andai gurunya tiada guru, takkanlah dia akan menjadi guru.
Ulama yang sebenar memiliki tiga sifat utama iaitu berilmu pengetahuan tentang ayat-ayat Allah, baik yang qur’aniyyah (kitab suci) mahupun kauniyah (fenomena alam), mengakui setiap kebenaran ayat-ayat yang datang dari Allah, tidak menyembunyikan sedikit pun dari kebenaran itu, serta takut kepada Allah sehingga dia tidak mengikuti hawa nafsunya, apatah lagi melacurkan dirinya demi sesuatu. Politik adalah suatu perkara yang dibolehkan sebagai cara untuk menempatkan atau mengangkat pemimpin yang kuat lagi dipercayai.
Pemimpin yang kuat dan dipercayai adalah pemimpin yang berilmu, jujur dan ikhlas dalam segala pekerjaan.
Walaubagaimanapun, dunia hari ini memperlihatkan keghairahan mendapatkan kuasa bukan sahaja dalam kalangan umat Islam yang kurang pendidikan Islam, tetapi juga mereka yang mendapat pendidikan Islam secara mendalam. Mereka kurang memahami ciri-ciri yang melayakkan seseorang yang berhak memimpin dan mengendalikan sesebuah negara. Perebutan kuasa jika berlaku dalam kalangan ulama’ tanpa merujuk kepada batas-batas berpolitik dalam Islam bukan sahaja boleh melemahkan sistem politik dalam negara, malah ia juga gagal dalam menentukan struktur kehidupan masyarakat Islam.
Liberalisasi dalam politik bukan bermakna memajukan pembangunan material sehigga sanggup mengenepikan kepentingan agama dan bangsa. Realiti masa kini sangat membimbangkan kerana pelbagai parti politik bersaing untuk menang dan memegang tunjang kepimpinan sehingga mengabaikan sensitiviti kaum dan umat Islam khususnya.
Umat Islam telah dididik oleh Allah dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w dalam pelbagai kegiatan kehidupan bagi membentuk sebuah masyarakat yang beriman dan bertamadun. Bagi membentuk sesebuah negara yang bertamadun dan diberkati Allah, para ulama’ dan pemerintah perlu berganding bahu dalam menentukan dasar dan corak pemerintahan dan pentadbiran negara. Peranan ulama’ dan pemerintah negara tidak boleh dipisahkan dalam memimpin sesebuah negara yang bertamadun dan mempunyai struktur sosial yang teratur.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ulama’ dibenarkan mencampuri bidang politik selagi mana ianya berlandaskan al-Quran dan syariat Islam demi kemaslahatan masyarakat. Ilmu yang tinggi dalam bidang agama dan politik serta niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah akan mengiringi perjalanan seseorang ulama’ dalam memimpin sesebuah negara yang bertamadun dan gemilang di mata dunia.
Penulis ialah pelajar tahun tiga Bahasa Arab dan Komunikasi Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD : 27/05/2012

Bolehkah ulama berpolitik?
Nurul Fatimah Zahara Mohammad Radzi, |

Menanamkan sifat jujur dalam kehidupan
Nur Bazilah Mohd Akhyar, |
Sejak kecil kita telah dididik oleh ibu bapa kita supaya sentiasa jujur dalam setiap perbuatan kita. Hal ini kerana kejujuran merupakan tangga teratas daripada keseluruhan amalan hati dan akan memimpin kita kearah kebaikan.
Selain itu, kejujuran dan keimanan harus berjalan seiring. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “ Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan seseorang itu ke syurga.
Seseorang itu sentiasa tetap degan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah s.w.t sebagai orang yang suka berlaku benar. (Riwayat al-Bukhari)
Allah s.w.t telah memerintahkan kepada semua hambanya supaya menanam sifat jujur di dalam diri masing-masing dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai “role model”.
Seperti mana yang kita sedia maklum, para nabi dan rasul sentiasa berlaku jujur dan berkata benar sesuai dengan tugas mereka untuk menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia.
Bersifat jujur kepada Allah dan rasul merupakan perkara yang paling utama untuk memperoleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Jujur kepada Allah dan Rasul bermaksud mereka beriman kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar iman.
Segala amal kebajikan dan ibadah mereka adalah ikhlas kerana Allah Taala. Orang yang jujur kepada Allah dan rasul lazimnya berasa malu untuk meninggalkan perintah Allah serta melakukan kemungkaran.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Dan ingatlah sekiranya kamu tidak melihatnya, Dia pasti melihat kamu.” (Riwayat Muslim)
Seterusnya, kita haruslah bersikap jujur kepada diri kita sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak, melaksanakan perintah Allah seperti solat, menutup aurat, berpuasa dan sebagainya lebih mudah dilaksanakan berbanding bersikap jujur.
Kadangkala kita berasa amat sukar untuk mengakui kesalahan yang telah kita lakukan lebih-lebih lagi jika pengakuan tersebut akan mengakibatkan hukuman yang berat.
Kita juga sering mendengar orang di sekeliling kita berkata, manusia mungkin mampu membohongi orang lain,tetapi mereka tidak mampu untuk membohongi diri sendiri.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua anggota badan kita untuk berlaku jujur kecuali lidah. Ketahuilah bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Oleh yang demikian kita haruslah mendidik lidah kita supaya sentiasa berkata benar.
Menurut Ustaz Muneer Mohamed Farid al-Hafiz yang merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah, ketika saksi menjawab pertanyaan peguam, jawapan tersebut bukan dinilai melalui percakapan semata-mata.
Gerak-geri badan, tangan, kaki dan pandangan mata turut diambil kira. Kebiasaannya, saksi yang berbohong akan berasa kurang senang ketika menjawab soalan yang diajukan kepada mereka.
Di mahkamah dunia, mungkin kita boleh bercakap bohong atau menghafal skrip jawapan untuk menegakkan benang yang basah menggunakan lidah. Namun, tidak semua jawapan akan “dipersetujui” oleh anggota badan kita yang lain.
Tetapi di mahkamah Mahsyar kelak, bukan lidah kita yang akan menjawab segala persoalan yang diajukan. Bahkan semua anggota tangan dan kaki yang akan mengambil alih tugas menjawab semua soalan.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud: “Maka pada hari ini kami tutupkan mulut mereka, dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka memberitahu kami kesalahan masing-masing, dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka usahakan.”
Kemudian, kita mesti bersikap jujur kepada orang lain. Kejujuran memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan umat dan kebahagiaan sesebuah masyarakat. Cuba anda bayangkan jika kita berhadapan dengan orang-orang yang tidak jujur, apabila melakukan urus niaga kita ditipu, apabila bejanji acap kali dimungkiri dan apabila diamanahkan dengan sesuatu pasti dikhianati.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada tiga tanda orang munafik; apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia memungkirinya dan apabila diamanahkan dia mengkhianatinya.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim) Nauzubillah. Marilah kita sama-sama jauhi sifat orang munafik ini.
Tidak rugi jika bersikap jujur kerana orang yang jujur hatinya sentiasa tenang, mereka disenangi dan dipercayai oleh orang di sekeliling mereka dan yang paling penting kehidupan mereka dilimpahi rahmat serta keberkatan dari Allah s.w.t. Selain itu, darjat mereka tinggi di sisi Allah s.w.t. Manakala, orang yang sering berdusta hatinya sentiasa dihantui resah, gelisah dan bimbang sekiranya perkara sebenar terbongkar.
Kelebihan orang yang jujur turut disebut dalam sebuah hadis Nabi s.a.w., maksudnya: “Tetap berpegang eratlah pada kejujuran walaupun kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tetapi yakinlah bahawa dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.
Jelas, kejujuran amat penting dalam kehidupan individu muslim.
Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa bersikap jujur dan menjauhi dusta dan tidak amanah kerana ia merupakan sifat yang tercela dan hanya membawa kepada perpecahan. Marilah bersama kita menanam sifat jujur dalam diri kita.
Hakikatnya, tidak susah untuk jujur jika kita mempunyai keberanian yang tinggi di dalam diri.
Memang berlaku jujur itu amat pahit pada permulaan, namun ia mampu membuahkan kemanisan untuk selamanya. Maka dengan itu, berkata benarlah walaupun ia pahit.
Sumber HD : 14/06/2012

Haji atau pilihan raya menurut perbahasan syarak
Muhamad Zuhaili Saiman, | 14 Jun 2012 |
Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.
HUKUM MENGERJAKAN HAJI
Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :
“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” – Bukhari dan Muslim
Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu.” – Surah Al-Baqarah : 197
Para ulama’ sepakat bahawa kewajipan haji adalah sekali sahaja bagi yang berkemampuan. Adapun kali yang kedua dan selebihnya merupakan ibadah tambahan yang dilakukan oleh individu tersebut sahaja, bukan atas dasar kewajipan. Hal ini dilihat kepada Nabi SAW tidak melaksanakan haji melainkan sekali sahaja iaitu Haji Wada’.[1]
Syarat wajib Haji ialah :
1- Islam
2- Baligh
3- Berakal
4- Merdeka
5- Berkemampuan
Berkemampuan di sini dimaksudkan dengan cukup bekalan untuk melaksanakan ibadah Haji serta perjalanan yang ingin dilalui selamat ke atas jiwanya dan hartanya. Jika seseorang muslim tersebut tidak mencukupi salah satu syarat ini maka Haji tidak wajib ke atasnya.
Dalam Mazhab As-Syafie, kewajipan Haji tidak wajib melaksanakannya di awal waktu, bahkan terpulang kepada seseorang muslim untuk melaksanakannya pada bila-bila masa (ketika mencukupi syarat-syarat wajib) sebelum luput kewajipan tersebut iaitu kematian dan sakit sehingga menyebabkannya tidak mampu.
Sehubungan itu, sekiranya seseorang muslim tersebut mengetahui walau secara sangkaan yang kuat (zhan) akan seperti kematiaan dan sakit yang teruk maka haram baginya untuk melewatkan kewajipan haji sehingga menyebabkan luput kewajipan haji ke atasnya. Namun jika ia tidak mengetahui walau secara sangkaan yang kuat maka hukum kewajipan Haji kembali kepada asal iaitu terpulang kepadanya untuk melaksanakan kewajipan Haji pada bila-bila masa (apabila mencukupi syarat-syarat wajib).
Justeru, berdasarkan ilmu usul feqh berkenaan dengan kewajipan Haji ini, ia termasuk dalam kategori wajib muwassa’[2] (luas) iaitu wajib melakukan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan tersebut sebelum luput kewajipan itu.
Maka kesimpulan mengenai kewajipan Haji dapat dibuat beberapa perkara :
- Wajib dan merupakan salah satu rukun Islam
- Kewajipan hanya sekali sahaja
- Kewajipan apabila mencukupi 5 syarat wajib
- Termasuk dalam wajib muwassa’ (luas) iaitu boleh melaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh kewajipan sebelum luput kewajipan dengan sebab kematian atau sakit yang teruk
Hukum Mengundi
Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.
Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.
Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkrompomi dengannya. Jika calon tersebut amanah dan mampu memikul tanggungjawab pemerintah untuk menjaga agama dan maslahat keduniaan manusia ia mestilah mengundi calon tersebut. Hal ini demikian kerana memberikan kuasa kepada orang yang akan memberikan kerosakan adalah haram kerana bersubahat dengannya.
Berkata Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : “Memberikan undian adalah suatu penyaksian, manusia akan ditanya akannya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa), maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu, dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”
Hal ini demikian kerana mengundi mengundikan wasilah bagi memilih tampuk kepimpinan Islam dalam konteks mendirikan Negara Islam untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu mengundi merupakan wajib kerana ia termasuk dalam wasilah bagi tujuan yang wajib iaitu mendirikan Negara Islam. Maka ini termasuk dalam kaedah :
ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب
Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh tidak dapat tidak mesti dengan pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihanraya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.
Imam Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa jihad tidak hanya tertumpu kepada satu jenis sahaja iaitu menganngkat senjata berhadapan dengan musuh di medan perang. Sehubungan itru, Imam Ibnu Qayyim membahagikan jihad kepada 13 peringkat[3] iaitu :
- Jihad menentang nafsu sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang syaitan sebanyak 2 peringkat
- Jihad menentang golongan kafir sebanyak 4 peringkat
- Jihad menentang golongan zalim, bid’ah dan fasik sebanyak 3 peringkat
Maka segala perbuatan yang dilakukan bagi memenangkan Islam atau menaikkan Islam merupakan jihad dan ketaatan kepada Allah SWT serta mendapat pahala di hari akhirat. Sekiranya membuang benda yang menyakiti di tengah jalan atau laluan manusia juga dikira dalam Islam sebagai perkara yang mendatangkan pahala serta salah satu cabang daripada iman sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
“Iman itu lebih 70 cabang atau lebih 60 cabang, yang paling afdhal (tinggi) ialah (mengucap) penyaksian ‘tiada tuhan yang disemnbah melainkan Allah’ dan peringkat yang terendah ialah membuang perkara yang menyakiti (benda kotor dan sebagai) yang berada di tengah jalan. Malu itu satu cabang daripada iman”[4]
Justeru apakah menentang serta menolak kezaliman (dengan cara mengundi kepada pihak yang adil dalam pilihanraya) tidak termasuk dalam berjihad di jalan Allah SWT? Maka sudah tentu ia juga termasuk dalam konteks berjihad, melihat kepada beberapa hujah iaitu :
1- Ia merupakan seruan dakwah yang disebutkan oleh Allah SWT sebagai seruan yang berbentuk hikmah dan peringatan yang baik
2- Waktu, masa, tenaga serta harta yang dibelanjakan bagi memenangkan pihak yang adil dan menarik masyarakat kepada perjuangan Islam dan menerima perundangan Islam merupakan jihad sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT berkaitan Allah SWT membeli jiwa serta harta mereka dengan bayaran syurga
3- Termasuk juga dalam konteks menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia menyeru masyarakat dalam memilih perjuangan Islam dan menolak pihak yang zalim. Pihak yang tidak melaksanakan Islam adalah pihak yang zalim
4- Undi juga dikira sebagai salah satu konsep nasihat iaitu menasihati pemimpin. Ia termasuk dalam seruan Islam berkenaan agama sebagai konsep nasihat.
5- Termasuk dalam kewajipan masa kini iaitu menentang kerajaan yang zalim. Mengalahkan pihak dengan undian sebagaimana mengalahkan pihak musuh di medan perang. Tuntutannya mengalahkan pihak kezaliman dan memenangkan Islam walau dalam bentuk yang berbeza.
Sehubungan itu, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa :
1- “Sesiapa yang memberikan saksi (undian) kepada seorang yang tidak soleh bahawa lelaki tersebut adalah soleh (layak menjadi pemimpin) maka ia sesungguhnya orang yang memberikan undi tersebut telah melakukan dosa dan kesalahan berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hajj pada ayat ke-30 yang bermaksud :
2- “Dan jauhilah kekotoran syirik dan perkataan yang dusta (menipu)”
3- Maka sesiapa yang mengundi seseorang calon kerana kepentingan peribadi seperti kroninya atau kawannya atau kepentingan lain (selain Islam), maka ia telah melanggar konsep saksi. Sedangkan Allah menyuruh manusia memberikan saksi kerana-Nya (kepentingan Islam) bukan sebab kepentingan lain. Berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah At-Thalak pada ayat ke-2 yang bermaksud :
4- “Dan hendaklah kamu menyempurnakan penyaksian itu kerana Allah semata-mata”
5- Dan sesiapa yang tidak mengundi atau tidak memberikan undi kepada yang selayak (dengan sengaja) ia dikira telah menyembunyikan penyaksian dan ini bersalahan dengan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 283 yang bermaksud :
6- “Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian, maka sesiapa yang menyembunyikan penyaksian sesungguhnya ia berdosa akan hatinya”[5]
Justeru berkaitan hukum mengundi, dapat disimpulkan kepada beberapa perkara :
- Mengundi merupakan satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan Negara Islam
- Mengundi dalam pilihanraya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
- Dalam ilmu usul feqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihanraya Malaysia adalah 5 5 tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihanraya sahaja iaitu dalam tempoh 5 tahun sekali
- Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihanraya
Feqh Muwazanat Dan Feqh Aulawiyat
Feqh muwazanat ialah pemahaman bagi sesuatu perkara yang bertembung samada pertembungan di antara maslahat dengan mudharat atau pertembungan maslahat dengan maslahat, mudharat dengan mudharat.
Feqh Aulwaiyat ialah memahami keutamaan bagi sesuatu perkara dalam mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. Maka kedua-dua feqh ini mempunyai kaitan yang sangat rapat kerana dalam permasalahan yang timbul iaitu yang melibatkan pertembungan 2 perkara maka kita mesti memahami pertembungan yang berlaku sebelum mendahulukan atau mengutamakan sesuatu perkara tersebut.
Antara contoh yang disebutkan dalam Al-Quran ialah, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah.”
Maka dalam ayat tersebut perbuatan memberi minum dan memakmurkan Masjid Al-Haram merupakan kebajikan namun ia bukanlah aulawiyat yang dikehendaki oleh Allah sehingga mereka tidak mahu beriman serta berjihad. Maka aulawiyat yang patut diutamakan ialah beriman serta berjihad. Sebab itu Allah menyebut 2 golongan tersebut tidak sama martabat mereka di sisi Allah.
Justeru, dalam konteks jika pilihanraya berlaku pada musim Haji, maka kita mesti mengambil kira dari sudut feqh muwazanat dan feqh aulawiyat. Penilaian ini dapat dilihat kepada :
Feqh Muwazanat : –
1- Haji merupakan kewajipan dan ia adalah termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu rukun Islam. Mengundi merupakan kewajipan dan ia juga termasuk dalam konteks maslahat dan martabat dharuriyatnya adalah martabat agama iaitu wasilah bagi mendirikan agama.
2- Hasil kewajipan menunaikan Haji adalah kembali kepada individu yang melakukan Haji tersebut. Hasil kewajipan mengundi adalah kembali kepada umum iaitu pemerintah Islam yang diundi dan menang akan membawa maslahat umum dalam pemerintahannya.
3- Kesan tidak melaksanakan Haji pada tahun tersebut akan memberikan mudharat individu tersebut sahaja (iaitu masih belum melaksanakan kewajipan Haji) dan kewajipan tersebut boleh diganti dengan peluang pada tahun-tahun yang akan datang. Kesan tidak mengundi akan memberikan kesan yang umum (apabila pihak Islam dikalahkan oleh pihak yang menolak perjuangan Islam) dan kesannya adalah sepanjang tempoh 5 tahun iaitu Islam tidak dapat memerintah dan kezaliman akan memerintah sepanjang tempoh tersebut.
Justeru, ibadah Haji dan mengundi merupakan pertembungan di antara maslahat dan maslahat, maka konsep yang dilihat adalah kepada 3 perkara[6] sebagaimana yang dibentangkan di atas, iaitu
- Martabat maslahat. Haji (agama) dan mengundi (agama)
- Kadar menyeluruh samada umum atau individu. Haji (individu) dan mengundi (umum)
- Kesan waktu mudharat samada pasti atau tidak. Haji (pasti berlaku mudharat tetapi tahun tersebut sahaja) dan mengundi (pasti berlaku mudharat tetapi untuk tempoh 5 tahun)
Feqh Aulawiyat : -
- Haji merupakan penting iaitu tahap wajib. Mengundi merupakan penting iaitu tahap wajib.
- Haji tidak segera iaitu termasuk dalam konteks wajib muassa’ (luas), tempoh melaksanakannya sebelum luput kewajipan iaitu kematian atau sakit teruk. Mengundi termasuk dalam konteks wajib mudhaiyyaq (sempit), tempoh melaksanakannya ialah dalam waktu kewajipan tersebut ketika dalam pilihanraya.
Maka dalam penilaian feqh aulawiyat dilihat kepada sesuatu kondisi perkara tersebut samada penting atau tidak, dan segera atau tidak. Hasilnya sebagaimana yang telah dibentangkan di atas.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada pembentangan di atas mengenai hukum Haji dan mengundi dalam pilihanraya serta pemahaman mengenai feqh aulwaiyat dan feqh muwazanat, dapat kita ketahui bahawa :
1- Haji dan mengundi merupakan kewajipan dan maslahat serta martabat dharuriyatnya adalah peringkat agama kerana Haji merupakan salah satu rukun Islam manakala mengundi merupakan kewajipan dalam mendirikan agama.
2- Haji lebih fokus kepada individu yang melakukan ibadah Haji terseut iaitu maslahat dan mudharat adalah ke atas individu sahaja. Adapun mengundi lebih fokus kepada umum iaitu maslahat atau mudharat yang bakal terima menyebabkan pihak yang ramai dan umum.
3- Haji dan mengundi merupakan penting kerana ia merupakan kewajipan namun Haji tidak termasuk dalam konteks yang perlu diselesaikan segera (wajib muwassa’) manakala mengundi mesti dilaksanakan segera iaitu dalam tempoh tersebut juga (wajib mudhaiyyaq).
4- Kewajipan haji adalah sekali sepanjang hayat manakala kewajipan mengundi adalah setiap kali pilihanraya.
Sehubungan itu hasil perbincangan di atas menjelaskan beberapa perkara :
1- Pihak kerajaan (mana-mana negara terutama Negara-negara Islam), elakkan daripada berlakunya pertembungan tarikh antara pilihanraya dan ibadah Haji bagi meraikan syiar Islam iaitu Haji agar umat Islam dapat fokus untuk melaksanakan ibadah Haji sepenuhnya.
2- Jika terdesak seperti tidak ada tarikh yang lain melainkan terpaksa bertembung maka umat Islam mesti peka dan faham terhadap aulawiyat antara 2 kewajipan ini.
3- Individu yang sudah melakukan Haji sebelum ini, tidak menjadi keutamaannya lagi untuk melakukan ibadah Haji ketika itu, kerana Haji wajib sekali sahaja. Maka apabila bertembung perkara wajib (mengundi) dengan sunat (Haji kali ke-2 dan seterusnya) didahulukan perkara wajib (mengundi).
4- Jika bertembung antara 2 kewajipan iaitu ibadah Haji dan mengundi maka sebagaimana perbincangan di atas, diutamakan mengundi. Sirah menunjukkan bahawa jenazah Nabi SAW dikebumikan selepas para sahabat berbincang melantik ketua pemimpin. Besarnya kewajipan melantik pemimpin sehingga dilewatkan pengebumikan jenazah baginda SAW.
5- Jika individu yang sudah mendapat peluang mengerjakan Haji, akan tetapi berasa berat untuk menangguhkan ibadah Haji tersebut kerana bimbang berlaku mudharat besar yang dirasakan, maka jangan niat larikan diri daripada kewajipan mengundi, akan tetapi wajib ke atasnya ketika itu berdoa di depan Kaabah agar diberikan kemenangan kepada pihak Islam. Namun perlu ingat, walaupun begitu, keutamaan yang sebenar ialah mengundi (berdasarkan perbincangan di atas).
6- Umat Islam perlu memahami kaedah bahawa menanggung mudharat yang kecil (wang dan masa kerana terpaksa tunggu giliran untuk ibadah Haji) supaya menghilangkan mudharat yang lebih besar (pihak zalim memerintah disebabkan pihak Islam hilang undi).
Wallahu a’lam….
Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan :
1- Al-Intikhabat Ahkam Wa DHawabit, oleh Dr Akram Kassab, cetakan Dar As-Salam
2- Min Fiqh Ad-Daulah Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Dar As-Sharouq
3- Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Dr Abdul Aziz Azzam, cetakan Dar Al-Hadis Al-Kaherah
4- Dhawabit Al-Maslahat, Dr Muhamad Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr
5- Nihayah As-Sul Syarh Minhaj Al-Wusul Ila ‘Ilmi Al-Usul, cetakan Dar Ibnu Hazm
6- Hasyiah Baijuri, cetakan Dar Al-Maktab Al-Islami
Sumber HD : 15/06/2012

Doa dikabul oleh Allah, bukan makhluk
Zuriah Majid, |
Dalam berita media pro-BN kelmarin, terdapat satu slot mengenai sebuah keluarga miskin yang menerima bantuan pembinaan rumah oleh TNB.
Yang menjadi persoalannya adalah wartawan yang membuat laporan berita itu berkata, “Akhirnya, doa pasangan terbabit dikabulkan oleh TNB.”
Kenyataan tersebut amat mengejutkan.
Doa dikabulkan oleh Tuhan, bukannya TNB atau mana-mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan rezeki.
Rezeki dikurniakan oleh Allah dan bukannya individu tertentu yang diberikan amanah oleh Allah untuk memimpin umat manusia.
Sumber HD : 23/06/2012
Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.
Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali (gambar) dengan hujah-hujah berikut:
1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.
2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.
3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.
4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.
5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu.
Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.
“Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)
Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanya Mirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.
“Justeru, sudah tiba masanya untuk Melayu beralih kepada PAS dan tidak dilekakan oleh pujuk rayu Umno yang hanya berhasrat untuk mengekalkan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya untuk kepentingan Islam dan Melayu Islam,” ujar beliau lagi.
Sumber HD : 7/09/2012
(Bob Lokman bercakap dengan penduduk Jelawat baru-baru ini)
KOTA BHARU: Rakyat di negara ini memilih perjuangan PAS memandangkan hanya parti itu harapan untuk rakyat di negara ini berlindung.
Artis terkenal, Bob Lokman berkata sama ada golongan artis, para cendikiawan termasuk dirinya memilih parti itu kerana hanya PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam.
“Malah ianya (PAS) kemuncak pada perjuangan Islam di negara kita. Hanya parti ini yang boleh diharapkan untuk kita berlindung serta membawa kita ke jalan yang benar,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di Dataran Ilmu, Cabang Empat Gunong, di sini, baru-baru ini.
Turut berucap pada majlis itu, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader.
Bob Lokman adalah antara artis yang awal menyertai PAS. Ketika itu, para artis menganggap PAS akan menyekat segala kegiatan artis.
Namun Bob Lokman buktikan, terdapat tempat yang baik di dalam PAS iaitu melalui pendekatan yang dibenarkan Islam.
Selepas itu, berbondong-bondong golongan itu menyertai PAS.
Menurut Bob lagi, setiap hari ada bisikan menyusuk ke telinganya supaya kembali pada zaman kegemilangannya sebagai seorang artis sama ada sebagai penulis lirik atau seumpamanya.
Menurutnya, namun seboleh mungkin beliau menolak kerana tidak mahu lagi terpalit dengan dunia berkenaan.
“Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu.
Sumber HD : 26/09/2012
Yang menjadi persoalannya adalah wartawan yang membuat laporan berita itu berkata, “Akhirnya, doa pasangan terbabit dikabulkan oleh TNB.”
Kenyataan tersebut amat mengejutkan.
Doa dikabulkan oleh Tuhan, bukannya TNB atau mana-mana pihak sekalipun. Begitu juga dengan rezeki.
Rezeki dikurniakan oleh Allah dan bukannya individu tertentu yang diberikan amanah oleh Allah untuk memimpin umat manusia.
Sumber HD : 23/06/2012
Melayu perlu perkukuh PAS, tinggalkan Umno
Harakahdaily, | 07 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar rakyat Malaysia berbagai bangsa terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini.
Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.
Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali (gambar) dengan hujah-hujah berikut:
1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.
2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.
3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.
4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.
5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu.
Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.
“Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)
Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanya Mirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.
Sumber HD : 7/09/2012
Bagi Bob, hanya PAS harapan rakyat
Rizal Tahir, | 26 Sep 2012 |
(Bob Lokman bercakap dengan penduduk Jelawat baru-baru ini)
KOTA BHARU: Rakyat di negara ini memilih perjuangan PAS memandangkan hanya parti itu harapan untuk rakyat di negara ini berlindung.
Artis terkenal, Bob Lokman berkata sama ada golongan artis, para cendikiawan termasuk dirinya memilih parti itu kerana hanya PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam.
“Malah ianya (PAS) kemuncak pada perjuangan Islam di negara kita. Hanya parti ini yang boleh diharapkan untuk kita berlindung serta membawa kita ke jalan yang benar,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di Dataran Ilmu, Cabang Empat Gunong, di sini, baru-baru ini.
Turut berucap pada majlis itu, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader.
Bob Lokman adalah antara artis yang awal menyertai PAS. Ketika itu, para artis menganggap PAS akan menyekat segala kegiatan artis.
Namun Bob Lokman buktikan, terdapat tempat yang baik di dalam PAS iaitu melalui pendekatan yang dibenarkan Islam.
Selepas itu, berbondong-bondong golongan itu menyertai PAS.
Menurut Bob lagi, setiap hari ada bisikan menyusuk ke telinganya supaya kembali pada zaman kegemilangannya sebagai seorang artis sama ada sebagai penulis lirik atau seumpamanya.
Menurutnya, namun seboleh mungkin beliau menolak kerana tidak mahu lagi terpalit dengan dunia berkenaan.
“Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu.
Sumber HD : 26/09/2012
Ikram gesa kerajaan perkasa pendidikan Islam
Harakahdaily, | 22 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Ikram memandang berat mengenai kedhaifan Sekolah Agama Johor yang ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Ikram, Prof Dr Omar Yaakob.
Katanya, kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai.
“Laporan audit yang memeranjatkan ini timbul ketika pihak pendokong pendidikan Islam masih tertanya-tanya mengenai ketiadaan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan peruntukan yang terlalu kecil,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Ikram memandang berat mengenai kedhaifan Sekolah Agama Johor yang ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai.
Laporan audit yang memeranjatkan ini timbul ketika pihak pendokong pendidikan Islam masih tertanya-tanya mengenai ketiadaan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan peruntukan yang terlalu kecil kepada sekolah agama secara keseluruhannya daripada Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012.
Pembentangan tersebut menggambarkan agenda pembangunan pendidikan Islam tidak termasuk dalam transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri. Ia juga memberi maksud agenda Pendidikan Islam tiada tempat dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Pendidikan Islam sudah lama bertapak, telah beroperasi di Malaysia semenjak beberapa abad yang lalu. Pendidikan Islam tradisional telah dimulakan oleh pedagang-pedagang Arab yang tiba di kepulauan melayu pada tahun 674 masehi (55 Hijrah); iaitu sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.
Kini bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti sistem pendidikan Islam di seluruh negara melebihi 800 ribu orang; bilangan pendidik melebihi 100 ribu orang; bilangan ibubapa melebihi sejuta orang.
Kesan sistem pendidikan Islam adalah positif. Selain melahirkan tokoh-tokoh ulama dan cendiakawan, umumnya sistem pendidikan Islam melahirkan individu-individu yang sedia berdikari, berakhlak dan mempunyai hemah diri yang tinggi.
Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi”.. adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu…” telah memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam.
Bagi membolehkan Pendidikan Islam terus berkembang, memperkasakannya dan tidak membiarkannya terpinggir; Kerajaan Pusat dan Negeri sepatutnya memberi peruntukan kewangan yang sewajarnya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan ini menuntut agar semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah agama, Sekolah agama rakyat dan sekolah agama swasta yang tidak berorientasikan keuntungan:-
1. dianggap sebagai sistem sokongan (complimentary) dan perlu digalakkan.
2. diberikan peruntukan harta modal, per kapita dan bantuan buku teks daripada KPM.
3. diberi taraf pengecualian cukai di mana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini dibenarkan memohon pengecualian cukai bagi yuran yang mereka bayar untuk pendidikan anak-anak mereka.
4. disediakan peruntukan dan kemudahan kepada institusi pendidikan Islam sepertimana yang diberikan kepada sekolah-sekolah lain:-
4.1. Peruntukan pembangunan prasarana
4.2. Peruntukan gaji pendidik
4.3. Pelaksanaan kurikulum dan sistem pentaksiran pendidikan Islam
4.4. Kebenaran memungut dan menerima zakat
4.5. Peruntukan kemudahan P&P
4.6. Penyampaian maklumat menyeluruh mengenai perkembangan pendidikan kebangsaan
4.7. Pemeriksaan kesihatan
Sumber HD -22-10-2012
Sumber HD - 1-12-2012

Tabung buluh suntik semangat aktivis PAS
Harakahdaily, | 01 Dis 2012 |
SELAYANG: Bagi menyemarakkan kempen PAS untuk menang di Dun Taman Templer dalam pilihan raya umum akan datang ini, PAS Selayang melaksanakan dryrun (simulasi) kempen pilihan raya umum hari ini.
Melalui dryrun itu, semua jentera PAS di kawasan itu digerakkan untuk melihat setakat mana kesediaan para petugasnya untuk menghadapi pilihan raya kali ini.
(Gambar: Zaidi dan Khairudin menunjukkan tabung buluh yang diserahkan oleh AJK PAS cawangan Bandar Tasik Puteri hari ini.)
Melalui dryrun ini, semua jentera digerakkan seolah-olah esok adalah hari pilihan raya.
Para petugas di kesemua 21 Unit Peti Undi (UPU) digerakkan serentak seluruh kawasan DUN hari ini.
Bagi UPU yang tidak mempunyai cawangan PAS pula, cawangan angkat dari seluruh PAS Selayang digerakkan untuk membantu.
Di Taman Selayang Indah, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri digerakkan untuk menyeliakan kempen PAS di taman perumahan itu.
Hari ini, PAS cawangan itu menyerahkan tabung-tabung buluh yang telah mereka mula kumpul duit syilingnya sejak setahun lalu diserahkan kepada aktivis PAS tempatan.
Majlis penyerahan ini saksikan sendiri oleh Haji Zaidi Talib, Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang.
Lebih 10 tabung buluh yang penuh dengan duit syiling yang dikumpulkan diserahkan oleh AJK PAS Tasik Puteri kepada Encik Khairudin, aktivis PAS tempatan dengan disaksikan oleh Zaidi.
Zaidi ketika ditemui berkata, penyerahan tabung yang dikumpul sekian lama ini akan memberikan semangat kepada aktivis PAS tempatan.
Mengulas program dryrun hari ini, Zaidi berkata, "Simulasi ini berjalan dengan baik dan memperlihatkan kepada kita di mana kekekuatan dan kelemahan jentera kita.
"Kita juga dapat melihat bagaimana reaksi lawan kita iaitu Umno terhadap kita," kata Zaidi.
Beliau memberitahu ada bendera PAS yang dipasang hari ini telah dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pelbagai aktiviti diadakan hari ini temasuklah pembukaan bilik gerakan disemua peringkat di Dun Templer ini.
Kaunter penyerahan saman AES juga dibuka hari ini di Selayang Utama. Berpuluh-puluh saman AES yang diterima penduduk tempatan diterima oleh wakil Jawatankuasa Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang ditubuhkan oleh PAS.
(Pengarah Juham, Ahmad Zamri As'ad bersama penduduk Selayang yang menyerahkan saman AES untuk diuruskan oleh Juham)
Peguam mereka akan mewakili penerima saman ini apabila mereka didakwa ke mahkamah ekoran saman ini.
Esok pula akan diadakan simulasi hari pilihan raya di mana semua jentera PAS Selayang akan digerakkan seolah-olah esok adalah hari pembuangan undi PRU ke 13.
Seluruh jentera pilihan raya PAS untuk DUN ini akan digerakkan di seluruh kawasan. Antaranya termasuklah bilik gerakan, bangsal panas di kawasan pembuangan undi, kenderaan dan juga pasukan PACA (Polling agent dan Counting Agent).
Kesiapsiagaan para petugas pilihan raya mereka akan dinilai melalui dryrun ini.

Maaf diterima jika Umno tukar dasar - TGNA
Salmiyah Harun, | 02 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahulu.
Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.
Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.
Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri.
"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.
Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.
"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.
Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.
Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.
Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)
"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Sumber HD - 2-12-2012
Sumber HD - 18-12-2012
Sumber HD - 10-1-2013
Amanat Haji Hadi: Petanda besar parlimen dibubar
Harakahdaily, | 18 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: “Benarlah pandangan beberapa aktivis politik, isu seperti ini adalah petanda ‘kubra’ parlimen akan dibubarkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media mengenai Amanah Haji Hadi.
Katanya, beberapa kerat individu pemimpin utama parti Pakatan Rakyat akan dipersalahkan dan diburukkan dengan pelbagai kempen negatif.
Ini, ujarnya dengan hasrat supaya rakyat menuding jari terhadap pemimpin tersebut, dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS adalah individu utama yang perlu dijatuhkan hukuman.
Berikut ialah kenyataan beliau.
Umno yang dilihat seperti kelemasan menggunakan teknik bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya. Isu lapuk terus dimainkan kembali bagi menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka. Kali ini isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah kembali supaya ianya bermain di bibir umat Islam di negara ini.
Ternyata isu Amanat Haji Hadi menandakan mereka sudah kehabisan modal dan kekeringan idea bagi menangkis serangan isu yang bertali arus. Justeru, bagi menyelamatkan hayat politik mereka, mereka terpaksa memainkan kembali isu itu. Menggunakan institusi agama seperti Jabatan Mufti, beberapa ulama ditampilkan bagi mengukuhkan hujah mereka. Bersuaralah beberapa mufti menggesa agar amanat itu ditarik balik dengan hujah ia adalah suatu bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tuduhan kafir yang dilemparkan dari amanat tersebut dikhuatiri akan berbalik kepada penuduh tersebut.
Bagi seorang ulama dan pemimpin parti politik seperti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau tahu apa yang beliau ucapkan, kepada siapa beliau ucapkan dan bila kenyataan itu wajar diucapkan. Bahkan, beliau tahu semua hukum berkaitan dengan kenyataan beliau itu. Sebaiknya para ulama tersebut bertemu, bermuzakarah malah berdebat dengan beliau bagi mempertahankan kebenaran. Bermain di sebalik media arus perdana tidak mendatangkan natijah melainkan hanya menjadi gelak ketawa umat Islam sahaja menandakan ketidak beranian pihak yang menuduh Presiden PAS untuk bersemuka.
Umum mengetahui bahawa UMNO adalah seterus politik utama PAS dan Pru ke 13 adalah pertarungan politik kedua parti terbesar di negara ini. Sokongan UMNO dilihat semakin menyusut manakala sokongan kepada PAS semakin bertambah setiap hari. Menyedari PAS semakin berkembang, dipercayai dan diterima baik oleh masyarakat khususnya umat Islam di negara ini dan dengan penyertaan tokoh-tokoh penting ke dalam PAS, mereka mesti melakukan sesuatu untuk melukakan imej positif terhadap PAS.
Isu agama adalah isu paling ampuh untuk menawan hati orang Melayu serta umat Islam keseluruhannya. Dimainkan isu amanat Haji Hadi dengan harapan rakyat akan marah kepada PAS, khususnya kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan PAS keseluruhannya, sebaliknya menaruh simpati kepada UMNO-BN.
Benarlah pandangan beberapa aktivis politik, isu seperti ini adalah petanda ‘kubra’ parlimen akan dibubarkan. Beberapa kerat individu pemimpin utama parti Pakatan Rakyat akan dipersalahkan dan diburukkan dengan pelbagai kempen negatif. Dengan hasrat supaya rakyat menuding jari terhadap pemimpin tersebut, dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS adalah individu utama yang perlu dijatuhkan hukuman.
Sebaiknya UMNO memainkan isu rakyat bagi memenangi hati pengundi dalam menghadapi PRU ke-13.
Banyak lagi isu yang perlu dijawab, manakala Umno pula perlu mengorak langkah memberikan suatu tawaran baru yang jauh lebih menarik untuk rakyat berbanding Pakatan Rakyat. Malangnya UMNO sudah tidak ada idea lagi bagi menandingi kehabatan tawaran PR.

Istimewa Melayu Malaysia kerana Islam
Ahmad Baei Jaafar, | 10 Jan 2013 |
Pelik juga kalau ada orang Melayu yang dilahirkan sebagai Melayu tetapi tidak berasa bangga dengan kemelayuannya. Namun tidaklah sampai tidak mahu mengaku Melayu. Di mana salahnya Melayu? Lainlah kalau Melayu ini asal usulnya penjenayah, pemberontak dan seumpamanya dan kekal sehingga ke hari ini, tidak mahu saya mengaku Melayu. Malu saya menjadi Melayu.
Rasanya Melayu tidak begitu, tidak tahulah kalau begitu pada zaman purbanya. Sekarang Melayu sudah bertamadun, sudah berada dalam negara merdeka. Jadi, apakah salahnya kalau kita dilahirkan sebagai Melayu. Kalau kita tidak gembira dengan Melayu kita, tentu secara tidak langsung kita telah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan kita. Silap-silap pula kita salahkan Allah yang melahirkan kita sebagai orang Melayu.
Sesungguhnya Melayu dan orang Melayu tidak salah apa-apa kerana Melayu hanyalah salah satu bangsa yang diwujudkan Allah bagi tujuan memberi peluang kepada manusia berkenalan antara mereka.
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Namun, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat : 13)
Allah takdirkan kita lahir sebagai orang Melayu tentu ada hikmah kebaikannya. Kita boleh berkenalan dengan bangsa lain dan berbaik-baik dengan bangsa lain secara harmoni. Malah lebih patut kita berasa bangga kerana dilahirkan di Malaysia yang secara automatiknya orang Melayu adalah orang Islam. Orang Melayu di sini ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam. Maknanya orang Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Jadi, dari segi undang-undang orang Melayu mustahil boleh menjadi murtad. Kenapa?
Yalah, bangsa seseorang tidak boleh bertukar sejak daripada lahirnya sehingga ke tarikh matinya. Katalah orang Melayu berkahwin dengan orang India, maka bangsanya tetap Melayu. Begitu juga orang India itu, dia tetap India walaupun berkahwin dengan orang Cina. Keadaan yang sama akan berlaku kepada bangsa lain seperti Cina atau orang Afrika dan lain-lain. Mereka tetap dikira bangsa itu walaupun sudah bertahun-tahun tinggal di Malaysia. Jadi, orang Melayu selagi berbangsa Melayu dia tetap dikira orang Islam.
Sebenarnya Rasulullah sendiri bangga yang dirinya orang Quraisy dengan katanya, ana (saya) Quraisy. Baginda juga menyebut tentang kepimpinan kota Makkah khususnya Kaabah mestilah dalam kalangan Quraisy. Namun bukanlah Quraisy segala-galanya. Ada juga keburukan pada orang Quraisy di sudut kepimpinan seperti sabdanya yang bermaksud:
“Daripada Nabi SAW sabdanya, sebaik-baik manusia ialah sebaik-baik Quraisy, sejahat-jahat Quraisy ialah sejahat-jahat manusia, sebaik-baik kepimpinan Quraisy adalah sebaik-baik kepimpinan manusia, dan sejahat-jahat kepimpinan mereka adalah sejahat-jahat kepimpinan manusia dan sebaik-baik manusia adalah yang mengikut kebaikan mereka dan sebaliknya seburuk-buruk manusia ialah yang mengikut keburukan mereka.” (Riwayat al-Tabrani)
Jelasnya, setiap bangsa manusia ada baik dan ada jahatnya. Yang penting pada kita ialah mana yang baik kena ikut dan mana yang jahat perlu dijauhi. Oleh sebab itu dalam hal ini baginda mengingatkan umatnya agar tidak taksub kepada bangsa apatah lagi pemimpin. Taksub tersebut Rasulullah sebut sebagai asabiah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Daripada Wasilah bin al-Asqa’; aku bertanya akan Rasulullah SAW. Maka aku berkata, wahai Rasulullah, adakah sebahagian daripada asabiah itu seseorang lelaki mencintai (menyukai) akan kaumnya (bangsanya)? Jawab Baginda: “tidak, tetapi sebahagian daripada asabiah itu, seseorang itu menolong kaumnya atas kerja-kerja kezaliman.” (Riwayat Ahmad)
Dengan hadis ini kita boleh mengesan siapa yang banyak mengamalkan asabiah. Kita boleh menilai sendiri sejauh mana kita menyokong bangsa kita dalam melakukan kezaliman. Kita boleh menilai sejauh mana pemimpin negara ini yang menyokong bangsanya dalam melakukan kezaliman. Kalau semua itu ada pada diri kita atau pemimpin kita, itulah tandanya kita terlibat dalam asabiah. Maka atas kesedaran itu jauhilah perkara itu.
Melayu Malaysia
Isu Melayu ini perlu dijelaskan di sini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan orang Melayu sebagai orang yang lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Untuk lebih jelas kita rujuk Perkara 160. Tafsiran:
"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan —
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.
Sebenarnya berdasarkan perkara ini, orang Cina atau India yang memeluk Islam sebelum Merdeka dan dia fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, maka boleh dikira sebagai Melayu. Tetapi jika Islam selepas Merdeka walaupun fasih berbahasa Melayu dan mahu mengamalkan adat Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai orang Melayu. Namun kalau dia berkahwin dengan orang Melayu, maka anaknya boleh dikategorikan sebagai orang Melayu menurut perenggan (a).
Berdasarkan perkara ini juga mana-mana orang Indonesia yang menetap di Malaysia selepas Merdeka dan kemudiannya mereka berkahwin dengan pasangan Indonesia juga, maka anak yang dilahirkan itu tidak boleh dikategorikan sebagai Melayu. Walaupun mereka selama ini orang Melayu (Indonesia), tetapi di sudut undang-undang mereka bukan Melayu. Oleh sebab itu mereka tidak layak mendapat hak keistimewaan Melayu di Malaysia.
Berbeza pula kalau mereka itu berkahwin dengan orang Melayu Malaysia, maka anaknya adalah dikira sebagai orang Melayu. Maka atas dasar itu mereka juga boleh mendapat segela keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.
Malangnya, orang Melayu sendiri tidak faham kedudukan mereka dan status mereka di negara sendiri. Atas ketidakfahaman itulah, banyak hak keistimewaan mereka terlepas begitu sahaja. Sebaliknya, orang bukan Melayu termasuk orang Indonesia boleh dengan senang hati mengambil hak kita. Dan kita sendiri tidak mampu menghalangnya kerana kita tidak tahu hak itu. Barangkali nasib ini padan dengan sikap orang Melayu yang tidak mahu faham apatah lagi yang malas.
Selalunya orang Melayu suka bising apabila telah hilang hak mereka, kita akan bising dan riuh sekampung bila didapati rumah banglow di pinggir kota diduduki oleh orang Indonesia, padahal dia selalu nampak pembinaan itu dibuat oleh orang Indonesia. Kita tidak peka lalu membiarkan aktiviti itu. Baru-baru ini kita bising bila mendapati pemilik gerai ikan dan buah di Pasar Chow Kit itu adalah orang Indonesia dan Bangla.
Yalah, semua itu berlaku kerana kita tidak faham peruntukan perlembagaan itu, tetapi bagaimana dengan pihak berkuasa kerajaan, pemimpin negeri dan pusat, adakah mereka juga tidak tahu dan tidak faham. Inilah masalah yang patut kita sedar kalau kita benar-benar mahu membela orang Melayu. Apakah ertinya kita mendapat keistimewaan itu sedangkan rakyat yang berbangsa Melayu tidak mendapat keistimewaan itu.
Islam Agama Negara
Selain hak orang Melayu kita juga harus bersyukur kerana agama Islam diletakkan sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan peruntukan itu bukan sahaja setiap orang Islam boleh mengamalkan ajaran Islam dengan bebas malah segala yang berjalan dalam negara ini seharusnya mengikut kehendak Islam. Namun realitinya, peruntukan perlembagaan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa apatah lagi rakyat jelata.
Cuba kita teliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan berikut:
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Apabila perlembagaan menyebut agama bagi Persekutuan bermakna seluruh negara mesti berasaskan Islam. Segala aktiviti di mana-mana bahagian negara mesti berpaksikan Islam. Tetapi persoalannya, apakah peruntukan ini telah dimanfaatkan? Adakah Islam hanya sekadar nama sehingga sesetengah pihak boleh menganggap Islam hanya untuk urusan rasmi negara sahaja?
Saya percaya, anggapan mereka itu adalah berdasarkan realiti pada masa itu. Apa tidaknya, apabila hendak mulakan program, baca al-Quran dan baca doa dan penutupnya dengan doa lagi. Tetapi di tengah-tengahnya apatah lagi kemuncaknya banyak acara maksiat. Keadaan yang sama berlaku dalam program radio dan televisyen.
Melihat realiti itu, saya tidak katakan mereka tersalahfaham, tetapi kemungkinan besar mereka sengaja hendak menyindir pihak berkuasa kerajaan. Sepatutnya pihak pemerintah peka dengan peruntukan ini dengan meletakkan Islam dalam segala program. Maka, mana-mana acara yang berlawanan dengan Islam perlu dihentikan. Maknanya setiap orang Islam sama ada pemerintah atau rakyat perlu amalkan Islam dalam kehidupannya.
Apa buktinya? Bacalah perkara 3(1) sehingga habis, bukankah secara jelas disebut; “tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Maknanya apa? Kalau orang bukan Islam dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai di negara ini, tentulah orang Islam lebih berhak lagi untuk mengamalkannya. Kitalah yang sepatutnya mengambil peluang mengamalkan Islam di mana-mana tanpa had.
Malangnya, perkara ini kita tidak ambil kisah. Kita lihat pada hari ini, orang bukan Islam amat serius mengamalkan ajaran mereka termasuk agama Hindu, setiap malam Jumaat dan Ahad sanggup memenuhi kuil. Sedangkan orang Islam, boleh dikira berapa ramai yang boleh pergi masjid dan surau. Malah pada waktu solat Jumaat pun ada yang sanggup ponteng solat. Sedih.
Kita tidak boleh halang orang lain melakukan ibadat mereka kerana Perlembagaan membenarkannya. Tetapi kita seharusnya rasa cemburu dengan mereka kalau kita tidak lebih hebat daripada mereka dalam beribadah. Marilah kita bersaing dalam menuju kebenaran Ilahi kerana peluang itu sudah dibuka luas dalam Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Jelas peruntukan ini memberi kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agama yang dianutinya. Maknanya orang Islam boleh amalkan semua ajaran Islam sepenuhnya. Kita boleh solat, puasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, kita juga boleh buat yang sunat semahu kita. Pendek kata, apa-apa yang ada dalam ajaran Islam boleh diamalkan tanpa ragu. Kerajaan tidak ada hak untuk melarangnya kecuali kalau ajaran itu hendak dikembangkan kepada orang lain. Maka dalam keadaan ini kita tertakluk kepada Fasal (4) iaitu; “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”.
Maknanya kerajaan negeri dan Wilayah Persekutuan boleh mengawal dan menyekat ajaran sesat atau songsang termasuk ajaran agama lain terhadap orang Islam. Atas sebab itulah mengapa semua guru agama atau pendakwah yang penyebar Islam diwajibkan mendapat tauliah. Bayangkan kalau orang Islam pun tidak boleh sewenang-wenangnya menyebarkan Islam kepada orang Islam, tentulah lebih patut orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak disambut secara serius oleh beberapa kerajaan negeri, lalu mereka tidak segera mengubal enakmen bagi mengawal dan menyekat ajaran agama lain kepada orang Islam. Kita mengenal pasti hanya negeri Kelantan, Kedah, Melaka dan Selangor telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu.
Walau bagaimanapun seperti yang dijelaskan di atas, bagi negeri lain itu masih boleh mengawal dan menyekat agama lain berdasarkan peruntukan fasal (4) itu, cuma kekuatannya belum terjamin. Hal ini kerana kerajaan melalui pihak berkuasa agama boleh bertindak terhadap mereka tetapi tiada bentuk hukuman yang boleh diambil terhadap mereka.
Tetapi, apakah pihak berkuasa negeri telah lakukan sehingga setakat ini. Kita tidak berani bertindak. Kalaupun ada pihak yang bertindak, orang Islam sendiri yang cuba menghalang. Kita sepatutnya malu kepada Allah kerana kelemahan kita bertindak sehingga menyebabkan agama lain sanggup mencabar kewibawaan kita.
Kita mengaku beragama Islam dan berbangga berada dalam negara Islam, tetapi kita tidak banyak melakukan amalan atau ajaran Islam baik dalam diri mahupun negara. Kalau beginilah keadaan kita, pasti Allah tidak mahu memihak kepada kita.
Semarakkan Amalan Islam
Sebenarnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Undang-undang Islam negeri-negeri, kita sudah boleh menyemarakkan ajaran dan amalan Islam tanpa had. Semua umat Islam boleh melaksanakan semua ajaran Islam tanpa boleh disekat oleh mana-mana pihak apatah lagi orang bukan Islam. Malah kita boleh menyebarkan Islam kepada semua orang termasuk kepada orang Kristian tanpa sebarang sekatan.
Sebagai pemimpin, mereka boleh amalkan ajaran Islam di peringkat kepimpinannya. Setiap program yang dibuat dipastikan menepati ajaran Islam. Mereka amat amanah dan adil kepada rakyat. Dan sebagai rakyat mereka boleh amalkan ajaran Islam tanpa rasa malu kepada pihak lain. Sebagai pelajar pula mereka boleh amalkan ajaran Islam di mana-mana sahaja mereka berada.
Perlu ditegaskan di sini, amalan Islam terdapat dua kategori; fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ain yang melibatkan persoalan akidah, syariah dan tasauf menjadi tanggungjawab setiap orang. Maka ketiga-tiga itu boleh kita laksanakan dalam kehidupan ini tanpa dihalang oleh sesiapa pun. Manakala fardu kifayah yang melibatkan aktiviti umum dan kerja profesional tidak melibatkan semua orang. Maka sesiapa yang berkemampuan melaksanakannya lakukanlah, asalkan perkara itu boleh memberi manfaat kepada orang ramai.
Sehingga ke setakat ini, cuba kita bertanya kepada diri sendiri, sudahkah kita lakukan semua itu? Kalau sudah lakukannya apakah selama ini terdapat halangan? Saya pasti tidak ada pihak yang menghalang kecuali nafsu dan syaitan. Kerajaan tidak mungkin akan bertindak menghalang aktiviti kita kecuali kalau amalan kita itu bercanggah dengan peraturan dan ajaran Islam.
Kalau begitu, jangan salahkan orang lain kalau kita belum mampu melakukan segala ajaran atau amalan Islam. Untuk itu, perlu ada satu pihak yang boleh turun padang bagi mengingatkan umat Islam yang masih tidur untuk melaksanakan ajaran Islam. Percayalah kalau semua umat Islam boleh laksanakan Islam dengan serius, orang bukan Islam tentu takut untuk menggugat keimanan umat Islam.
Selain itu kita juga perlu tahu membezakan antara tanggungjawab kita sebagai rakyat dengan tanggungjawab kerajaan dalam mengamalkan Islam. Jadi, mana-mana tanggungjawab kita lakukan sepenuhnya, tetapi mana-mana tanggungjawab kerajaan biar pemimpin yang memikirkannya.
Ketahuilah, kita tidak berdosa atas kesalahan pemimpin. Namun sebagai rakyat kita ada saham jika menyokong kepimpinan yang enggan melakukan tanggungjawab tersebut.
Jadi, kalau anda mengaku orang Melayu marilah kita menyemarakkan amalan Islam di negara ini dengan serius. Dengan sebab itu kita boleh berbangga bahawa kita berada dalam negara Islam.
http://baei.blogspot.com/

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Di mana Fadzilah Kamsah bertanding PRU13?
http://yongsukakuning.blogspot.com, | 19 Feb 2013 |
NAK TAU DI MANA FADZILAH KAMSAH AKAN BERTANDING PADA PRU13?
Hot nampaknya cerita Fadzilah Kamsah ni. Dah beberapa hari tak habis lagi. Yong pulak, bila baca kisah keluarga "pakar" motivasi ini, suka pun ada, kesian pun ada.
Baca di sini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment