SOALAN BAGI JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN PAS
Berikut adalah soalan-soalan daripada ahli Parlimen PAS bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, 13 Mac.
Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan konsep Wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa kini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut.
Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan masalah liputan WiFi, 3G dan telefon bimbit yang berlaku di sekitar Padang Terap dan usaha-usaha yang diambil untuk mengatasinya.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan mengapa berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini adalah kerana ketidak berkesanan subjek pendidikan Islam dan Moral di sekolah yang di ajar sebagai satu pelajaran akademik, tidakkah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula silabus subjek ini supaya unsur-unsur akidah dapat di terap melalui program amali, kem-kem ibadah dan interaksi dengan rumah-rumah ibadat (masjid dan surau) serta ulama tempatan untuk membentuk akidah dan tingkah laku pelajar yang terpuji.
Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan yang dibina semenjak mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Samy Vellu yang menghubungkan Bandar Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu akan siap sepenuhnya.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelarasan yang dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melatih guru-guru supaya ia selari dengan keperluan di Sekolah.
Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [Pendang] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Syria pada masa ini serta apakah peranan Malaysia di dalam OIC dalam menghadapi kemelut di negara tersebut.
Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai gadis terlanjur dalam jagaan rumah kebajikan dan sekolah harapan di seluruh negara dan berapa ramai yang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dari terus terlibat dengan aktiviti zina.
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ciri-ciri utama Skim Insurans Kesihatan Nasional yang telah pun banyak dibicarakan dalam media perdana dan media baru, tetapi masih tidak diperjelaskan oleh pihak Kementerian. Sejauh manakah pandangan dan konsultasi berlaku dengan rakyat dan seluruh 'stakeholders' yang lain dalam merumuskan skima ini.
Sumber HD : 13/03/2012
Laksana konsep wasatiyyah secara menyeluruh

Salmiyah Harun, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menegaskan konsep wasatiyyah yang diperkenalkan kerajaan harus dilaksanakan secara menyeluruh.
Katanya, konsep itu harus dilaksanakan sebagaimana dituntut agama Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "bagitulah Allah menjadikan kamu manusia supaya kamu dapat menjadi saksi dan model umat Islam kepada umat-umat yang lain".
Ketika mengemukakan soalan tambahanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Abdul Hadi berkata Islam mengamalkan pendekatan bahawa agama itu ada kuasa, malangnya hari ini agama seolah-seolah diketepikan.
Malah tambahnya, apabila pendekatan itu tidak diamalkan maka fitnah memfitnah antara satu sama lain, keruntuhan moral dan rasuah berlaku di kalangan orang Islam.
Bukan itu sahaja, katanya kesalahan berhubung Islam misalnya penyelewengan wang zakat, faraid, hatta fitnah dibicarakan dalam mahkamah sivil.
"Kita sudah memerintah lebih 50 tahun tetapi kita masih dibelenggu dengan hal-hal seperti ini.
"Apakah perkara ini termasuk dalam agenda membebaskan umat Islam terus dibelenggu dalam masalah ini?" Tanya beliau yang juga Presiden PAS.
Terdahulu, Abdul Hadi dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan konsep wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa ini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut.
Sementara itu, Najib dalam jawapannya menjelaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai gagasan negara di mana konsep itu ada persamaan dari segi nilai-nilai yang menjadi amalan agama lain.
Sumber HD : 13/03/2012
Najib persenda Agong batal SBPA?

Hazayani Zakaria, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ahli Parlimen PAS hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong di atas kesilapannya berhubung pemansuhan Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Najib membatalkan SBPA setelah sultan memperkenankan persaraan Kumpulan Premier dilihat menghina Yang di-Pertuan Agong.
"Pada 27 Disember 2011 sultan telah perkenan akan persaraan golongan premier.
"Batal SBPA ini macam persenda sultan, bulan 12 (Disember) bawa memo untuk dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, bulan 3 (Mac) batal SBPA. Najib perlu mohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga menuntut penjelasan Najib berhubung berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.
"1 Januari Kumpulan Premier ini dilantik semula secara kontrak. Apa status mereka sekarang?Mereka sudah bersara tapi SBPA dibatalkan sedangkan mereka dilantik melalui SBPA dan diperakui JPA mereka telah menerima gaji pada Januari dan Februari.
"Saya juga minta Najib jelaskan berapa jumlah yang telah dibayar kepada mereka, tapi Najib tidak jawab soalan saya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar menyatakan kekesalan terhadap sikap yang ditunjukkan Najib sewaktu menjawab soalan di dalam dewan.
"Kita mengalu-alukan Perdana Menteri datang ke Parlimen dan menjawab soalan yang dibangkitkan.
"Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah, Perdana Menteri mengelak untuk jawab soalan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula menegaskan, rakyat berhak tahu bagaimana jumlah wang yang telah dibelanjakan itu.
Terdahulu, perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.
Anwar dalam soalan tambahannya berkata, kerajaan mencadangkan SBPA secara terburu-buru sehingga menimbulkan keresahan penjawat awam dan kemudiannya membatalkannya juga secara tergopoh gapah.
Kemudian Mahfuz bangkit dan menyoal mengenai status Kumpulan Premier selapas SBPA dibatalkan.
Najib bagaimanapun tidak menjawab soalan itu sebaliknya mendakwa Mahfuz hanya mahu membela Kumpulan Premier sedangkan kerajaan katanya membela nasib 1.3 juta kakitangan awam.
"Dia hanya mahu jadi juara di kalangan 36 orang ini (Kumpulan Premier) tapi kerajaan sudah menjadi juara kepada 1.3 juta penjwat awam," katanya.
Jawapan itu menimbulkan sedikit kekecohan di dalam dewan apabila beberapa wakil Pakatan bangun mendesak Najib memberikan jawapan yang sepatutnya.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya memberi amaran akan merehatkan mana-mana wakil yang terus membuat desakan itu.
Sidang Parlimen : http://www.youtube.com/watch?v=aG4ljUv-z1Q
Sumber HD : 13/03/2012
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.
Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.
"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.
Rakyat asing mengundi
Sementara itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan apabila rakyat asing diberi hak warganegara dimasukkan dalam senarai pengundi baru kemudian diberikan hak mengundi.
Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.
Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.
"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.
Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud.
1. Sidang Media PR : http://www.youtube.com/watch?v=Jc3DBTDiBIM
2. Sidang Media DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=34h_YttwrPI

Pilihan raya berasingan selepas bincang dengan MB
Salmiyah Harun, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.
Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.
"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.
Rakyat asing mengundi
(Abdul Hadi berkata sesuatu kepada Anwar dalam sidang media mereka)
Tambahnya, berdasarkan maklumat terkini selepas Mimos membuat kajian akhirnya menunjukkan kecelaruan tentang ketelusan proses daftar pemilih.
Hasil daripada itu, tegas Anwar sebanyak 106,000 nama pemilih dipotong dan setakat ini seramai 100 nama pengundi diletakkan dalam satu alamat sebanyak 522 kes telah dikesan.
"Kita bimbang perkara ini tidak dibersihkan, maka daftar pemilih akan terus dipertikaikan,"katanya.
Turut sama menghadiri mesyuarat itu termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud.
1. Sidang Media PR : http://www.youtube.com/watch?v=Jc3DBTDiBIM
2. Sidang Media DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=34h_YttwrPI
Sumber HD : 13/03/2012
Sarung tangan putih diedar kepada ahli parlimen
Hazayani Zakaria, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Suara Perubahan hari ini mengedarkan sarung tangan putih kepada Ahli Parlimen sebagai simbolik tuntutan kerajaan yang bersih.
Edaran sarung tangan putih itu juga bagi mewarwarkan dan mengajak ahli parlimen khususnya ahli parlimen wanita menyertai himpunan 10,000 wanita pada 18 Mac ini.
Mereka mengedarkan sarung tangan putih kepada ahli parlimen di lobi Dewan Rakyat, termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap pada sidang media selepas itu, jurucakap Wanita Suara Perubahan, Nazreen Azam berkata, mereka akan berkumpul di dua tempat iaitu di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya, Seksyen 10 Petaling Jaya sebelum berarak ke Padang Astaka, Petaling Jaya.
Himpunan tersebut bagi menyuarakan enam tuntutan mereka iaitu mansuhkan akta perhimpunan awam 2011, kerajaan yang bebas daripada rasuah, gaji yang berpatutan, hentikan keganasan terhadap wanita, pilihan raya yang bersih dan adil dan kualiti hidup yang lebih baik.
"Wanita Suara Perubahan menyeru semua pengundi wanita untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-13 dan memilih pemimpin-pemimpin yang berkelayakan sebagai wakil rakyat yang menerima dan akan memenuhi tuntutan-tuntutan kami," katanya.
Sidang media tersebut turut disertai Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat antaranya Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), Teo Nee Ching (DAP-Serdang).
Sumber HD : 13/03/2012
KUALA LUMPUR, 13 Mac: "Al-Fatihah untuk Nurul Nadirah. Negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa," kata satu kenyataan dalam Twitter mengenai kematian Nurul Nadirah.
Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara sebelum ini dan media kerajaan menjadikannya laporan muka depan mereka menjelang pilihan raya ini.
Hari ini, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan takziah yang sama kepada adik kecil ini dan mendakwa keselamatan kanak-kanak dan wanita di negara ini berada di tahap yang kritikal.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.
"Negara kita dalam keadaan tidak selamat. kes ini adalah sejarah yang menggerikan seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan memang tak sepatutnya berlaku.
"Isu keselamatan kanak-kanak, wanita masih lagi berada di tahap kritikal. Kalau kerajaan mendakwa bahawa negara kita selamat, di mana?" kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Ahli Parlimen itu berharap pembunuh kejam itu dibawa ke muka pengadilan.
"Muslimat amat bersimpati dengan ibu dan keluarga adik Nurul Nadhirah dan saya harap perkara ini tidak berlaku kepada keluarga yang lain.
"Saya harap penjenayah dihadapkan ke muka pengadilan agar menjadi iktibar kepada orang lain," katanya.
Nada empati yang sama turut dikongsi timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud.
Ahli Parlimen Kota Raja itu mengingatkan ibu bapa agar tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak sebaliknya perlu sentiasa berwaspada walaupun berada di kawasan rumah.
"Saya boleh merasakan empatinya. Ini menunjukkan keadaan selamat yang konon-kononnya ada sebenarnya kita tidak selamat. Ibu bapa tidak boleh membuat andaian selamat.
"Ibu bapa jangan lupa, mungkin ini penjenayah bersiri dan akan melakukan kekejaman yang sama kepada kanak-kanak lain," katanya.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.
Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
Sumber HD : 13/03/2012
Sumber HD : 14/03/2012
Sumber HD : 14/03/2012
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sumbangan besar kepada Negara dari Kajian Kutub.
Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk membangunkan dan memperbaiki imej Pasar Chow Kit dan kawasan di sekelilingnya.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam menjayakan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan di Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 16 Januari 2012 yang lalu.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.
Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar nikah di seluruh negara kerana angkanya yang semakin meningkat dan apakah jalan penyelesaiannya.
Sumber HD : 15/03/2012
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Penggabungan saham antara MAS dan AirAsia perlu ditamatkan segera memandangkan terdapat asas kukuh tekanan ke atas kakitangan MAS itu sendiri.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menegaskan selain kakitangan MAS, integriti MAS itu sendiri turut tertekan dengan kolaborasi tersebut.
Beliau berkata, tekanan yang dirasai MAS itu ekoran aduan dan rungutan Malaysia Airlines System Employees Union (MASEU) yang mendakwa kebanyakan pengurus atasan di kalangan kakitangan AirAsia.
Salahuddin berkata, PAS pada prinsipnya tidak menolak sebarang kolaborasi sekiranya ia mewujudkan 'suasana menang-menang' bagi mewujudkan perkongsian yang bijak.
"Sayangnya, hasil mesyuarat dengan wakil MASEU yang kami terima hari ini, kita nampak kolaborasi ini lebih banyak menguntungkan AirAsia, berbanding MAS," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, berkata pihaknya akan membawa perkara tersebut ke parlimen dengan menjadikannya satu tajuk yang memerlukan tindakan segera daripada kerajaan.
"Dengan kesempatan yang ada, perkara ini akan dipanjangkan ketika sesi perbahasan Titah Ucapan Yang Dipertuan Agong kelak. Dan Pakatan Rakyat mengharapkan kerajaan segera campur tangan demi menjaga kepentingan pekerja MAS dan imej syarikat itu sendiri," tegas beliu lagi.
Terdahulu, Salahuddin menerima kunjungan wakil MASEU di parlimen dan menghabiskan masa kira-kira satu jam membincangkan perkara tersebut.
Selain Salahuddin, turut dalam mesyuarat tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Dr. Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (MP Kota Raja); Khalid Samad (MP Shah Alam); Firdaus Jaafar (MP Jerai); Nasir Zakaria (MP Padang Terap) dan Abdullah Sani (MP Kuala Langat).
Di bawah perjanjian yang diumumkan Ogos tahun lalu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambilalih 20.5 peratus saham dalam MAS.
Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.
Sidang Media YB Salahudin Ayub : http://www.youtube.com/watch?v=buKXGPsZpFU
Sumber HD : 15/03/2012
Edaran sarung tangan putih itu juga bagi mewarwarkan dan mengajak ahli parlimen khususnya ahli parlimen wanita menyertai himpunan 10,000 wanita pada 18 Mac ini.
Mereka mengedarkan sarung tangan putih kepada ahli parlimen di lobi Dewan Rakyat, termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap pada sidang media selepas itu, jurucakap Wanita Suara Perubahan, Nazreen Azam berkata, mereka akan berkumpul di dua tempat iaitu di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya, Seksyen 10 Petaling Jaya sebelum berarak ke Padang Astaka, Petaling Jaya.
Himpunan tersebut bagi menyuarakan enam tuntutan mereka iaitu mansuhkan akta perhimpunan awam 2011, kerajaan yang bebas daripada rasuah, gaji yang berpatutan, hentikan keganasan terhadap wanita, pilihan raya yang bersih dan adil dan kualiti hidup yang lebih baik.
"Wanita Suara Perubahan menyeru semua pengundi wanita untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-13 dan memilih pemimpin-pemimpin yang berkelayakan sebagai wakil rakyat yang menerima dan akan memenuhi tuntutan-tuntutan kami," katanya.
Sidang media tersebut turut disertai Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat antaranya Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang), Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), Teo Nee Ching (DAP-Serdang).
Sumber HD : 13/03/2012
Kematian Dirang: Di mana tempat yang selamat?
Hazayani Zakaria, | 13 Mac 2012 |
(Pemimpin wanita Pakatan Rakyat dalam sidang media mereka hari ini melahirkan rasa resah rakyat dengan kematian Nurul Nadirah)
Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara sebelum ini dan media kerajaan menjadikannya laporan muka depan mereka menjelang pilihan raya ini.
Hari ini, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan takziah yang sama kepada adik kecil ini dan mendakwa keselamatan kanak-kanak dan wanita di negara ini berada di tahap yang kritikal.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.
"Negara kita dalam keadaan tidak selamat. kes ini adalah sejarah yang menggerikan seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan memang tak sepatutnya berlaku.
"Isu keselamatan kanak-kanak, wanita masih lagi berada di tahap kritikal. Kalau kerajaan mendakwa bahawa negara kita selamat, di mana?" kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Ahli Parlimen itu berharap pembunuh kejam itu dibawa ke muka pengadilan.
"Muslimat amat bersimpati dengan ibu dan keluarga adik Nurul Nadhirah dan saya harap perkara ini tidak berlaku kepada keluarga yang lain.
"Saya harap penjenayah dihadapkan ke muka pengadilan agar menjadi iktibar kepada orang lain," katanya.
Nada empati yang sama turut dikongsi timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud.
Ahli Parlimen Kota Raja itu mengingatkan ibu bapa agar tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak sebaliknya perlu sentiasa berwaspada walaupun berada di kawasan rumah.
"Saya boleh merasakan empatinya. Ini menunjukkan keadaan selamat yang konon-kononnya ada sebenarnya kita tidak selamat. Ibu bapa tidak boleh membuat andaian selamat.
"Ibu bapa jangan lupa, mungkin ini penjenayah bersiri dan akan melakukan kekejaman yang sama kepada kanak-kanak lain," katanya.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.
Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
Sumber HD : 13/03/2012
Skandal didedah, kembalikan wang rakyat
Anis Nazri, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Biarpun skandal-skandal membabitkan pemimpin BN berjaya didedahkan hingga diseret ke mahkamah, wang rakyat yang dibazirkan mereka perlu dikembalikan kepada rakyat.
Pelbagai cara boleh dilakukan pihak berkaitan bagi mendapatkan semula wang tersebut, sama ada melalui pembekuan aset ataupun repatriation (pemindahan).
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, mana-mana pemimpin yang dipalitkan dengan dakwaan penyelewengan dana rakyat, aset mereka sama ada tunai atau barangan perlu dibekukan.
"Jika aset tersebut berbentuk tunai, segala akaun mereka perlu dibekukan. Manakala jika aset itu merupakan sebuah kondominium, contohnya kerajaan boleh mengambil semula untuk tujuan menjual atau melelongnya semula," tegas Dr. Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang mengambil contoh kes National Feedlot Corporation (NFC), menegaskan dalam kes tersebut antara aset yang dikaitkan dengan skandal tersebut merupakan sebuah kondominium di negara jiran, Singapura.
Katanya, apabila ia membabitkan sebuah negara lain, maka kerajaan perlu mendapatkan hak untuk repatriation aset itu semula ke negara.
"Jika ada kondo, maka kerajaan perlu pindahkan semula nilai pasaran kondo itu ke Malaysia. Begitu juga jika terdapat akaun-akaun di Switzerland, London, maka semuanya perlu dibekukan dan dipindahkan ke Malaysia semula," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Biarpun pada 14 Jan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan semua aset NFC dibekukan, rakyat ternanti-nanti bagaimana wang yang dibazirkan itu boleh dikembalikan semula kepada rakyat.
Sehubungan itu, Dzulkefly mengharapkan pihak yang berkaitan menjejaki semula segala transaksi membabitkan semua skandal-skandal yang pernah didedahkan.
"Semua transaksi perlu dijejaki semula, sama ada wujudnya akaun ketiga, akaun offshore (pesisir laut) dan sebagainya. Dan dalam masa sama rakyat perlu tahu dan lihat hasil dari pembekuan aset-aset dari skandal-skandal tersebut," tambah beliau.

Bila tidak amanah, zakat pun diseleweng
Harakahdaily, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kerajaan yang menganggap kuasa yang dimiliki mereka merupakan peluang untuk melakukan apa sahaja, bukan amanah yang perlu dijaga, menjadi punca kepada segala kepincangan dalam pentadbiran negara.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN perlu menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar setelah dipilih rakyat melalui pilihan raya.
"Tanggungjawab menjadi kerajaan adalah amanah. Bila diberi peluang menjadi kerajaan bukan bermakna boleh melakukan apa sahaja.
"Apabila ada sikap mahu melakukan apa sahaja, berlakulah kecelaruan dan penyelewengan.
"Konsep memilih pemimpin juga adalah amanah terbesar. Rakyat yang menyertai pilihan raya pun menjalankan amanah," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, kerajaan yang tidak menjaga amanah yang diberi menyebabkan wang rakyat termasuk zakat diseleweng untuk kepentingan mereka.
"Ibadat zakat sebagai contoh, sepatutnya orang yang mengendalikan wang zakat mengendalikan urusan bagaimana zakat itu sampai kepada sasaran, bagaimana zakat menyelesaikan kemiskinan.
"Bukan wang zakat dilaburkan untuk dapat untung sebanyak-banyaknya dan tak turun kepada sasaran.
"Bila zakat dijadikan modal untuk persaingan dalam perniagaan bukan menunaikan tanggungjawab, maka berlakulah pelbagai penyelewengan," katanya.
Tambahnya, sikap kerajaan yang mengambil kesempatan di atas kuasa yang ada juga menyebabkan kebajikan rakyat diiketepikan.
"Ini termasuklah duit KWSP, Tabung Haji disonglap, diambil di tengah jalan.
"Ini kerana kerajaan menganggap menjadi pemimpin adalah peluang, bukan untuk menunaikan amanah termasuk tabung haji sebagai contoh.
"Tabung haji pada awalnya ditubuhkan untuk memberi khidmat untuk orang menunaikan haji. Tapi jadi perniagaan. Khidmat tabung haji tak banyak, lebih besar untuk mengaut keuntungan," katanya.
Menyentuh mengenai pilihan raya pula, beliau berkata penggunaan dakwat kekal sahaja belum menjamin pilihan raya yang bersih.
Katanya, selagi elemen-elemen lain tidak diperbaiki, pilihan raya tidak akan memenuhi prinsip demokrasi.
"Penggunaan dakwat kekal sahaja tidak menjamin pilihan raya yang adil. Selagi ada undi pos, pengundi yang meragukan, media yang tidak adil, selagi itulah pilihan raya tidak boleh dianggap bersih," katanya.
Perbahasan Titah Ucapan YDPA oleh TGHH : http://www.youtube.com/watch?v=5jfXAQbKMV4
Sumber HD : 14/03/2012
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan asing (RM) dari Taiwan ke Pulau Pinang dari 2008 hingga sekarang serta senaraikan pelabur-pelabur tersebut.

Soalan wakil rakyat PAS di Parlimen 14 Mac
Harakahdaily, | 14 Mac 2012 |
Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan prestasi semasa pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) di dalam dan luar negara serta sejauh manakah kajian mendalam yang dibuat mengenai buruk baik penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan asing (RM) dari Taiwan ke Pulau Pinang dari 2008 hingga sekarang serta senaraikan pelabur-pelabur tersebut.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sedang di semak semula, adakah golongan pendidikan (Guru) diberi keanggotaan yang cukup dalam Jawatankuasa Semakan Semula, ini kerana kakitangan Kementerian Pelajaran mewakili separuh dari jumlah Kakitangan Awam yang ada di negara ini. Adakah Kerajaan memikirkan perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyusun semula Skim Perkhidmatan Pendidikan (Guru) yang berkecamuk itu.
Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah royalti atau lain-lain bayaran dan namakan negeri-negeri yang menerima bayaran tersebut daripada PETRONAS pada tahun 2011.
Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Program Meningkatkan Bekalan Daging yang dilaksanakan oleh NFC Sdn. Bhd. dikategorikan sebagai berjaya atau gagal mencapai objektifnya.
Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil menyeluruh pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari oleh Kerajaan dan apakah hala tuju pendekatan tersebut di masa hadapan setelah diwujudkan beberapa institusi berkaitan seperti Institusi Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).
Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Jambatan ke-2 Sultan Yahya Petra Kota Bharu.
Sumber HD : 14/03/2012
Batal SBPA: Dari mana dapat RM3.4 juta?
Anis Nazri, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) dilihat akan melebarkan defisit belanjawan negara apabila penambahan sebanyak RM3.4 juta diperuntukkan bagi skim baru itu.
Ini kerana peruntukan tersebut tidak terkandung dalam Bajet 2012, dan juga tiada sebarang bajet tambahan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, mempersoalkan dari mana sejumlah RM3.4 juta itu diambil bagi penambahbaikan SSM bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
"Ketika kerajaan ingin melaksanakan SBPA, sejumlah RM2.6 bilion diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Apabila dibatalkan SBPA dengan penambahbaikkan SSM, kerajaan memerlukan RM6 bilion. Dalam erti kata lain dari mana sejumlah RM3.4 juta itu diambil sedangkan tiada bajet tambahan dibentangkan Perdana Menteri?" soal beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Dzulkefly juga mempersoalkan bagaimana sebuah kerajaan boleh melanggar kontrak yang dimeterainya sebelum ini berhubung pelaksanaan skim itu.
Soalnya, apabila kerajaan melanggar kontrak tersebut, di manakah wibawanya sebuah kerajaan dalam menunaikan janji-janjinya kepada rakyat.
Sehubungan itu, beliau meminta Najib memberikan penjelasan berkaitan sejumlah wang yang diperuntukan bagi tujuan penambahbaikan SSM.
Pada 8 Mac lalu, Najib mengumumkan pembatalan pelaksanaan SBPA setelah mendapat pelbagai reaksi negatif di kalangan Pakatan Rakyat dan kesatuan sekerja.
Pembatalan itu kemudiannya digantikan dengan penambahbaikan SSM.

Soalan jawab lisan ahli Parlimen PAS 15 Mac
Harakahdaily, | 15 Mac 2012 |
Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini, 15 Mac 2012.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sumbangan besar kepada Negara dari Kajian Kutub.
Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk membangunkan dan memperbaiki imej Pasar Chow Kit dan kawasan di sekelilingnya.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam menjayakan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan di Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 16 Januari 2012 yang lalu.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.
Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar nikah di seluruh negara kerana angkanya yang semakin meningkat dan apakah jalan penyelesaiannya.
Sumber HD : 15/03/2012
PAS bawa isu MAS-AirAsia ke Parlimen
Anis Nazri, | 15 Mac 2012 |
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menegaskan selain kakitangan MAS, integriti MAS itu sendiri turut tertekan dengan kolaborasi tersebut.
Beliau berkata, tekanan yang dirasai MAS itu ekoran aduan dan rungutan Malaysia Airlines System Employees Union (MASEU) yang mendakwa kebanyakan pengurus atasan di kalangan kakitangan AirAsia.
Salahuddin berkata, PAS pada prinsipnya tidak menolak sebarang kolaborasi sekiranya ia mewujudkan 'suasana menang-menang' bagi mewujudkan perkongsian yang bijak.
"Sayangnya, hasil mesyuarat dengan wakil MASEU yang kami terima hari ini, kita nampak kolaborasi ini lebih banyak menguntungkan AirAsia, berbanding MAS," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, berkata pihaknya akan membawa perkara tersebut ke parlimen dengan menjadikannya satu tajuk yang memerlukan tindakan segera daripada kerajaan.
"Dengan kesempatan yang ada, perkara ini akan dipanjangkan ketika sesi perbahasan Titah Ucapan Yang Dipertuan Agong kelak. Dan Pakatan Rakyat mengharapkan kerajaan segera campur tangan demi menjaga kepentingan pekerja MAS dan imej syarikat itu sendiri," tegas beliu lagi.
Terdahulu, Salahuddin menerima kunjungan wakil MASEU di parlimen dan menghabiskan masa kira-kira satu jam membincangkan perkara tersebut.
Selain Salahuddin, turut dalam mesyuarat tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Dr. Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (MP Kota Raja); Khalid Samad (MP Shah Alam); Firdaus Jaafar (MP Jerai); Nasir Zakaria (MP Padang Terap) dan Abdullah Sani (MP Kuala Langat).
Di bawah perjanjian yang diumumkan Ogos tahun lalu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambilalih 20.5 peratus saham dalam MAS.
Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.
Sidang Media YB Salahudin Ayub : http://www.youtube.com/watch?v=buKXGPsZpFU
Sumber HD : 15/03/2012
Pemimpin amanah mesti sedia dihukum rakyat
Anis Nazri, | 15 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Pemimpin yang menganggap kerajaan yang diperintahnya sebagai amanah mesti bersedia untuk kalah dan dihukum rakyat, bukan untuk menang semata-mata.
Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, kekalahan seseorang pemimpin atau kerajaan diterima dengan terbuka, berbanding pemimpin di negara ini.
Demikian dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Parlimen.
Menurut Abdul Hadi, terdapat tokoh-tokoh pemimpin politik yang berjiwa besar di banyak negara lain yang sanggup menerima hukuman rakyat, dan kalah pada pilihan raya.
"Di Amerika Syarikat pernah dalam tahun 70-an, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Amerika membatalkan kemenangan seorang Presiden yang terlibat dalam skandal Watergate yang terkenal.
"Presidennya sanggup mengundurkan diri dan tidak mengamuk. Tidak melakukan sesuatu di luar undang-undang. Ini moral yang ditunjukkan oleh mereka. Sepatutnya kita menunjukkan sikap yang sedemikian," tegas beliau.
Tambah Ahli Parlimen Marang itu, hal-hal yang seperti ini tidak wujud di negara ini kerana parti memerintah mahu menang dengan apacara sekalipun.
Bahkan, katanya demokrasi wujud dalam parlimen, di mana bukan sahaja kebebasan diberi kepada pembangkang untuk mengkritik kerajaan,tetapi termasuk 'backbencher' kerajaan sendiri dibenarkan untuk mengkritik kerajaan dan membangkang.
Tambah beliau , ada parlimen yang boleh menjatuhkan kerajaan apabila terdapat di kalangan penyokong-penyokong kerajaan sendiri tidak memberi kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan.
"Mereka tidak diambil tindakan disiplin, bahkan ketua kerajaan berundur dan dipilih kerajaan baru daripada parti yang sama. Ini menunjukkan bagaimana jiwa besar seseorang pemimpin patut menjadi contoh pemimpin di negara ini," tegas beliau.
Justeru, katanya jika setiap pemimpin yang memerintah negara berpegang kepada konsep amanah, maka tidak akan berlakulah kecelaruan, khianat dan penyelewengan.
Beliau menambah, pemimpin yang diberi peluang menjadi kerajaan bukan bermakna peluang untuk mendapat apa sahaja dan melakukan apa sahaja, sebaliknya berpegang kepada konsep amanah dalam memimpin.

Bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan?
Harakahdaily, | 19 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.
Beliau bertanyakan demikian pada sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini.
Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dilaksanakan.
Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [Pendang] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah profesional dan expatriate warganegara Malaysia yang menyahut cabaran “brain gain” sejak dilancarkan dan berapa
ramai pula yang keluar negara menjadikan masalah fenomena “brain drain” kepada negara.
Dato' Kamarudin Bin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan penswastaan KTM.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memulakan kursus kemahiran seperti yang ditawarkan di sekolah teknik seawall Tingkatan Satu di sekolah harian bagi pelajar-pelajar yang dikenal
pasti lemah pencapaiannya di dalam UPSR.
Tuan Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah alasan utama kontrak yang ditandatangani di antara MINDEF dan sebuah syarikat swasta tempatan LARDAC yang dibantu syarikat antarabangsa AIDC pada
Oktober 2001 untuk menjalankan 'program menaik taraf (upgrade) jet pejuang' yang pernah ditamatkan.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
(a) Dasar Negara dalam membuka kembali pengambilan pekerja asing; dan
(b) jumlah pekerja asing mengikut sektor industri, pembinaan, restoran, perladangan dan pembantu rumah.
Sumber HD : 19/03/2012

Segerakan penyeragaman Akta Guaman Syarie
Salmiyah Harun, | 19 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Kelembapan kerajaan melaksanakan penyeragaman Akta Guaman Syarie bukan sahaja menghantui para peguam tetapi turut menyusahkan masyarakat.
Ahli Parlimen Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) berkata, sebanyak 13 undang-undang berkaitan syariah di seluruh negara yang mana ia telah menjadi bebanan kepada para peguam syarie.
Katanya, peguam syarie kena daftar di banyak tempat jika mahu mengendalikan satu-satu kes berkaitan.
"Misalnya jika peguam itu mengamal di Selangor dia perlu daftar semula jika dia kendalikan kes di negeri lain," katanya semasa mengemukakan soalan tambahan dalam sidang Dewan Rakyat, pagi ini.
Dalam soalan tambahannya, Nasharudin berkata, akta itu sudah menjadi keperluan terdesak kepada rakyat negara ini dengan itu kerajaan wajar membuat penyeragaman.
Malah, katanya perkara itu sudah mendapat perhatian Perdana Menteri dan berjanji untuk melakukan sesuatu kepada akta ini pada Ogos lepas.
Tambahnya, penyelarasan Akta Guaman ini perlu disegerakan untuk mengangkat martabat undang-undang syariah dan peguam syarie.
Menjawab soalan tambahan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menyedari masalah itu dan penyeragaman tidak dapat dilaksanakan akan menimbulkan kekangan.
Sidang Parlimen : http://www.youtube.com/watch?v=lactUH1R_Vw&feature=youtu.be

FGVH: PAS beri 3 hari kepada Ahmad Maslan
Hazayani Zakaria, | 19 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS memberi tempoh tiga hari kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk mengemukakan jawapan terperinci berhubung prestasi semasa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di dalam dan luar negara.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Ahmad minggu lalu yang disifatkan terlalu umum.
"Saya beri tempoh tiga hari kepada Ahmad Maslan untuk detailkan prestasi pelaburan FGVH di luar negara.
"Beliau cuma nyatakan pada 2009 hingga 2010, keuntungan FGVH berjumlah RM203 juta di dalam negara dan 366 juta di luar negara. Saya minta angka rasmi secara detail," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS itu juga berkata, PAS menunggu jawapan daripada Ahmad dan sekiranya Ahmad gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan maklumat yang sebenar.
"Kita meragui jawapan beliau kerana PAS mempunyai maklumat mengenai angka-angka yang sebenar," katanya.
Sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010.

Jangan dusta dalam dewan - Dzulkefly
Salmiyah Harun, | 19 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: "Lepas bergaduh, di luar sana mereka berpeluk cium," seloroh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee.
Ronald berkata demikian selepas Ahli Parlimen Datuk Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) meminta masa 'pergaduhan' diganti kemudian dilanjutkan tempoh masa perbahasannya.
Mohamad Aziz yang memulakan sesi pergaduhan dengan menuduh PAS menjadi alat Ketua Pembangkang sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan menyokong Yahudi sepertimana dinyatakan oleh Ahli Parlimen Marang.
Ekoran lantangnya Mohamad Aziz itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menyangkal tuduhan liar itu dan menyifatkan Mohamad tidak faham maksud yang ditegaskan oleh Ahli Parlimen Marang.
"Bezanya Yahudi dan Zionis sudah diterangkan oleh Marang. Apa yang Marang sebut bermuamalat dengan Yahudi berbeza bermuamalat dengan Zionis. Jangan buat interpritasi begitu, berdusta dalam dewan," bidas Dzulkefly.
Bagaimanapun, Mohamad Aziz tetap menegaskan Yahudi adalah musuh Islam seperti disebut dalam Al-Quran.
Pergaduhan Ahli Parlimen PAS dan BN bertambah kecoh apabila, Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) menuduh Ketua Pembangkang antara individu yang kuat mempertahankan Israel dan Yahudi.
"Sekarang ni Ketua Pembangkang hendak sangat mempertahankan adalah Israel. Israel adalah Yahudi Zionis. Kalau maksud Marang boleh berniaga dengan Yahudi adakah dia bermaksud boleh berdagang dengan Israel? Kalau tidak boleh berdagang dengan Israel dia patut ambil tindakan suruh Permatang pauh Tarik balik," katanya.
Ahli Parlimen Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) pula bangun membidas Zulkifli Nordin dan menegaskan kerajaan BNlah yang sepatutnya menjawab apa yang dibangkitkan wakil rakyat bebas itu.
Kemudian Ahli Parlimen CheUda Che Nik (PAS-Sik) menyebut 'Apco' berulang-ulang kali ditambah pula masing-masing Ahli Parlimen bersuara, menyebabkan dewan kecoh seketika.

Adakah mahu had umur kenderaan di jalan raya?
Harakahdaily, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain (gambar) mengemukakan pertanyaan itu pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli Parlimen PAS, hari ini.
Tuan Muhammad bin Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya.
Tuan Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dari mana Kerajaan Pusat telah memperolehi pinjaman 'dalam negeri' dan berapakah jumlah yang diambil dari KWSP.
Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada kajian alam sekitar EIA (Enviromental Impact Assessment) dibuat terhadap projek ternakan udang i-SHARP oleh Syarikat Blue Archipelago di Setiu Terengganu yang menyebabkan dua kali berlaku banjir luar biasa di kawasan tersebut musim tengkujuh yang lalu.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang perlaksanaan projek lebuh raya pantai barat:-
(a) kenapa berlaku peningkatan dari kos asal RM3.1 bilion kepada RM7.1 bilion; dan
(b) kenapa berlaku perubahan tempoh konsesi dari 33 tahun kepada 60 tahun.
Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah sehingga hari ini Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbicaraan.
Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak Kerajaan untuk membantu rakyat yang diisytihar bankrap apabila kebankrapan mereka disebabkan oleh pihak lain (contoh - rumah terbengkalai).
Adakah Kerajaan bercadang mewujudkan polisi baru untuk membezakan kebankrapan yang disebabkan oleh penganiayaan dan kezaliman (yang bankrap adalah mangsa) daripada kebankrapan yang disebabkan kecuaian atau keengganan membayar hutang.
Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan rancangan masa hadapan pihak Kerajaan Malaysia tentang hubungan diplomatik dengan Iran setelah sekatan demi sekatan dilaksanakan termasuk yang terbaru sekatan mengimport petroleum dari Iran oleh negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU).
Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah anak luar nikah di seluruh negara pada tahun 2007 hingga 2010 dan berapakah jumlah dalam jagaan di rumah kebajikan di seluruh negara.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah pengangguran siswazah-siswazah yang makin meningkat sekarang ini.
Sumber HD : 20/03/2012

Mengapa Lebuh raya Banting-Taiping naik lebih 100%
Anis Nazri, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan diminta menjelaskan peningkatan lebih 100 peratus yang diperuntukkan kerajaan bagi projek Lebuhraya Banting-Taiping.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, mempersoalkan bagaimana boleh berlaku lonjakan kos dari RM3.1 bilion ke RM7.1 bilion.
Menurut Mahfuz, lonjakan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan, selain dilihat tidak munasabah bagi sebuah lebuhraya sepanjang 316 kilometer yang akan menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak.
"Itu belum lagi soal tempoh yang begitu panjang yang diberikan kepada syarikat konsesi terbabit, Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) iaitu selama 60 tahun. Sedangkan, PLUS sendiri, yang 'pantang lalu Umno sapu' itu pun, tempoh konsesinya hanya 30 tahun," kata beliau di Dewan Rakyat, petang tadi.
Katanya dengan peningkatan kos tersebut, kerajaan sepatutnya menjelaskan bagaimana kos tersebut boleh dinaikkan sedemikian rupa.
Europlus sebelum ini mengumumkan menerima surat kelulusan membina lebuhraya itu daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri (JPM), melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan Geran RM980 juta untuk pengambilan tanah.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong kepada rakyat apabila menyatakan isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dirunding bersama Cuepacs.
Hakikatnya, dakwa Mahfuz pihaknya dimaklumkan tiada sebarang rundingan dilakukan di antara kerajaan dengan Ceupacs.
"Jadi, Perdana Menteri telah berbohong kepada rakyat apabila menyatakan sudah membuat rundingan sebanyak tiga kali dengan pelbagai pihak, termasuk Cuepacs. Sebaliknya, ia tidak berlaku," dakwa beliau.

Gadai Ladang Rakyat propaganda murahan Umno BN
Salmiyah Harun, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Dakwaan terhadap Kerajaan Kelantan menggadai Ladang Rakyat kepada tauke bukan Bumiputera disifatkan propaganda murahan Umno BN dan medianya untuk menagih perhatian rakyat negeri itu.
Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) menafikan dakwaan itu sama sekali ketika dalam perbahasan usul menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, pemajuan Ladang Rakyat tidak melibatkan pemberian pajakan tanah apatah lagi menjual tanah kepada tauke bukan Bumiputera.
"Umno BN sudah tidak ada isu, dakwaan mereka sekadar untuk mendapat perhatian rakyat Kelantan yang sekian lama ditagih lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat
Tegasnya, sekatan terhadap urusniaga pindah milik atau pajakan tanah sudah tertera dengan jelas dalam dokumen hak milik tanah Ladang Rakyat.
"Pihak swasta hanya pemaju projek bukan pemajak tanah," katanya lewat petang tadi.
Zailah turut menjelaskan Ladang Rakyat hanya dibangunkan di atas tanah kerajaan tiada milik tanah rakyat terlibat, kecuali yang dibangunkan bersama dengan pemilik Ladang Rakyat berkelompok di Pos Brooke Lojing.
Malah katanya, sebanyak 18 peratus daripada tanah kerajaan yang dikenal pasti telah dikeluarkan daripada kawasan operasi Ladang Rakyat.
"Perkara ini sendiri disahkan oleh pejabat tanah jajahan selepas pemutihan dibuat," katanya.
Pengeluaran kawasan terokaan Orang Asli daripada kawasan Ladang Rakyat antaranya kawasan Orang Asli di Pulat, Tuel, Dakoh, Belatim, Lubuk Bongor, Sokor , Humid, Pasek, Kuala Balah, Relai, Renok dan Kandek di mana kesemuanya adalah 14,046 ekar.
Tambah Zailah, Pesuruhjaya Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak Orang Asli dalam kajiannya mengakui kerajaann Kelantan bukan sahaja proaktif dalam urusan tanah Orang Asli tetapi proaktif Orang Asli.
Zailah percaya, isu ini timbul apabila setelah Umno BN mendapat maklumat daripada sendiket jual tanah di mana sendiket itu mengaku meneroka tanah kerajaan walaupun hakikatnya tidak ada kesan penerokaan.
"Sendiket jual tanah secara haram untuk kepentingan peribadi apabila kerajaan hendak bangunkan tanah, lepas itu heboh dalam media kawasan itu bukan kawasan operasi Ladang Rakyat,"katanya.
Semalam, akhbar pro Umno BN menyebut status quo tanah rizab Melayu di Kelantan kini menjadi tanda tanya apabila semakin banyak dipajak kepada syarikat bukan bumiputera.
Dan hari ini pula didakwa hampir 60,000 hektar tanah milik Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta sehingga menyebabkan penduduk kampung teraniaya.

ISU PSC LYNAS :
1. HUJAH-HUJAH HANGAT AP-AP PR & BN : http://www.youtube.com/watch?v=icwCGhHiDWQ
2. PR TOLAK PSC LYNAS : http://www.youtube.com/watch?v=Xuwcg22Yo5U

Tiada cadangan tetapkan had usia kenderaan
Kerajaan belum bercadang untuk menetapkan had usia kenderaan bermotor yang dibenar berada di jalan raya kerana mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa menggalakkan pemilik kenderaan supaya membuat pemeriksaan secara sukarela di bengkel atau pusat pemeriksaan kenderaan.
"Sehubungan itu, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia telah menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan," katanya ketika menjawab soalan Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh) di Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Rahim berkata, bagi memastikan kenderaan yang berada di jalan raya itu sentiasa dalam keadaan selamat pula, aktiviti penguatkuasaan sentiasa dijalankan oleh agensi penguatkuasaan.
"Agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan selaras dengan sekyen 59 dan seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
- Bernama / MK : 20/03/2012

Audit: PAS minta Najib jelaskan salah guna wang
Harakahdaily, | 21 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Mac: PAS meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sejauh mana tindakan kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.
Ini ekoran banyak isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek kerajaan.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff mengemukakan soalan demikian bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan ahli Parlimen PAS, hari ini.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan prospek tanaman getah dan kelapa sawit di pasaran dunia menjelang 2020.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status jawatan Encik Abidin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Besar FELDA dan kenapakah beliau dipindahkan ke Perpustakaan JPM.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah wakil CEUPACS tidak dilibat dalam penyediaan SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sehingga timbul pelbagai masalah apabila diumumkan.
Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang banyak isu-isu yang membabitkan ketirisan wang negara dalam projek Kerajaan serta sejauh mana tindakan Kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan wang dan kuasa sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis-jenis tanaman baru yang dijangka akan menjadi penyumbang kepada komoditi negara pada masa depan.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan susulan pihak PDRM mengenai dua peristiwa serangan kumpulan samseng ke atas majlis ceramah pro Pakatan Rakyat di daerah Klang (Jalan Kebun dan Kg Idaman) dalam bulan Januari dan Februari 2012.
Sumber HD : 21/03/2012

Guam gesa Najib batalkan kolaborasi MAS-AirAsia
Salmiyah Harun, | 21 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR 21 Mac: Group of Unions And Associations Of Malaysia Airlines (Guam) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan pertukaran saham (share-swap) dan perjanjian kolaborasi di antara MAS dan AirAsia.
Perjanjian kolaborasi itu dakwa Guam ianya memihak kepada Air Asia yang akan merosakkan MAS.
Setiausaha Kesatuan Sekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Ab Malek Ariff berkata, semenjak wujudnya kolaborasi suasana kerja di dalam MAS telah menjadi muram.
"Produktiviti kerja telah menurun kerana para pekerja runsing dan ada di kalangan mereka mengalami penyakit kemurungan kerana menanggung permasalah itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Machang Datuk Saifuddin Nasution, selepas menyerahkan Memorandum Keluhan Pekerja-pekerja MAS dan Permasalahan Timbul Akibat Daripada Perjanjian Kolaborasi kepada Pakatan Rakyat.
Ab Malek berkata, faktor utama yang menimbulkan permasalahan di dalam kolaborasi ini adalah Tan Sri Tony Fernandez yang disifatkan seorang anti kesatuan dengan menjalankan taktik-taktik melumpuhkan kesatuan dan para pekerja.
"Kami percaya beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah MAS dan AirAsia untuk mendapatkan sebanyak boleh keuntungan di dalam kolaborasi MAS dan AirAsia.
Tegasnya dengan harapan, Perdana Menteri dapat menggunakan kuasa 'golden share' untuk menghentikan kolaborasi dan pertukaran saham di mana ia akan membunuh MAS secara menyeluruh.
Ab Malek percaya masalah yang berlaku dalam MAS berpunca dari kelemahan dan kesilapan Khazanah.
"Mereka sepatutnya berhati-hati semasa berurusan dengan Tony dan rakan-rakan beliau. Khazanah sepatutnya mengimbau semula sejarah MAS dan AirAsia di mana kedua-dua adalah pesaing ketat," katanya.
Justeru, Guam meminta agar Perdana Menteri mengiktiraf kesatuan dan persatuan bagi mewakili pekerja-pekerja di dalam unit dan anak-anak syarikat dalam MAS.
Guam turut mendesak supaya membatalkan perpindahan pekerja pentadbiran dari Subang ke KLIA yang dijadualkan pada awal April ini kerana didapati ada cukup ruang bagi menempatkan semula pekerja-pekerja yang terbabit dalam perpindahan ini.
Selain itu, Guam berharap agar menempatkan pekerja MAS ke anak-anak syarikat dan unit yang bakal ditubuhkan tanpa sebarang peletakkan jawatan tanpa ada pembuangan pekerja.
"Mewujudkan satu kumpulan lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi Malaysia yang bebas dan merdeka dari pengaruh Tony Fernandez, dan menyingkirkan ahli lembaga pengarah MAS yang memihak kepada Tony," tegas Guam.
MASEU adalah salah satu kesatuan daripada lapan kesatuan di bawah Guam yang diwakili seramai 20,600 pekerja.

Tarikh PRU: Teka teki Najib susahkan rakyat
Salmiyah Harun, | 21 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bermain dengan teka teki dalam mengumumkan tarikh PRU-13 kerana tindakan itu menganggu perancangan dan aktiviti rakyat negara ini.
Menurut Ahli Parlimen Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Najib sewajarnya mengumumkan awal tiga atau enam bulan tarikh itu memandangkan rakyat sudah ada perancangan aktiviti mereka.
Katanya, jika pilihan raya berlaku pada cuti persekolahan akhir Mei hingga awal Jun nanti sudah tentu menganggu aktiviti rakyat yang dirancang sekian lama.
"Umum awal bukan untuk parti bersiap, tetapi sebahagian rakyat negara ini sudah merancang aktiviti mereka pada cuti sekolah. Mungkin ramai mengerjakan umrah, atau melancong kerana mereka tempah tiket dengan agensi lebih awal termasuk Tabung Haji juga,"katanya dalam sidang media.
Malah katanya, ramai juga rakyat negara ini melancong ke luar negara dengan keluarga dan ada juga melaksanakan kenduri-kendara pada waktu itu.
"Pada waktu cuti itu sudah tentu beribu-ribu rakyat negara ini keluar negara bercuti, jika diadakan pada musim cuti sahlah rakyat negara ini dinafikan hak mereka untuk mengundi. Mereka tidak akan batalkan tiket yang ditempah,"katanya.
Tegas Mahfuz, Najib harus tampil dengan berani untuk umumkan tarikh PRU lebih awal untuk keselesaan urusan kehidupan rakyat hari ini.
"Tarikh PRU sering menjadi teka-teki mungkin kerana Najib dilihat seolah-olah tidak bersedia menghadapi PRU,"katanya.

FGVH: PAS tuntut maklumat lengkap, bukan umum
Anis Nazri, | 21 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub tidak berpuas hati dengan penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan berhubung keuntungan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Menurut Salahuddin, jawapan yang diberikan Ahmad itu tidak jauh beza dengan jawapan yang diberikan ketika menjawab soalan yang dikemukakan beliau, tiga hari lalu.
"Jawapan itu tidak ada bezanya dengan jawapan yang diberikan tiga hari lalu di dalam dewan. Apa yang saya minta ialah dokumen lengkap mengenai kedudukan keuntungan FGVH, bukannya laporan umum seperti ini.
"Bagaimanapun, dengan penjelasan ini saya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak-pihak yang berkenaan berhubung hal ini," kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen, petang ini.
Ahmad, pada sidang media sebelum itu mengumumkan keuntungan sebelum cukai FGVH itu sebanyak RM203 juta pada 2009, dan RM366 juta (2010), manakala bagi 2011 masih di peringkat audit dan dijangka selesai hujung bulan ini.
"Biasalah syarikat perniagaan ini. Ada yang untung, ada yang rugi. Mana ada syarikat yang berniaga terus untung," jelas Ahmad kepada media.
Beliau menambah penjelasan tersebut sebagai menyahut cabaran yang dibuat Salahuddin itu untuk mengumumkan keuntungan FGVH sebelum ini.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Naib Presiden PAS itu berkata jawapan tentang ada syarikat di bawah Felda yang mengalami kerugian membuktikan timbalan menteri itu menjawab secara tidak jujur di dalam dewan.
"Ketika saya bertanya, beliau hanya jawab FGVH meraih keuntungan. Seolah-olah hanya untung sahaja, tidak rugi. Kenapa tidak beritahu tentang kerugian? Kalau boleh bagitahu tentang keuntungan, kita mahu tahu juga jumlah kerugian," tegas Salahuddin.
Sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) didakwa mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010.

Najib diminta nyatakan bila ISA mahu dimansuh
Harakahdaily, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan.
Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Md Ramli pada persidangan Dewan Rakyat, yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.
Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.
Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.
Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.
Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.
Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenaraikan.
Sumber HD : 22/03/2012

12 kesilapan Datuk Seri Najib
Lim Kit Siang, | 22 Mac 2012 |
1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
2) Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Malaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.
3) Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah “outsource”kan politik melampau kepada Perkasa.
4) Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah “demokrasi paling baik di dunia” , beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?
5) Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak polis berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.
6) Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.
7) Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kematian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.
8) Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terpelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha “menyelamatkan” bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.
9) Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.
10) Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.
11) Salah urus perhimpunan Bersih 709 yang bertujuan menuntut pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, sementara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.
12) Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang. Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penjenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di perjawatannya?
----------------------
Sedutan ucapan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada 22 Mac 2012

Tiada bukti produk Felda sampai ke Palestin
Anis Nazri, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Felda tidak mengeksport produk ke Israel, tidak boleh diterima begitu sahaja.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata ini kerana tidak ada dokumen sah yang membuktikan barangan yang dieksport ke Palestin melalui Pelabuhan Ashdod itu benar-benar sampai ke negara tersebut.
Biarpun dengan mengatakan prosedur penghantaran produk Felda itu terpaksa melalui Ashdod, Mahfuz berkata ia tidak boleh membuktikan barangan tersebut sampai ke Palestin.
"Apakah jaminan yang menunjukkan semua barangan yang melalui Pelabuhan Ashdod itu akan sampai ke Palestin?
"Kita pun tahu, dalam perniagaan ini apa yang difikirkan adalah keuntungan. Tidak mustahil jika Israel membayarnya, ia akan sampai di situ sahaja," dakwa beliau.
Naib Presiden PAS itu turut mempersoalkan jumlah invois yang 'dipadamkan' pada salinan dokumen yang kononnya membuktikan Felda tidak mengeksport barangan ke Israel.
Katanya, jumlah yang dipadamkan di invois itu seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang cuba diselindungkan menteri berkenaan.
Terdahulu, pada sidang media yang diadakan menteri itu, Ahmad menafikan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan Felda menjual barangan ke Israel.
Katanya, aktiviti utama Felda Global Ventures Holdings (FGVH) adalah pengeluaran dan pemasaran minyak sawit dan produk berasaskan sawit.
Barangan tersebut dijual kepada pihak ketiga di pasaran tempatan dan juga dieksport melalui cabang pemasaran Kumpulan FGVH iaitu Felda Marketing Sdn Bhd dan syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn Bhd (FISB).
Menurutnya FISB mula membuat penghantaran ke Palestin pada Mac 2010 dan penghantaran terakhir yang dibuat pada 9 Dis 2011, di samping FISB tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghantar ke negara Palestin melalui pelabuhan-pelabuhan Israel dan salah satunya pelabuhan Ashdod.
Penafian itu dibuat Ahmad ekoran kenyataan Ahli Parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa yang mengatakan Felda mempunyai hubungan dagang dengan Israel dengan membekalkan minyak sawit ke negara zionis tersebut.
Sidang Media YB Dato' Mahfuz Omar : http://www.youtube.com/watch?v=-lcocHwjSUo

20,332 pelajar tercicir, 112,346 salah laku setahun
Salmiyah Harun, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketika negara sedang meraikan kegembiran ekoran kecemerlangan pelajar SPM yang cukup membanggakan, namun ada perkara yang perlu dipandang serius.
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) memberitahu seramai 20,332 pelajar tercicir dalam pelajaran setiap tahun.
Manakala jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin secara keseluruhan dalam tempoh 2007 hingga 2010 pula pada kadar purata 112,346 orang setahun.
Jumlah murid yang tercicir dalam pelajaran akibat salah laku dan peraturan disiplin sekolah pada tahun 2007 seramai 1,834 murid dikenakan hukuman buang sekolah.
Tahun 2008 seramai 1,848, tahun 2009 seramai 1,534, tahun 2010 seramai 1,348 manakal tahun 2011 seramai 1,131 murid dikenakan hukuman buang sekolah.
Walau bagaimanapun, murid-murid yang dikenakan hukuman buang sekolah akan diberikan peluang kedua untuk bersekolah selain daripada sekolah asal.
Menurut Zailah, masalah keciciran perlu dipandang serius kerajaan kerana punca dari masalah itulah ramai pelajar terjebak dengan gejala sosial yang amat membimbangkan.
"Kena buang sekolah, mereka tidak ada aktiviti hendak dibuat dan disinilah mereka mula mencuba pelbagai kegiatan yang tidak berfaedah bermula dengan lepak, akhirnya dadah, pecah rumah, samun, ragut dan bermacam-macam lagi," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.
Siti Zailah dalam soalannya meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.
Sumber : 22/03/2012

2009 paling banyak kes rogol di Malaysia
Harakahdaily, | 23 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.
Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar).
Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.
Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.
Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.
Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.
Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).
"Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily.
Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia.
Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir."
Sumber HD : 23/03/2012
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap DAP kerana memilih untuk tidak menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji nadir bumi Lynas dengan menyatakan bahawa penyelesaian yang tidak partisan diperlukan demi kepentingan awam adalah dikesali kerana tidak berdasarkan fakta.
“Keputusan DAP dan PR untuk tidak menyertai PSC adalah semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu BN untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Justeru, katanya Najib harus menarik balik kenyataannya pada 17 Mac yang dilaporkan oleh Bernama untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya dalam program radio bahasa Mandarin 988 semalam bahawa Kerajaan BN tidak akan membenarkan loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, untuk beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar.
Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17.3.2012 sebagai berkata:
“Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya “kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai”.
Guan Eng berkata, melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.
“Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam,” tegasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau menambah, dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan.
Menurutnya lagi, Najib untuk bertukar nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan 'dasar kuat untuk membuat keputusan' mengenai Lynas adalah 'flip-flop' dan bertentangan kenyataan beliau pada 17 Mac.
“Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan PR untuk memboikot PSC itu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Namun begitu, katanya ‘flip-flop’ yang berlaku itu menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan.
Guan Eng menambah, untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib harus menarik balik secara terbuka kenyataannya pada 17 Mac, memberi arahan henti kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa Kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji tersebut.
Katanya, sebarang kegagalan untuk melakukan demikian hanya akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PSC yang dipimpin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalalkan yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar.

Lynas: Najib harus tarik balik kenyataan 17 Mac

Berapakah peruntukan lulus segera lawatan PM?
Harakahdaily, | 27 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Perdana Menteri diminta menyatakan senarai kesemua peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari - Mac 2012 semasa lawatan rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke negeri-negeri.
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini yang mula bersidang jam 10.00 pagi.
Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status peruntukan menaiktaraf Hospital Parit Buntar yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Januari 2012 yang lalu semasa Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Berapakah peruntukan dan bilakah projek naik taraf hospital ini akan dilaksanakan.
Mohd. Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menggunapakai sebanyak RM873.4 juta duit "Dana Khas Terengganu" untuk membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negara akan membayar balik duit tersebut kepada Kerajaan Terengganu.
Siti Zailah Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah program Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia pada makanan import seperti daging, hasil pertanian dan makanan yang masih tinggi kadar importnya.
Datuk Taib Azamudden Md Taib (Baling) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah perkembangan modul pengajian baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenal pada tahun 2011.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Lebuh Raya Pantai Timur akan dibina sehingga ke Kota Bharu, Kelantan.
Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tahap penyiapan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh negara, berapa jumlahnya dan berapakah kos pembinaannya.
Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai ke semua peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari - Mac 2012 semasa lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri ke negeri-negeri.
Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Khazanah Nasional telah mendakwa membuat keuntungan dengan menjual kepada DRB-Hicom pada harga RM5.50 sesaham sementara ketika Khazanah membeli dari PETRONAS dengan harga RM8.00 sesaham.
Mohd. Nasir Zakaria (Padang Terap) minta PERDANA MENTERI menyatakan pendekatan terkini yang dilakukan oleh FELDA dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit bagi memastikan KPG berada di paras sekurang-kurangnya 23 peratus.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana mekanisme perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dan apakah perlaksanaannya benar-benar mematuhi syari'ah.
Sumber HD : 27/03/2012

Orang Asli nafi Kelantan rampas tanah
Harakahdaily, | 27 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini melahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri pimpinan PAS telah merampas tanah mereka sedangkan ianya sama-sekali tidak berlaku.
Sekumpulan 10 orang mereka yang hadir ke Parlimen hari ini menafikan tuduhan tersebut malah menganggapnya sebagai fitnah didalangi pihak berkepentingan.
Malah kata wakil Orang Asli Kelantan Ajom Alang, Kerajaan Kelantan yang diterajui PASlah satu-satunya kerajaan negeri yang berusaha untuk memberi hak milik tanah kepada mereka.
"Bermacam-macam tomahan dan tuduhan fitnah bahawanya kerajaan negeri di bawah YAB Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) merampas tanah-tanah Orang Asli.
"Fitnah itu tak betul, sebenarnya kerajaan negeri pimpinan tuan guru pada hakikatnya telah meluluskan dan mewartakan tanah-tanah itu untuk memberi hak milik kepada sebahagian masyarakat Orang Asli di Gua Musang," katanya pada sidang media di lobi parlimen.
Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohammad Husin (Pasir Putih) Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh).
Sebelum ini, banyak pihak termasuk Umno Kelantan menuduh kerajaan negeri yang diterajui PAS merampas tanah daripada Orang Asli Hulu Kelantan untuk tujuan pembangunan.
Ianya termasuk tanah Orang Asli di Sendrop dan Blau.
Kerajaan negeri bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mendakwa tanah yang dibangunkan di kawasan itu adalah milik kerajaan.
Menurut Ajom lagi, di Kelantan tidak ada tanah adat untuk Orang Asli mahupun tanah wilayah, cuma yang ada adalah tanah yang mahu digazet untuk Orang Asli pada zaman BN yang tidak selesai-selesai.
Maka katanya, tidak timbul langsung soal kerajaan negeri merampas tanah mereka.
"Zaman BN dulu mana ada org asli dapat hak milik. Adakah sekarang ini di negeri-negeri BN Orang Asli dapat hak milik? Saya rasa belum ada," katanya.
Beliau turut menyelar pihak tertentu yang mempengaruhi Orang Asli untuk berdemonstrasi Januari lalu bagi membantah kerajaan negeri yang mahu membangunkan projek Ladang Rakyat di tanah-tanah Hulu Kelantan.
Malah kata mereka, Orang Asli sangat-sangat mengalukan Projek Ladang Rakyat dibuat kerana mereka akan mendapat banyak kebaikan dari projek itu.
Selain kebaikan dari sudut ekonomi mereka, projek itu juga akan mebawa kepada pembukaan jalan yang bekal memudahkan mereka.
"Saya rasa ini (demonstrasi) bukan tindakan Orang Asli sendiri tapi kemungkinan ada konco-konco lain dari belakang yang menghasut Orang Asli bertindak liar. Kita dari dulu lagi tak pernah demonstrasi bantah kerajaan negeri.
"Bahkan kita sebenarnya merayu kepada kerajaan negeri supaya selesaikan segera masalah tanah bagi membuktikan Kelantan negeri yang pertama berusaha memberi hak milik kepada Orang Asli di Malaysia," katanya.
Sidang Media Ajom Alang di Parlimen : http://www.youtube.com/watch?v=0sEXfkZ-w_M

Baka tiada peruntukan laksana program agama?
Salmiyah Harun, | 27 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Mohd Taib (gambar) mendakwa Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (Baka) tidak dibekalkan peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan aktiviti yang sepatutnya.
Katanya, Baka diwujudkan bukan sahaja memberi khidmat kaunseling kepada keluarga polis yang bergama Islam bahkan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian.
"Sudah lama tidak diberikan peruntukan itu, jadi macam mana hendak adakan aktiviti kerohanian dalam keluarga polis dan anggota yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi.
Malah katanya, Baka tidak perlu diletakkan di bawah pentadbiran, ini kerana akan merumitkan pelancaran aktiviti-aktiviti agama.
"Sepatutnya Baka diasingkan kepada satu unit yang lain, kerana kerja Baka adalah buat kaunseling, kuliah agama dan program-program keagamaan," katanya.
Sebelum ini, Taib Azamudden berkata, banyak rungutan daripada anggota polis menyatakan mereka tidak cukup bajet untuk melaksanakan aktiviti.
"Saya difahamkan Baka pernah diberikan peruntukan tetapi ditarik balik, akhirnya mereka tidak ada bajet untuk membuat program," katanya.
Justeru, katanya KDN perlu ambil perhatian terhadap kekangan yang dihadapi Baka kerana unit itu lebih penting untuk pegawai polis yang beragama Islam.
"Kita minta juga Baka ini bukan sahaja diwujudkan di Bukit Aman sahaja dan ia perlu diperluaskan ke kontinjen-kontinjen negeri dan juga daerah," katanya.
Terdahulu, Taib Azamudden mempertikaikan Baka diketuai oleh seorang pegawai tinggi bukan Islam berpangkat SAC ketika membahaskan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dengan menjelaskan pegawai terbabit baru ditukar kepada pegawai yang beragama Islam.

PAS tanya PM statistik terkini permohonan murtad
Harakahdaily, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) minta Perdana Menteri menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.
Demikian pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar itu bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.
Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan anggota Dewan Rakyat daripada PAS, hari ini.
Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana JAKIM memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip keadilan Islam, jika ya apakah hasilnya.
Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan kesan kepada kemasukan pelancong dari luar dan dalam negeri hasil kerjasama Syarikat Penerbangan MAS dan AirAsia.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini pembinaan Hospital Shah Alam.
Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kedudukan terkini projek NFC dan apakah penyelesaian terhadap skandal dalam NFC sehingga kini.
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pelaksanaan program Koridor Utara dan manfaatnya kepada rakyat di kawasan terbabit.
Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklumat di sebalik program 'divestment' atau penjualan pelaburan untuk pemilikan individu Melayu-Bumiputera, yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas syarikat-syarikat PNB dan Khazanah Nasional yang tidak 'core' dan cara untuk merealisasikannya serta contoh-contoh kejayaan yang telah pernah disaksikan.
Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Dasar Belia FELDA dapat diperkenalkan sebagai suatu proses transformasi daripada peneroka kepada generasi kedua FELDA memandangkan begitu ramai peneroka yang telah meninggal dunia.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini orang yang memohon untuk murtad dan yang telah murtad tanpa permohonan.
Sumber HD : 28/03/2012

RM608.68 juta! Peruntukan segera Najib, Muhyiddin, tapi mana peruntukannya?
http://www.pencacai-semalaysia.com, | 28 Mac 2012 |
Ini ialah jawapan dari parlimen. Terima kasih YB. Mari kita sama2 perhatikan apa benda yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas neh.
1. YB tanya piem berapa banyak peruntukkan segera yang telah diluluskan semasa lawatan rasmi najib dan muhyiddin ke negeri2.
2. Lepas tue jawapan bertulis yang didapati ialah ;
- jumlah peruntukkan segera yang diluluskan oleh piem dan tipiem ialah sebanyak rm608.68 juta.
608.68 juta neh apa? Jumlah wang yang piem dan tipiem habiskan semasa melawat satu malaysia ka?
Bukan.
Jumlah peruntukkan segera yang diluluskan.
Contoh?
" Oleh kerana masyarakat orang asli taat dan setia kepada kita, saya tambah lagi 30 juta. " <-- Najib.
Inilah yang kita panggil express punya projek. Aku cenderung tak percaya kepada kewujudan angka2 neh. Siyes. Tapi dalam masa yang sama aku juga tak berapa nak suka membaca bila ada orang beranggapan bahawa najib round2 satu malaysia dan buang duit sebanyak rm608.68juta. Salah makna tue. Nak marah boleh tapi kena marah dengan memahami perkara yang sebenar. Barulah tujuan marah tue boleh disalurkan dengan betul.
Jawapan parlimen neh sepatutnya berdasarkan kepada fakta. Kalau diminta bukti, betul ka peruntukkan tersebut telah diluluskan, mungkin parlimen boleh bagi bukti tapi betul ke tak betul peruntukkan tue telah dibelanjakan atau akan dibelanjakan bagi kegunaan projek2 yang dicadangkan, itu belum pasti lagi.
Maksud aku di sini ialah najib dan muhyiddin boleh pongpang cakap 10 juta sana, 10 juta sini, then bagitau kementerian kita telah luluskan 10 juta untuk itu, 10 juta untuk ini.. then bila masuk bab pelaksanaan dan perancangan masa tue baru kita boleh nampak sejauh mana benda neh akan pergi. Adakah ia mati tengah jalan or mati sebab tak cukup dana? Itu seme melibatkan perkara yang lebih dalam lagi der.
Lainlah kalau najib boleh bagi bukti bahawa peruntukan2 segera yang diluluskan tue memang sedang berjalan. Maksud aku disini ialah jika ada bukti ia benar2 wujud, oke aku surrender dengan syak wasangka aku. Siyes.
Angka2 neh sapa2 pun boleh sebut dan cakap tapi tah betul tah tidak sapa yang tahu kan? Apa pun fahami dulu benda yang ingin dibenci, jangan dok galak nak membenci sampai tersalah benci. Bai.
Sumber HD : 28/03/2012
Syarat daftar NGO bukan Islam untuk keharmonian
Anis Nazri, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) dicadangkan agar melihat semula syarat pendaftaran bagi badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam bagi menjamin keharmonian beragama.
Langkah itu dilihat perlu memandangkan sehingga hari ini masih belum terjamin satu keharmonian dalam mengamalkan kebebasan beragama di negara ini.
Ketika bangun mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata soal keharmonian sesama agama perlu ditingkatkan bagi mengelakkan sebarang sensitiviti, khususnya dari NGO bukan Islam terhadap agama Islam.
"Dalam kita memberikan kebebasan untuk mengamalkan agama, masalah sensitiviti masih berlaku. Kita lihat masih belum ada satu keharmonian tentang itu. Jadi, apakah Jakim bercadang supaya NGO-NGO bukan Islam ini dilihat semula syarat pendaftarannya?" soal beliau.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim berkata syarat bagi pendaftaran NGO-NGO bukan Islam itu terletak di bawah kuasa ROC dan ROS.
Terdahulu, Taib meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Jakim memulakan dialog dengan NGO bukan Islam untuk menerangkan prinsip keadilan Islam.
Mashitah, dalam jawapannya berkata Jakim berperanan sebagai penyelaras dalam urusan berkaitan NGO Islam sahaja, sementara dialog dengan NGO bukan Islam dijalankan badan dakwah seperti Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melalui aktiviti seminar.

Tender terbuka: MBSA jimat RM15 juta
Abdul Aziz Mustafa, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menjimatkan sebanyak RM15 juta setahun hasil pemberian kontrak melalui tender terbuka, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar).
Ketika menyanggah tuduhan dari Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Khalid berkata kontrak melalui tender terbuka itu berjaya dilaksanakan setelah kontrak Alam Flora Sdn Bhd diberhentikan.
Sebelum itu, kata Khalid, Bung Moktar telah mengeluarkan tuduhan bahawa kontrak angkat sampah di MBSA telah dilakukan dengan cara yang tidak telus dan mengamalkan kronisme dan sebagainya.
"Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Kinabatangan, semua kontrak itu telah diserahkan melalui proses tender yang terbuka dan dengan izin the result speak for itself iaitu natijah yang telah tercapai pihak MBSA telah dapat mencapai penjimatan sebanyak RM15 juta setahun," kata Khalid.
Beliau yakin, selepas ini kontraktor-kontraktor yang baru itu akan menstabilkan operasi mereka dan perkhidmatan yang semakin baik akan dapat dilihat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyangkal pelbagai tuduhan berkaitan isu pasir di Selangor.
"Begitu juga dalam soal isu pasir, telah ditimbulkan bermacam-macam-macam tuduhan adanya penyelewengan dan sebagainya tetapi sekali lagi saya rasa natijah itu adalah bukti dengan sendirinya akan kebaikan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor di mana pendapatan daripada royalti pasir pada zaman Barisan Nasional (BN) adalah hanya sebanyak RM4 juta setahun tetapi di bawah Pakatan Rakyat tahun lepas kerajaan telah menerima royalti sebanyak RM16 juta dan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Semesta Sdn. Bhd. telah mencatat keuntungan sebanyak RM26 juta.
"RM16 juta campur dengan RM26 juta bermakna RM42 juta berbanding dengan hanya RM4 juta yang telah tercapai semasa zaman pemerintahan BN.
"Ini adalah bukti, tidak payahlah hendak buat tuduhan-tuduhan dan sebagainya," kata Khalid.
Khalid menyifatkan pelbagai tuduhan tidak berasas itu berpunca dari keadaan yang begitu mendesak bagi BN kerana mereka tidak mempunyai satu isu untuk hendak menyerang Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Menyentuh isu keselamatan rakyat dalam ucapannya itu, Khalid berkata walaupun indeks keselamatan nampaknya baik tetapi "tiap-tiap hari ada kanak-kanak yang kena curi".
"Lalu saya pun tidak fahamlah apa yang dimasukkan di dalam indeks dan apa yang berlaku di dalam dunia yang nyata.
"Kes Nurin, kes Sharlini dan lain-lain yang terbaru iaitu Nurul Nadirah ataupun Dirang yang mana dijumpai sudah dibunuh dan dibakar," katanya.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu amat menyedihkan.
"Begitu juga dengan kes penculikan di Shah Alam Seksyen 8, Nazatul Fardhiana telah dijumpai di Bangkok dua bulan selepas itu yang mana dia dapat lepaskan diri daripada orang-orang yang
menculiknya, kena tangkap, balik dipukul, selepas itu dia lepaskan diri.
"Sekali lagi kena tangkap, sekali lagi dipukul sekali lagi. Selepas itu berjaya melepaskan diri dan bertemu dengan polis di Bangkok dan Alhamdulillah sekarang ini sedang berada di Shah Alam.
"Akan tetapi malangnya hari kita terima berita dia pulang ke Shah Alam, hari itu juga kita dapat berita tentang kes Siti Nor Fatihah iaitu seorang gadis 15 tahun di Kuantan diculik pada 3 petang di kawasan kedai," kata Khalid.
Beliau menyifatkan itulah indeks keselamatan yang ada di negara Malaysia "yang amat malang".
Indeks keselamatan itulah, menurut Khalid, yang "mungkin boleh hantar potongan laporan pihak yang membuat kajian itu kepada ibu bapa mereka yang telah diculik, yang telah hilang dan sebagainya".
Sumber HD : 28/03/2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketika kerajaan menanggung beban hutang sebanyak RM456.1 bilion, kerajaan juga begitu bermurah hati melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta.
Dengan beban hutang yang meningkat hampir 100 peratus itu juga, kerajaan tidak teragak-agak menambah beban dengan lebihan perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion ketika membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Begitu juga apabila kerajaan bertindak melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan keuntungan RM976.2 juta setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta, sementara geran sebanyak RM976.2 juta tidak dituntut kembali Kementerian Kewangan.
Berdasarkan situasi-situasi tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) mempersoalkan apakah rakyat melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih layak dan mampu mengurus kewangan dan khazanah negara.
"Bagaimana Najib cuba meyakinkan rakyat yang membayar cukai tentang kebijaksanaannya menguruskan ekonomi negara, sedangkan beliau lebih dilihat mengutamakan kroni dan hanya membebankan rakyat?" soal beliau ketika sidang media, di lobi parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bagi soalan lisan beliau yang diberikan Kementerian Kewangan berhubung jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.
Dzulkefly menambah, hutang kerajaan telah melonjak dari RM146 bilion pada 2002, RM242 bilion (2006), dan RM456.1 bilion pada penghujung 2011, yang dilihat melonjak hampir 100 peratus.
"Paling merunsingkan pelbagai pihak adalah perbelanjaan di luar peruntukan belanjawan atau off-balance sheet spending. Seandainya hutang ini gagal dibayar badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang dijamin kerajaan pusat, maka semua ini akan menjadi hutang kerajaan pusat," tegas beliau lagi.
Ini kerana, katanya sejak tahun-tahun kebelakangan, kerajaan pusat menerbitkan pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan (bon simpanan) dan Sekuriti Kerajaan.
Tambah Dzulkefly, pinjaman itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang hutang kerajaan RM456.1 bilion.
Terdahulu, Kementerian Kewangan mengatakan hutang kerajaan sebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 peratus nisbah KDNK, dengan hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion, manakala baki RM18.1 juta merupakan hutang luar negeri.

Hutang negara RM456.1b, melonjak hampir 100%

Apa punca BBC mohon maaf guna dana RM80 juta
Harakahdaily, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah punca yang menyebabkan BBC telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan dana RM80 juta dan dari sumber mana dana tersebut diperolehi.
Demikian soalan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.
Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab daripada ahli Parlimen PAS, hari ini.
Mohd Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha jangka pendek dan jangka panjang, serta kos yang terlibat dalam mengatasi masalah hakisan pantai yang teruk di sepanjang pantai dan masalah muara-muara sungai utama yang cetek di Terengganu.
Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca yang menyebabkan BBC telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan dana RM80 juta dan dari sumber mana dana tersebut diperolehi.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia memainkan apa-apa peranan untuk mencari penyelesaian kepada masalah dalam negara Syria.
Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta PERDANA MENTERI menyatakan status halal dalam minuman Coca-Cola.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam dalam bandar di seluruh negara;
dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji jenis-jenis perkhidmatan pengangkutan dalam bandar seperti yang dilaksanakan di beberapa negara jiran yang kelihatan lebih mesra penduduk berpendapatan rendah.
Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kenapa MARA sudah tidak lagi memberi biasiswa kepada pelajar bukan perubatan di Jordan dan Mesir.
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada terdapat peruntukan untuk membaiki dan menaik taraf jalan menghubungkan Jelawang di Dabong ke Gua Musang yang berada dalam keadaan daif.
Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah yang berlaku di Parlimen Padang Terap mengikut tahun sejak 2008 hingga 2011 serta nyatakan kategori jenayah tersebut serta langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan.
Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang terjadi dengan Penerbangan Malaysia Bhd yang memajakkan pesawat MAS apabila MAS dan AirAsia digabungkan.
Sumber HD : 29/03/2012
Hutang Kerajaan Pusat Melebihi 55% KDNK?
Soalan lisan saya kepada Menteri Kewangan bersabit jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dan ‘contingent liabilities’ (tanggungan pinjaman dijamin) kerajaan Pusat, pada tarikh 26 hb Mac baru saya terima secara bertulis di parlimen sehari lalu.
Berikut adalah jawapan Kementerian berserta dengan ulasan saya berhubungan dengan cara Kerajaan Persekutuan mengurus kewangan dan khazanah kekayaan Negara.
Hutang Kerajaan Persekutuan sehinggaDisember 2011 adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK). Daripada jumlahter sebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilionatau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilionatau 4.0% merupakan hutang luar negeri.
Juga disebutkan bahawa hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).
Kerajaan dari semasa kesemasa memberikan jaminan kepada badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan diberikan di bawah Akta Jaminan Pinjaman 1959.
Sehingga 31 Disember 2011, jumlah ‘contingent liability’ Kerajaan Persekutuan iaitu baki pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan adalah sebanyak RM116.76 bilion terdiri dari RM109.14 bilion (93.5%) dan pinjaman luar RM7.62 bilion (6.5%). Dikatakan bahawa pinjaman melibatkan 2 badan berkanun dan 26 syarikat berkaitan Kerajaan.
Pertama-tamanya hutang kerajaan Pusat telah melonjak dari RM146 bilionpada 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini RM 456.1 bilion pada hujung 2011.Dalam 5 tahun sahaja, hutang Kerajaan Pusat telah melonjak hampir 100%.
Paling merunsingkan pelbagai pihak analysts, adalah perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’.
Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Pusat telah menerbit pelbagai Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan.Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap sebagai hutang kerajaan Pusat. Inilah hutang yang telah meningkat ke paras RM116.76 bilion dari paras RM84.3 bilion dalam tahun 2009 –meningkat lebih 15%.
Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan mencecah 65% KDNK. Dengan kata lain, Kerajaan Pusat telah melanggari Akta Pinjaman(Local) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan (1983).
Contoh terbaik yang menjadikan pertikaian Laporan Ketua Audit Negara ialah jaminan pinjaman yang diberikan kerajaan Pusat kepada badan berkanun PTPTN yang meminjam RM17.0 bilion dan Syarikat Prasarana Negara Berhad sebanyak RM9.1 bilion. Senarai termasuk jaminan kepada MAS, 1-MDB, Sime-Darby dll.
Dengan berlatarbelakangkan beban hutang yang tertera di atas termasuk ‘contingent liabilities’, persoalan besarnya ialah apakah layak dan wajar PM Najib antara lainnya:
(i) Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta setelah Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya?
(ii) Membebankan Kerajaan Pusat dengan lebihan perbelanjaan RM3.4 bilion ketika membuat satu keputusan ‘flip-flop’ ketika kembali kepada Skim Baru SSM (kos RM6 bilion), setelah SBPA (kos RM2.6 bilion) termeterai dan dilaksanakan hampir 3 bulan dan telah membabitkan pembayaran kepada 580,000 pesara dan yang lainnya?
(iii) Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu yang setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan?
Apakah ini caranya PM Najib selaku Menteri Kewangan mahu meyakinkan rakyat dan pembayar cukai (tax-payers) bahawa beliau layak diberi mandat untuk mengurus kewangan negara dan khazanah kekayaan Negara?
Jelasnya beliau secara konsisten mengutamakan Kroni-kroni dan Membebankan Rakyat! Malang buat rakyat!
Dr Dzulkefly Ahmad,
Ahli Parlimen Kuala Selangor
28 Mac 2012

Layakkah PM Najib terus lakukan seumpama ini?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 29 Mac 2012 |

Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel
Hazayani Zakaria, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.
"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)
Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.
Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.
Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.
"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Apa jaminan FGVH untung di Bursa Malaysia
Hazayani Zakaria, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) terus mempersoal pencapaian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Salahuddin berkata, selepas melihat rekod pelaburan FGVH di luar negara di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat lebih dari tiga syarikatnya di luar negara mengalami kerugian.
"Apa KPI penyenaraian? Kalau mengikut apa yang saya lihat di SMM, FGVH di India rugi RM7 juta, FGVH di Indonesia rugi RM3.9 juta, Kalimantan rugi RM6.2 juta.
"Kemudian saya melihat syarikat FGVH di Timur Tengah juga rugi RM7.69 bilion. Amerika Utara rugi RM27 milion," katanya dalam pencelahan sewaktu penggulungan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Naib Presiden PAS itu berkata, rekod tersebut menunjukkan tiada jaminan FGVH selamat untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Kalau semua pelaburan di luar negara rugi, dengan mengharapkan kumpulan itu tidak rugi, apa KPInya?
"Kalau semua pelaburan luar negara ini rugi apa jaminan apabila disenaraikan di Bursa Malaysia akan mendapat keuntungan?" soalnya.
Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun mempertahankan pendiriannya bahawa pelaburan FGVH di luar negara memberikan keuntungan.
"Ada 42 syarikat FGVH yang untung. Yang Berhormat baru baca berapa tadi?" soalnya.
Sumber HD : 29/03/2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan semalami memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.
Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.
Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.
Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.
Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.
Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.
Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.
"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.
"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.
Sumber HD : 30/03/2012

RM600 juta peruntukan segera PM, TPM lawat negeri
Harakahdaily, | 30 Mac 2012 |

Kedai 1Malaysia tidak bantu penduduk kampung
Hazayani Zakaria, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April: Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) mempersoal kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang hanya tertumpu di kawasan pekan dan bandar besar.
Sedangkan katanya, rakyat di kampung dan kawasan pedalaman lebih terkesan dengan kenaikan harga barang terutamanya keperluan asas.
"Penumpuan kerajaan adalah di kawasan bandar. Kedai Rakyat 1Malaysia pun di bandar supermarket pun di bandar.
"Adakah kerajaan tidak sedar keperluan masyarakat luar bandar yang merupakan penyokong kuat kerajaan diabaikan selama ini? Umno menang pun banyak di luar bandar," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Che Uda turut menempelak jawapan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe hari ini kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat kerana pemberian subsidi oleh kerajaan.
"Tahniahlah kepada kerajaan kerana harga barang naik pun rakyat tak terbeban sampai bila-bila," perlinya.
Mengulas lanjut ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu, Che Uda berkata, kenaikan harga barang tidak selaras dengan pendapatan rakyat Malaysia.
"Sebenarnya harga barang di Malaysia sama dengan harga barang di negara-negara maju. Tetapi gaji kakitangan kita setaraf dengan negara dunia ketiga.
"Pendapatan rakyat kurang RM3,000. Kaian pakar mendapati 80 peratus pendapatan kita digunakan untuk tempat tinggal dan makan. Perbelanjaan pendidikan dan lain-lain tiggal 20 peratus sahaja," katanya.
Tambahnya, pada tahun 2011 sahaja, harga gula mengalami kenaikan sebanyak tiga kali akibat penyelarasan subsidi.
"Kenaikan berganda, subsidi kerajan juga berganda. Tapi yang kita hairan harga gula naik, subsidi naik, kenapa harga runcit naik sedangkan pasaran gula dunia turun," katanya.
Che Uda dalam soalan asalnya meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan kadar kenaikan harga barang utama di pasaran seperti petrol, gula, tepung, minyak masak, telur dan susu dari tahun 2010 hingga awal 2012.
Beliau juga ingin tahu sejauh manakah kesannya kepada penduduk miskin bandar dan luar bandar dan langkah konkrit Kerajaan untuk atasi perkara ini.
Sumber HD : 2/04/2012

Berapakah kos sebenar kerja haji tanpa subsidi?
Harakahdaily, | 03 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 3 April: Perdana Menteri diminta menyatakan kos mengerjakan haji yang sebenar tanpa pemberian subsidi dan senaraikan perincian kos tersebut.
Demikian soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.
Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Klinik Cure & Care dan jumlah pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan serta kesannya kepada pelanggan sehingga kini dan anggota terlibat dan jenis perkhidmatan yang diberikan.
Dr Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah rasionalnya Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja (DGTU), Kementerian Sumber Manusia membenarkan pendaftaran sebuah lagi kesatuan pekerja MAYBANK (MAYNEU) sedangkan kesatuan yang sah ialah NUBE. Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan pemberian ganjaran (gaji dan bonus) pekerja sokongan dan perkeranian di dalam syarikat GLC seperti Maybank lebih adil dan saksama.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan permainan-permainan tradisional yang dianggap masih ada dalam masyarakat sekarang dan jumlah peruntukan yang digunakan Kerajaan bagi membantu mengikut jenis-jenis permainan berkenaan.
Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bahawa setiap kali banjir berlaku, Kerajaan berjanji untuk memasang alat pengesan dan amaran awal banjir di kawasan-kawasan yang sering berlaku banjir, di mana alat-alat ini di pasang dan bilangan tambahan alat dipasang sejak 2010 hingga sekarang.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FBC Media Ltd membayar balik jumlah wang RM80 juta yang dibayar oleh Kerajaan kepada FBC Media Ltd selepas BBC memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa termasuk 8 program dokumentari untuk menaikkan imej Kerajaan Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri di peringkat antarabangsa yang melanggar peraturan dalaman syarikat dan adakah Kerajaan akan menuntut kembali wang tersebut.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai pengumuman-pengumuman semua peruntukan yang dibuat beliau ketika melawat dan berada di Negeri Perak dalam lawatan rasminya sepanjang 12 September, 2011 hingga 12 Mac 2012. Nyatakan secara terperinci penerimanya (seperti sekolah, jabatan, agensi Kerajaan, rumah ibadat, kaum asli dan kaum lain, NGO, dewan-dewan dan lain-lain).
Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos mengerjakan haji yang sebenar tanpa pemberian subsidi dan senaraikan perincian kos tersebut.
Dr Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan keupayaan capaian 3G oleh syarikat telekomunikasi di kawasan luar bandar yang mengalami masalah kegagalan jalur lebar akibat kecurian kabel talian kekal yang berleluasa.
Sumber HD : 3/04/2012

LAWAK!!! Jawapan bertulis di parlimen...
tranungkite.net, | 03 Apr 2012 |
Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2... Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis. - 3 Orang dalam tanahan penjara - 7 Orang dalam tahanan polis - 17 Orang dalam tahanan depot imigresen 17 + 3 + 7 = 14 Orang ker????? Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan 1 orang dalam tahanan penjara 9 tahanan polis 18 dalam tahanan depot imigrresen Jom kira 1+9+18=13 ???? tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan 17 dalam tahanan polis 18 tahanan depot imigresen 17+18=21 ???? Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!! Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak ada pelajaran??? - Apek Dipetik dari pesbook.. Sumber HD : 3/04/2012 Bubar Parlimen 4 tahun perlu undang-undang
KUALA LUMPUR, 4 April: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya hari ini mengesyorkan agar pembubaran parlimen perlu dibuat selepas empat tahun dan diperuntukkan dalam undang-undang.
"Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang," kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. "Cadangan ini dikaji dengan terperinci untuk dilaksana bagi jangka masa panjang," tambahnya. Beliau berkata demikian ketika membetangkan syor jawatankuasa itu diparlimen hari ini. Bagaimanapun katanya, PSC mengambil maklum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa menentukan tarikh pembubaran. "Jawatankuasa ini mengambil maklum bahawa kuasa menentukan tarikh pembubaran parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menentukan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan," katanya. Ianya antara 22 syor yang dikemukakan di parlimen hari ini. Sumber HD : 3/04/2012 Anggota PSC Pakatan pohon laporan minoriti
KUALA LUMPUR, 3 Mac: Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan Rakyat memohon satu Penyata Minoriti dimasukkan dalam laporan mereka untuk mengenengah lima perkara yang tidak selesai.
Tindakan ini bertujuan untuk membolehkan apa-apa perolehan mereka sebagai anggota PSC itu turut didengari walaupun ditolak secara majoriti dalam mesyuarat PSC. Permohonan itu dikemukakan oleh Mohamed Azmin Bin Ali (Gombak), Loke Siew Fook (Rasah) dan Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli (Kuala Krai). Mereka membuat permohonan ini melalui pindaan kepada Usul oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menurut Peraturan Mesyuarat 30 (1). Usul yang mereka bentangkan berbunyi: "Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 3 Oktober 2011, maka Penyata Jawatankuasa Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR. 1 Tahun 2012 hendaklah diterima dan dipersetujukan dengan memuatkan satu penyata minoriti yang dibentangkan oleh YB Gombak, YB Rasah dan YB Kuala Krai." Dalam penyata itu, ketiga-tiga mereka memberikan lima perkara untuk dimasukkan dalam penyata minoriti itu. 1) Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang. Tindakan serta-merta perlu diambil untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen. 2) Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen. 3) Nama pengundi yang melebihi 100 tahun. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari. 4) Pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Mereka mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen. 5) Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen. Mereka mahu membuat laporan ini untuk untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa PSC yang mereka sertai sebagai laporan yang konklusif. Ini kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil. "Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil," kata mereka bertiga. Sumber HD : 3/04/2012 Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh
KUALA LUMPUR, 3 April: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam suasana kecoh.
Ianya berlaku ketika Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyambung giliran membahaskan usul syor itu selepas persidangan rehat tengah hari ini di hadapan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya bangun mencelah dengan membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak laporan minoriti awal pagi tadi. Antaranya Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang). Mereka mempertikai alasan Pandikar yang menolak laporan minoriti pagi tadi hanya atas sebab tidak pernah diamalkan di mana-mana parlimen di dunia. Sedangkan pagi tadi mereka telah mengemukakan bukti ianya pernah dibuat termasuk di Jamaica, New Zealand, United Kingdom dan termasuk di House of Commance sendiri. Selepas beberapa kali namanya disebut, Pandikar kemudian masuk dan menggantikan Ronald Kiandee untuk kembali mempengerusikan persidangan. Ketika itu dewan sudahpun kecoh dengan perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN yang mempertahan keputusan Speaker. Dalam kekecohan itu Pandikar mengarahkan Azmin, Dzulkefly dan Sivarasa untuk meninggalkan dewan atas alasan mempersoal keputusan Speaker. Kemudian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bangun mempertikai keputusan Speaker itu. Dalam suasana kecoh itu Anwar mendakwa, Pandikar telah bertindak tidak wajar apabila tidak menerima precedent yang dikemukakan oleh anggota parlimen Pakatan Rakyat. Anwar juga mendakwan Pandikar sepatutnya meminta maaf di atas kesilapannya itu. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya beramai-ramai melaungkan leave the chair kepada Pandikar. Tiba-tiba dalam kekecohan itu Pandikar mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berminat untuk membahaskan usul itu. Beliau juga meneruskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan usul itu dilulus tanpa bahas. Persidangan Dewan Rakyat juga ditangguhkan dan akan disambung semula jam 10 pagi esok. Sumber HD : 3/04/2012 Tolak laporan minoriti, cubaan tutup daftar pemilih kotor
KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih. Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih. Beliau merujuk isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama. "Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno. "(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah," katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi. Terdahulu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul laporan minoriti untuk dimuatkan bersekali dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya. Beliau juga kesal kerana Pandikar didakwa tidak mahu mendengar hujah ahli parlimen Pakatan berhubung bukti atau 'precedent' laporan minoriti pernah dibuat di negara-negara Komenwel lain. "Speaker menolak dengan dengan alasan tidak ada 'precedent'.Dia kemudian tak mahu layan langsung perbincangan. "Dia yang tiga kali cadang supaya kita kemukakan alasan precedent. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar," tegasnya. (Anwar bersama anggota Parlimen Pakatan dalam sidang media selepas Speaker luluskan laporan PSC tanpa bahas) Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar. Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar. Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat 'tidak berminat' untuk berbahas yang kemudian diluluskan. Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu. "Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas. "Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu," katanya. LAPORAN BERKAITAN Anggota PSC Pakatan pohon laporan minoritiUsul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh22 syor PSC mengenai pilihan raya Sumber HD : 3/04/2012 Insiden di Dewan Rakyat memalukan - Mahfuz
KUALA LUMPUR, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini cukup memalukan.
Beliau merujuk tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandika Amin yang meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa mengambil kira pandangan anggota parlimen. "Saya cukup kecewa hari ini, dan insiden ini adalah memalukan apabila Speaker membuat satu keputusan tidak mahu menerima pandangan dan ahli parlimen khususnya Pakatan Rakyat,"katanya dalam sidang media. Katanya, Speaker meminta hujah daripada anggota parlimen malah hujah berkenaan dibentangkan akhirnya beliau menolak mentah-mentah dengan alasan laporan minoriti tidak menjadi amalan parlimen negara ini. Malah katanya, ramai di kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat bangun mengemukakan 'precedent' sebagaimana yang dicabar oleh Speaker. Terdahulu, Usul daripada Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke yang meminta laporan minoriti PSC dibentangkan dan diterima dalam Dewan Rakyat, bagaimanapun Pandikar Amin menolak usul itu dengan alasan tidak ada di dalam peruntukan mesyuarat dan tidak menjadi amalan di parlimen negara ini. "Saya lihat ketidaksedian Speaker untuk memperbetulkan kesilapannya sewajarnya tidak berlaku," tegasnya. Bagi Mahfuz, Speaker dilihat lebih 'besar' kalau beliau bersedia untuk memperbetulkan kesilapannya. Apa yang jelas, katanya Speaker menggunakan kuasanya untuk memaksa anggota parlimen Pakatan Rakyat memperbetulkan kesilapan sedangkan beliau yang tidak tepat. "Dia harus sedar dan memperbetulkan kesilapan keputusan dia sendiri. Sebab itulah bagi saya ia satu yang memalukan, laporan itu diterima dalam keadaan seperti ini. "Yang menunjukkan banyak lagi kepincangan di mana saya wakil PAS banyak perkara yang saya hendak dedahkan kerhubung pendaftaran warga asing oleh pegawai yang terlibat sepatutnya saya dedahkan hari ini," katanya.
Sumber HD : 3/04/2012
Jika tidak percaya, MP perlu pilih Speaker baru
KUALA LUMPUR, 3 April: Jika tidak ada lagi kepercayaan, ahli Parlimen perlu membuat pemilihan Speaker yang baru yang memahami perasaan ahli Parlimen, tegas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Katanya, insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini adalah kali pertama berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia. Berdasarkan insiden itu, tegas Karpal, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyalahgunakan kuasanya dan lebih memalukan dia bertindak menghina Timbalannya, Datuk Ronald Kiandee yang ketika itu masih mempengerusikan mesyuarat. Sebelum itu, Ronald Kiandee yang mempengerusikan mesyuarat, bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa berhubung usul laporan minoriti yang ditolak oleh Speaker, ekoran itu Pandikar Amin mengambli alih kerusi Ronald setelah melihat pertikaman lidah masih berlarutan walaupun lepas waktu rehat. "Memalukan, dan menghina timbalan Speaker yang masih berada di kerusi pada ketika itu, dia (Pandika Amin) hanya datang dan terus duduk, tiba-tiba arah tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan Speaker Dewan Rakyat jelas memperlihatkan tindakan 'bias' dalam membuat keputusan. "Apa yang berlaku jauh berbeza sebelum ini, suasana hari ini tidak pernah berlaku dalam parlimen sepanjang saya menjadi ahli parlimen," katanya. Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti kepada jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihan raya yang dibentangkan hari ini. Penolakan usul itu telah menimbulkan kekecohan dan pertikaman lidah antara Speaker dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, bagaimana laporan PSC itu diluluskan. Sumber HD : 3/04/2012 PAS minta statistik sindiket jual bayi
KUALA LUMPUR, 4 April: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik PDRM berkaitan sindiket penjualan bayi di negara ini bagi tempoh 2008-2011 dan nyatakan langkah mengatasi fenomena itu.
Demikian soalan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi, hari ini. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan Kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit berserta dengan peruntukan yang disediakan. Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dagangan antara Malaysia dan Indonesia dan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan khas untuk merancakkan hubungan dagang dengan negara berkenaan memandangkan banyak persamaan antara dua negara ini. Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah wang yang dibayar kepada syarikat FBC Media Ltd. untuk penerbitan dokumentari yang disiarkan oleh BBC yang akhirnya BBC terpaksa memohon maaf. Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kaedah meningkatkan hasil bagi menampung pengurusan dan pembangunan universiti tempatan yang diberi autonomi dalam pengurusan kewangannya. Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik PDRM berkaitan sindiket penjualan bayi di negara ini bagi tempoh 2008-2011 dan nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi fenomena ini. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:- (a) sejauh mana seriusnya serangan ulat pengorek batang padi (ulat kerbau) ke atas sawah padi di Malaysia; dan (b) berapa peratuskah pengurangan pengeluaran padi negara ekoran serangan ulat tersebut dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani masalah tersebut. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan sebenar kehadiran YAB. Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor pada sambutan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Feb 2012. Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah status pembinaan sekolah di Seksyen U10 Shah Alam. Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia masih berpegang kepada konsep dan pendirian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) untuk Asia Tenggara. Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan maklumat terperinci tentang Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) termasuk butiran berikut:- (a) bilakah dijangka siap sepenuhnya dan jumlah kos baru keseluruhan pembinaan lebuh raya tersebut; dan (b) pihak yang akan ditawarkan konsesi, terma-terma perjanjian, tempoh konsesi dan bentuk pulangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu hasil dari pelaburan sebanyak 50% dari kos pembinaan. Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah tegas yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas tarikh 10 April 2012 dan apakah perubahan polisi yang akan diambil Kerajaan untuk memastikan yang Malaysia tidak perlu mengulangi lagi Program 6P ini dalam beberapa tahun akan datang. Datuk Taib Azamudden bin Md Taib [Baling] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana siasatan pihak polis mengenai isu kepala babi yang diletakkan di masjid di Selangor baru-baru ini dan apakah langkah-langkah penyelesaiannya. Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang telah dijalankan di kawasan Parlimen Padang Terap sejak 2008 hingga 2011 serta sebutkan projek-projek tersebut bersekali dengan kosnya. Sumber HD : 4/04/2012 Sidang Media Ketua Pembangkang : Isu PSC 1. http://www.youtube.com/watch?v=9-It6ABuMCQ Kekecohan DR : Isu Laporan Minoriti / SPR 2. http://www.youtube.com/watch?v=9-It6ABuMCQ Tabung Haji tidak jelas urus wang pendeposit
KUALA LUMPUR, 4 April: Tabung Haji (TH) mesti menjelaskan sejauh manakah sistem pemantauannya terhadap pengurusan wang hampir tujuh juta pendepositnya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Antara persoalan terbesar dalam TH ialah kita tidak pernah dijelaskan dengan meyakinkan bagaimana wang hampir tujuh juta pendepositnya diuruskan. "TH menguruskan wang hampir tujuh juta rakyat negara ini yang rata-ratanya terdiri dari umat Islam yang mahu mengerjakan haji. Jangan ada sikap dan perbuatan yang boleh dipersoal dan dipertikaikan dengan wang orang yang hendak beribadat. "TH mesti membuktikan sikap yang benar-benar bertanggung jawab," kata beliau ketika ditanya selepas berucap mengenai TH di Dewan Rakyat. Menurut Mahfuz, kalau syarikat berhad atau sendirian berhad, ada Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat untuk memantau perjalanan dan pengurusan mereka. Kalau bank pula, katanya lagi, ada Bank Negara untuk memantau perjalanan dan pengurusan mereka. "Sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank, mesti dapat persetujuan Bank Negara," katanya. Perkara itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, dilakukan kerana bank menyimpan wang orang ramai - duit rakyat. "TH juga menyimpan duit rakyat. Siapa pantau?" beliau mempersoalkan. TH, katanya, mesti tampil dengan laporan audit yang lengkap dan telus. "Begitu juga pelaburan TH. Siapa pantau? Sejauh mana Silverbird menghadapi status PN17 atau bermasalah? "Benarkah berlaku perbuatan songlap wang dalam Silverbird? Jika benar, wakil TH dalam lembaga pengarah TH buat apa?" Mahfuz terus mempersoalkan. Saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) sebelum ini merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu. Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Akibat kemelut kewangan itu, tiga pegawai kanan Silver Bird digantung tugas termasuk pengarah urusannya, Datuk Jackson Tan Han Kook. TH juga, katanya, bertanggungjawab menjelaskan kepada pendeposit-pendepositnya sejauh manakah kejayaannya setelah menyelamatkan sebuah lagi syarikat berstatus PN17, Lityan Berhad pada tahun 2009 dahulu. "Adakah Lityan sudah berjaya setelah diselamatkan TH atau keadaannya semakin buruk?" Mahfuz bertanya.
Sumber HD : 4/04/2012
Transformasi ekonomi masih gagal bantu Melayu
KUALA LUMPUR, 4 April: Usahawan Bumiputera didakwa masih terpinggir sehinggakan mereka gagal bersaing walaupun pelbagai dasar dilaksanakan termasuklah Program Transformasi Ekonomi.
Demikian tegas Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) dalam soalan tambahannya ketika sesi soal jawab pagi tadi. Beliau turut mempersoalkan kerajaan apakah punca sebenar usahawan Melayu dilihat gagal bersaing dalam perniagaan mereka. Sedangkan, katanya, dasar menggalakkan keusahawanan di kalangan Bumiputera pada awalnya bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB). "Kini kerajaan sudah ada model ekonomi baru tetapi dalam kita berpindah dari satu dasar kepada satu dasar, orang Melayu masih dimain-mainkan seolah-olah mereka masih ketinggalan. "Jadi kita mahu lihat apakah perlu orang Melayu keluar dari kotak perlindungan politik kepada 'premis' yang sihat," tegasnya. Mujahid turut memuji pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang melaksanakan dasar tender terbuka, akhirnya ramai usahawan Melayu mendapat tender tersebut. Tambahnya, ini adalah kajian menunjukkan tanpa perlindungan politik, orang Melayu masih boleh bersaing. "Apakah perlu timbalan menteri buat satu kajian, apakah kita perlu keluar dari kepompong politik supaya orang Melayu maju dan mampu bersaing secara sihat," katanya. Dalam soalan asal, Mujahid meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit beserta dengan peruntukan yang disediakan. Menjawab soalan tambahan itu, Timbalan Menteri, Datuk Jacob Dungau Sagan menafikan dakwaan kerajaan mensisihkan usahawan Bumiputera sebaliknya menegaskan kerajaan menyediakan pelbagai program dan latihan kepada Bumiputera yang mahu melibatkan diri dalam bidang usahawan. Sumber HD : 4/04/2012 Kereta buruk makan minyak pun kena tukar
KUALA LUMPUR, 4 April: Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau boleh mewar-warkan kejayaan cemerlangnya dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)?
Bagi Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (gambar), ini kerana pencapaian Najib itu tidak dapat dipertahankan sekiranya dilihat dengan teliti. Isnin lalu, Najib melalui siaran langsung TV mengumumkan betapa berjayanya program GTP dan ETP, di mana kesemua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA telah melepasi atau memenuhi sasaran 2011. Namun Nie Ching tidak bersetuju. Mengambil contoh pencapaian perkapita negara yang disebut Najib meningkat daripada US6,700 ke US9,700 dalam masa dua tahun ETP dilaksanakan, Teo berkata angka tersebut adalah tidak selari dengan apa yang diberikan Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam. Subramaniam berkata 33 peratus pekerja Malaysia hanya berpendapatan RM700 ke bawah. “Najib mendakwa kerajaan telah mengeluarkan hampir RM3 bilion terus kepada rakyat tahun ini, tetapi faktanya ialah, subsidi untuk keperluan asas telah berkurang,” tegas Nie Ching. Berdasarkan carta di bawah, beliau berkata hampir semua keperluan asas seperti petrol, makanan, minyak masak, gula dan tepung telah berkurangan, subsidi untuk gas cecair (LPG), diesel dan petrol sahaja sudah berkurangan RM3 billion antara 2011 dan 2012. “Pada masa yang sama, pampasan kepada konsesi lebuhraya telah meningkat daripada RM300 juta pada 2011 kepada RM343 juta pada tahun 2012. Angka-angka tersebut tidak termasuk pampasan RM120.55 juta yang kerajaan persekutuan kena bayar kepada Grand Saga Sdn Bhd ketika memansuhkan dua tol sepanjang lebuhraya Cheras-Kajang,” tambah beliau. Mengenai seruan Najib kepada rakyat supaya tidak menukar “pemandu” separuh jalan, Teo berkata, dengan data sedemikian, rakyat Malaysia sepatutnya berfikir untuk membuang kereta lapuk 54 tahun yang 'makan minyak' itu untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan maut. “Dengan menukar pemandu dan kereta buruk barulah rakyat Malaysia mempunyai harapan untuk masa depan dan negara yang lebih baik,” tegas beliau.
Sumber HD : 4/04/2012 Apa usaha atasi lambakan guru sains, matematik
KUALA LUMPUR, 5 April: Menteri Pelajaran diminta menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) juga meminta menteri berkenaan menyatakan apakah pelan kontigensi untuk memastikan guna tenaga guru-guru ini masih dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan kementerian.
Beliau mengemukakan pertanyaan itu bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.
Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS, hari ini.
Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha tebatan banjir yang dilakukan bagi mengatasi banjir daripada Sungai Durian di jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu.
DatukTaib Azamudden Md Taib [Baling] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengelakkan negara daripada terus mengalami defisit pada masa akan datang.
Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian masih mempunyai perancangan untuk membina lebuh raya antara Kota Bharu-Kuala Krai.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kadar celik huruf (literasi) dan numerasi mengikut negeri di seluruh negara.
Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keluasan sawah padi terbiar di negeri Kelantan yang berjaya dipulihkan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi pihak Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.
Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menangani masalah lambakan guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara dan apakah pelan kontigensi untuk memastikan guna tenaga guru-guru ini masih dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan Kementerian.
Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini pembinaan Hospital baru untuk Daerah Dungun, Daerah Marang dan Daerah baru, Kuala Nerus.
Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar terdapat pegawai-pegawai kanan Kerajaan termasuk yang bertaraf JUSA C hingga JUSA A yang berada dalam 'pool' JPA begitu lama yang tidak diserapkan ke dalam jabatan Kerajaan tertentu dan sekiranya ya, berapakah jumlah mereka dan apakah tindakan yang bakal diambil.
Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) bilakah tarikh sebenar Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) akan dilaksanakan; dan
(b) nyatakan nama dua syarikat yang sudah dimuktamadkan untuk mengendalikan AES dan nyatakan juga bentuk model kewangan yang telah dipersetujui antara Kerajaan dan dua syarikat tersebut.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah status pertukaran saham dan CCF di antara MAS dan AirAsia.
Sumber HD : 5/04/2012
Mahfuz pertahan dakwaan 'task force' wujud
KUALA LUMPUR, 5 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan dakwaanya wujud task force dalam masa yang sama beliau bersedia mendedahkan butiran terperinci kepada Suruhanjaya Diraja nanti.
Beliau juga bersedia membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Bahkan beliau sudah menjangka akan ada penafian oleh individu-individu yang dinamakannya semalam, antaranya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. "Saya sudah menjangka mereka yang saya sebut semalam akan menafikan. Penafian mereka membuktikan dakwaan saya benar. Mereka boleh menafikan, biar Suruhanjaya Diraja menjawab," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Hari ini, Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mahfuz, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi. Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz. Mahfuz menegaskan Wan Ahmad hanya menafikan beliau tidak terlibat bukannya menafikan wujudnya 'task force' sebagaimana yang didakwanya semalam. Malah dalam masa yang sama katanya, Wan Ahmad juga tidak menafikan wujudnya pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing. Bersandarkan kenyataan itu, Mahfuz menyifatkan Wan Ahmad bersama-sama dengan beliau menyedari kewujudan pendaftaran warga asing dalam daftar pemilih. "Saya minta beliau duduk bersama saya (tubuh Suruhanjaya DiRaja) dengan segera," katanya. Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. "Saya tidak tahu apa-apa," kata Thajudeen Abdul Wahab. Sidang Media YB Dato' Mahfuz Omar : http://www.youtube.com/watch?v=KMyM4B61LOg Sumber HD : 5/04/2012 Walaupun RM1, menteri tidak boleh belanja lebih
KUALA LUMPUR, 5 April: "Menteri Kewangan tidak boleh berbelanja lebih sekalipun RM1 daripada jumlah diperuntukkan apatah lagi peruntukan itu diluluskan dalam parlimen," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).
Beliau berkata demikian merujuk kepada anggaran perbelanjaan tambahan kedua 2011 (2012) yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, dilihat melebihi daripada jumlah yang diperuntukkan. Tegasnya, Menteri Kewangan hanya boleh mebelanjakan jumlah yang diperuntukkan dalam parlimen, dan jika mahu berbelanja lebih boleh menggunakan dua tabung iaitu tabung kumpulan wang luar jangka dan simpanan luar jangka. Jumlah peruntukan kumpulan luar jangka sebanyak RM1.5 billion manakala simpanan luar jangka pada tahun 2011 adalah RM2 billion. Kumpulan luar jangka diperuntukan hanya untuk pengurusan, simpanan luar jangka hanya untuk pembangunan (P.70). "Apa yang kami dapati dalam perbelanjaan tambahan ini, apabila kami menjumlahkan seluruhnya bekalan-bekalan bersabit dengan pengurusan iaitu membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbendaharaan, dan banyak lagi di mana jumlahnya adalah RM3.1 billion iaitu lebih daripada diperuntukan iaitu RM1.5 billion dalam bajet," tegasnya. Ekoran itu, Dzulkefly mempertikaikan dari mana baki lebih kurang RM1.8 billion datang sedangkan sejumlah wang dari kumpulan wang luar jangka sudah digunakan kesemuanya. "Kami mempertikaikan dari mana datangnya jumlah ini dan menteri tidak boleh jawab, bahkan beliau pula mengatakan kami yang tidak faham dan tidak betul, yang mengecewakan lagi timbalan Speaker pula bersetuju dengan timbalan menteri," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Katanya, itulah masalah utama yang berlaku dalam aliran kewangan negara apabila perbelanjaan berlebihan daripada jumlah yang diperuntukan, di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kalau kita tidak bangkitkan perkara ini, siapa yang akan buat. Nak harapkan barisan ahli parlimen BN sudah tentu mereka memilih untuk diam. Sedar-sedar bila Speaker minta setuju atau tidak, mereka hanya laungkan setuju," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, mencadangkan satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menjalankan penyiasatan terperinci kaedah pengurusan belanjawan negara selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Terdahulu dalam sesi penggulungan, Azan Ismail berkali-kali meminta Timbalan Menteri Kewangan menyatakan dengan jelas anggaran perbelanjaan tambahan itu sehinggakan ditegur Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. Bagaimanapun Timbalan Menteri Kewangan enggan menjawabnya. Sumber HD : 5/04/2012 Jamil Khir diminta perjelas lawatan YDP Yadim
KUALA LUMPUR, 5 April: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang lari daripada peranannya selepas adanya pelantikan Yang Dipertua (YDP) baru.
Ketika berbahas dalam penggulungan bagi Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata dalam tempoh dua tahun selepas perlantikan YDP baru didakwa telah melawat lebih 10 buah negara. "Negara berkenaan termasuklah Mesir, Australia, Afrika Selatan, Indonesia, Mynamar, Thailand, Korea dan difahamkan negara yang bakal dilawati selepas ini adalah Ireland. Malah dia dikatakan membawa rombongan besar setiap kali keluar negara," katanya. Ekoran itu, bagi Nasir, tindakan orang penting Yadim itu dilihat sebagai satu pembaziran di mana berpuluh-puluh ribu dibelanjakan untuk mengadakan lawatan tersebut. Nasir juga membangkitkan dakwaan YDP Yadim, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir telah melantik pengerusi Yadim di beberapa negeri seperti Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang dengan memberikan elaun yang besar sedangkan setiap negeri sudah mempunyai Pengarah Yadim. Jelasnya, Yadim juga baru selesai melantik CEO baru yang diketahui umum tidak cekap, rendah integriti dan kurang dihormati oleh kakitangan sebelumnya, selepas pegawai tadbir diplomatik yang tidak disambung kontrak. "Pelantikan CEO baru Yadim kurang disenangi kakitangan dan pelantikan itu tidak diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amanah Yadim yang diadakan di Surabaya," katanya. Beliau turut mempersoalkan kewajaran pelantikan Dr Mohd Fairuz Khairudin sebagai Pengarah Sukarelawan Al Falah yang dilaporkan bukan sahaja tidak menghadiri mesyuarat bahkan tidak menjalankan tugas selepas lebih 10 bulan dilantik. "Pelantikan itu tidak hanya melantik semata-mata dan tidak ada tugas yang khusus, dan saya lihat ia lebih kepada kerja-kerja politik," katanya, Justeru, katanya kecelaruan yang berlaku di dalam Yadim hari ini ekoran pelantikan YDP baru dilihat lebih memenuhi kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan walaupun hakikatnya tidak menunjukkan kerja-kerja dakwah. Yadim ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan-badan dakwah dan membantu badan-badan ini supaya berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan kefahaman Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan. Sumber HD : 5/04/2012 Apa tindakan terhadap pencetus ketegangan kaum
KUALA LUMPUR, 9 April: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Demikian pertanyaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini yang bermula jam 10.00 pagi. Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli parlimen PAS, hari ini. Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan rasionalnya mewajibkan pengilang tiga barangan kawalan utama memaparkan logo 1Malaysia pada produk mereka. Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada KeTTHA bercadang meminda RUU Bekalan Elektrik 1990 untuk memastikan pembangunan premis haram (tidak mendapat KM- Kebenaran Merancang) atau kelangsungan aktiviti haram dapat dikawal oleh PBT. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh menjamin pulangan tetap dan kedudukan komplian syariahnya Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA1M) yang khusus untuk golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan dengan pulangan yang dijamin sebanyak RM13,500 dalam masa 5 tahun, pada setiap pembelian saham 5,000 unit saham pada harga RM1 seunit. Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil kajian terhadap tahap keselamatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Terengganu serta laporan yang menyatakan stadium tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang penyakit dan perosak padi seperti bena perang, siput gondang, ulat ratus dan karah, adakah Kerajaan bercadang mengatasi masalah ini dengan bantuan tanpa racun seperti bahan mesra alam dan lebih selamat selain daripada sumber racun yang boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna. Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan bentuk hubungan dagangan Malaysia dengan Israel dan nyatakan sejauh mana Malaysia mengambil bahagian dalam sekatan dagangan terhadap Republik Islam Iran. Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah wujud garis panduan di peringkat pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan lain-lain tentang kehadiran pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam ke program-program keagamaan anjuran agama-agama lain. Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap golongan yang berusaha mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian sebenar Kerajaan Malaysia dalam soal bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA dan SMAR), pada dasarnya Kerajaan tidak memasukan bajet sekolah-sekolah ini dalam Belanjawan Negara tetapi mutakhir ini (hampir pilihan raya) Menteri Pelajaran turun memberi bantuan kepada Sekolah-sekolah ini. Adakah ini bantuan pilihan raya atau bantuan untuk kemajuan sekolah-sekolah Agama Rakyat ini, sampai bilakah dasar ini akan berterusan. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah kenaikan gaji bagi Kumpulan JUSA dan premier dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah syarikat Bumiputera yang dikenal pasti sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011. Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan justifikasi dan sebab pembatalan perjalanan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ke destinasi KL Bandung, KL-Dubai, KL-Johannesburg dan beberapa laluan lain. Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan pembentangan khas di Parlimen berkenaan pembangunan perikanan Tok Bali memandangkan projek ini adalah antara ikon pembangunan perikanan negara pada masa depan. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini Jalan Raya Central Spine dari Bentong Pahang ke Gua Musang, Kelantan. Sumber HD : 9/04/2012 Logo 1Malaysia bukan jaminan tidak diseludup keluar
KUALA LUMPUR, 9 April: Logo 1Malaysia yang dilekatkan pada bungkusan gula dan tepung bukan jaminan bahawa dua barangan keperluan tersebut tidak akan diseludup keluar dari negara ini.
Walaupun dilekatkan logo berkenaan, rakyat tahu barangan tersebut merupakan barangan yang disubsidikan kerajaan, dan masih boleh diseludup jika mahu. Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar), menegaskan logo 1Malaysia yang diletakkan pada bungkusan plastik gula dan tepung gandum masih boleh diseludup sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab mengoyak palstik berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain. "Tiada jaminan yang mengatakan logo tersebut tidak akan mencegah penyeludupan. Mereka masih boleh menukarkan bungkusan dan menyeludup keluar. Lagipun, kerja mencegah penyeludupan ini kerja Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)," tegas Firdaus ketika ditemui di luar Dewan Rakyat, pagi ini. Terdahulu, ketika sesi soal jawab lisan, Firdaus meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK), menyatakan rasional mengapa barangan seperti gula dan tepung gandum diletakkan logo 1Malaysia. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri, Datuk Rohani Abdul Karim berkata langkah meletakkan logo tersebut bagi mencegah berlakunya penyeludupan barangan tersebut ke negara luar. Sementara itu, Firdaus turut mencabar kerajaan agar menurunkan harga barangan di seluruh kedai di negara ini, termasuk di kedai runcit berbanding mewujudkan kedai 1Malaysia yang didakwa kos pengubahsuaiannya sebanyak RM60,000. Katanya, bagi seseorang yang ingin mengusahakan Kedai 1 Malaysia, mereka memerlukan RM60,000 yang boleh diperoleh dari pinjaman Bank Rakyat. Kos tersebut, tambah Firdaus tidak membabitkan kos membawa masuk barangan dan pengangkutan yang dibimbangi mereka tidak mampu bersaing dengan pihak peniaga lain. Sumber HD : 9/04/2012 Mengapa arah pindah RM308,700 ke akaun CEO TH?
KUALA LUMPUR, 9 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.
Ketika bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan apakah alasan arahan pindahan wang itu. "Mengapa? Untuk apa? Adakah ini bonus kepada CEO TH kerana kepandaiannya mengurus pelaburan TH dalam Silverbird? "Kalau benar pindahan wang itu adalah bonus untuknya, adakah pelabur-pelabur TH kerugian berjuta-juta ringgit, CEO pula dapat bonus?!" kata beliau. Dalam ucapannya mengenai TH di Dewan Rakyat pula, Mahfuz membangkitkan beberapa isu yang penting dalam permaslahan TH iaitu kerugian yang dihadapi anak syarikatnya, Silverbird Bhd akibat penyelewengan wang syarikat, penggunaan wang TH berjumlah kira-kira RM500 juta untuk kompleks bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya dan arahan pindahan wang tersebut. Mengenai Silverbird, beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa penyelewengan kewangan di dalam syarikat tersebut tidak disedari oleh wakil-wakil TH dalam Lembaga Pengarah Silverbird? "Apa tindakan disiplin dan tata tertib yang diambil oleh TH terhadap wakil-wakilnya dalam lembaga pengarah Silverbird? "Adakah elaun Ahli Lembaga Pengarah diambil tetapi tidak ada akauntabiliti?" soal Mahfuz. Beliau juga mempersoalkan mengapa TH tidak menempatkan wakilnya dalam pengurusan Silverbird sebagai Pengarah Eksekutif? "Jika terdapat wakil Tabung Haji dalam pengurusan Silverbird kemungkinan pemyelewengan tersebut tidak berlaku," katanya. TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 peratus manakala Koperasi Permodalan Felda Bhd pula mempunyai 12.7 peratus saham dalam syarikat pembuat roti dan kek itu. Kejatuhan saham syarikat pembuat roti dan kek itu berpunca dari akaun syarikat itu yang tidak teratur yang melibatkan jumlah yang dianggarkan sehingga RM111.5 juta. Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia. "Apa tindakan pemantauan Jabatan Perdana Menteri terhadap isu ini dan terhadap kealpaan lembaga pengarah dan pengurusan TH sehingga menyebabkan kerugian berjuta wang pendeposit-pendeposit TH? "Mengapa CEO TH tidak dipertanggung jawabkan terhadap kerugian Tabung Haji dalam Silverbird? "Atau adakan JPM juga menghadapi Sindrom JK?!" katanya. Mahfuz bagaimanapun tidak menjelaskan adakah sindrom JK itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mengenai pembinaan kompleks pejabat kerajaan dengan menggunakan dana TH, beliau mempersoalkan adakah kerajaan akan menyewa kompleks tersebut daripada TH? "Kalau sewa, berapa sewanya dan berapa tahun pula baru dapat diperoleh semula kos binaan dan membuat untung? "Kalau TH sewa kepada kerajaan, sila bentangkan perjanjian penyewaan dalam Parlimen," katanya. Mahfuz juga mahu dibentangkan resolusi lembaga pengarah TH. Sumber HD : 9/04/2012 Umno perlu henti politik sempit terhadap profesional
KUALA LUMPUR, 9 April: Tindakan Umno mensabotaj sistem pendidikan dan pencabulan ke atas golongan profesional Melayu sangat dikesali kerana ia jelas untuk kepentingan politik parti tersebut.
Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) kecewa kerajaan Umno mengambil tindakan terhadap golongan profesional, khususnya yang terlibat dalam profesion pendidikan hanya kerana sentimen politik sempit. Katanya, situasi itu berbeza dengan MCA yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat para profesional di kalangan kaum Cina yang terlibat dengan politik. Pada sidang media, di Dewan Rakyat, pagi tadi, Che Uda menegaskan kaum Cina dilihat lebih realistik dalam membezakan tahap profesional dengan fahaman politik dalam tindakan mereka. "Kami amat kecewa apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap golongan profesional Melayu hanya kerana dikatakan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya golongan pendidik. Tetapi jika golongan ini terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan Umno, tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka," tegas beliau. Justeru beliau menyeru kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan agar mengasingkan politik sempit dan bersikap profesional terhadap golongan pendidik dengan bersikap adil tanpa mengira fahaman politik. Che Uda berkata demikian bagi mengulas beberapa kes yang membabitkan golongan pendidik yang dikenakan tindakan seperti dibuang kerja, penukaran tempat kerja tanpa alasan munasabah, disyaki aktif berpolitik pembangkang dan dipotong gaji, walaupun kes masih dalam pertimbangan. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik yang turut serta pada sidang media tersebut menegaskan, masyarakat perlu sedar terdapat golongan yang dihormati tapi diabaikan kerajaan. Beliau turut kecewa dengan sikap kerajaan yang sering melakukan kezaliman terhadap golongan pendidik, khususnya ketika 'mood' pilihan raya, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya. Sebelum itu, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Lajnah Pendidikan PAS Pusat, bertindak menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghentikan tindakan tidak profesional dan penganiayaan kepada warga pendidik bagi memberi impak agar kerajaan lebih berlaku adil kepada mereka. Sumber HD : 9/04/2012 Kerajaan 'sembelih diri' jika bentang RUU GST
KUALA LUMPUR, 18 April: Sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas dikatakan sidang terakhir sebelum PRU ke-13, dan esok adalah hari terakhir pembentangan dan perbahasan rang undang-undang.
Bagaimanapun sebanyak sembilan rang undang-undang masih belum dibahaskan lagi, di mana antara rang undang-undang tersebut akan menjadi perhatian umum. Rang undang-undang berkenaan yang dijangka menjadi perbahasan hangat termasuklah Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, rang undang-undang kesalahan pilihan raya dan rang undang-undang institusi-institusi pelajaran (tatatertib) pindaan 2012. Kesemua sembilan rang undang- undang berkenaan dijangka akan dibahaskan dan diluluskan esok hari. Namun, untuk rang undang-undang yang terakhir iaitu rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendapat bantahan rakyat dijangka tidak akan dibentang di dewan esok. Perbahasan rang undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 berlangsung sehingga dewan ditangguhkan jam 10.30 malam ini. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, rang undang-undang GST tidak akan dibentang sebelum PRU ke-13 berlaku walaupun rang undang-undang itu disenaraikan dan bakal dibahaskan esok. "Kerajaan tidak akan bentang rang undang-undang GST, kalau dia bentang umpama sembelih diri sendiri," katanya ketika ditemui. Sumber HD : 18/04/2012 PR Bantah Mansuh Barong Panas : http://www.youtube.com/watch?v=hBpU_UhhtDM&feature=youtu.be Kenapa tiada penjelasan TH masuk akaun CEO
KUALA LUMPUR: Rahsia apakah yang disorok oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga ia tidak membuat sebarang penjelasan mengenai pindahan wang kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Ismee Ismail.
Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, jika surat arahan pindahan wang dari TH kepada Ismee itu telus dan mengikut peraturan, penjelasan sepatutnya dibuat serta merta. "Tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan tidak ada yang perlu disembunyikan jika sesuatu transaksi itu dibuat mengikut peraturan dan TH serta CEOnya bukan sahaja boleh memberikan penjelasan yang meyakinkan dengan serta merta malah mereka boleh merasa bangga pula kerana menjalankan tugas mengikut peraturan dan dengan wajar," katanya. Mahfuz sebelum ini mempersoalkan mengapa terdapat arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun TH kepada akaun CEOnya,. Menurut beliau, sekiranya transaksi itu dibuat mengikut peraturan dan wajar, CEO TH tidak perlu risau dan memperlihatkan kerisauannya. "Malangnya, tidak ada sebarang penjelasan meyakinkan dari TH sehingga kini," kata beliau. Mahfuz berkata, TH bukan sahaja tidak tampil dengan penjelasan yang meyakinkan tanpa sebarang keraguan, malah beliau kini dihubungi pula secara peribadi oleh beberapa kakitangan Bank Islam mengenai perkara itu. "Ada pihak yang menuduh Bank Islam tidak amanah kerana kononnya bank itu membocorkan rahsia mengenai pindahan wang itu. "Mengapa panik dan menggelabah tidak tentu hala sehingga tanpa usul periksa dan tanpa bukti menuduh Bank Islam tidak amanah dan membocorkan rahsia mengenai pindagan wang itu?" soal beliau. Mahfuz mempersoalkan, jika transaksi itu wajar dan mengikut peraturan, mengapa perlu menuduh Bank Islam membocorkan rahsia? "Rahsia apa? Mengapa pula menjadi rahsia? "Inilah yang perlu dijelaskan. Bukan sahaja mengenai peraturan tetapi juga mengenai kewajaran pindahan wang itu jika ia dipindahkan sebagai ganjaran kepada Ismee sama ada sebagai bonus untuknya atau apa sahaja bayaran. "Setiap bayaran mesti ada kewajaran," katanya. Ketika ditanya adakah surat arahan pindahan itu diberikan kepadanya oleh kakitangan mana-mana bank, beliau terus menjawab: "Tidak. Tidak sama sekali". Sumber HD : 20/04/2012 Apa niat sebenar luluskan 9 akta tergesa-gesa?
KUALA LUMPUR: Sidang mesyuarat dewan rakyat semalam yang 'menggantung' masa bagi membolehkan sembilan rang undang-undang diluluskan pada hari yang sama tidak sepatutnya berlaku. Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hakikatnya parlimen tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa dan perlu memberikan masa ahli parlimen berbahas. Malah katanya, setiap perbahasan yang akan dibuat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu. "Bukan, hari ini bentang hari ini juga diluluskan. Sehingga nak buat kajian pun tidak sempat. Sembilan rang undang-undang hendak lulus pada hari itu juga," katanya. Beliau tidak tahu apa niat sebenar kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mahu meluluskan sembilan rang undang-undang itu tetapi baginya tindakan itu tidak cekap dan bertanggungjawab meluluskan apa-apa undang-undang sekali pun. "Ahli parlimen BN hanya tahu nak lulus sahaja. Bila Speaker tanya siapa yang bersetuju kata bersetuju lalu mereka cepat-cepat jawab setuju," katanya ketika dihubungi. Misalnya, kata beliau menteri terlepas pandang dalam pindaan kesalahan pilihan raya akhirnya menteri mengaku ada kesilapan selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan perkara itu. "Bila kita timbulkan, baru menteri mengaku ada kesilapan. Barisan ahli parlimen BN tidak ada semangat hendak mempersoalkan. Reti nak lulus sahaja," katanya. Katanya walapun dalam keadaan masa yang terhad bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mampu memainkan peranan sebaik mungkin. Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2). Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977. Sumber HD : 20/04/2012 |
No comments:
Post a Comment