BERSAMA RAKYAT MESIR
DEMO BANTAHAN SOLIDARITI DENGAN RAKYAT MESIR
Pada: ISNIN 31 hb Januari 2011
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Kedutaan Mesir – Jalan Ampang
Anjuran Parti PAS
Dipimpin oleh Mat Sabu
Semua dijemput hadir untuk bersetiakawan
dengan rakyat mesir yang telah bangun melawan
kezaliman dan penindasan di bawah rejim Mubarak.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3063:6-mei-hari-amarah-rakyat-malaysia&catid=34:primary&Itemid=56
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3137-osama-shura-hantar-nota-bantahan-petang-ini
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3149-laksana-10-perkara-atau-hari-amarah-lebih-besar
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3150-amerika-didesak-minta-maaf-bunuh-osama
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3385-300-berarak-ke-kedutaan-australia-bantah-lynas
DEMO BANTAHAN SOLIDARITI DENGAN RAKYAT MESIR
Presiden Mesir - Hosni Mubarak
Pada: ISNIN 31 hb Januari 2011
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Kedutaan Mesir – Jalan Ampang
Anjuran Parti PAS
Dipimpin oleh Mat Sabu
dengan rakyat mesir yang telah bangun melawan
kezaliman dan penindasan di bawah rejim Mubarak.
Penunjuk perasaan merampas sebuah kereta kebal.
Penunjuk perasaan menunjukkan poster-poster menyuruh Hosni Mubarak nyah dari Mesir.
PAS.PKR DAN 71 NGO MENGETUAI PERARAKAN MENGHANTAR MEMO KE KEDUTAAN MESIR DI JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR : http://www.malaysiakini.com/news/154953
Antara pemimpin-pemimpin yang ikutserta ialah :
Tn Hj Mohammad Sabu - AJK PAS Pusat
Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi - Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Tian Chua - Naib Presiden PKR / Ahli Parlimen Batu
YB Yusmadi Yusoff - Ahli MPP PKR / AP Balik Pulau,Pulau Pinang
Sdr Chegu Bad
YB Syed Azman Syed Nawawi - AJK PAS Pusat / Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Cikgu Ishak Surin - YDP PAS Kawasan Batu
YB Dr Nasir Hashim - Pengerusi PSM
Sdr Arutchelvan - SU PSM
Hidup rakyat Mesir, turun regim Mubarak |
Aziz Muda dan Majdan Yahya | |||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 31 Jan: "Hidup, hidup, rakyat Mesir!", "Turun, turun, regim Mubarak!" Begitulah antara laungan yang lantang kedengaran dari ratusan pemimpin, ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO yang berkumpul di kedutaan Mesir, di sini, pagi ini untuk menghantar memorandum bagi mendesak regim Hosni Mubarak turun dari tampuk pemerintahannya di negara itu. Perhimpunan aman itu diadakan sebagai menunujukkan sikap kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat Mesir bagi melepaskan diri dari cengkaman pemerintahan Mubarak yang penuh kezaliman sejak 30 tahun lalu. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30637:hidup-rakyat-mesir-turun-regim-mubarak&catid=1:utama&Itemid=50 DEMONTRASI BESAR-BESARAN SELEPAS SOLAT JUMAAT ( 4-2-2011) - KETUA PEMUDA PAS Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi - Ketua DPPP
Dataran Tharir dipenuhi berjuta-juta rakyat Mesir. SETELAH 18 HARI BERDEMONTRASI, HOSNI MUBARAK BERUNDUR,TENTERA AMBILALIH PEMERINTAHAN : Mantan Presiden Mesir selama 30 tahun lari ke Sham al Sheikh di Laut Merah.
DEMONTRASI RAKYAT BAHRAIN Rakyat Bahrain bangkit menuntut pemerintah turun dan keadilan. Raja Bahrain - Hamad bin Isa al Khalifa RAKYAT LIBYA BANGKIT TUNJUK PERASAAN Rakyat Libya di Benghazi menawan sebuah keretakebal tentera. Kolonel Muammar Gaddafi pemimpin Libya yang dikatakan gila dan darahnya difafwakan halal oleh As Syeikh Yusof Al Qaradawi Kereta kebal yang diletup oleh kumpulan anti Ghadaffi
Antara pimpinan yang turutserta : Tn Hj Mohammad Sabu - AJK PAS Pusat / Pengerusi Lajnah Demokrasi YB Nurul Izzah Anwar - Naib Presiden PKR YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - AJK PAS / Pengerusi Lajnah Antarabangsa Kuala Lumpur, 25-02-2011- Satu demontrasi aman telah diadakan dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Libya yang terletak berhampiran kedutaan Amerika Syarikat selepas ungsai solat Jumaat petang tadi. Demontrasi itu turut disertai oleh rakyat Libya yang tinggal di Kuala Lumpur. Mengikut laporan Malaysiakini kira-kira seramai 170 orang telah turutserta dalam demontrasi itu. Setelah dibenarkan oleh pihak polis seramai tiga orang telah dibenarkan masuk ke perkarangan kedutaan untuk menyerahkan memo bantahan kepada wakil kedutaan. Delegasi itu diketuai oleh YB Nurul Izzah, Hj Mohammad Sabu dan YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. YB Nurul Izzah - Naib Presiden PKR diiringi oleh Hj Mohammad Sabu (kiri) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (kanan) menyerahakan memo bantahan kepada wakil kedutaan Libya. Rakyat Libya yang ikutserta dalam demontrasi aman tersebut. RAKYAT DI SYRIA JUGA BANGKIT MENUNJUK PERASAAN TERHADAP DIKTATOR PEMERINTAH YANG ZALIM : Bashsar al Assad - Presiden Syria Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak dari Masjid Omayyed pada 25 Mac 2011. Seperti saudara-saudara mereka di Lybia, penunjuk perasaan telah ditembak oleh pasukan keselamatan menyebabkan ramai yang mati dan cedera di Daraa. Seorang kanak-kanak perempuan turut menunjuk perasaan PROTES ANTI-KERAJAAN MEREBAK KE YAMAN : Seramai 110 orang telah mati terkorban di Sanaa dalam protes anti-kerajaan Presiden Ali Abdullah Salleh selama 32 tahun pada 28 Mac 2011 lalu. Tapak-tapak tangan pemerotes-pemerotes perempuan yang bertulis bermaksud 'Nyah' dari negara ini. Ali Abdullah Saleh - Presiden Yaman 32 tahun
|
6 Mei Hari Amarah Rakyat Malaysia |
Ismail Hashim |
GOMBAK, 2 Mei: Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid -- SU MAPIN / Presiden Teras Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara. "Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama. "Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya. Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas. Dalam isu sama, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyentuh perkara itu dalam Majlis Selamatkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)di Perpustakaan Bandar Dalam, dekat sini, malam tadi. Azmi bertegas, nampaknya terlalu banyak perlu diselamatkan di negara ini seperti kampung orang Melayu, tanah orang Melayu, aqidah bangsa, Bahasa Melayu dan berbagai lagi. "Negara kita seperti sedang mengalami konsep pandang ke belakang meskipun yang dilaungkan kepada rakyat adalah pertumbuhan, kemajuan dan pembangunan kebendaan tetapi dalam masa sama, banyak perkara yang hilang," jelasnya. Mengambil contoh, DBP yang ditegakkan atas keringat, darah dan air mata rakyat, ia bukan sekadar satu lembaga tetapi lahir dari aspirasi bangsa yang luar biasa, kini sudah tidak bermaya lagi dengan hutang ratusan juta. Lebih menyedihkan, tambahnya, apabila Dewan Bahasa Pustaka kini lebih dikenali dengan Dewan Pusara Bahasa kerana akibat salah urus dan tindakan pihak terbabit campur tangan dalam pentadbirannya, tiada kemajuan bahasa yang dapat dilakukan. Namun, katanya, apabila ada rakyat bangun menyuarakan bantahan, pihak berkaitan menyifatkan 'ini suara orang gila, mereka yang suka berhimpun di jalan raya dan hanya beremosi'. Dalam pada itu, tegasnya, tanyalah hati kecil mereka yang berbicara sedemikian rupa, mereka sendiri akan mengakui bahawa gara-gara merekalah rakyat Melayu khususnya, sedang berbicara dalam bahasa bangsat di negara sendiri. Orang Melayu sedang menagih simpati dan meminta-minta dengan siapa lagi dan memohon pertolongan dan yang lebih parah kerana golongan atasan itu telah mati rasa dan perasaan yang lebih teruk dari mati pucuk. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3063:6-mei-hari-amarah-rakyat-malaysia&catid=34:primary&Itemid=56
Osama: Shura hantar nota bantahan petang ini |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura) akan mengetuai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar nota bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, di sini jam 4.30 petang ini berhubung pembunuhan Osama bin Laden. Menurut Setiausaha Agung Shura, Azmi Abdul Hamid, pembunuhan Osama dan cara jenazahnya dikebumikan dengan membuangnya ke laut merupakan satu penghinaan yang dasyat kepada umat Islam. Tindakan tentera AS menceroboh masuk ke Pakistan tanpa menghiraukan bantahan rakyat negara itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi rakyat sesebuah negara. Selain itu, gabungan itu turut mengecam pandangan beberapa pemimpin negara Islam termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama akan menjadikan dunia lebih aman. "Kami (gabungan NGO Islam) menyatakan pandangan pemimpin di beberapa negara Islam bahawa kematian Osama akan memberi keamanan kepada dunia tidak mewakili pandangan umat Islam. "Mereka (pemimpin Islam) banyak menyokong pembunuhan Osama termasuk Malaysia. Itu bukan sentimen rakyat Malaysia dan kami tidak mengiktiraf pendapat itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau yang juga Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berkata, gabungan itu akan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan persidangan khas bagi membincangkan pencerobohan AS ke Pakistan untuk membunuh rakyat yang disyaki pengganas dan musuh AS. "Kami ingin menuntut supaya PBB mengadakan persidangan khas membincangkan pencerobohan AS ke Pakistan untuk membunuh. Ini namanya pembunuhan di luar penghakiman. "Usul itu mesti dibuat oleh Malaysia kerana ini tidak akan meredakan kemarahan umat Islam dan orang yang cintakan keadilan," katanya yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras). Menurutnya, penyerahan nota bantahan itu akan diketuai oleh Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dan telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan AS. Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk sama-sama menyertai himpunan di hadapan kedutaan AS petang ini sebagai tanda sokongan mereka. Sementara itu, di Masjid Negara akan diadakan Perhimpunan Hari Kemarahan Rakyat selepas solat Jumaat. Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat. Penganjuran perhimpunan itu turut bekerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala politik fitnah dan lucah. "Kita akan maklumkan kepada orang ramai mengenai penyerahan nota bantahan ini dan menjemput mereka untuk turn bersama-sama ke Kedutaan AS. Kita anggarkan ratusan umat Islam akan turut serta," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3137-osama-shura-hantar-nota-bantahan-petang-ini
Laksana 10 perkara atau Hari Amarah lebih besar |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) menuntut pelbagai pihak melaksanakan 10 perkara sempena perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat yang diadakan di Dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3149-laksana-10-perkara-atau-hari-amarah-lebih-besar
Amerika didesak minta maaf bunuh Osama |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Solidariti Ummah terdiri daripada wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) memberi tempoh seminggu kepada Amerika Syarikat (AS) untuk meminta maaf secara terbuka kaepada seluruh umat Islam di atas pembunuhan kejam Osama bin Laden. Sekiranya permohonan maaf itu gagal dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, gabungan itu akan mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan AS itu. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid - SU Shura / Pengerusi TERAS You Tube : SAF - http://www.malaysiakini.tv/video/21541/fitnah-video-seks-ngo-gesa-kjaan-ambil-tindakan-.html Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura), Azmi Abdul Hamid selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan AS, dekat sini hari ini. "Media sudah menyaksikan memorandum itu diterima wakil AS, jadi kami beri tempoh seminggu kepada Barack Obama untuk minta maaf secacara terbuka kepada umat Islam. "Jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan ini," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Kedutaan AS dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis beruniform. Memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan AS, Greg Chapman itu antaranya mengecam tindakan tentera AS membunuh Osama bersama isterinya dengan kejam, di hadapan anak-anak mereka. Selain itu, memorandum yang diwakili 21 NGO itu turut membantah tindakan Presiden AS, Barack Obama mengarahkan tenteranya menceroboh Pakistan bagi memburu 'pengganas' yang dianggap musuh ketat AS. Mereka mendesak tentera AS agar segera keluar dari Pakistan dan berhenti menyeksa rakyat Pakistan. Azmi yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama akan menjadikan dunia lebih aman. "Perdana Menteri kita sendiri menerima secara positif kematian Osama.Kami membantah keras dan sebab itu bantahan di kedutaan AS ini juga sebagai tanda kami membantah kenyataan Perdana Menetri itu," katanya. Sdri Aiman Athirah Al Jundi - AJK DMPP Sementara itu, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi yang turut serta dalam penyerahan memorandum itu turut membantah keras pembunuhan Osama dalam keadaan tidak bersenjata. Muslimat katanya, tidak dapat menerima kekejaman tersebut apatah lagi pembunuhan itu dilakukan di hadapan anak-anak Osama. "Bagaimana Amerika Syarikat yang mendakwa mereka memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kanak-kanak sanggup bertindak kejam begitu? "Kami mendesak AS membebaskan ahli keluarga Osama kerana mereka bukan musuh AS," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3150-amerika-didesak-minta-maaf-bunuh-osama
300 berarak ke Kedutaan Australia bantah Lynas |
Afiq Hizami, Pelatih UKM |
KUALA LUMPUR, 20 Mei: Hampir 300 orang rakyat Malaysia hari ini berarak ke Kedutaan Australia bagi membantah tindakan kerajaan membenarkan syarikat Lynas dari negara itu membina pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan. Pimpinan DAP berbaring membuat logo lynas Dewan Pemuda PAS Pusat, pemimpin PKR, NGO, persatuan mahasiswa, aktivis alam sekitar dan rakyat negeri Pahang antara yang mengetuai perarakan itu turut menyerahkan memorandum kepada wakil keduataan tersebut. Perarakan bermula sejurus selesai solat Jumaat, dari Masjid As Syakirin KLCC menuju Pejabat Suruhanjaya Australia yang terletak tidak jauh dari situ. Mereka membawa pelbagai spanduk membantah dan mengecam tindakan yang didakwa boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sekitarnya. Suara bantahan dan amaran turut dilaungkan agar kerajaan memberhentikan projek itu sebelum 31 Ogos 2011. "Jangan jadikan kami tikus makmal, Stop Lynas, Undur Lynas, balik Australia", antara slogan bantahan yang digunakan. http://www.youtube.com/watch?v=2FKoWEvF824&NR=1 Ustaz Nasharudin Hassan At Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam ucapannya mempersoal kenapa syarikat yang berpengkalan di Australia itu memilih Malaysia sedangkan negara mereka sendiri lebih luas dan bentuk muka buminya juga lebih sesuai. "Kenapa mereka datang melaksanakan operasi kilang Lynas di negara kita, walhal mereka boleh buat di negara mereka yang begitu luas dengan gurun, tetapi datang ke nagara kita yang mempunayai penduduk yang ramai," soalnya. "Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada manusia tetapi merosakkan alam sekitar dan seluruh hidupan di atas muka bumi ini. "Anak-anak kita menderita, cucu cicit kita akan menderita, dan bangsa kita juga akan menderita," tambahnya lagi. YB Fauziah Salleh - AP Kuantan Turut serta pada perarakan tersebut, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail. Projek pembinaan itu yang bernilai AS$230 juta turut dibantah persatuan pencinta alam sekitar dari Australia sendiri. Ianya kerana kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi yang akan menjejaskan penduduk sekitar. Ia percubaan kedua Malaysia dalam membangunkan industri pemprosesan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak sekitar 1980-an. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3385-300-berarak-ke-kedutaan-australia-bantah-lynas
Ikhwan Muslimin pimpin Pakatan Rakyat Mesir terajui negara |
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my |
(Yang berada di Kaherah, Mesir) MURSYIDUL AM Ikhwan Muslimin Mesir, Ustaz Dr Mohamad Badi’e Abdul Majid menyambut rombongan kami dengan penuh kemesraan. Wajahnya penuh ceria, sambil bersalam dan memeluk kami semua, beliau mendoakan kesejahteraan kami serta kesejahteraan perjuangan Islam di Malaysia. "Sampaikan salam hormat saya kepada pemimpin anda yang saya kasihi, Ustaz Abdul Hadi (Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang)," kata beliau kepada saya. Pertemuan kami dengan beliau tidak lama, hanya sekitar 10 minit sahaja. Ianya pertemuan yang tidak dirancang, tiada temujanji dibuat dengan beliau. Dr Mohamad Badi'e - Mushidul Am Ikhwan Muslimun Mesir Dr Mohamad Badi'e adalah Mursyidul Am ke sembilan Ikhwan Muslimin atau dikenali dengan nama Muslim Brotherhood. Ia diasaskan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Imam Hassan al-Banna dibunuh tentera Mesir di bawah pemerintahan Raja Farouk pada tahun 1949. Dalam kunjungan kami, rombongan saya bersama Yayasan Amal hanyalah untuk courtesy visit, sekadar membuat temujanji dengan Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Mesir, Profesor Dr Mahmoud Hussein setelah mendapat amanah daripada Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang berkesempatan menemui Dr Mohamad Badi'e dan Dr Mahmoud sebelum ini. Tetapi pertemuan dengan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin begitu menyentuh perasaan dan terlalu amat bermakna. Di sebalik ketenangan wajahnya, tidak ramai yang mengetahui beliau adalah antara tahanan politik yang bertahun-tahun terpaksa merengkok di sebalik tirai besi semata-mata kerana mahu menegakkan Islam. Di sebalik kesibukan beliau menerima kunjungan ramai tetamu dalam dan luar negara, Dr Mohamad Badi'e sudi menerima kami selepas dimaklumkan kepada beliau, ada wakil dari Malaysia yang berkunjung ke Mesir, selain menghulurkan bantuan ke Libya dan Palestin. Dalam pertemuan ringkas tersebut, Dr Mohamad Badi'e menyatakan cukup berbangga dengan PAS yang begitu istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam di Malaysia. "Insya Allah kami akan memacu negara(Mesir) bersama-sama dengan kamu (menawan Putrajaya)," kata beliau, menunjukkan beliau turut mengikuti perkembangan politik Malaysia, sebelum kami bersalaman untuk menemui Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin di bilik bersebelahan. Pertemuan dengan Dr Mohamad Badi'e begitu bermakna kerana Ikhwan Muslimin baru sahaja membuka Ibu Pejabat baru mereka di Jabal Muqattam. Pejabat lama Ikhwan di Manyal, Kaherah dijadikan Ibu Pejabat Parti Al-Hurriyah wal-'Adalah (Kebebasan dan Keadilan) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Mesir, September ini. Bangunan Ibu Pejabat Ikhwan Muslimin yang menelan belanja puluhan juta ringgit dibina di kawasan yang paling strategik di Kaherah, iaitu di atas bukit yang menghadap seluruh bandar Kaherah. Jabal Muqattam terletak bersebelahan dengan Kota Kubu Salahuddin al-Ayubi yang dibina pada kurun kesebelas masehi semasa beliau memerintah Mesir. Mengapa bangunan tersebut dibina di lokasi yang strategik? Ia adalah suatu simbolik yang cukup bermakna, menunjukkan kesediaan Ikhwan Muslimin untuk menerajui negara, kerana dari segi sejarahnya mana-mana pemerintah yang hendak menguasai Mesir, mereka akan membina pusat pemerintahan atau kubu di atas bukit yang boleh melihat keseluruhan kawasan dan lembah. Mesir adalah sebuah negara, merupakan antara bumi anbiya yang kaya dengan sejarah. Tidak ramai yang tahu bahawa ia dibuka oleh sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Saidina 'Amru bin al-'Ass. 'Amru bin al-'Ass adalah Gabenor pertama Mesir pada pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab sekitar tahun 640 masihi. Pusat pertama pemerintahan 'Amru bin al-'Ass adalah di bandar Fustat dan masjid yang diasaskan beliau sebagai pusat pentadbirannya yang berusia lebih 1400 tahun, masih tersergam indah sehingga kini. Justeru Ikhwan Muslimin mengambil inspirasi daripada Gabenor 'Amru bin al-'Ass dan panglima Salahuddin al-Ayubi, untuk persediaannya menerajui pemerintahan Mesir kini. Ikhwan menerusi parti baru yang diasaskannya, Parti AL-Hurriyah wal-'Adalah sudah mengisytiharkan bahawa mereka akan bertanding 50 peratus daripada 450 kerusi Parlimen di Mesir. Uniknya Parti Al-Hurriyah wal-'Adalah dibentuk dengan kombinasi ahli daripada kumpulan Islam yang diterajui Ikhwan, juga mendapat dokongan golongan Kristian. Daripada 85 juta rakyat Mesir, kira-kira 10 juta adalah dari golongan penganut Kristian Qibti. Parti A-Hurriyah wal-'Adalah ditubuhkan Ikhwan muslimin dan mengamanahkan Dr Mohd Mursi, bekas Ahli Parlimen Mesir yang juga seorang pimpinan pusat Ikhwan Muslimin sebagai presiden parti. Dr Essam Aryan (Ikhwan) dilantik sebagai Timbalan Presiden I, manakala Dr Rafiq al-Habib (Kristian) sebagai Timbalan Presiden II dan Dr Sa'du Katatni sebagai Setiausaha Agung. Serentak dengan penubuhan Al-Parti Hurriyah wal-'Adalah, Ikhwan menawarkan kerjasama kepada lebih 20 parti politik dari pelbagai latar belakang, fahaman dan sebagainya untuk bergabung dengan mereka. Untuk rekod, dalam sejarah Mesir, sejak Ikhwan Muslimin ditubuhkan 83 tahun yang lalu, ia menerima tekanan yang amat dahsyat dari pemerintah Mesir sehingga zaman Presiden Hosni Mubarak. Sesiapa sahaja yang dikaitkan dengan Ikhwan akan menerima hukuman yang amat dahsyat. Mereka akan terus disumbat dalam penjara, diseksa dan ramai kalangan mereka yang gugur syahid. Di atas kezaliman dan tekanan pemerintah Mesir, nama Ikhwan tidak boleh disebut sama sekali. Semua media cetak dan elektronik diarahkan menghapuskan kalimah Ikhwan Muslimin. Mereka dengan jahat dan zalim menggelar Ikhwan sebagai al-jamaatul al-mahzurah atau pertubuhan haram. Oleh kerana ia dianggap pertubuhan haram, Ikhwan Muslimin tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Bagaimanapun golongan yang dikaitkan dengan Ikhwan, bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya. Di sebalik tekanan yang maha dahsyat, pada Pilihan Raya Umum 2005, Ikhwan menerusi calon bebas, yang bertanding hanya 120 kerusi Parlimen sahaja, hasilnya amat memberangsangkan. Mereka menang lebih daripada 80 kerusi. Namun pada PRU Mesir yang terakhir pada 2010, tiada parti pembangkang, mahu pun calon bebas yang menang, kerana mereka disekat dan ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjadi alat Hosni Mubarak. Rakyat enggan keluar mengundi kerana pilihan raya dijalankan dengan penuh penipuan. Hasilnya hanya 3 juta pengundi sahaja yang keluar daripada 40 juta yang layak mengundi. Al-Hizbul al-Watani (Parti Kebangsaan Demokrat atau National Demokrat Party) menang 100 peratus kerusi Parlimen Mesir. Al-Hizbul al-Watani ini adalah Umno versi Mesir. Hosni Mubarak amat gembira dengan kemenangan partinya, tetapi beliau tidak sedar itulah saat-saat permulaaan kejatuhannya dari tampuk kuasa Presiden dengan cara yang amat memalukan. Selepas demonstrasi rakyat yang dikenali (tsaurah) bermula 25 Januari 2011 berakhir dengan pengumuman Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 13 Februari, parti Umno Mesir yang berkuasa penuh dengan mandat besar turut tumbang, dengan penuh kehinaan. 25 Januari diisytihar sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Mesir sebagai lambang pembebasan dari cengkaman diktator Hosni Mubarak. Malah, al-Hizbul Watani yang dipimpin Hosni Mubarak, anak beranak dan kroninya diharamkan oleh Mahkamah Mesir. Seluruh hartanya disita. Paling malang setelah berkuasa lebih 30 tahun, ibu pejabat Parti Kebangsaan yang menjadi lambang keangkuhan pemerintahan diktator Hosni Mubarak dibakar akibat amarah rakyat. Ikhwan Muslimin mendapat pengiktirafan besar dari kalangan rakyat kerana ia terbabit sama dalam tsaurah dan memainkan peranan yang cukup penting pada saat-saat genting. Kini, ia diiktiraf sebagai pertubuhan yang sah dan menubuhkan parti politik yang sah. Semua tahanan politik, khususnya dari Ikhwan dibebaskan dari penjara. Ini adalah keadilan Allah kepada pejuang Islam di Mesir. Jika dahulunya penjara menjadi pusat tahanan kepada tahanan politik Islam khususnya dari Ikhwan Muslimin, tetapi kini ia dipenuhi oleh anak beranak, kroni dan menteri-menteri kerajaan bekas Presiden Hosni Mubarak. Penjara Thurah di Kaherah yang pada salah sebuah biliknya, menjadi pusat tahanan Timbalan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Ir Khairat Shatir selama 12 tahun, kini menjadi bilik tahanan dua anak bekas Presiden iaitu Alad Mubarak dan Jamal Mubarak. Menteri-menteri dalam kabinet Hosni Mubarak ditempatkan di bilik bersebelahan. Hosni Mubarak ditahan di Hospital Tentera kerana sudah semakin uzur, maknakala First Lady Suzanne Mubarak diikat jamin di atas tuduhan penyelewengan, rasuah dan pemilikan kekayaan luar biasa. First Lady of Egypt Bayangkan, seorang Presiden, diktator besar dan anak beranaknya hidup penuh dengan kemewahan dan kekayaan, membina penjara untuk musuh-musuh politiknya, kini disumbat dalam penjara yang sama. Mana-mana pemimpin yang zalim harus menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran, ingatlah Allah Maha Berkuasa menghukum sesiapa sahaja yang zalim. Allah tidak pernah lupa untuk menghukum penzalim, cuma Ia kadang kadang memberi tempoh kepada mereka agar sedar dan insaf. Namun, jika kesempatan itu tidak dimanfaatkan, akan tibalah saat kehancuran mereka di dunia sebelum akhirat. Inilah terjadi kepada Hosni Mubarak dan Zein el-Abidin bin Ali di Tunisia. Janji Allah kepada pejuang Islam Ikhwan Muslimin semakin hampir. Setelah menunggu lebih 80 tahun, ia dilihat sebagai bakal peneraju negara Mesir. Jika di zaman penuh tekanan Ikhwan Muslimin boleh menang 80 kerusi, maka pada saat yang penuh dengan kebebasan ini, penganalisis menjangkakan Ikhwan Muslimin dengan parti-parti gabungannya akan memerintah Mesir. “Kami yakin janji Allah pasti akan datang, insya-Allah Ikhwanul Muslimun akan memimpin perubahan,” itulah kata azimat yang penuh bermakna, terpacul dari mulut Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin, Dr Mahmoud kepada delegasi kami. Inilah yang ditakuti Amerika Syarikat dan sekutunya Israel. Untuk tahap ini dari kejatuhan Hosni Mubarak sehingga September, mereka berusaha sedaya upaya menyekat kebangkitan Ikhwan Muslimin. Bukan sahaja AS dan Israel, malah pemimpin negara-negara Arab yang diktator juga bimbang dengan perkembangan di Mesir, kerana jika Ikhwan memerintah, ia akan menjadi model pentadbiran negara Islam, yang bakal dikuti 22 negara Arab di Teluk. |
Himpunan bantah Syiria esok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan bagi membantah kekejaman tentera Regim Bashar Al Asaad terhadap rakyat Syiria. Presiden Bashar Al Assad Himpunan tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat esok di hadapan pintu masuk Kedutaan Syiria (baru) di Jalan U Thant, Kuala Lumpur. Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi - Ketua Pemuda DPPP Pada masa yang sama, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada negara itu dengan memutuskan hubungan diplomatik dan menghantar pulang Duta Besar Syria ke Malaysia kembali ke negaranya. Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Syria masih berlarutan meskipun memasuki bulan Ramadhan al Mubarak. Regim Bashar Al Asaad masih mengganas dan membunuh ribuan rakyatnya yang bangkit mendesak beliau meletakkan jawatan. Menggunakan kekuatan pasukan tentera dan peralatan perang seperti kereta kebal dan helikopter, Regim Bashar al Asaad kata Nasrudin seperti dirasuk syaithan, membedil dan meletupkan rakyat sendiri di bumi Syam itu. "Saya menyeru agar semua warga prihatin agar hadir mengiringi Dewan Pemuda PAS Malaysia menyerahkan memorundum bantahan tersebut," katanya. |
Tindakan ganas Syria terhadap rakyat dikecam |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Kerajaan Syria di bawah pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dituntut agar melaksanakan perubahan-perubahan demokratik yang bermakna dan menghentikan tindakan keras terhadap pihak yang menuntut perubahan di negara itu. Di antara perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria ialah kebebasan berpolitik, bersuara dan memilih pemimpin sama ada melalui pilihanraya demokrasi atau berperlembagaan. Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, Syria telah dikuasai oeh satu keluarga dan satu parti sejak 40 tahun lalu dan kini sudah tiba masanya perubahan struktur pemerintahan dan budaya politik baru diperkenalkan di Syria, sesuai dengan semangat zaman ini yang menuntut perubahan. Pengerusi Lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, oleh itu, Dewan Pemuda PAS menyertai masyarakat antarabangsa mengecam keganasan pasukan keselamatan Syria terhadap orang awam dan rakyat yang sedang menuntut perubahan demokratik di negara itu. Menurut beliau, tindakan Kerajaan Syria melalui pasukan tentera yang telah membunuh rakyatnya secara rambang bagi mempertahankan kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak munasabah amat dikesali. Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat dilaporkan, tentera Syria telah bertindak ganas seperti menggunakan kereta kebal dan senjata berat menyerang tempat-tempat awam seperti masjid, sekolah, pejabat serta kawasan perniagaan. "Tindakan terdesak Kerajaan Syria yang sanggup menyerang masjid-masjid di Damsyik sangat mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia," katanya seperti yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada kedutaan Syria, di sini, hari ini. Bagaimanapun, menerusi memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menuntut masyarakat dunia agar menyedari kepentingan politik kuasa-kuasa tertentu yang kelihatan mahu melemahkan Syria disebabkan peranannya sebagai penyokong gerakan-gerakan Islam yang dimusuhi Zionis. Dunia Islam digesa mengambil sikap sewajarnya dalam hal ini dan tidak bertindak secara terpilih, setelah dunia dipertontonkan sikap 'double standard' pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani permasalahan yang mengaitkan kumpulan-kumpulan Islam dengan perkara yang ekstrem dan ganas. Dewan Pemuda PAS berharap agar Syria tidak dijadikan Libya kedua yang ditangani secara keras dan bertentangan dengan norma-norma antarabangsa di sebabkan kepentingan politik kuasa-kuasa besar yang dilihat mempunyai kepentingan tertentu dalam hala tuju demokrasi. Memorandum tersebut diserahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat dan diterima oleh pegawai bahagian pentadbiran kedutaan Syria, Latt Zaifizzul Mansor untuk dipanjangkan kepada duta Syria di Malaysia. Selain Raja Ahmad dan Nik Abduh, antara kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat lain yang turut hadir termasuk Redzuan Mohd Noor, bersama beberapa orang kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan yang antara lain termasuklah Ketua Penerangannya, Mohd Nasaie Ismail. Sebelum itu, mereka bersama puluhan orang pemuda PAS telah mengadakan perarakan dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria untuk menyerahkan memorandum tersebut sebaik sahaja selesai solat Jumaat. |
Libya: PAS harap tiada campur tangan asing |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Rakyat Libya diingatkan agar memastikan tiada ruang yang dibuka oleh mereka kepada kuasa luar khususnya negara-negara Barat daripada campur tangan dalam urusan politik, pembinaan negara dan infrastruktur yang musnah dalam kebangkitan rakyat, dalam tempoh peralihan kuasa di negara itu. PAS tidak mahu campur tangan kuasa luar dalam menentukan jatuh bangun politik dan ekonomi Libya, sebaliknya ingin urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Libya untuk menentukan kepimpinan dan membangunkan negara mereka. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehubungan itu menyeru pemimpin-pemimpin negara umat Islam dan OIC memainkan peranan segera untuk memastikan tiada campur tangan asing di Libya yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua selepas kejatuhan Gaddafi. Menurut beliau, amat malang bagi rakyat Libya dan masyarakat dunia amnya jika berlaku campur tangan kuasa asing selepas kejatuhan regim Gaddafi. Muammar Ghadaffi - Bekas Presiden Libya Katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada Majlis Peralihan Negara Libya dan rakyat Libya keseluruhannya di atas kejayaan menguasai Tripoli, sekali gus memberi isyarat kejatuhan rejim Muammar Gaddafi yang memerintah Libya secara kuku besi selama lebih 40 tahun. "Kejayaan ini merupakan satu menifestasi kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan dan kebebasan setelah sekian lama dikongkong dan dizalimi oleh pemerintahan Muammar Gaddafi yang juga banyak membunuh dan memenjarakan rakyat yang tidak sehaluan dengannya," katanya. Namun, ia berakhir dengan penuh kemusnahan kepada negara akibat tindakan ketenteraan yang dimulakan oleh pihak kerajaan sehingga membawa campur tangan asing yang memburukkan keadaan. Katanya, kini pemerintahan regim Gaddafi telah berakhir di Libya dan PAS mendesak supaya pemimpin diktator yang dijatuhkan itu dibawa kepada proses pengadilan dan tidak dijatuhkan hukuman sebarangan mengikut kehendak masing-masing. "Mereka perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bagi melalui proses perbicaraan yang adil sebelum sebarang hukuman dikenakan," kata Abdul Hadi. |
Ambil iktibar kejatuhan rejim Gaddafi |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kerajaan BN agar mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Muammar Gaddafi akibat pemberontakan rakyat Libya. Raja Ahmad al Hiss - Naib Ketua DPPP Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, BN harus segera sedar bahawa rakyat akan bangkit sekiranya corak pemerintahan kerajaan tidak menjurus ke arah keadilan. "Jatuhnya Gaddafi disebabkan beliau bersifat autotarian dan menyekat banyak ruang demokrasi dalam negara seperti kebebasan akhbar dan hak asasi rakyat yang ada dalam Perlembagaan Negara mereka. "Jadi rakyat bangun untuk menuntut keadilan. Kejatuhan Gaddafi itu disebabkan kegagalan beliau memberikan keadilan kepada rakyat dan ini boleh dijadikan iktibar kepada Umno BN yang ingin terus berkuasa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Semalam, Gaddafi yang sudah 42 tahun memerintah Libya tumbang selepas kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli. Pemberontakan di Libya bermula pada 15 Februari lalu ekoran para penunjuk perasaan menuntut kebebasan hak asasi manusia. Ia kemudian bertukar menjadi pertempuran di antara kumpulan tentera Gaddafi dengan para pemberontak sebelum tentera bersekutu diketuai AS mengebom bandar-bandar utama di Libya bagi menguatkuasakan larangan terbang di negara tersebut selepas diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Raja Ahmad berkata, kekayaan ekonomi sesebuah negara tidak dapat menjamin kerajaannya kekal berkuasa sekiranya keprluan lain diabaikan. "Di Libya memang hasil minyaknya banyak dan rakyat kekayaan dikongsi bersama rakyat, kos sara hidup rakyatnya rendah tapi pemerintah mengabaikan aspek kehidupan yang lain. "Umno dan BN tidak boleh menjadikan isu ekonomi atau pembangunan yang mereka lakukan selama ini sebagai asas untuk mereka mempertahankan kerajaan mereka kerana ekonomi bukan asas kebahagian seseorang tapi rakyat juga mahukan keadilan dalam berorganisasi, keadilan dalam menyuarakan pandangan hak-hak asasi," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda. Sambil merakamkan ucapan tahniah keapda rakyat Libya, beliau bagaimanapun meminta pihak luar menghentikan campur tangan asing ke atas Libya sebaliknya menyerahkan segala keputusan kepada rakyatnya. "Dalam masa yang sama juga kita minta pihak barat yang selama ini menyokong pihak pemberontak menyerahkan kembali suara rakyat kepada kepada Libya sendiri untuk menentukan sistem dan juga konsep negara yang mereka ingin bentuk. "Campur tangan pihak asing perlu dielakkan untuk mengelakkan pergolakan," katanya lagi. Libya negara yang mempunyai simpanan minyak yang terbesar di Afrika dan yang ke-9 terbesar di dunia diserang oleh tentera bersekutu dan kemudiannya diajak negara-negara Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) untuk menyertai serangan keatas Libya. Muammar Ghadaffi - Bekas Presiden Libya Februari lalu, pemimpin Pakatan Rakyat bersama lebih 300 rakyat Libya dan 100 warga tempatan menganjurkan demonstrasi secara aman di kawasan sekitar Kedutaan Libya menuntut Presiden Muammar Gaddafi segera meletak jawatan. Kebangkitan anak muda Sementara itu, beliau turut mengakui kejayaan pemberontakan ini disokong oleh kuasa anak muda yang sedar mengenai apa yang berlaku dalam negara mereka. Hosni Mubarak - Bekas Presiden Mesir Memberi contoh kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir beberapa bulan lalu yang berpunca daripada kebangkitan anak muda, beliau berkata, anak muda sekarang sudah terdedah keapda sumber-sumber baru. "Anak muda sekarang bukan anak muda dahulu. Anak muda sekarang terdedah kepada maklumat terutamanya media baru. Jadi mereka banyak memahami situasi dan erti keadilan. "Maklumat yang mereka peroleh ialah primari menerusi sumber baru, bukan secondary lagi," katanya. Justeru katanya, Dewan Pemuda akan memastikan gerakan anak muda sentiasa terarah untuk kepimpinan akan datang. "Dewan Pemuda di peringkat pusat, negeri malah kawasan dan cawangan akan menggerakkan anak muda semoga mereka ini akan memimpin kebangkitan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia," katanya. |