KEBANGKITAN RAKYAT TUNISIA :
Dipetik dari Detikdaily
Rached Ghannouchi - Pemimpin Annahdah disambut rakyat Tunisia dari buangan di Britain.
Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=11571
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30553:bohong-pas-desak-calon-bn-tarik-diri&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS SELEPAS PRK TENANG JOHOR :
“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.
Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.
Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.
PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.
Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.
Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.
Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.
Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30635:selepas-tenang-pas-rangka-strategi-berkesan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
YB Datuk Dr Rais Yatim - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang - Presiden PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.
Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.
Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.
Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.
Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.
Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.
Berikut kenyataan penuh beliau.

BELANGSUNGKAWA ERBAKAN - MENTOR GERAKAN ISLAM
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.
Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.
Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.
AL FAATIHAH.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432H / 27 Februari 2011M
Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?
Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga mengganggu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?
Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar 'Membangun Bersama Islam' yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya.
Sedarkah beliau bahawa di Kelantan lah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita.
Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh 'kerajaan yang menindas wanita' seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana 'Doctor In The House' itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!
Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an.
Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu?
Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.
Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.
KENYATAAN YB DATUK JOHARI ABDUL, AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI MENGENAI VIDEO SEKS DSAI
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
وروى أبو داود في سننه و أحمد في مسنده بإسنادٍ صحيحٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ مِنْ أَرْبَى الرِّبَا الاسْتِطَالَةَ فِي عِرْضِ الْمُسْلِمِ بِغَيْرِ حَقٍّ ) .
Dipetik dari DD : 25.03.2011
Apabila Chua Soi Lek, Rahim Tamby Chik bercakap tentang akhlak ...
Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya.
Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.
Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.
Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.
Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti.
Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.
Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia.
Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya:
1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan
2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.
Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan.
Dipetik dari DD : 27.03.2011
Video seks tersebar:
TERIMA KASIH PRESIDEN PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihanraya PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.
Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin
Kepada semua calon PAS, teruskanlah urusan anda bersama dengan masyarakat di sekeliling anda dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika. Sesungguhnya Allah jualah yang mampu membalas segala kerja buat kita dalam membawa suara Islam yang menjadi asas perjuangan PAS sejak sekalian lama itu.
Sesungguhnya keputusan pilihanraya itu adalah merupakan satu muhasabah terhadap langkah dan strategi dalam kita memugar gerombolan lawan kita dalam pilihan raya itu. Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita. Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu.
PAS juga ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insyaAllah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing
Saya juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
17 April, 2011/ 13 Jamad-al-Awwal, 1432
KEBANGKITAN RAKYAT TUNISIA :
Dipetik dari Detikdaily
Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang - Presiden PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT.
Rached Ghannouchi - Pemimpin Annahdah disambut rakyat Tunisia dari buangan di Britain.
Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.
Ben Ali - Presiden Seumur Hidup
Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti. Pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.
Leila Ben Ali - First Lady
Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya di kenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.
YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Isnin 12 Safar 1432 H / 17 Januari 2011
http://presiden.pas.org.my
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=11571
Bohong: PAS desak calon BN tarik diri |
YB Salahudin Ayob -- Naib Presiden PAS /
Pengarah PRK Dun Tenang
Pengarah PRK Dun Tenang
Berikut kenyataan penuh beliau,
Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.
Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.
Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)
Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.
Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.
Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.
Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.
Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.
Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?
Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?
Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?
YB Salahuddin Ayub,

Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30553:bohong-pas-desak-calon-bn-tarik-diri&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS SELEPAS PRK TENANG JOHOR :
“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.
Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.
PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.
Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.
Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.
Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.
Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.
Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30635:selepas-tenang-pas-rangka-strategi-berkesan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
KENYATAAN AKHBAR DPPWP
Oleh FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
DPPWP
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah tuduhan Dato’ Seri Dr Rais Yatim bahawa Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam. DPPWP kesal dengan kenyataan biadap Dato’ Seri Dr Rais Yatim yang bercakap tidak berdasarkan fakta dengan menuduh melulu pemimpin PAS malu untuk menegur pandangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz.
YB Datuk Dr Rais Yatim - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
DPPWP berpendapat, Dato’ Seri Dr Rais Yatim tidak mengenali PAS secara dekat dan hanya ‘menembak dari jauh’. PAS menjunjung tinggi konsep syura (bermesyuarat) dan bermusahabah sesama ahli dan pimpinan. PAS tidak pernah menghalang mana-mana ahli menyuarakan pendapat sama ada dalam mesyuarat, usrah, ijtima’ hinggalah ke Muktamar Agungnya.
Mana-mana ahli bebas menyuarakan kritikan kepada sesiapa juga pemimpin PAS, tetapi mestilah dengan menjaga adab dan akhlak Islam. Setiap tindakan dan keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat (syura). Pemimpin PAS tidak pernah membuat keputusan bersendirian melainkan dengan mandat keputusan mesyuarat. Daripada peringkat cawangan sehinggalah ke Majlis Syura Ulama’ PAS menggunakan kaedah bermesyuarat dan perbincangan untuk membuat sesuatu keputusan.
PAS juga tidak pernah menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nabi atau separa wali sepertimana yang didakwa oleh Rais Yatim. Sebaliknya Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima teguran dan muhasabah yang disampaikan oleh mana-mana pihak, dan tidak semestinya perlu dihebahkan kepada media.
Keperibadian Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang hidup tidak berpandukan protokol dan hidup serba sederhana menyebabkan beliau mudah didekati dan umat Islam lebih menyayangi beliau berbanding dengan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO yang duduk disebalik rumah mewah dengan tembok tinggi dan kawalan keselamatan yang ketat.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
DPPWP sebaliknya meminta Dato’ Seri Dr Rais Yatim dan pemimpin UMNO jangan malu dan segan untuk menegur kepemimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO. Rakyat pula menganggap UMNO terlalu mendewa-dewakan Perdana Menterinya seolah-olah PM mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh disanggah. Selama ini hanya pembangkang sahaja yang berani menegur kesilapan PM manakala ahli dan pemimpin UMNO diam menikus.
Datin Seri Rosmah Mansor - First Lady of Malaysia
DPPWP juga menyarankan agar Dato Seri Dr Rais Yatim dan UMNO menegur sikap bermewahan serta melampau isteri Perdana Menteri yang bertindak sebagai ‘wanita pertama’ negara. Rakyat meluat melihat telatah isteri PM ini yang bertindak ‘lebih sudu dari kuah’ seolah-olah beliau adalah menteri kabinet atau menteri kanan yang diberi kuasa yang luas.
Disediakan oleh :
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
BN PATUT AMBIL IKTIBAR APA YANG BERLAKU DI MESIR - PRESIDEN PAS
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.
Berikut kenyataan penuh beliau.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang - Presiden PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.
Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.
Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.
Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.
Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.
Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.
Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.
Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.
Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.
Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.
Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.
BELANGSUNGKAWA ERBAKAN - MENTOR GERAKAN ISLAM
Armarhum Dr Necmettin Erbakan (Mantan PM Turki 1996-1997)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.
Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.
Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.
AL FAATIHAH.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432H / 27 Februari 2011M
Rayuan kepada pengundi Merlimau dan Kerdau |
Friday, 28 Rabi'ul Awal 1432 Urusan memilih pemimpin adalah satu urusan dan amanah yang sangat penting dalam Islam. Pemimpin yang kita pilih ini pula adalah melaksanakan amanah Allah SWT, dan membawa mandat rakyat yang memilih mereka. Kita pula akan melakukan kesilapan yang besar kesannya jika kita tersalah memilih pemimpin, terutamanya dari parti yang tidak amanah dan gagal melaksanakan amanah dengan jujur serta telus. Kesan memilih pemimpin ini bukan setakat perkiraan jalanraya baru berturap, bukan juga habuan ringgit sementara yang kita dapat semasa pilihanraya semata-mata, tetapi kesannya akan turut dirasai oleh anak cucu kita di waktu yang akan datang. Apatah lagi sekiranya perkiraan dosa pahala kita masukkan, tentunya urusan memilih wakil rakyat adalah satu agenda yang sangat penting. Bukankah anak cucu kita yang akan meneruskan kehidupan, dengan cabaran hidup dalam zaman ekonomi serba melambung, harga barang terus meningkat, dengan kita saban hari mendengar kegagalan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN di Malaysia ini, yang terus didedahkan oleh Laporan Audit Negara sendiri. Inilah lambang tenatnya pemerintahan negara pada hari ini. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri memberikan gambaran salah dan hodoh kepada kumpulan 'Muslim Brotherhood' dan tokoh ulama dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi kerana menyokong usaha rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Mesir Hosni Mubarak yang mengumpul kekayaan negara sebanyak RM210 bilion, dalam keadaan rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan yang parah. Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan BN pimpinan Najib sememangnya menyokong dan cenderung kepada kumpulan yang merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat dalam kesusahan. Walaupun pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau ini tidak akan mengubah kerajaan negeri dan negara, tetapi ia boleh menjadi medan rakyat menegur pemerintah. Rakyat di Merlimau dan Kerdau, mesti memberi peringatan kepada kerajaan yang tidak pentingkan rakyat. Berikan undi saudara-saudari sekalian kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini. Kemenangan PAS di kedua DUN ini, mampu memberi tekanan kepada pemerintah agar segera berubah menjaga kepentingan rakyat atau diubah dalam pilihanraya umum akan datang. Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, merayu kepada seluruh pengundi Melayu, Cina dan India di Merlimau dan Kerdau supaya memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil ini. Terima kasih di atas sokongan tuan puan sekalian. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga mengganggu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?
Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar 'Membangun Bersama Islam' yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya.
Sedarkah beliau bahawa di Kelantan lah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita.
Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh 'kerajaan yang menindas wanita' seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana 'Doctor In The House' itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!
Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an.
Allahyarhamah Khatijah Sidek
Mantan AP PAS I Dungun
Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu?
Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik).
Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?
Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?
Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.
KENYATAAN YB DATUK JOHARI ABDUL, AHLI PARLIMEN SUNGAI PETANI MENGENAI VIDEO SEKS DSAI
YB Datuk Johari Abdul - AP Sungai Petani / MPP - PKR
You tube :
http://www.youtube.com/watch?v=q9U4W7g2rco&feature=channel_video_title
You tube :
http://www.youtube.com/watch?v=q9U4W7g2rco&feature=channel_video_title
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=fglwFtSPlZ8&NR=1
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=fglwFtSPlZ8&NR=1
Tan Sri Rahim Thamby Chik - Mantan KM Melaka
Datuk Eskay Shazryl Abdullah - Ahli Perniagaan
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Johari Abdul
AP Sungai Petani
AP Sungai Petani
Saf Anti Fitnah (SAF)
Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Kami pada hari ini 26hb Mac 2011 mengumumkan pelancaran Saf Anti Fitnah (SAF) . Sehingga pelancaran hari ini kami dianggotai oleh NGO berikut : TERAS , SHURA , PAKSI , Budayawan Bertindak , SALIMAH , Kelab GADIS –SALIMAH ,ISRA (Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat ,MBWM( Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia) , Pusat Tassawur Islam Perak, Jaringan Kuliah Dhuha Perak , MuafakatPerubuhan Islam Kedah (WEHDAH), (JAMA’IY) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak.
Kami mengambil inisiatif ini adalah berdasarkan perkembangan politik tanah air yang sangat memprihatinkan kami.
Kami menyatakan ketegasan dan bantahan keras kami terhadap gejala berkembangnya budaya politik fitnah yang kini sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik Negara. Beberapa hari yang lalu muncul lagi isu video seks yang didalangi oleh sekumpulan ahli polItik yang mengelar diri mereka Datuk T .
Kami berpendirian bahawa isu fitnah seks yang nampaknya menjadi-jadi dinegara ini bakal menghunjam negara dan rakyat ini ke kancah kehancuran dan kehinaan yang tidak akan boleh dirawat jika ia tidak dibentaras dari sekarang.
Implikasinya amat berat kerana jika budaya politik begini terus menjadi wajah politik tanah air ia bukan sahaja akan menjadikan Negara ini bahan ketawa seluruh dunia malah akan menjadikan bangsa Melayu dan Islam dihina .
Pemerhatian kami mendapati kini ujud ahli politik dan pihak-pihak yang berkepentingan terlalu ghairah untuk mempertahankan kuasa walaupun dengan cara yang kotor.
Malang sekali ia semacam mendapat restu pihak yang berwewenang dan mereka yang menjadi musuh politik antara parti yang memberi komen yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mempengaruhi sikap dan pemikiran khalayak awam. Sementara pendalang fitnah dilihat sebagai pahlawan moral , pihak media tertentu pula secara sengaja turut memanaskan fitnah terhadap tertuduh sebagai suatu berita murahan hanya untuk melariskan akhbar.
Natijahnya seluruh rakyat diheret kedalam kekacauan pemikiran yang tidak karuan sehingga politik tanah air dilihat sarat dengan isu-isu yang penuh dengan adegan cantas-mencatas dan fitnah-menfitnah.
Amalan saling menjatuh dan mengaibkan seteru politik melalui apa cara sekalipun sehingga sanggup berkonspirasi dengan isu perlakuan seks ,sudah sangat keterlaluan dan berunsur jahat.
Kami berpendirian sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah yang membabitkan pertarungan untuk mendapat kuasa politik.
SAF diujudkan adalah bertujuan untuk mengabungkan tenaga NGO Islam dengan para ulama bagi mengemblengkan tenaga melancarkan perang keatas budaya dan konspirasi fitnah dalam Negara semada dalam aspek sosial , budaya , ekonomi mahupun politik.
SAF berhasrat untuk mengujudkan kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya fitnah dan akibatnya dan bagaimana rakyat tidak boleh bertoleransi dengan fitnah , konspirator fitnah , pencanang dan penyebar fitnah serta segala alat komunikasi dan media yang mempromosi fitnah.
SAF menggariskan pendiriannya dalam usaha memerangi fitnah kepada 4 sikap :
1. Fitnah mesti diperangi habis-habisan
2. Fitnah yang berkait dengan hukum Qazaf dalam Islam mesti dikuatkuasakan 3. Fitnah mesti dibanteras dalam semua budaya hidup masyarakat
4. Fitnah politik untuk menjatuhkan lawan ditolak dan dibantah sekeras-kerasnya.
Kami mewakili suara rakyat Malaysia yang sudah tidak lagi boleh bertolak ansur dengan budaya politik fitnah yang melampau dan berniat jahat.
SAF menuntut mana-mana pihak yang terbabit dengan fitnah yang terbukti bersalah menyebarkan fitnah hendaklah dihukum dengan hukuman yang sejajar dengan peruntukan undang-undang. Jika ia disabitkan bersalah mengikut hukum Qazaf dalam Islam , maka penguatkuasaan undang-undang syariah hendaklah dilaksanakan.
SAF mengumumkan bahawa bermula hari ini kegiatan kempen dan pendedahan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah akan diketengahkan kepada masyarakat agar masyarakat menilai keburukan mereka yang terlibat dengan penyebaran firnah.
SAF bersandarkan hujahnya untuk memerangi fitnah berdasarkan sikap dan prinsip Islam mengenai amalan fitnah. Demikian beratnya implikasi fitnah sehingga al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)
Allah berfirman: وَ الَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَ الْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَ إِثْمًا مُبِينًا ) [ الأحزاب : 58 ] .
Orang-orang yang menyakiti mu’min lelaki dan mu’minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata
و قال جلّ و علا : ( إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ وَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ) [ النور : 23
Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu’minah , Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat . Untuk mereka disediakan azab yang sangat besar. Rasulullah bersabda:
وروى أبو داود في سننه و أحمد في مسنده بإسنادٍ صحيحٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ مِنْ أَرْبَى الرِّبَا الاسْتِطَالَةَ فِي عِرْضِ الْمُسْلِمِ بِغَيْرِ حَقٍّ ) .
Riba yang paling dahsyat ialah perbuatan menjatuhkan maruah individu muslim lain tanpa asas dan bukti yang benar.
وقال تعالى : ( وَ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَ لا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ) [ النور : 4 ] .
Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan . Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang –orang fasiq
Dengan sanadaran dalil yang kukuh berdasarkan SAF mengambil tanggungjawab untuk mengembleng rakyat supaya bangkit menentang fitnah sehingga ke akar puncanya.
SAF mengesa rakyat diseluruh peringkat berwaspada terhadap fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik sempit dan politik penting diri.
SAF menyeru agar para ulama , cendekiawan serta para budayawan yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan memainkan peranan yang aktif dan proaktif agar menjadi pemandu kepada rakyat untuk membentaras fitnah sehingga ke akar umbi. Rakyat harus sentiasa mendapat isyarat yang betul dari para ilmuan supaya budaya fitnah tidak dibenarkan berleluasa dalam Negara ini. Rakyat perlu menilai dengan matang antara politik kebenaran dan politik fitnah.Sudah sampai masanya rakyat menolak dan tidak bertolak ansur dengan politik fitnah demi membangunkan masa depan Negara yang lebih terhormat dan bermaruah.
SAF mengesa semua pihak yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang bertegas supaya tindakan menfitnah dihukum mengikut peruntukan yang ada dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengguna kuasa politik untuk kepentingan diri.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Jurucakap SAF
Jurucakap SAF
Dipetik dari DD : 25.03.2011
Apabila Chua Soi Lek, Rahim Tamby Chik bercakap tentang akhlak ...
Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh UMNO. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato’ Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video.
Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti.
Dr Chua Soi Lek - Presiden MCA
Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.
Tan Sri Rahim Thamby Chik - Pengerusi RISDA
Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.
Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks.
Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti.
Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.
Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia.
Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya:
1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan
2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.
Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moralnya sangat memualkan.
Dipetik dari DD : 27.03.2011
Video seks tersebar:
6 soalan tetap tidak terjawab, kata Nik Nazmi
YB Nik Nazmi Nik Ahmad - ADUN Seri Setia / Pengarah Komunikasi PKR Sementara Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menyokong cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menayangkan klip video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim itu di parlimen, sebahagian daripada klip tersebut telah disebarkan di laman internet, Youtube. Bagaimanapun, Nazri Aziz (gambar kiri) menyerah kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memutuskan sama ada memberikan lampu hijau kepada cadangan tersebut atau tidak. Selain itu, Peguam Negara Abdul Gani Patail mencadangkan agar Akta Penapisan Filem diteliti, sebelum menayangkan video yang kontroversi ini. Namun demikian, satu klip yang panjangnya 1 minit dan 47 saat telah dimuatkan ke dalam laman Youtube, dan mula dikongsi dan disebarkan oleh laman-laman pro-UMNO. Klip ini tidak mengandungi aksi persetubuhan, dan berakhir apabila lelaki dalam klip tersebut memeluk seorang perempuan di dalam video. Klip tersebut dimuat-naik oleh seorang yang mendaftar dengan nama "thepowercam". Nik Nazmi: 6 soalan yang tidak terjawab Sebelum satu sidang media yang bakal diadakan pada jam 10 pagi oleh Johari Abdul, ahli parlimen Sungai Petani di parlimen esok, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi telah mengeluarkan kenyataan medianya, seperti yang berikut: Sewaktu "Dato T" mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya. Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar. Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar. Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik. Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak. Enam persoalan asas masih belum terjawab: 1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa? 2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T. 3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Mahathir Mohammad dan Najib Razak? 4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? 5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Juanda Jaya (Perlis), Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia. 6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini? Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama. |
Selasa, 5 April 2011
Fitnah Video Seks Tersebar Di Internet : Kenyataan Penuh Dr Wan Azizah & Nurul Izzah
Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.
Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”
Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.
Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.
Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai
Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berikut kenyataan penuh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar :
Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.
Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.
Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.
Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan
KENYATAAN AKHBAR
6 APRIL 2011
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor AP Bandar Tun Razak /ADUN Ijok
Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan.
Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka.
Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.
Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.
Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang.
Insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri. Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.
Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.
Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Lima tuntutan pemuda Pakatan Rakyat
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin mengajak semua menjiwai benar-benar akan firman Allah berikut:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik yang membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakan sesuatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” AL-HUJURAT: Ayat 6.
Berdasarkan ayat di atas, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mahu rakyat bertenang terhadap fitnah terbaru yang dihalakan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita diajar meneliti sesuatu tuduhan, apatah lagi tuduhan & video seks fitnah itu datangnya dari Datuk Trio, yang seorang daripada mereka pernah bergelumang dengan pertuduhan merogol gadis bawah umur.
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga ingin menyatakan sokongan penuh kepada penafian tegas yang telah dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menolak sebarang perkaitan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video fitnah tersebut.
Justeru, setelah isu ini menjadi tatapan dunia dan amat memalukan kita, serta demi meredakan keresahan rakyat terhadap fitnah terbaru ini, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak untuk mengarahkan agensi/institusi di bawah kuasa beliau ini untuk menunaikan segera perkara-perkara berikut:
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)- Mengenakan tindakan kepada semua blog-blog yang sengaja menyiarkan video fitnah yang bertujuan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blog terawal yang didapati menyebarkannya adalah Papagomo & Gerakan Anti-PKR.
Unit Media Baru (Pemuda Umno Malaysia) - Mengeluarkan arahan kepada semua blogger di bawah UMB agar menarik balik video tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Mengarahkan pihak Polis supaya dengan segera dan tanpa lengah terus menangkap Datuk Trio atas tindakan mereka yang terang-terang bersalah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Kementerian Dalam Negeri - Menggesa kementerian ini membuat siasatan rapi tentang video yang masih dalam siasatan polis, tetapi bocor di Youtube dan memalukan Malaysia di mata dunia.
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - Mengarahkan agar semua surat khabar arus perdana keluaran Selasa 5 April 2011, meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia di atas terbitan gambar-gambar fitnah yang amat mengaibkan.
Dengan ini juga, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak meminta maaf secara terbuka di atas kegagalan beliau membendung Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia dari diaibkan secara besar-besaran di mata dunia

Rayuan kepada rakyat Sarawak
Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.
Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama.
Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.
Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.
PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.
Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti.
Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

KENYATAAN MEDIA
Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.
Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?
Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.
ANWAR IBRAHIM
Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.
Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?
Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.
ANWAR IBRAHIM
TERIMA KASIH PRESIDEN PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihanraya PAS dari perlbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.
Tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh berkempen itu.
Allahyarham Mohamad Izan Yaakob - Petugas PAS / Ketua Cawangan di Machang - Al Fatihah
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan DUN Beting Maro pada hari pengundian dijalankan. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin
Kepada semua calon PAS, teruskanlah urusan anda bersama dengan masyarakat di sekeliling anda dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika. Sesungguhnya Allah jualah yang mampu membalas segala kerja buat kita dalam membawa suara Islam yang menjadi asas perjuangan PAS sejak sekalian lama itu.
Sesungguhnya keputusan pilihanraya itu adalah merupakan satu muhasabah terhadap langkah dan strategi dalam kita memugar gerombolan lawan kita dalam pilihan raya itu. Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita. Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu.
PAS juga ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini. Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insyaAllah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing
Hj Adam Ahid - Pesuruhjaya PAS Sarawak
Saya juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihanraya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
17 April, 2011/ 13 Jamad-al-Awwal, 1432
Rabu, 20 April 2011
Kenyataan Penuh Tok Guru Nik Aziz Yang Mempertahankan Presiden PAS
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.
Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.
Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.
Sekian, wassalam.
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3054:mb-selangor-perutusan-hari-pekerja-1-mei&catid=90:fokus-khas&Itemid=84
Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya
Berikut kenyataan penuh beliau.
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3081:jika-benar-osama-mati-saya-doa-keampunan-untuknya&catid=36:headline&Itemid=68
"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.
"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?
"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?
“Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.
Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.
Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.
"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 2011 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.
"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold...”
"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.
Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda, Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.
Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci
MB Selangor: Perutusan hari pekerja 1 Mei |
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim |
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. 1 Mei datang lagi. Tahun 2011 ini Hari Pekerja di Malaysia disambut pada Ahad, bersamaan 27 Jamadilawal 1432 Hijrah. Ia merupakan kali ke-32 cuti umum sempena Hari Pekerja disambut oleh golongan pekerja di Malaysia setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja di Malaysia. Namun begitu, Hari Pekerja tidak disambut serentak di kebanyakan negara di dunia yang mengiktiraf Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization/ILO). Di samping Malaysia, Argentina, Austria, Belgium, Jerman, Norway Itali, Korea Selatan Perancis, Singapura, Sepanyol, Sweden, Thailand, dan Vietnam juga menyambutnya pada 1 Mei. Kanada dan Amerika Syarikat menyambutnya pada 2 September; New Zealand (28 Oktober) dan Britain (6 Mei). Jepun, yang mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja, menyambutnya pada 23 November. Bagi pekerja di negeri Selangor khususnya, pada tahun ini kita mahu memantapkan perhubungan antara majikan dan pekerja. Selangor, sebagai negeri yang paling maju daripada segi pertumbuhan ekonomi Malaysia, sedar akan betapa pentingnya mengekalkan sumber tenaga kerja yang berdaya saing tinggi dan suasana pasaran yang dinamik. Dua-dua aspek ini hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara majikan, pekerja dan kerajaan. Sementelahan pula Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan pendapatan penduduk negeri, terutamanya pekerja dan usahawan kecil. Maka, bersempena dengan Hari Pekerja Se-Dunia pada 1 Mei 2011 ini, saya dengan sukacitanya, mengumumkan penubuhan Institut Produktiviti & Perhubungan Perusahaan Selangor atau singkatannya “InPPP.” Institut ini merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sukarela dan bebas. Keanggotaannya terdiri daripada majikan (pihak swasta), wakil kesatuan sekerja dan ahli akademik. Antara misi InPPP adalah, sebagai wadah bagi mengeratkan perhubungan antara pekerja, majikan dan kerajaan untuk membolehkan dasar dan usaha bersama yang lebih selaras; untuk membantu usahawan dan golongan pekerja dengan memperkenalkan cara pengurusan, latihan dan teknologi terkini yang lebih berkesan untuk mempertingkat produktiviti; dan untuk menaikkan mutu hidup pekerja dan penduduk Selangor pada amnya. Buat sementara waktu, satu Jawatankuasa Protem ditugaskan untuk melaksanakan kerja penyediaan dalam tempoh enam bulan. Selaku Dato’ Menteri Besar Selangor, saya yakin Institut Produktiviti & Perhubungan Perusahaan Selangor ini dapat memperjuangkan hak para pekerja dalam hal menikmati limpahan kekayaan ekonomi yang sejak puluhan tahun hanya dinikmati oleh segelintir dan meminggirkan majoriti rakyat terutama golongan pekerja. Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan dan perlindungan kepada kita semua. “Selamat Menyambut Hari Pekerja”. Terima kasih TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3054:mb-selangor-perutusan-hari-pekerja-1-mei&catid=90:fokus-khas&Itemid=84
Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya
Dato' Bentara Setia TG Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am / MB Kelantan
Berikut kenyataan penuh beliau.
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3081:jika-benar-osama-mati-saya-doa-keampunan-untuknya&catid=36:headline&Itemid=68
Ahmad Fadhli: Kenyataan Dr Juanda 'separuh masak'
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari meminta Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan pelan cadangannya secara terperinci berhubung penyatuan PAS dan Umno supaya ia dapat difahami dengan jelas. Beliau yang juga ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan berkata pada hakikatnya parti itu tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam.
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari - SU Akhbar MB Kelantan
"Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.
"Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah Umno telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?
"Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat?
“Hakikatnya DAP dan PKR tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini," kata Ahmad Fadhli dalam satu kenyataan media.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam berhubung kenyataan Dr Juanda yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai 'pengkhianat Islam' dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.
SS Dr Juanda Jaya - Mufti Perlis
Dr Juanda dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam berdasarkan tuntutan al-Quran antaranya melalui ayat 13 surah Asy-Syura
memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.
Dalam kenyataannya, Ahmad Fadhli turut menggesa Dr Juanda memberi komen mengenai hukum kerjasama Umno dengan MCA apabila presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa berkata parti Cina itu boleh menerima kehadiran PAS dalam BN dengan syarat parti Islam itu menggugurkan agenda perjuangan Islam.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Presiden MCA
"Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 2011 yang lalu di muka surat 9 untuk rujukan pihak mufti Perlis.
"Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan: However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with Umno about any possible return to the Barisan Nasional fold...”
"Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam BN membisu seribu bahasa?" soalnya.
Oleh itu, sambil bersangka baik terhadap Dr Juanda, Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu "separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak" bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno.
Justeru, Ahmad Fadhli berharap agar mufti Perlis itu dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci
Sumber : MTDDT - 5//05/2011
http://mtddusuntua.blogspot.com/2011/05/ahmad-fadhli-kenyataan-dr-juanda.html
Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia
Nota Admin
Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.
Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.
Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid UMNO’ sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.
Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-
Kenyataan Akhbar
Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.
Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.
Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:
1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.
Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.
Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.
Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.
Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.
Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.
Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi penting negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa. Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.
Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.
Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.
Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi penting negara.
Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.
Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.
Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Sumber :
http://anwaribrahimblog.com/2011/05/07/kenyataan-rasmi-pimpinan-pakatan-rakyat-islam-agama-rasmi-malaysia/
Pakatan Rakyat Memperkasakan Islam Sebagai Agama Rasmi
Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.
Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu
beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.
Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Sumber DD : 10/05/2011
Kenyataan media Dato Husam Musa
11 Mei 2011
Royalti petroleumPembayaran Royalti Petroleum kepada Terengganu berjumlah RM 938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011 seperti yang disahkan oleh Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan.
Pembayaran semula royalty minyak Terengganu ini juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna.
Pembayaran kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan dalam hal ini sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganak-tirikan Kelantan atas faktor politik. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama.
Pembayaran royalty ini, sebagaimana kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu adalah berasaskan perjanjian 1975. Justeru Kelantan dan Terengganu menandatangani perjanjian yang sama 36 tahun yang lalu. Secara jelas asas undang-undang adalah sama. Jika pembayaran terpaksa dibuat kepada Terengganu kerana kehendak perjanjian 1975, jelas tidak ada sebab hak Kelantan dalam hal yang sama dinafikan.
Bagi berlaku adil dan merealisasikan kebajikan secara saksama serta pengembalian hak rakyat Kelantan, YAB Perdana Menteri seharusnya menjelaskan segera pembayaran royalty minyak Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan kepada Terengganu.
Sekian terima kasih
Dato Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum.
Pertahan Prinsip Keluhuran Beragama dan Menyanggah Faham Melampau
Agama Islam merupakan agama yang menjunjung prinsip Keadilan, cintakan keamanan, menghormati hak penganutnya dan juga hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Prinsip utama syariah yang dikenali sebagai maqasid syariah merumuskan bahawa adalah satu keutamaan untuk melindungi agama, nyawa, keturunan, aqal, harta dan maruah.

Oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.
Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu
beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.
Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Sumber DD : 10/05/2011
11 Mei 2011
Royalti petroleumPembayaran Royalti Petroleum kepada Terengganu berjumlah RM 938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011 seperti yang disahkan oleh Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan.
Pembayaran semula royalty minyak Terengganu ini juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna.
Pembayaran kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan dalam hal ini sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganak-tirikan Kelantan atas faktor politik. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama.
Pembayaran royalty ini, sebagaimana kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu adalah berasaskan perjanjian 1975. Justeru Kelantan dan Terengganu menandatangani perjanjian yang sama 36 tahun yang lalu. Secara jelas asas undang-undang adalah sama. Jika pembayaran terpaksa dibuat kepada Terengganu kerana kehendak perjanjian 1975, jelas tidak ada sebab hak Kelantan dalam hal yang sama dinafikan.
Bagi berlaku adil dan merealisasikan kebajikan secara saksama serta pengembalian hak rakyat Kelantan, YAB Perdana Menteri seharusnya menjelaskan segera pembayaran royalty minyak Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan kepada Terengganu.
Sekian terima kasih
Dato Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum.
Pertahan Prinsip Keluhuran Beragama dan Menyanggah Faham Melampau
Oleh Anwar Ibrahim
Kita menyedari agama Islam mempunyai kedudukan yang unik di negara ini dan di rantau Asia Tenggara. Peranan mubaligh yang menerapkan pesan Islam secara aman dan berperingkat telah berupaya membentuk weltanschauung umat Islam yang terbuka dan toleran (tasamuh) terhadap kemajmukan budaya. Islam juga telah berperanan merungkai minda umat Melayu yang sebelumnya berasaskan mitos serta tahyul kepada pemikiran yang rasional yang sejajar pula dengan pesan- pesan Al Quran.
Agama Islam merupakan agama yang menjunjung prinsip Keadilan, cintakan keamanan, menghormati hak penganutnya dan juga hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Prinsip utama syariah yang dikenali sebagai maqasid syariah merumuskan bahawa adalah satu keutamaan untuk melindungi agama, nyawa, keturunan, aqal, harta dan maruah.
Makanya berteraskan kefahaman Islam yang tepat, penghayatan agama yang tuntas oleh umat Islam untuk memastikan cara hidup yang berintegriti. Umat Islam yang mahu memenuhi maksud ihsan dan keadilan sebagaimana yang sering dianjurkan pastinya menolak penindasan, rasuah serte segala bentuk penyelewengan. Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan umat Islam kesal dengan sikap pimpinan Umno serta media kongkongannya yang tidak konsisten dalam penghayatan agamanya. Apatah lagi rasuah dan penyelewengan kuasa masih berleluasa.
Mutakhir ini, ada pimpinan Umno dan media yang dimilikinya mencuba menggugat keamanan antara penganut agama di Malaysia dengan retorika perkauman sempit yang tajam, dangkal dan tidak berasaskan prinsip Keadilan sebagaimana dianjurkan Islam. Upaya mereka semata mata mahu menakut-menakutkan umat Islam serta menimbulkan prasangka antara kita.
Kita kesal kerana retorika serta propaganda pimpinan Umno dan media yang dimilikinya hanya membantutkan usaha baik dari kalangan kita demi memenuhi maksud pesan Li ta’arafu, iaitu berusaha kenal mengenali antara kita yang berbeza kepercayaan dan budaya.
Dengan nada yang sama maka kami juga ingin menyanggah kecenderungan sebahagian yang menyarankan faham melampau di kalangan penganut agama mereka tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Maka kepada wakil wakil badan Islam serta agama agama Buddha, Kristian, Hindu dan lainnya, kami ingin mengulangi komitmen mempertahankan prinsip keluhuran hidup beragama yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.

Sumber DD - 7/06/2011
Serbuan Jais: Kenyataan penuh Datuk Dr Hassan Ali |
Dr Hassan Ali |
KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut. Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai. Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’. Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti. Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS. Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut. Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan. PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4741-serbuan-jais-kenyataan-penuh-datuk-dr-hassan-ali
Isu Jais: Hentikan buat kenyataan provokatif |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Semua pihak diseru supaya tidak membuat sebarang kenyataan provokatif mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu. Ia juga perlu bagi menghormati bulan Ramadan daripada bercakap bohong dan menimbulkan fitnah, kata Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa. Dalam satu kenyataan hari ini, Mujahid melahirkan rasa bimbang isu Jais ini akan memburukkan keadaan hubungan antara agama di negara ini yang semakin tegang masa kini. “Kegagalan kerajaan menangani isu kalimah Allah tempoh hari berpotensi menimbulkan satu polemik baru pula. YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ketua Lajnah Perpaduan PAS Pusat "Semua pihak turut bimbang dengan adanya pulak pihak yang ingin ambil kesempatan utk kepentingan politik sempit mereka. Memburukkan lagi situasi ialah apabila media diperalatkan untuk menimbulkan provokasi dari kenyataan puak rasis dan fanatik agama,” kata beliau. Dua hari lepas, kira-kira 30 anggota pihak berkuasa Jais dan polis telah memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama pada jam 10 malam semasa satu majlis makan malan muhibbah diadakan. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum yang turut dihadiri 15 orang Melayu Islam. Setelah menerima kritikan hebat, Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali menjelaskan bahawa serbuan itu dibuat kerana pihak Jais menerima maklumat ada usaha mahu memurtadkan umat Islam. Namun sehingga kini, tidak dapat disahihkan apa bukti yang diterima pihak berkuasa terbabit. Disebabkan itu, Muhajid, yang juga Pengerusi Jaringan Antara Agama Asia Tenggara turut menyeru Jais untuk memberikan penjelasan secara jujur motif tindakan mereka kerana ini melibatkan premis ibadat agama Kristian yang mesti dihormati. “Ada beberapa isu yang perlu diberi penjelasan. Atas alasan apakah serbuan dibuat? Adakah waren dikeluarkan? Apakah sebenarnya berlaku dalam gereja tersebut? "Kekaburan tindakan dan penjelasan yang tidak memuaskan hanya akan memberi ruang hubungan antara agama semakin meruncing dan sekaligus menimbulkan ketegangan kaum,” tambah beliau. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihak kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat DYMM Sultan Selangor sebelum mengambil tindakan seterusnya setelah menerima laporan Jais. "Sebaik menerima laporan Jais saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini serta memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," kata Khalid. Khalid turut melarang semua ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini dan menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini. "Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut. Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut. "Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," kata beliau lagi. |
No comments:
Post a Comment