PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG,LABIS,JOHOR :
CALON-CALON PAS VS BN :
Langsung Proses Penamaan Calon PRK Tenang |
Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria |
11.30 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan. |
Calon-calon yang bertanding : Cikgu Normala dan Azhar Ibrahim diapit oleh
Ustazah Nuridah,Ketua Muslimat dan Datuk Shahrizat Jalil.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30482:langsung-proses-penamaan-calon-prk-tenang&catid=1:utama&Itemid=50
NORMALA SUDIRMAN SAH CALON PAS DUN TENANG :
1. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30374:normala-sudirman-calon-pas-di-tenang&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
2. http://news.mylaunchpad.com.my/local/BM/article?Key=8dacc828-1ab7-4f4a-be1d-f2e2a69f93d5
3. You tube : http://www.youtube.com/watch?v=Un7_OpVeW54
4. Laman Web PRK Tenang : http://n05tenang.pas.org.my/
Dari kanan : Ustazah Nuridah Salleh,KDMPP, Cikgu Normala Sudirman,Calon,
Chong Eng, KWDAP dan Datin Seri Wan Azizzah Wan Ismail,Presiden PKR.
BN : MOHD AZHAR IBRAHIM
Calon BN : Azhar Ibrahim diisytihar calon di DUN Tenang.
http://www.malaysiakini.com/news/153870
Suasana Kempen dan Profail Calon PAS:
Calon PAS / PR menulis perkataan 'Huan' yang bermaksud 'Ubah''.
Pengumuman calon masing-masing telah dibuat oleh Presiden PAS dan Timbalan Presiden UMNO pada 16 dan 19 Januari 2011 di pejabat parti PAS dan BN.
You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=w3zYvTztgo0
Mala layak jaga bumi Allah bukan Johor saja |
Harakahdaily |
LABIS, 27 Jan: "Beliau (Cikgu Mala) nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah pertamanya di Tenang malam tadi. |
Calon PAS - Cikgu Normala Sudirman
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30572:mala-layak-jaga-bumi-allah-bukan-johor-saja&catid=1:utama&Itemid=50
Suasana Hari Mengundi :
Perayu-perayu PR (PAS) dalam suasana hujan merayu undi.
Cikgu Mala dan suami mengharung banjir selepas melawat tempat mengundi.
KEPUTUSAN : CIKGU MALA BELUM MENANG
You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=2vaBvLGIy7M
Keputusan Rasmi :
PAS / Cikgu Normala Sudirman : 2992
BN / Mohd Azhar Ibrahim : 6699
Majoriti : 3707
Peratus Mengundi : 71.8 %
Banjir mulai naik di tempat mengundi.
Jangan patah semangat kerana sudah dijangka |
Harakahdaily |
TEMERLOH, 31 Jan: Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Pahang |
Perayu-perayu undi PAS / PR menunggu para pengundi lalu di suatu persimpangan ke tempat mengundi.
Cikgu Mala digesa terus turun padang |
Harakahdaily |
LABIS, 31 Jan: PAS kawasan Labis khususnya calonnya di Tenang, Cikgu Normala Sudirman diseru supaya terus turun padang bagi memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya kecil baru-baru ini. "Asas yang sangat baik telah dibina untuk Dun Tenang. PAS kawasan Labis, khususnya Cikgu Mala mesti terus turun padang," kata Mazlan Aliman AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan jentera PAS di PRK Tenang. |
Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat / Presiden ANAK
Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong |
Hazayani Zakaria |
YB Datuk Teng Chang Khim - Speaker DUN Selangor SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong. |
2. You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=TH1ruIRRapk
YB Badrul Hisham Abdullah - ADUN Bebas Pelabuhan Klang
Adun Merlimau meninggal dunia |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini. Allahyarham Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi. |
PRK Merlimau 6 Mac |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan manakala penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari. Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis malam tadi. |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30602:prk-merlimau-6-mac&catid=1:utama&Itemid=50
PAS tanding PRK Dun Merlimau |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Feb: PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti. Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi. |
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=yY8SqmzeLf8
TUAN IBRAHIM TUAN MAN PENGARAH JENTERA PRK MERLIMAU DAN PENGARAH STRATEGI DUN KERDAU:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden / Pesuruhjaya PAS Pahang
YB Dato' Abdul Halim Abdul Rahman - Timbalan Pengarah I / Ketua Pengarah PR PAS
Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi - Timbalan Pengarah II / Ketua DPP
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 11 Feb: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik menjadi Pengarah jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau 6 Mac depan. Menurutnya perlantikan tersebut dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat baru-baru ini. |
CALON PAS DI MERLIMAU : SDR YUHAIZAD ABDULLAH - TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS MELAKA
Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau. Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari. |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31050:yuhaizad-di-merlimau-hassanuddin-di-kerdau&catid=1:utama&Itemid=50
You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=1-aRFYyGDas
Pengumuman calon telah diumumkan pada 24/02/20011 oleh Tuan Guru Presiden.
Portal PRK Merlimau : http://pasprkmerlimau.blogspot.com/
CALON BN : ROSLAN AHMAD
PILIHANRAYA KECIL YANG KE-16 DI DUN KERDAU, PAHANG :
Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kasim - mantan ADUN Kerdau
CALON PAS / PAKATAN RAKYAT : HASSANUDIN SALIM,, KETUA PENERANGAN PAS PAHANG
Sdr Hassanudin Salim - Ketua Penerangan PAS Pahang (bekas calon PRU 12)
You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=mPbWWzEpSOE
Ceramah Bob Lokman di Kerdau : http://www.youtube.com/watch?v=IOsYqQRm8BA&NR=1
CALON BN : SYED IBRAHIM SYED AHMAD
Syed Ibrahim Syed Ahmad - calon BN
12-02-2011,Temerloh - Dengan meninggalnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim,63 tahun di Hospital Sultan Ahmad Shah pada jam 6.30 petang tadi kerana sakit jantung, menandakan satu lagi Pilihanraya Kecil bakal diadakan bagi kali ke-16 selepas DUN Merlimau, Melaka.
Pada PRU 2008 Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS, Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 4,135 undi berbanding Hasanuddin sebanyak 2,520.
N.28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya ialah Tuan Ibrahim.
N.28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana Yang Dipertua PAS kawasannya ialah Tuan Ibrahim.
SPR MENGUMUMKAN PRK KERDAU SERENTAK DENGAN PRK MERLIMAU :
Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof - Pengerusi SPR
Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof,Pengerusi SPR telah mengumumkan bahawa PRK Kerdau bakal diadakan serentak dengan PRK Merlimau. Penamaan calon pada 26 Februari 2011 dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 6 Mac 2011.
Undi PAS, bantah projek pancing undi BN - Pesuruhjaya PAS Pahang
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden PAS / Pengarah PRK Kerdau
Antara kesalahan dan pelanggaran Akta Pilihanraya 1954 yang dilakukan oleh Barisan Nasional seperti penggunaan secara berleluasa dan sewenang-wenang kemudahan premis awam termasuk penggunaan padang awam Teluk Sentang, masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25, Balai Raya Kuala Tekal dan pejabat-pejabat Felda di Kerdau.
'' Kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam,” ujarnya.
Selain itu, tambahnya ia juga melibatkan pemberian secara terbuka dibuat oleh Perdana Menteri bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal dengan secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampung Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu adalah amat dikesali dan bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
“PM sekali lagi terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikkan taraf loji air Batu Sawar. Peruntukan berjumlah RM10.4 juta telah dibuat sendiri oleh PerdanaMenteri.
Ini, ujarnya tidak termasuk pemberian berbentuk hamper dan makanan yang diedar di Kampung Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan “Mengakhiri Zaman Miskin”.
Paling mutakhir, katanya adalah bayaran wang SES Risda Felda Jengka 22 sebanyak RM13,000 seorang peneroka atau berjumlah sebanyak RM3,367,558 yang bakal dibuat penyeraan cek pada Isnin 7 Mac 2011.
Begitu juga, ujarnya bayaran SITS MPOB Felda jengka 23 kepada peneroka sebanyak RM4,000 seorang.
“Ternyata bahawa bayaran ini adalah selektif dan berpilih, maka jelas dan tegasnya bahawa ia adalah satu tindakan mempengaruhi pengundi dan bertentangan dengan Akta Pilihanraya,” katanya lagi.
“Kami merayu dan menyeru para pengundi N28 Kerdau supaya mengambil iktibar di atas kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional melaksanakan amanah membangunkan Kerdau yang jelas telah terpnggir selama lebih 50 tahun. Hal diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.
Menurutnya, laporan-laporan yang dibuat oleh PAS kepada kepada pihak berkuasa yakni SPR, PDRM dan SPRM pada 1 Mac dan 5 Mac, tidak langsung diberikan perhatian dan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa tersebut.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Induk PAS, Darul Hikmah di Kerdau, pagi ini. Turut serta ialah timbalannya, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
YB Mohd Abdul Wahid Endut - AP K. Terengganu
YB Dr Dzulkefli Ahmad - AP K. Selangor
Sdr Mazlan Aliman - Presiden ANAK / AJK PAS Pusat
KEPUTUSAN :
PR (PAS) GAGAL MERAMPAS KEDUA-DUA KERUSI :
MERLIMAU :
BN - 5962
PR(PAS) - 2319
MAJORITI - 3643
UNDI ROSAK - 130
PERATUS KELUAR MENGUNDI : 78.98
Sekitar Hari Mengundi : http://www.youtube.com/watch?v=KzrCLY-Akvc
KERDAU :
BN 5060
PR(PAS) - 2336
MAJORITI - 2724
UNDI ROSAK - 90
PERATUS KELUAR MENGUNDI : 83
Kekecohan berlaku di Kerdau : http://www.youtube.com/watch?v=t8JzYHTz9l4
PENGGUNAAN JENTERA KERAJAAN OLEH BN SECARA BERLELUASA MENYEBABKAN MEREKA MENANG SELESA. RAKYAT TIDAK SEDAR ATAU ADA AKU KISAH TENTANG SALAHGUNA KUASA ITU. BAHKAN PENGGUNAAN WANG RAKYAT SECARA WEWENANG DENGAN MENYOGOK BERBAGAI PROJEK SEGERA DI KAWASAN PRK. DAN TIADA SEBARANG TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG SEPATUTNYA MENGAMBIL TINDAKAN SEPERTI SPRM,PDRM DAN SPR SENDIRI YANG BERDIAM DIRI KECUALI DAPAT REPORT DARI PIHAK BN. INGIN MAJU MACAM NEGARA MAJU TETAPI PEMIKIRAN MASIH TIDAK BERTAMADUN MACAM ORANG JAKUN.
Walaupun kalah, PAS tetap optimis |
Rusli Islam |
TEMERLOH, 7 Mac: Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang. |
Terima kasih calon PAS Merlimau : http://www.youtube.com/tvpas09#p/u/2/P5eUSK0jmUs
No comments:
Post a Comment