PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA - Koleksi Berita-berita daripada
Sumber Berita Utama :
1. Harakahdaily
2. DetikDaily
3. Malaysiakini
4. Dan lain-lain
Terima Kasih. Semenjak 10 Januari 2011
CHE DET buat lagi. kali ini mantan PM itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.
Dakwa Tun Mahathir Mohamad, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.
"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.
"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.
Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan taktik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.
Tidak seperti di era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang sering dikecam beliau, Mahathir memilih untuk membantu menyerang Pakatan Rakyat dan menyembunyikan ketidakpuasan hatinya terhadap pentadbiran Najib. Alasannya mudah. Beliau tidak mahu BN yang semakin lemah hilang kuasa dan seterusnya membolehkan seteru politiknya, Anwar Ibrahim menerajui Putrajaya.
Oleh itulah kita lihat kini Mahathir lebih banyak memberi komen berhubung politik negara berbanding isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor!
Walaupun di awal pentadbirannya, Che Det mengkritik dua mantan PM iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn kerana didakwa selalu bersuara mencampuri urusan pentadbiran negara, kritikan beliau nampaknya terkena batang hidung sendiri apabila gemar bercakap mengkritik penggantinya pula.
Kepakaran Dr Mahathir sebagai seorang 'spin doctor' boleh dilihat dalam isu samseng politik yang kian menjadi-jadi sekarang ini.
Walaupun para pemimpin Umno bersungguh-sungguh menafikan pembabitan parti itu dalam beberapa kejadian di seluruh negara, umum mengetahui siapakah dalang dan punca kejadian samseng-samseng itu mengganas.
Kejadian terbaru membabitkan ceramah anjuran KeADILan di Lembah Pantai. Ceramah yang disampaikan Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar 24 Mei lalu dicemari insiden keganasan apabila pemimpin dan hadirin dilempar batu dan telur oleh Pemuda Umno. Seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke klinik kerana tercedera terkena batu di kepala.
Motif Umno mengadakan ceramah lebih kurang 100 meter daripada lokasi ceramah anjuran KeADILan itu juga bertujuan mewujudkan ketegangan. Apatah lagi ceramah itu disampaikan penglipurlara cerita lucah dan porno Umno, Umi Hafilda Ali. Malah Umi Hafilda dilapor memekikkan perkataan "Anwar al-Jub*ri. Dia pro-Israel. Dia bapa kaki perempuan" bagi menenggelamkan ceramah Anwar.
Hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai juga dilapor menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini".
Ucapan Nurul Izzah turut tertangguh 15 minit apabila bekalan elektrik sengaja dipotong.
Walaupun Umno Lembah Pantai yang dipimpin Raja Nong Chik menafikan terlibat dalam insiden ganas dan sabotaj itu, bukti-bukti yang wujud tidak boleh menafikan penglibatan Umno.
Begitu juga dengan insiden yang menimpa Anwar di Johor dan Pahang apabila kereta milik Ketua Pembangkang itu menjadi mangsa tindakan samseng upahan Umno.
Di Melaka, program menampilkan Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga baru-baru ini turut diganggu samseng. Malah Adun (Umno) Serkam dan Ahli Parlimen (Umno) Jasin turut dikesan berada di dalam kawanan gerombolan samseng tersebut.
Beberapa kejadian kacau ganggu di hadapan kediaman S Ambiga pasca himpunan bersih 3.0 punya kaitan dengan samseng Umno. Walaupun pihak-pihak terlibat melindungi kegiatan samseng mereka di sebalik nama badan bukan kerajaan (NGO), carian di internet membuktikan penglibatan mereka dengan Umno.
Walau bagaimana kerasnya penafian pemimpin Umno terhadap pembabitan parti itu dengan gerombolan samseng, Umno tidak boleh bersembunyi di sebalik lalang nan sehelai. Di Melaka sebagai contoh, budaya samseng politik dipelopori Pengerusi Perhubungan Umno yang juga Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sendiri.
Menjadi hobi kepada Mohd Ali untuk mengadakan 'ceramah kilat' berhadapan lokasi pentas ceramah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Mohd Ali akan menjerit-jerit menggunakan pembesar suara bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat walaupun yang berada di hadapannya hanyalah sekitar 20 atau 30 orang penyokong Umno/BN.
Di Terengganu, sikap yang sama ditunjukkan pemimpin Umno apabila menganjurkan siri kempen "PAS Parti Ajaran Sesat". Apa yang melucukan, tatkala ghairah menuduh PAS sebagai 'sesat', Umno masih teringin untuk bermuzakarah bagi mencapai 'perpaduan ummah'. Begitulah hebatnya Umno bersandiwara untuk mengekalkan kuasa.
Walaupun tindakan provokatif dan samseng Umno ini dilakukan secara berleluasa, namun ia tidak langsung dilihat sebagai satu ancaman oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap keselamatan negara. Hatta mantan Ketua Polis Negara sendiri menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'bapa kafir' hanya semata-mata kerana menyokong perhimpunan duduk, bantah Bersih 3.0.
Mungkin juga pihak polis berasa 'malu alah' memandangkan penaja dan pelopor kegiatan samseng ini ialah para pemimpin Umno yang sebahagiannya ialah memimpin kerajaan. Kumpulan-kumpulan samseng ini juga berselindung di sebalik nama NGO. Mereka juga mendapat pelbagai gelaran yang dianugerahkan pemimpin Umno. Antaranya "benteng ketiga pertahanan negara".
Tidak hairanlah jika ada penganalisis politik meramalkan PRU13 akan datang bakal menjadi PRU paling buruk dalam sejarah negara. Kegiatan samseng politik akan sampai ke kemuncaknya pada waktu itu. Dan tidak seperti tanggapan Dr Mahathir, kegiatan samseng dan ganas itu bukan dipelopori Pakatan Rakyat tetapi didalangi BN yang sudah tentunya diterajui Umno!
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Bukan Pakatan Rakyat (PR), tetapi terbukti Umno yang mencetuskan begitu banyak kejadian berdarah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Ketika menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa demonstrasi ganas akan dianjurkan tanpa henti jika jika PR tewas dalam pilihan raya umum ke-13, beliau berkata fakta sejarah dengan sendirinya akan mendorong rakyat menolak dakwaan itu.
"Memanglah, saya tak marah langsung dengan apa yang Dr Mahathir kata. Biarlah, dalam negara demokrasi, dia pun ada hak untuk bercakap juga walaupun orang waras tergelak sakan dengan kata-katanya.
"Apa yang penting ialah kita mesti terus mengajak rakyat melihat fakta sejarah yang sebenarnya, walaupun apa pun yang dikatakan oleh siapa pun," katanya.
Mohamad yakin, dalam zaman penyebaran maklumat yang serba pantas dan meluas ini, seseorang yang bercakap tidak berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku terdedah kepada pelbagai tuduhan.
"Tidak banyak yang boleh kita buat untuk melarang rakyat yang sakit hati menuduh Dr Mahathir buta, nyanyuk atau gila akibat kenyataannya itu," kata beliau sambil menyatakan simpati kepada bekas Presiden Umno yang kelihatan begitu takut untuk menghadapi perubahan itu.
Beliau juga berharap Dr Mahathir tidak lagi mengulangi kenyataan sedemikian kerana beliau "tidak seronok kalau tokoh yang paling lama menjadi Perdana Menteri itu dituduh dengan pelbagai kata nista".
"Satu dunia tahu bahawa yang tidak henti-henti diserang dengan ganas ialah ceramah-ceramah dan perhimpunan-perhimpunan PR dan juga perhimpunan rakyat yang lain yang menolak Umno dan BN (Barisan Nasional).
"Malah, bukan majlis dan perhimpunan sahaja yang diserang dan diganggu sehingga berkali-kali berlaku kejadian berdarah, rumah kediaman pun mereka serang.
"Rumah saya diserang dan dibakar, rumah (Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga mereka pergi tungging punggung dan lakukan pelbagai gangguan," katanya.
MARAN, 28 Mei: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan.
Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.
“Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik,” katanya.
Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal.
Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang.
“Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan.
“Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin,” tegasnya.
Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah.
Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain.
Sementara itu Anwar berkata, PR memberi komitmen jika menang sahaja PRU, dalam masa 24 jam akan umum turunkan harga minyak kerana itulah punca meningkatnya harga barang dan kos perkhidmatan.
“Langkah seterusnya kita akan bincang dengan syarikat-syarikat IPP (pembekal jana kuasa swasta) supaya boleh turunkan harga kadar elektrik. Kita juga bertekad meletakkan gaji minimum RM1,100 sesuai dengan kos kehidupan semasa.
“Kita juga tegas menghapuskan hutang PTPTN kerana hasil minyak yang banyak sehingga RM80 bilion setahun. Itu belum termasuk keuntungan hasil sawit, getah balak dan lain-lain. Kita tengok Turki yang tiada hasil minyak boleh memberikan pendidikan percuma,” ujarnya.
Anwar menambah, beliau hairan bagaimana PM boleh mengatakan jika diberi pendidikan percuma negara boleh bankrap sedangkan ia cuma memerlukan RM5 bilion saja setahun.
Anwar dalam rangka lawatan sehari ke Parlimen Maran. Turut berceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Adun Tras Choong Siew Onn dan Yang Dipertua PAS Maran Tuan Guru Baqi Othman.
Nampak sangat la media penchachai Umno dah habis modal. Tak habis-habis depa dok ulang isu lama. Kalau isu lama tapi relevan takpa la jugak ni depa dok guna isu lapok yang langsung tak relevan.
Dua tiga hari lepas depa spin balik isu orang bukan melayu boleh jadi PM. Isu yang dah lama Pakatan Rakyat jawab.
Kali ni depa ulang pulak pasai isu 'Undi PAS masuk syurga'. Tah mana depa dapat tiba-tiba Utusan boleh siarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang kata "fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan."
Isu ni pun isu lapok yang langsung tak relevan pasai dah lama PAS jawab isu ni. Tepat sekali macam kata Salahuddin Ayub, PAS takmau layan isu ni, lebih baik PAS memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13.
"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.
"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).
"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.
"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - KLPos.
Yang celakanya, akhbar KLPos yang laporkan kenyataan Salahuddin tu pilih tajuk "Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Kembali - PAS" langsung tak sesuai dengan isi artikel tu.
Isu ni sepatutnya dah lama selesai dengan jawapan yang TG Nik Aziz bagi lama dulu. Tapi main dengan penchachai Umno ni depa bukan kira, selagi boleh spin depa akan spin, jenis tak peduli hal syurga neraka ni bukan peduli betui ka salah, selagi depa rasa boleh untungkan depa, depa akan spin.
Bagi yang tak pernah dengar lagi dari mulut TG Nik Aziz pencerahan isu "undi PAS masuk syurga" ni, hangpa patut tengok videoclip kat bawah ni sampai habih (klik untuk lihat). Dengar sendiri jawapan dari mulut TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.
Dua akhbar harian (29 Mei 2012) nampaknya begitu ghairah mempamerkan di muka depan kenyataan seorang mufti yang berbau politik bukannya hukum. Kenyataan itu jelas mengenai saya, dan amat terang mempamerkan saya sebagai berkepimpinan melampau dan seorang keras hati.
Saya dianggap keras hati kerana berterusan mengenakan syarat “Islam”untuk bermuzakarah dengan Umno. Soalnya, apa payahnya syarat yang saya kemukakan? Adakah menggantikan kebangsaan kepada Islam secara rasmi menjadi satu keberatan di sisi Umno atau mana-mana individu yang simpati kepada Umno? Tidakkah iman itu bukan hanya membenarkan di hati tetapi ikrar dengan lidah? Justeru, saya hanya meminta UMNO ikrarkan dengan rasmi bahawa dasar perjuangannya ialah Islam.
Saya kira, mana-mana individu seumpama seorang mufti yang begitu lembut lidahnya menilai hati saya sebagai keras hati, seharusnya boleh membezakan antara keras hati dengan istiqomah. Cuba fahami sikap Nabi Muhammad SAW yang hingga ke akhir hayat tidak pernah tunduk kepada pujukan kaum Musyrikin agar baginda meninggalkan seruan Islam. Nabi ditawarkan dengan kekayaan harta, wanita, dan takhta bukan sekali, bahkan berulang kali. Adakah Nabi seorang yang keras hati atau istiqamah? Maka baginda sebenarnya seorang yang istiqamah.
Membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu seperti saya, bukanlah satu akhlak terpuji. Amat malang jika akhlak itu menjadi pakaian seorang mufti sehingga pihak media boleh mengaitkan secara terang saya sebagai seorang individu yang keras hati. Jika benarlah begitu ia amat dikesali. Sekiranya lafaz sebegitu keluar dari orang politik yang tidak berpendidikan agama, ia mungkin boleh diterima. Sebaiknya seorang mufti boleh bersikap berkecuali dalam mengulas apa yang wartawan tanyakan. Tambahan pula, isu muzakarah yang dirujuk adalah urusan parti politik bhukanya urusan pejabat mufti. Justeru seorang mufti boleh melihatnya dari pemikiran pejabat mufti bukannya mencampuri urusan parti politik. Atas sifat sangka baik, pemikiran mufti tidaklah seperti pemikiran budak tadika.
PAS istiqamah dengan Islam
Demikian sikap saya terhadap olahan media dan mufti tersebut, maka suka saya tegaskan sesunguhnya PAS tidak sedia bertolak ansur supaya PAS melupai sejarah lalu. Sejarah PAS pernah bersama Umno dalam Barisan Nasional yang kemudiannya disingkirkan tatkala PAS diperanhgkap oleh satu rancangan devide and rule. Akibatnya kenaan perintah darurat di Kelantan, negeri ditadbir PAS. Darurat itu adalah angkara pemimpin Umno yang berkuasa di peringkat Pusat telah mencatat sejarah hitam. Kesanya lagi, perpecahan PAS yang melahirkan serpihan, bermula dengan Bebas Bersatu, kemudian Berjasa dan Hamim. Dalam siri perpecahan itu, PAS terjunam ke lubang masalah keyakinan. Sehingga memerlukan 12 tahun (1978-1990) pula untuk bangkit. Ia sejarah yang tidak mungkin dilupai.
Apakah sejarah yang diingat ini menyebabkan saya dilihat keras hati? Seorang mukmin telah dipesan, sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW, “Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama” (Sahih Muslim – no: 2998).
Persoalan orang Melayu
Seorang berpendidikan agama (orang agama seumpama mufti) tidak sepatutnya mempersoalkan apa jadi kepada agama dan orang Melayu setelah sekian lama Umno memudaratkan perjuangan orang Melayu dengan dasar sekular. Sepatutnya mereka lebih tahu. Apakah kurangnya Islam di sisi Umno sehingga Islam tidak boleh dijadikan akidah perjuangan? Tidakkah orang agama seumpama mufti terfikir, betapa selama ini pemimpin Umno memandang ‘lekeh’ kepada kesempurnaan Islam? Hakikatnya orang yang membuang Islam dalam perjuangannya, bahawa orang itu sudah outdated atau ketinggalan zaman.
Pelik juga, bila orang agama seumpama mufti boleh menjadi tukang sibuk mengulas dan berhukum tentang politik. Agak pelik lagi, bila miripnya menyibuk menjaga kepentingan Barisan Nasional. Semacam Barisan Nasional sahaja yang dilebih-lebihkan. Apa kurang pula dengan Pakatan Rakyat yang misinya untuk membawa sesuatu yang terbaik untuk agama, rakyat dan negara. Dari segi pemimpinnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat tidak kurang kelayakannya, malah cukup teruji cekal dan setia. Semestinya cukup layak menyaingi kepimpinan Barisan Nasional yang semakin terlodeh pelbagai masalah dan korupsi.
Malah sepanjang PAS mentadbir Kelantan, sudah banyak kebaikan dilakukan yang tidak mampu dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Mana ada Menteri Besar dari Umno yang lembut lidahnya menyeru rakyatnya agar menutup aurat, memuliakan masjid, menunaikan solat, mengimarah bulan Ramadhan dengan aktiviti ehya’ Ramadhan, bebaskan riba dan seumpamanya. Kesemua kebaikan atas nama Islam dan rakyat serta negeri tetap menjadi amalan pentadbiran PAS di Kelantan. Justeru kehidupan pelbagai kaum penuh harmoni, meskipun Kelantan ditekan dengan pelbagai helah oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional di peringkat Pusat. Ia suatu bukti dasar Islam yang subur di bumi Allah SWT.
Perpaduan umat
Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu. Kehidupan untuk kebaikan semua umat manusia. Oleh sebab itu, tiada asas kekuatan untuk bersatu padu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.
Sewajarnya bagi umat dan pemimpin Islam berfikiran ke arah perpaduan atas nama Islam. Asasnya Islam adalah ajaran agama yang mulia dan semulianya di sisi agama-agama lain. Justeru PAS amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.
Atas hakikat itu, mana-mana pihak khusus orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam. Begitu juga harus dipersoalkan, kenapa Umno boleh terima kebangsaan dan tolak perjuangan politik Islam? Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga.
Justeru orang agama seumpama mufti bolehlah menjadi orang tengah untuk sebarang usaha perpaduan. Namun harus diingat sifat orang tengah, ia tidak boleh menyerang kepada satu pihak, sementara kepada pihak yang satu lagi ia menunjukkan sikap yang lebih mesra. Mana mungkin menjadi orang tengah, jika sekilas percakapan yang terungkap, orang telah tahu kita di sebelah mana. Ingat kepada pepatah, “kalau nak ukur cerdik bodoh seseorang, kena dengar percakapannya.”
Sebaiknya, demi keutuhan dan perpaduan, sikap orang agama seumpama mufti hendaklah pandai menjaga sempadan. Tidaklah ia dilihat menceroboh sempadan orang lain. Oleh kerana sistem pentadbiran negara ini mengadakan amalan pengasingan kuasa dan tugas, maka hormatilah atas tugas masing-masing. Seorang menteri besar dengan tugasnya mengurus politik kerajaan, sementara mufti pula ada tugasnya untuk menjaga urusan pejabat muftinya. Sebaiknya menteri besar dengan tugasnya dan mufti dengan tugasnya. Masing-masing tugas, tanpa mencampuri urusan orang lain demi kebaikan, asalkan sentiasa diredai Allah SWT.
Wallahu’alam.
*Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS Sumber HD : 30/05/2012
KUALA LUMPUR: Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan.
Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka.
Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Hanya orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Tanpa sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menyatakan PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN.
Beliau juga dilaporkan berkata "zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita."
Ditanya mengapa BN berasa cemas, sedangkan saban hari media melaporkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya mendapat sokongan rakyat, Mujahid berkata BN cemas dengan kebangkitan rakyat yang dilihat banyak menyokong Pakatan Rakyat.
"Mereka cemas kerana pelbagai usaha yang mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi apabila merek lihat rakyat bangkit ketika perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya, baru-baru ini," kata beliau.
Biarpun serangan BN terhadap Pakatan Rakyat begitu kuat, tegas Mujahid ia tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rakyat, sebaliknya rakyat melihat BN tidak mampu mengemudi bahtera negara.
Lebih-lebih lagi, katanya Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mentadbir di empat negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau menggesa jentera Pakatan Rakyat terus memantapkan kemaraan bagi menyelamatkan negara.
"Pilihan raya akan datang bukan soal Pakatan Rakyat menang atau kalah, tapi soal adakah rakyat mahu selamatkan Malaysia dari tangan BN yang melakukan kerosakan. Jadi, jentera Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan negara dapat diselamatkan," tegas beliau.
Hari demi hari undang-undang ketat yang menghantui rakyat semakin jelas dengan hampirnya pilihanraya umum ke-13 ini. Nampaknya kartun tidak boleh digunakan dalam pilihanraya ini, itu kata Timbalan Pengerusi SPRM. Dr Mahathir pula meminta kebebasan internet disekat dan seperti biasa Rais Yatim dengan pantas ‘merawikan’ kata-kata Dr Mahathir itu.
Tetapi cerita tentang pengundi haram yang didaftarkan di dalam senarai pengundi tidak juga diselesaikan oleh SPRM. Pihak berkuasa dan pemimpinnya asyik mentelaah bagaimana hendak sekat pihak pembangkang, tetapi kerja dan tanggungjawabnya untuk membersihkan senarai pengundi yang merupakan asas demokrasi itu sampai ke hari ini tidak diendahkan.
Saya dan ramai lagi telah bercakap dan bertanya kenapa kali ini sudah mula timbulnya unsur-unsur menekan seolah-olah ianya membayangkan bahawa BN tidak mahu menerima keputusan PRU jika rakyat menolaknya. Dengan penekanan ini maka jelas yang sebenarnya yang akan mewujudkan huru-hara selepas pilihanraya nanti ialah pihak BN.
Zunar, kartunis begitu berang dengan kecenderungan kartun digunakan oleh sesetengah pihak sebagai alat kempen dalam pilihanraya nanti. Zunar akan tetap melukis kartunnya dan tidak ada apa-apa pun boleh menghalang beliau melukis kartun yang menjadi bidang kegemaran dan profesionalisma nya.
Jika seruan Mahathir untuk melakukan sekatan terhadap internet sebagai alat penyampai maklumat bagi pihak pembangkang elok kita bertanya, bagaimana pembangkang hendak menyampaikan mesejnya kepada rakyat? Kerajaan buat apa lagi kepada pembangkang? Segala-galanya hendak disekat.
Kalau takut sangat dengan kebangkitan maklumat untuk rakyat, kenapa masih hendak menjadi kerajaan? Rakyat hendak menggunakan internet itu untuk mengetahui apa terjadi kepada isu Scorpene misalnya. Media arus perdana tidak akan menyiarkan perkara yang sebenarnya tentang Scorpene ini. Rakyat ingin tahu bagaimana penglibatan Altantuya dalam isu pembelian Scorpene itu.
Melalui internetlah kita boleh mengetahui bagaimana komisyen haram yang diterima oleh pemimpin kita dalam projek membeli kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat hendak menyelam itu? Semua orang hendak tahu di mana komisyen haram itu dibayar…..di Hongkong ke atau di Singapura atau di mana?
Kita hendak tahu berapa Najib perolehi daripada pembelian kapal selam itu dan jika boleh kita hendak tahu samada isu tuntutan Najib untuk dibayar sebanyak USD1 billion sebelum wakil syarikat pembinaan kapal selam itu mendapat tempahannya. Kita juga hendak tahu berapa Altantuya sepatutnya dapat sebahagian daripada komisyen itu. Sudah dibayar atau belum lagi kepada Altantuya.
Jika belum dibayar kita hendak tahu sudahkah dibuat urusan untuk membayar waris kepada Altantuya jumlah yang sepatutnya diberikan kepadanya. Banyak lagi isu-isu yang rakyat hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Semuanya ini memerlukan maklumat dari internet kerana media arus perdana tidak akan menyiarkannya. Kenapa kita perlu menyokong seruan Mahathir untuk membebaskan kegiatan melalui internet itu. Jika dilaksanakan kehendak Mahathir itu ia bermakna kerajaan ingin mengikat tangan penyokong pembangkang dan melakukan ‘circumvention’ terhadap proses demokrasi yang sebenarnya.
Apa yang BN hendak sorokkan sangat itu? Bukankah BN kata mereka tidak bersalah dalam semua tuduhan dan spekulasi rakyat seluruh dunia itu? Jika tidak bersalah kenapa takut-takut? Kalau pembangkang berbohong rakyat boleh tengok pembohongan itu melalui internet. Kenapa takut kerana rakyat akan menghakiminya samada BN atau PR yang berbohong. Tetapi kita takut-takut yang BNlah yang berbohong, bukannya PR.
Jika pembangkang memenangi pilihanraya melalui internet, apa salahnya. Negara ini negara demokrasi dan rakyat berhak untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat tersebut. Kalau di negara Cina komunis pun internet bebas untuk menjadi media pilihan rakyatnya kenapa Malaysia memilih untuk menjadi lebih buruk dari pentadbiran negara komunis itu.
Jika Myanmar sekarang sudah terbuka kepada dunia luar kenapa pula kita yang hendak menutup negara kita dari dunia luar. Mahathir juga yang telah memperjuangkan dunia tanpa sempadan tetapi apa bila ‘nature’ hendak mengambil tempat dan melakukan perubahan BN sudah tidak dapat menerimanya. Sikap tidak dapat menerima kekalahan ini adalah sikap semula jadi politik dunia ketiga.
Tetapi pemimpin kita dengan gah ke sana ke mari bercakap tentang wawasan 2020 yang meletakkan negara setaraf dengan negara-negara maju. Negara maju apa yang hendak kita capai jika kekalahan dalam pilihanraya menjadikan mereka hilang akal dan tidak dapat menerimanya langsung, seolah-olah hendak memisahkan kulit dari daging atau hendak memisahkan kulit dengan kuku.
Parti Buruh Britain baru sahaja menerima kekalahan dan kekalahan yang terbaru ini bukannya kekalahan kali pertama. Parti Buruh bergilir-gilir memerintah dengan parti Conservative tetapi tidak pula mereka sanggup menolak asas demokrasi yang sebenar semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Kalah kali ini mereka akan dapat semula dalam pilihanraya yang akan datang. Menang dan kalah itu perkara biasa dalam sesebuah negara maju.
Hanya BN sahaja yang merasakan seolah-olah dunia akan kiamat jika kalah dalam pilihanraya. Sebenarnya kekalahan BN jika benar berlaku, merupakan hikmah besar buat BN itu sendiri. Dalam kekalahan itu BN boleh membersihkan kekotoran yang mereka lakukan semasa memerintah. BN tidak mungkin dapat membersihkan kekotoran yang mereka lakukan jika masih berkuasa, malahan BN akan bertambah sombong dan angkuh jika terus mendapat mandat.
Jika BN menang lagi rasuah akan dilakukan dalam jumlah trillion ringgit, bukannya lagi dalam jumlah ratusan billion. Lagi pun adalah ‘natural’ bagi sesebuah parti yang terlalu lama memerintah di mana-mana negara lain jatuh tersungkur di hadapan mata rakyat mereka.
Hanya di negara kita pengalaman ini baru sahaja hendak berlaku. Di negara lain pertukaran pemerintah ini berlaku acap kali tanpa masalah. Gordon Brown telah menyerahkan kuasa hanya dalam tempoh enam jam kepada parti Conservative dan Liberal Demokrat setelah beliau tidak berdaya menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya Britain tahun lalu.
Jika saya yang jembel ini boleh mempelajari apa yang berlaku di negara maju, masakan Mahathir tidak dapat belajar daripada keadaan itu. Jika untuk menutup kesalahan merupakan sebab untuk mempertahankan kuasa dengan apa daya sekali pun, itu bukan masalah rakyat kita. Itu masalah mereka. Siapa suruh melakukan kerja-kerja tidak baik terhadap negara dan rakyat?
Kita mesti akui segala kerja jenayah yang dilakukan oleh pimpinan BN selama ini merupakan kerja jenayah (treason) terhadap negara dan mengkhianati negara itu adalah terlalu besar kesalahannya untuk dimaafkan rakyat. - http://aspanaliasnet.blogspot.com Sumber HD : 7/06/2012
“Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip.
“Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat,” kata Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan kepada Sinar Harian.
Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator.
Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.
Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya,” katanya.
Maksudnya “diktator terpimpin” atau “separuh diktator” adalah diktator. Tambahan kepada diktator sedia ada hanya ingin melunakkan cerita dan supaya agak berlapik dalam menyampaikan kata-kata. Jadinya taklah nampak sangat nak kutuk Dr Mahathir. Rujuk Wikipedia
Jadi tak payahlah Dr Mahathir meminta pandangan dari pengunjung bolgnya lagi…
KUALA LUMPUR: Sebuah blog mendedahkan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan kempen politik dengan mensasarkan pengundi di parlimennya.
(Sampul surat yang digunakan Khaled untuk kempen)
Blog Era Pasca mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang itu telah menggunakan sampul surat rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dibayar kerajaan dengan setem RM0.70 untuk menghantar surat rayuan kepada graduan yang bakal mengundi di Parlimen Pasir Gudang.
Graduan-graduan tersebut adalah pengundi baru yang telah didaftarkan di Kawasan Parlimen Pasir Gudang.
Dalam surat rayuannya itu Khaled telah merayu pengundi pertama kali itu agar mengundi BN pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang ini dengan propaganda hanya BN boleh membawa negara ke tahap tertinggi.
Tidak cukup dengan itu, surat berstatus ‘Seri Paduka Baginda’ yang dipos dari pejabat menteri tersebut di Johor Bahru itu dilampirkan dengan risalah sebagai tarikan untuk mereka datang ke Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 yang akan diadakan di Pasir Gudang.
(Surat Khaled untuk pengundi kali pertama di kawasannya menggunakan stem kerajaan)
Blog tersebut menyebut, dari segi logik akal graduan-graduan terbabit akan datang ke karnival berkenaan bukan kerana menyokong BN tetapi untuk memantau peluang dan prospek kerjaya yang dipamerkan.
Serentak dengan itu Umno didakwa dalam keadaan amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi tujuan kempen masing-masing.
Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin Umno daripada pelbagai peringkat sentiasa menganggap harta kerajaan sebagai harta milik Umno sedangkan tindakan tersebut merupakan penyalahgunaan hak awam dan boleh menjadi ikutan pemimpin parti itu di peringkat bawahan.
Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan saja memperlihatkan Najib sudah kepupusan idea untuk terus memaju pertumbuhan dinamik ekonomi negara ke fasa seterusnya yang lebih mencabar tetapi juga menggambarkan beliau hanya melihat kaedah pemberian tunai sebagai satu-satunya cara untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya.
Dengan memberikan terlalu banyak pemberian tunai kepada rakyat, Najib seperti mengandaikan rakyat adalah macam perwakilan UMNO yang hendak memilih pemimpin di peringkat bahagian dan nasional. Sebab itu rakyat dinilai dengan pemberian tunai RM500 hingga RM200, sama seperti jumlah yang biasa diterima oleh perwakilan UMNO setiap kali pemilihan diadakan.
Sebagai PM dan Menteri Kewangan, pembentangan bajet seharusnya dimanfaatkan untuk melonjakkan ekonomi, merangsang pertumbuhan dan memberi keselesaan kepada rakyat dalam jangka masa panjang dan sederhana. Ia juga sepatutnya meliputi penurunan beberapa cukai dan pengenalan beberapa program dan insentif baru untuk rakyat sama ada dari segi kesihatan, pendidikan, pelaburan dan sebagainya.
Tetapi Najib hanya memikirkan untuk memberi rakyat wang saku berjumlah RM500 dan RM200 yang sebenarnya boleh habis dibelanjakan dalam tempoh sehari dua sahaja.
Selepas habis pemberian tunai itu, rakyat akan kembali susah seperti sediakala. Mereka akan terus dihimpit kenaikan harga barang, kekurangan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pelbagai bebanan lagi. Tetapi jika pengurangan beberapa cukai diperkenalkan yang menyebabkan harga barang turun atau pengenalan beberapa program yang bermanfaat untuk rakyat, tentulah ia memberi kesan jangka panjang yang lebih dirasai.
Apa yang dilakukan Najib sebenarnya melalui BR1M 0.1 dan BR1M 0.2 adalah seperti merasuah rakyat supaya mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang. Tahun lepas BR1M ini diperkenalkan dengan tujuan pilihanraya akan diadakan selepas itu tetapi oleh kerana pelbagai isu muncul dan keadaan tidak cukup merangsang untuk mencetuskan kemenengan kepada BN, pilihanraya terpaksa ditangguh sehingga Najib terpaksa melaksanakan BR1M kali kedua.
Jika tidak ada pilihanraya, tiadalah BR1M. Lihat saja bajet 2010 dan 2011 yang dibentangkan Najib, bukan sahaja tiada BR1M, bonus untuk kakitangan awam pun tiada. Najib cukup kedekut ketika itu.
Hanya apabila hampir pilihanraya, barulah kaedah pemberian tunai BR1M ini diperkenalkan. Kepada kakitangan awam juga, Najib menjadi pemurah secara tiba-tiba. Daripada tiada bonus, tahun ini diberinya sebulan tengah bonus.
Bajet kali ini hanya memperlihatkan keghairahan Najib mempromosi dirinya. Beliau mahu dilihat pemurah dan prihatin. Bukan saja kepada rakyat tetapi kepada ahli UMNO juga. Dengan memberi pelbagai jenis pemberian tunai, peruntukan Jabatan Perdana Menteri jadi melonjak manakala beberapa kementerian sama ada mengalami kenaikan peruntukan yang sedikit atau pun penurunan peruntukan tahunan.
Daripada semua kementerian itu, kementerian yang paling terjejas mengalami penurunan ialah Kementerian Pelajaran. Dalam Bajet 2012, peruntukan Kementerian Pelajaran ialah RM4,581,995,900 tetapi bajet kali ini hanya diberikan sebanyak RM2,118,519,100 sahaja iaitu penuruan lebih 50 peratus.
Penurunan peruntukan Kementerian Pelajaran ini mengejutkan banyak pihak dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Selalunya kementerian itulah yang sering diberi peruntukan besar kerana ia berkaitan dengan pendidikan serta masa depan anak bangsa kita. Sudah tentu Kementerian Pelajaran selalunya merangka pelbagai program, merancang pembinaan sekolah baru, membaiki sekolah yang rosak dan usang, menambah jumlah dan kualiti makmal pembelajaran dan sebegainya lagi.
Dan tidak syak lagi penurunan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran itu segera dikaitkan dengan Muhyiddin Yassin yang menerajui kementerian itu. Hubungan Najib-Muhyiddin diketahui banyak pihak hanya menunggu masa untuk meletus. Selain perbezaan stail, gaya dan pendekatan, Najib yang ratingnya di mata umum merudum hari demi hari juga sentiasa dibayangi oleh Muhyiddin yang dilihat tiada kontroversi serta isu-isu peribadi.
Najib terlihat amat lemah dan tidak sesuai menjadi PM ketika krisis. Wataknya yang tidak tegas dan kurang bijaksana telah menyebabkan satu demi satu isu yang muncul gagal ditangani dengan baik. Dalam masa yang sama, palitan hitam yang mencemarkan dirinya sejak sekian lama menambahburukkan lagi keadaan.
Ketika Pak Lah mahu disingkirkan dulu, Muhyiddinlah yang bersungguh-sungguh melakukannya. Najib banyak teragak-agak dan cuba bermain selamat sehingga ketika itu Mahathir yang memulakan langkah untuk menyingkirkan Pak Lah turut tidak senang dengan Najib.
Najib hanya diselamatkan oleh kedudukannnya sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Hanya itulah yang menjadikannya PM sekarang, bukan kerana wibawa serta kebolehannya.
Selepas menjadi PM, lihatlah apa yang berlaku. Beliau bukan saja gagal memulihkan keadaan, bahkan manambahburukkan lagi keadaan. Beliau juga kelihatan jauh lebih lemah daripada Pak Lah. Dalam konteks demokrasi dan hak asasi manusia pula, Marina Mahathir melabelkan Najib lebih teruk daripada bapanya, Mahathir.
Dengan kelemahan yang begitu ketara sekarang dan kedudukan BN entahkan menang entahkan tidak dalam pilihanraya akan datang, nama Muhyiddin mula diperkatakan sebagai satu-satunya watak yang dilihat sesuai untuk mengembalikan kekuatan UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO pelbagai peringkat mula merasakan jika Muhyiddin yang berada di tempat Najib sekarang, atmosfera politik Malaysa mungkin berubah suasananya.
Najib mungkin berdegil untuk terus mengemudi PRU 13 ini. Meski dengan pemberian tunai sekali pun, harapan menangnya tetap tipis. Untuk mencapai lebih daripada 112 kerusi Parlimen pun masih tercungap-cungap, inikan pula untuk melebihi 140 kerusi yang dimenangi pada 2008 yang menjadi antara punca Pak Lah disingkirkan.
Logiknya, jika Pak Lah dengan 140 kerusi pun disingkirkan, Najib juga akan menerima nasib yang sama jika gagal membawa kemenangan dua pertiga kepada BN.
Mahathir sendiri sekarang begitu kerap bercakap soal majoriti dua pertiga sebagai penanda aras sebuah kerajaan yang stabil. Ia sebenarnya adalah petanda untuk menyingkirkan Najib.
Dengan bajet PR yang dilihat lebih mempunyai pelan jangka panjang dari segi memberi kesejahteraan kepada hidup rakyat dengan hasrat menambah nilai wang boleh belanja melalui penurunan harga minyak, penghapusan hutang PTPTN, menurunkan harga kereta dan lain-lain lagi, realiti bagi Najib ialah sama ada kalah pilihanraya atau pun menang sekadar cukup makan saja.
Dalam bajetnya, selain berusaha mempromosi dirinya sebagai Santa Claus, Najib juga mulai cuba mengekang gerak langkah Muhyiddin daripada terus menggugat kedudukannya. Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran adalah isyarat Najib bahawa Muhyiddin dan kementerian yang diterajuinya akan diperkecil peranan serta kedudukannya.
Dengan peruntukan yang kecil itu, tidak banyak gula yang boleh ditawarkan oleh Muhyiddin kepada pemimpin serta perwakilan UMNO. Projek membina sekolah, membaiki sekolah, mengecat dan sebagainya akan berkurangan. Dengan sendirinya pemimpin dan perwakilan UMNO bahagian yang menjalankan perniagaan akan berkurangan menemui Muhyiddin dan meneroka ke kementerian lain pula.
Jelas bahawa niat Najib mengurangkan peruntukan kepada kementerian Muhyiddin itu ialah untuk mengecilkan peranan serta pengaruhnya di kalangan ahli dan perwakilan UMNO meski masa depan pelajar dan negara terpaksa dikorbankan melalui peruntukan yang makin dikurangkan itu.
Hanya masa yang menentukan bilakah krisis kedua-dua mereka ini akan meletus tetapi berdasarkan pergolakan yang makin membahang di pelbagai peringkat kepimpinan UMNO sekarang ini, ia tampaknya semakin sukar untuk dielakkan meskipun kedua-duanya cuba menunjuk seperti selenggang sehayun bersama.
Jika Najib berjaya menyekat kemaraan Anwar dan PR dalam pilihanraya umum, cabaran beliau seterusnya ialah pemilihan UMNO selepas itu. (01/10/2012)
KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.
Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.
“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.
Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.
“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.
“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,” tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.
(Dr Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA)
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.
Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.
"Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu.
"Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Menurut Lim Kit Siang, beliau menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan daripada 'perjanjian syaitan' tersebut.
"Apa yang paling tidak saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA.
"Hanya seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr. Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang (gambar kanan).
Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.
“Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.
"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.
Pengesahan Mahathir terhadap “Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang.
Dalam 'Perjanjian Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga pembohongan yang disebarkan MCA untuk “menakut-nakutkan orang Cina”.
Ia termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke “zaman gelap”.
Begitu juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu', bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim.
Menurut Li, dia teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan:
“Perhimpunan Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakan rakyat Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga UMNO.
"Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia yang semakin global dan penuh persaingan.”
Bagi beliau, ini merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum, agama, kelas atau kawasan.
"Ia sebagai jaminan terbaik supaya negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya.
Bagi beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional pula mahu terus berjuang dengan taktik “pecah dan perintah” di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka.
"Biarlah parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa lalu!" tegasnya.
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysia Nanban supaya memohon maaf serta menarik balik sebuah berita yang memfitnah Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, dalam berita berkenaan disiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
(Gambar: Tuan Ibrahim di samping akhbar Malaysia Nanban yang ditunjukkan seorang India di Taman Seri Kemuning.)
“PAS amat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.
“Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat kaum India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iatu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan,” katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, beliau membuat penjelasan ini setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar dalam isu berkenaan yang disiarkan oleh akhbar itu 23 Oktober lalu.
Berita dari Klang itu tersiar di muka surat dua dan ditulis oleh MR Balu.
“Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan,” kata Tuan Ibrahim.
Menurut Tuan Ibrahim, moral PAS dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian PAS sebagai parti paling senior, tidak teguh dalam gabungan berkenaan.
Tambahnya, yang bermain isu perkauman adalah Umno dan parti lain dalam BN sedangkan Pakatan tidak terusik dengan pelbagai provokasi dan tidak akan melatah.
KUALA LUMPUR: Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado.
Bagi beliau, "Tiada paksaan dalam agama" adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.
Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.
"Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara," katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.
Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.
Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah.
Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.
Gubal undang-undang larang parti politik guna nama Islam
MELAKA - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.
Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.
Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini.
Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. - Bernama
Ulasan GB
PAS boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan Rahim Tamby Chik kerana masih menimbulkan isu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 perisytiharan Majlis Raja-raja pada mesyuarat ke-188.
Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 menyatakan
"1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."
Akhbar pencacai UMNO sendiri, Utusan, pernah melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.
Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.
Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.
Ternyatalah bahawa gesaan Rahim Tamby Chik itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Cubaan Umno untuk melarang perkataan Islam digunakan oleh parti politik bukan perkara baru malah telah disuarakan sejak 40 tahun dahulu lagi.
Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan itu sebenarnya dibuat dipercayai kerana Umno terancam dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS itu sendiri.
"Usaha untuk membuang nama Islam daripada parti politik telah dimulakan UMNO sejak 40 tahun dahulu kerana Umno berasa terancam dengan akhlak dan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang banyak bertentangan dengan pembawaan dan sikap pemimpin Umno.
"PAS menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah selari dengan prinsip dan matlamat perjuangan Islam dan setakat ini pimpinan PAS berjaya buktikan bahawa prinsip Islam tidak akan digadai untuk kepentingan politik sebagaimana yang dibuat oleh Umno," katanya.
Nasaei yang juga Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik semalam.
Rahim semalam berkata, satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak.
Mengulas lanjut Nasaie berkata, isu yang dibangkit Rahim itu tidak lebih sebagai menyanyikan lagu lama.
Rahim katanya, patut menilai diri sendiri dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan agama Islam itu sendiri.
"Kes salah laku moral pemimpin Umno sendiri telah memberikan imej dan persepsi buruk kepada agama Islam itu sendiri walaupun parti yang mereka dokong bukan bernama Islam.
"Saya mendesak beliau agak menarik balik kenyataan tersebut dan sepatutnya menghormati keputusan Majlis Raja-raja pada 2001 yang membenarkan perkataan Islam digunakan kepada mana-mana pertubuhan dan parti politik mahalah digalakkan dengan prinsip ilmu, ihsan dan iman," jelasnya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Rakyat Terengganu di Perantauan (Perantau) menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk budaya samseng yang diamalkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya di negeri Terengganu yang terkenal dengan kekayaan budaya dan sopan santun.
Demikian tegas Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong ketika diminta mengulas perbuatan khianat lebih kurang 200 tiang bendera parti politik tertentu telah dicabut dan dibuang ke dalam anak sungai dalam Dun Teluk Pasu.
"Saya mewakili Perantau ketika melihat gambar insiden tersebut yang tersebar di Facebook dan Buletin Online berasa amat terkilan kerana budaya samseng seperti ini masih berlaku di negeri terengganu yang amat terkenal dengan budaya kesopanannya," tegas beliau.
Beliau turut memberi ingatan kepada pihak yang mengamalkan budaya samseng itu bahawa rakyat Terengganu di perantauan senantiasa memantau pergerakan dan tindak tanduk samseng mereka dari jauh, tidak akan membiarkan kampung halaman mereka tercemar dengan tindakan samseng itu.
Menurut beliau, rata-rata rakyat Terengganu yang berada di luar amat jelek dengan budaya samseng seperti itu.
Beliau menyeru semua perantau pulang dan mengundi untuk perubahan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Setiap daripada kami ini memegang satu undi, kami hanya akan mengundi mereka yang membawa keamanan dan kesejahteraan," ujar beliau.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
[Wajib Gelak] Pertubuhan Baru Dikenalpasti – PERSETAN
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
[Kantoi Pilihan] Menyamar Ahli PAS, Siap Pakai Baju Sama Lagi…
Edytorial: Tolong lah cermat sikit, bikin malu melayu jer… sudah lah kantoi, siap pakai baju yang sama lagi… ish ish ish…
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.
Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.
Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.
Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik.
"Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud. Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia.”
"Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang mereka sedang hadapi.
UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka lakukan tidak dapat disorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.
Apabila sampai sahaja maklumat ke satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap keyakinan rakyat terhadapnya. Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki kawasan yang belum ditempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO mengharapkan pergantungan sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan dukungan.
Sejak dua tiga hari ini pimpinan tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang sedang berkembang dengan pesat sekarang. Isu ini di jadikan isu harian oleh pimpinan UMNO kerana mereka tahu yang rakyat lebih percaya kepada kredibiliti media alternatif jika dibandingkan dengan media arus perdana. Bagaimana mungkin UMNO terus-terusan bertahan dengan menjadikan media arus perdana sebagai alat propaganda mereka
Sekarang pimpinan UMNO amat gusar dengan media baru ini kerana mereka (UMNO) tidak dapat menutupi kerja-kerja mereka yang tidak semenggah selama ini. Jika tiada media baru ini bagaimana rakyat hendak tahu tentang isu NFC dengan betul misalnya. Tidak mungkin media perdana akan melambakkan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu lembu dan pinjaman kewangan terhadap seorang keluarga Ahli Jemaah Menteri yang terlibat itu.
Tanpa media baru tidak mungkin rakyat tahu bagaimana pimpinan UMNO menjual harta benda Kementerian Pertahanan yang melibatkan Senator Raja Ropiah berhubung dengan transaksi tanah Kementah seluas 200 ekar itu? Jika media baru tidak wujud kita tidak mungkin tahu yang akuan bersumpah kedua PI Bala itu adalah akuan bersumpah palsu. Rakyat tidak akan tahu tentang Rosmah berlumba-lumba dengan suaminya dalam pembahagian bisnes dan kontrak kepada kawan dan sahabat masing-masing.
Semua ini tidak akan diketahui oleh ramai jika tiada media baru kerana media arus perdana dikuasai oleh UMNO dan semua ketidak telusan UMNO itu tidak akan disiarkan oleh mereka (media perdana). Bagi orang ramai media baru ini merupakan saluran alternatif kepada media perdana dan banyak telah merubah keadaan di negara kita ke arah perubahan yang baik.
Media baru ini penting kerana ia boleh membuat ‘check and balance’ terhadap laporan media arus perdana. Media baru telah merungkai banyak hal dalam UMNO. Mereka (UMNO) tidak suka dengan ‘check and balance’ kerana media baru akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan ‘cheque and all the balances’ yang ada dalam perbendaharaan negara untuk pimpinan mereka.
UMNO sendiri telah mengupah ramai penulis-penulis dalam media baru tetapi UMNO masih lagi takut menghadapi media baru ini. UMNO telah mengupah dan membariskan penulis yang handal-handal dan mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan dan kewartawanan sedangkan di pihak pembangkang mereka terdiri dari penulis yang amatur dan mereka menulis dengan sukarela tanpa apa-apa bayaran dan imbuhan.
Saya sendiri bukannya seorang penulis pun tetapi saya mula menulis di atas desakan keadaan untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan media perdana yang tidak mempunyai laporan yang seimbang. Saya tidak mahu melihat orang ramai termakan dengan dakyah lapuk UMNO yang tertanam dalam parti itu sekian lama. Saya begitu sensitif terhadap tindakan mana-mana pihak memperbodohkan pihak yang lain yang telah berluas-luasa dalam masyarakat media kita.
Tetapi pihak pembangkang mendapat banyak sokongan dalam media baru bukan kerana mereka yang berpihak kepada pembangkang itu orang pandai-pandai, tetapi mereka lebih telus dan jujur serta mempunyai pemikiran yang jelas dan telus. Orang ramai bukan hendak membaca betapa hebatnya penulisan dalam media baru itu tetapi mereka memilih untuk memberikan sokongan kepada berita dan penulisan yang lebih jujur dan boleh diyakini.
Jika benar apa yang di siarkan oleh media arus perdana itu tidak dikotori dengan pembohongan masakan rakyat memilih untuk membandingkan kualiti laporan serta penulisan pihak media baru itu. Pihak UMNO tidak mungkin dapat mengekang rakyat dari mendekati media baru kerana rakyat bijak memilih yang mana satu yang telus dan yang mana satu yang bertujuan untuk mengelirukan mereka sahaja.
Rakyat telah sedar tentang peranan yang berguna yang dimainkan oleh media baru itu adalah untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan media perdana yang penuh dengan elemen dakyah yang merosakkan pemikiran rakyat yang ramai.
Saya pernah dicerca oleh pihak penyokong UMNO dalam media baru ini yang mengatakan saya mempunyai penulisan yang kurang ‘standard’ nya, dan tidak seperti ‘standard’ mereka. Saya akui saya bukan seorang penulis dan saya menumpukan kepada pemikiran dan bukannya kepada nahu dan tata bahasa yang baik. Saya lebihkan untuk memberikan pandangan dan pemikiran saya dan saya tidak mahu masuk pertandingan menulis untuk mendapat hadiah yang besar.
Walau bagaimanapun saya dapat merasakan respons dari masyarakat sangat baik terhadap pandangan dan kritikan saya terhadap isu yang mengelilingi UMNO dan BN. Saya tahu kelemahan saya dan itulah sebabnya saya tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kotor seperti ‘bangang’, ‘bodoh’ ‘babi’ dan superlatives yang buruk-buruk dalam penulisan saya. Saya tahu yang penggunaan istilah kasar dan kotor itu adalah satu pancaran jelas sama ada seseorang itu terdidik oleh ibu bapa dan keluarga yang baik-baik.
Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu melambangkan tahap darjat seseorang itu. Darjat kita bukan terletak kepada wang ringgit dan kekayaan kita sebaliknya darjat itu merupakan bayangan kepada darjat diri kita yang sebenar-benarnya. Semasa saya mula membuat kritikan terhadap kerajaan melalui penulisan di media baru dahulu, saya pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat seperti bodoh, sial, dan berbagai-bagai lagi panggilan yang buruk-buruk oleh penyokong UMNO dan BN.
Tetapi saya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana yang mengatakan saya dan yang lain itu sebagai bodoh itu, adalah orang bodoh yang sebenar-benarnya. Saya tidak perlu memberikan respons terhadap tindakan mereka yang tidak mempunyai keperibadian itu. Saya berdiam diri dan hanya menyandarkan segala-galanya kepada kebenaran tentang apa yang saya tulis itu. Saya masih mempunyai masa untuk membuktikan segala ketelusan penulisan saya, malah setengah dari apa yang saya jangkakan itu telah pun terbukti kebenarannya.
Saya berkeyakinan media baru itu juga mampu untuk memberikan pelajaran kepada masyarakat tentang perkara baik walaupun tidak semua boleh memahami nilai sebenar seorang manusia itu. Seseorang yang tahu membuat penilaian itu hanya lah dari mereka yang terdidik dari keluarga yang baik.
Dalam media baru ini kita dapat belajar bermacam-macam perkara. Pengalaman saya selama beberapa tahun ini membuatkan kita lebih memahami manusia. Kita sudah boleh memahami yang sesiapa yang jiwanya kotor dan gundah gulana tanpa ketenangan akan dipaparkan oleh mereka sendiri melalui penulisan dan komen mereka terhadap sesuatu isu itu.
Bahasa mereka akan lebih kasar dan tidak akan membahaskan sesuatu isu itu secara terbuka malah mereka terus sahaja melepaskan kata-kata kesat yang tidak selayaknya keluar dari insan yang secantik-cantik kejadian Tuhan itu.
UMNO sememangnya dalam keadaan terdesak sekarang ini. Sekarang media baru pula yang mengancam mereka. Bagaimana UMNO boleh bersandar kepada media arus perdana lagi? Sudah terbukti media perdana sudah menjadi bahan sindiran akhir-akhir ini kerana terlalu kerap gagal mempertahankan kewibawaan mereka di mahkamah.
Utusan misalnya telah terbukti sebagai salah satu punca fitnah dengan kegagalan mereka dalam beberapa saman yang difailkan oleh beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Mahkamah telah membuktikan yang media perdana telah melakukan banyak fitnah yang tidak ada batasnya terhadap pimpinan pihak alternatif. Mereka ini (media arus perdana) hanyalah merupakan ‘political bouncers’ untuk mengekang kebenaran dari di ketahui umum.
Utusan sahaja terpaksa membayar jutaan ringgit kepada mereka yang telah menjadi mangsa fitnahnya sejak akhir-akhir ini. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa media arus perdana itu merupakan sumber besar fitnah yang berkeliaran di mana-mana sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Awas, blog Suara Pakatan Rakyat adalah blog milik macai Umno yang menyamar sebagai blog pro PR. Ini adalah kerja kotor Umno untuk memburukkan PR.
Demikian ulasan blogger Shalehudin.
Menurutnya, ramai yang sudah tahu ini bukan blog PR, namun ini yang selalu kita ingatkan pada semua penyokong dan pendukung PR.
Jangan terpedaya dengan tipu helah musuh yang kini menyelit di antara kita untuk memburuk-burukkan keutuhan Pakatan Rakyat dari dalam.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa dirinya seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri mendakwa telah dibelasah oleh seorang pemimpin kanan Umno.
Lelaki tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.
Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama.
Dalam salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk mengadu masalah yang dihadapinya.
"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.
"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.
"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.
"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.
"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.
Mangsa juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
HELO BRO!!! NAK BAWA MANA PERGI BENDERA-BENDERA PAS TU!!!!!!
Seorang petugas pasang bendera BN yang memakai Baju T BN sedang membawa lari bendera-bendera PAS setelah diturunkan selepas memasang bendera BN di Johor Bahru telah berjaya dirakamkan.
Haprak punya petugas UMNO!!!!!!!!!!...Sudah pasti menerima arahan dari pihak tertentu untuk melakukan kerja yang langsung tidak bertamadun ini..Ini dinamakan politik primitif zaman purba. politik guna otot bukan otak.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment