3 tawaran Wanita Pakatan untuk wanita Malaysia
Salmiyah Harun, | 07 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan tiga tawaran untuk wanita Malaysia.
Tiga tawaran itu adalah caruman wanita nasional sebanyak RM600 setahun, insentif penjagaan anak RM1,000 setahun untuk anak 13 tahun ke bawah dan agensi pembantu rumah tempatan.
Tawaran yang pertama adalah sebagai satu pengiktarafan kepada peranan wanita sebagai suri rumah.
"Komitmen kami adalah untuk mengangkat martabat wanita," kata Dr Mariah Mahmud ketika membaca kenyataan media itu.
Sidang media itu diadakan di Pusat Media PAS dan dihadiri oleh semua pimpinan utama wanita Pakatan Rakyat.
Antaranya Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff , Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching.
Caruman wanita
Bagi tawaran Caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah, RM600 setahun akan diberikan kepada setiap suri rumah di Malaysia dalam bentuk caruman.
"Konsep yang kita gunakan adalah gabungan antara simpanan hari tua seperti KWSP dan tabung bencana semacam Socso.
"Wanita boleh mengeluarkan caruman ini selepas berumur 55 tahun atau pencen atau bayaran akan dibuat sekiranya si wanita ini sedang menghadapi musibah," kata Dr Mariah ketika menjelaskan skim ini.
Insentif Penjagaan Anak
Untuk insentif penjagaan anak pula, Roziah Ismail Timbalan Ketua Wanita PKR yang juga Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan, konsep ini telah dilaksanakan di negeri Selangor.
"Setiap anak dari keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras yang kita tetapkan akan diberikan kopun khas.
"Dengan kopun ini, ia boleh diserahkan kepada pusat jagaan kanak-kanak ini untuk mendapat rebat dari pengusaha pusat jagaan dan pusat jagaan mendapat bayaran dari pihak kerajaan dengan kopun ini," jelas beliau tentang mekanisma pelaksanaan skim yang ditawarkan Wanita Pakatan ini.
Pengurus Rumah Tangga
Untuk Penubuhan Agensi Pembantu Rumah Tempatan pula, Naib Ketua Muslimah PAS, Mumtaz Mat Nawi menjelaskan, ia bertujuan untuk melahirkan 'Pengurus Rumah Tangga Profesional' di kalangan wanita tempatan.
"Kita mahu naikkan taraf profesion pembantu rumah kepada pengurus rumah tangga. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka mendapat latihan yang cukup dari kerajaan dan mendapat pekerjaan yang sesuai dan mulia," katanya.
Melalui pendekatan ini, pembantu rumah yang dinaikkan taraf ini akan mendapat gaji yang setimpal sesuai dengan khidmat yang mereka berikan kepada keluarga yang menggaji mereka.
Teo Nie Ching ketika menjelaskan perkara ini berkata, beliau mempunyai pengalaman peribadi tersendiri dalam isu penjagaan anak sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.
"Selepas saya melahirkan anak baru-baru ini saya membawa anak saya ke Parlimen. Saya bertanya dimana pusat penjagaan kanak-kanak yang dijanjikan kerajaan. Mereka kata tidak ada.
"Jadi saya anggap apa yang dijanjikan oleh Najib dalam manifesto BN hanyalah palsu saja...janji dicapati saja," katanya.
Sidang Media Wanita PR : http://www.youtube.com/watch?v=woNyTA5ENRk&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-4-2013
PAS percayai, Umno pinggirkan wanita di T'ganu, Kelantan
Harakahdaily, | 19 Apr 2013 |
MARANG: Ketika Wanita Umno bersedih ekoran mereka disisihkan oleh pimpinan mereka, buat pertama kalinya sejak lebih 40 tahun, PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya umum ini di Terengganu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan barisan calon PAS di perkarangan Masjid Rusila, Marang malam ini memperkenalkan calon wanita untuk PAS di DUN Kuala Besut.
Calon PAS itu, Nafisah Ismail akan bertanding merebut kerusi DUN Kuala Besut menentang penyandang kerusi berkenaan, Dr. A. Rahman Mokhtar.
Di negeri jirannya, PAS Kelantan pula semalam mengumumkan empat calon wanita dalam pilihan raya umum kali ini.
Mereka adalah Siti Zailah Yusof (Ketua Dewan Muslimat PAS) di Parlimen Rantau Panjang, Mumtaz Mat Nawi (DUN Demit), Wan Ubaidah Omar (Kijang) dan Rohani Ibrahim (Tanjong Mas).
Dalam pada itu, BN tidak meletakkan sebarang calon wanita samada di Terengganu atau Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan barisan calon PAS di perkarangan Masjid Rusila, Marang malam ini memperkenalkan calon wanita untuk PAS di DUN Kuala Besut.
Calon PAS itu, Nafisah Ismail akan bertanding merebut kerusi DUN Kuala Besut menentang penyandang kerusi berkenaan, Dr. A. Rahman Mokhtar.
Di negeri jirannya, PAS Kelantan pula semalam mengumumkan empat calon wanita dalam pilihan raya umum kali ini.
Mereka adalah Siti Zailah Yusof (Ketua Dewan Muslimat PAS) di Parlimen Rantau Panjang, Mumtaz Mat Nawi (DUN Demit), Wan Ubaidah Omar (Kijang) dan Rohani Ibrahim (Tanjong Mas).
Dalam pada itu, BN tidak meletakkan sebarang calon wanita samada di Terengganu atau Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-4-2013
(TG Nik Aziz menunjukkan dokumen manifesto PAS Kelantan yang dilancar malam tadi)
PASIR PUTEH: PAS Kelantan menawarkan sembilan tawaran kepada rakyat negeri itu sebagai manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Antara lain, manifesto bertemakan 'Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan' itu menawarkan pemerkasaan rohani, memperjuangankan secara berterusan royalti hak rakyat negeri itu, melaksanakan keadilan untuk semua rakyat serta meningkatkan kemakmuran ekonomi rakyat secara adil dan saksama.
Manifesto tersebut dibentangkan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusof dalam satu program di sini malam tadi.
Turut serta pada majlis itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain itu, PAS turut akan memajukan sosiobudaya di negeri itu dengan berteraskan iman, ilmu dan amalan serta merakyatkan hasil negeri Kelantan.
PAS juga komited untuk meningkatkan mutu taraf hidup masyarakat yang berkonsepkan masyarakat Madani, memakmurkan kehidupan sosial, harmoni dan berkebajikan serta akan memberi fokus kepada pembangunan wanita dan anak muda di negeri itu.
Wan Nik berkata, tawaran parti itu adalah untuk dinilai oleh rakyat Kelantan sebagai kesinambungan kecemerlangan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
"Kita mengemukakan program ini (tawaran) yang bertemakan 'Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan' di mana tiga konsep ini seiring dengan tema 'K' iaitu 'Kekal Kelantan'.
"Tawaran itu adalah suatu yang baik untuk dinilai oleh rakyat Kelantan, supaya kita lebih yakin dan percaya bahawa suatu urus tadbir terbaik berdasarkan pemikiran-pemikiran berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang diterjemahkan para ulama dalam misi bagi perjuangan PAS," katanya.
Royalti, pembangunan wanita dalam 9 tawaran PAS K'tan
Harakahdaily, | 24 Apr 2013 |

Sumber HD - 24-4-2013
Mesra 6 penulis wanita menggugah semangat
Hazayani Zakaria, | 19 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Penampilan enam penulis prolifik wanita bersama karya mereka yang dibedah oleh pengkaji sastera membuktikan sumbangan wanita tidak kurang pentingnya dalam dunia penulisan tanah air.
Karya enam penulis iaitu Prof Madya Dr Siti Zainon Ismail, Dr Zurinah Hassan, Dr Kamariah Kamaruddin, Siti Zaleha Hashim dan Rozninah Abd Azib dihuraikan secara ilmiah tetapi santai pada program Mesra Enam Penulis Wanita, semalam.
Bertempat di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, acara sehari itu diilhamkan oleh Sahabat Seni Sastera Budaya (Sebudi) dengan kerjasama Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pada sebelah pagi, karya Dr Siti Zainon, 'Rumah Waris Uwan' yang menceritakan kampung-kampung tradisi di Gombak yang sebahagiannya sudah dilupuskan untuk pembangunan, dibedah oleh Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aris Arif Mundayat yang berasal dari Indonesia.
Karya Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kamariah Kamaruddin 'Catatan Cinta Anakanda Bonda' yang merupakan himpunan cerpen remaja diperhalusi oleh Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Dr Norhayati Ab.Rahman.
Manakala karya Rozninah Abd Azib yang merupakan editor DBP, 'Inspirasi Cinta', kisah motivasi kekeluargaan pula dibincangkan oleh Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mawar Safei.
Turut bersama ialah penggiat sastera, Prof Dr. Amida Abdul Hamid.
Pada sesi petang pula, Dr Zurinah membicarakan karya Siti Zaleha Hashim 'Pantun Gemerlap Masa Silam' yang memberi panduan mengenai ciri-ciri pantun yang baik, fungsi dan cara penulisannya.
'Kuasa Kata' tulisan Mahaya yang menceritakan pengalaman pahit manis kehidupannya dibicarakan oleh Dr Kamariah manakala karya Dr Zurinah, 'Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan: Antara Bas, Feri & Kereta Api' dikongsi oleh Eksekutif Jabatan Buku Malaysia, Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman.
Sesi petang dimudah cara oleh penulis terkenal, Nisah Haron yang berkelulusan dalam bidang undang-undang.
Program yang disertai kira-kira 60 peserta yang hampir keseluruhannya merupakan wanita bekerjaya dan penuntut menara gading ini diyakini mampu memberi motivasi kepada mereka untuk terus membaca dan menghasilkan karya sendiri.
Lebih menarik apabila penulis dan penyair, Raja Ahmad Aminullah yang menulis buku 'Minda Tertawan' mengikuti acara ini dari awal hingga akhir dan turut menyuarakan pandangan beliau.
"Penulis perempuan di Malaysia tidak pernah dipingirkan oleh mereka yang serius mengamati, membaca atau menilainya," katanya yang juga pengarah dan pemilik R A Fine Arts.
Pengerusi Sebudi, Dr Siti Zainon dalam bicaranya melahirkan rasa gembira dan terharu atas penglibatan semua pihak dalam usaha memartabatkan karya-karya penulis wanita.
Pengkaji Seni Budaya Warisan Melayu ini juga berharap golongan muda khususnya wanita dapat menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan segar agar memberi manfaat kepada masyarakat.
"Inilah usaha kecil Sebudi bagi menghimpunkan penulis-penulis wanita yang memberi sumbangan yang besar kepada kesusasteraan tanah air.
"Kami mahu golongan muda meneruskan aktiviti-aktiviti yang mengangkat nilai seni seiring dengan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat," katanya.
Sebudi dibangunkan oleh Dr Siti Zainon pada tahun dengan dinaungi Tan Sri Datuk Sri Sanusi Junid.
Sebudi menghimpunkan pencinta seni dari sisi penulis dan pelukis bertujuan menjadi medan pertemuan antara banyak cabang dan disatukan menjadi kelompok seni di bawah satu bumbung.

Sumber HD - 19-5-2013
No comments:
Post a Comment