Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS
Abdul Hadi Awang, | 29 Apr 2013 |
Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera;
Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian,
Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.
Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.
Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini.
Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini.
Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.
Sekian terima kasih.
Wassalam.
“PAKATAN HARAPAN RAKYAT”
“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-4-2013
Jangan buat silap kali ke 13
Harakahdaily, | 01 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Rakyat diseru jangan lagi membuat kesilapan kali ke 13 dengan mengundi BN sebagai kerajaan persekutuan pada 5 Mei ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai menjawab saranan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berkata Pakatan Rakyat tidak layak diberi peluang kedua untuk memerintah di negeri-negeri yang dimenanginya 2008.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertungkus-lumus lima tahun untuk mencari satu kesalahan pada pimpinan Pakatan Rakyat, tapi mereka gagal menjumpai apa-apa.
"Dengan SPRM yang terkenal dengan kecekapan dan kepantasannya dalam sebarang kes melibat pimpinan PR, PR sudah boleh dikira sebagai teramat bersih kerana tiada satu kes rasuah pun sehingga kini. Rakyat lebih pandai menilai,” kata Tuan Ibrahim.
Berbanding dengan BN yang dikerumi dengan skandal-skandal penyelewengan, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu memikirkan apakah BN layak diberi peluang untuk kali ke 13.
“Kerajaan yang dipilih mestilah amanah dalam menjaga hak dan duit rakyat. Prestasi kerajaan negeri PR dengan integriti para pemimpin BN, rakyat perlu memilih Pakatan. Jangan tersilap buat kali ke 13,” nasihat Tuan Ibrahim (gambar), yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Ketika berkempen di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang, Najib menyuruh rakyat membetulkan kesilapan mereka di 2008.
“Kalau dah silap boleh betulkan pada 5 Mei ini (PRU13). Dulu tersasar, terpesong takpe, buat silap sekali takpe, jangan dua kali buat silap," katanya.
Najib berkata canangan perubahan PR hanya janji kosong.
“Kalau nak buat perubahan kena ada wawasan, dan kena ada kemampuan untuk menterjemahkan agenda menjadi realiti dan kenyataan," beliau tegaskan.
Kemampuan datang apabila menjadi kerajaan, jawab Tuan Ibrahim.
“PR boleh menterjemahkan segala janji menjadi realiti dan kenyataan. Rakyat cuma perlu memberi peluang kepada PR untuk sekali sahaja untuk kami buktikan.
"Jika peluang tidak diberi, manalah rakyat boleh mengesahkan bahawa BN sedang berbohong ke tidak bahawa negara akan bankrap di bawah pemerintahan PR,” tegas beliau.

Sumber HD - 1-5-2013
Manifesto Pakatan mampu dilaksanakan - TG Haji Hadi
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan manifesto Pakatan Rakyat yang telah dikemukakan boleh dan mampu dilaksanakan jika diberikan amanah untuk mentadbir negara ini.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua lapisan rakyat negara ini memberikan kepercayaan penuh kepada PAS, PKR dan DAP dalam pilihan raya umum ini.
"Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini," ajak Tuan Guru Haji Hadi dalam kenyataannya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Jumaat 3 Mei 2013/22 Jamadil Akhir 1434
“MANIFESTO PAKATAN RAKYAT ADALAH KOMITMEN IKHLAS KAMI”
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan-rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia berbagai agama, kaum dan etnik, untuk menjadi pengundi yang bebas dan merdeka dengan menjadikan peluang mengundi dalam PRU-13 ini sebagai saat penting dalam sejarah Malaysia.
2. Lihatlah bahawa PR menawarkan calon-calon yang lebih amanah dan berkelayakan, disamping lebih memahami penat lelah rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ini.
3. Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan manifesto PR yang menyentuh pelbagai aspek. Semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.
4. Pimpinan UMNO/ BN mengatakan bahawa manifesto PR ini adalah mencabar perlembagaan, karut dan hanya janji yang tidak boleh dilaksanakan. Pimpinan UMNO/BN berfikir demikian kerana itulah cara kerja mereka selama puluhan tahun ini, dengan memerah hasil negara melalui pengurusan kewangan yang lemah, kos projek yang meningkat berganda, ketirisan dan salah guna kuasa. Bacalah dengan fikiran terbuka Laporan Global Financial Integrity (GFI) (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 - Update with a Focus on Asia). Pengaliran wang dari Malaysia ke luar bertambah tiga kali ganda dari USD 22.2 billion pada tahun 2000 ke USD 68.2 billion pada 2008. Akhirnya Malaysia menjadi negara ke tiga paling banyak berlaku pengaliran wang keluar selepas China dan Mexico untuk tempoh 2001 – 2010. Itulah kepandaian pimpinan UMNO/BN dalam menguruskan kewangan negara !.
5. Saya juga ingin mengulangi komitmen bahawa pembayaran royalti petroleum 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan termasuklah Pahang dan Johor boleh dilakukan, pengurangan harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan PTPTN, pendidikan percuma, pengurangan tarif elektik kediaman; semuanya adalah BOLEH dan MAMPU dilaksanakan oleh kerajaan PR sekiranya memerintah Malaysia nanti.
6. Peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. Bagaimana?. Sektor pembuatan dan perkhidmatan akan berkembang dengan lebih pesat apabila dipacu oleh modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, manakala gejala rasuah dan ketirisan akan dibanteras ke akar umbinya serta menghalang pengaliran wang haram ke luar negara. Ini semua mampu merancakkan aktiviti pelaburan domestik seterusnya menjana lebih peluang pekerjaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
7. Kakitangan kerajaan sektor awam pula akan terus dijaga kepentingan kebajikan dan imbuhan mereka. Kerajaan baru nanti tidak akan bertindak mengugut dan memenjarakan fikiran kakitangannya dengan peraturan yang menakutkan seperti dalam notis oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Lantaran itu, peruntukan undang-undang yang menekan seperti AUKU akan dimansuhkan manakala reformasi institusi kehakiman dan kamar peguam Negara, PDRM dan SPRM akan dilakukan.
8. Golongan wanita akan menikmati Caruman Wanita Malaysia oleh kerajaan dan suami mereka mengikut kadar yang akan ditentukan. Pusat jagaan anak anak di tempat kerja sektor kerajaan akan diwujudkan megikut kesesuaiannya manakala di sektor swasta akan diberikan galakan menerusi insentif kewangan dan percukaian.
Berdirilah dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini.
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Sumber HD - 3-5-2013
No comments:
Post a Comment