Dalam satu siaran akhbar bertarikh 12 Disember 2011 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, diumumkan bahawa syarikat Bunge North America (BNA), anak syarikat Bunge Limited (BL) yang menguasai operasi syarikat Bunge Limited bagi Amerika Utara telah menubuhkan sebuah syarikat usahasama dengan TRT ETGO di Kanada.
Syarikat usahasama itu dinamakan Bunge ETGO L.P. yang akan menyatukan aktiviti komersial kedua-dua syarikat berkaitan operasi penglumatan (crushing) dan penafisan (refining) di Kanada, iaitu, kilang milik Bunge Limited di Hamilton, Ontario dan TRT-ETGO di Becancour di Quebec. Kilang ini boleh digunakan untuk melumatkan biji canola atau kacang soya.
Kombinasi kedua-dua kilang ini menghasilkan kapasiti penglumatan sebanyak 2 juta ton se tahun. Tidak diumumkan struktur pemilikan saham di dalam syarikat usahasama yang baru ditubuhkan itu. Juga, terma-terma kewangan berkaitan dengan penubuhan syarikat usaha berkenaan masih dirahsiakan.
Oleh kerana FGVHB telah pun memulakan usaha sama di Amerika Utara, maka bolehlah dianggap bahawa yang akan menjadi “rakan kongsi strategik” bagi FGVHB apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia nanti ialah Syarikat Bunge Limited ini yang bakal diberi milikan saham sebesar 20% di dalam syarikat tersenarai FGVHB. Usahasama di antara FGVHB dan Bunge Limited di Amerika Utara telah dimetrai dalam bulan Disember 2011.
Bunge Limited (BL) adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam perniagaan agrobusiness dan makanan dengan kakitangan berjumlah 32,000 orang di lebih dari 30 buah negara. BL menjual, membeli, mensetor dan mengangkut pelbagai jenis oilseed dan bijirin gandum di seluruh dunia. Ia juga memproses oilseed untuk menghasilkan protin untuk makanan ternakan dan pelbagai produk edible oil untuk pelanggan komersial dan pasaran pengguna (melalui rangkaian pasar raya), menghasilkan gula dan ethanol dari tebu (sugarcane) dan mengisar dan mengilang gandum dan jagong (corn) sebagai ramuan (ingredient) yang digunakan oleh syarikat-syarikat pemprosesan dan pengeluaran makanan dan menjual baja di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada masa ini, BL beribu pejabat di White Plains, New York.
BL adalah pengisar (miller) jagong kering (dried corn) Nombor 1 di Amerika Syarikat (melalui anak syarikatnya, Lauhoff Grain) menguasai 18% pasaran, pengeksport gandum (grain) Nombor 1 di Brazil, pengeksport produk-produk kacang soya Nombor 2 di Amerika Syarikat (soymeal dan soyoil), pengeksport gandum Nombor 3 di Amerika Syarikat, pemeproses kacang soya Nombor 3 di Amerika Syarikat., pengeksport gandum Nombor 4 terbesar didunia, pemiliki grain elevator capacity yang ke 4 terbesar di Amerika Syarikat dan pengeksport gandum Nombor 7 di Argentina.
BL memiliki 50 buah grain elevator di Amerika Syarikat kebanyakannya di kawasan sepanjang Sungai Mississipi dari St. Louis ke New Orleans. Ia memiliki sebuah grain export elevator yang amat besar di Quebec City, Kanada.
BL ini adalah sebuah syarikat milik orang Yahudi yang di mana sahaja ia beroperasi dan menjalankan perniagaan matlamatnya ialah “ia mahu menguasai dan memonopoli.” Ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat “food cartel” dunia. Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit. Apabila ianya kelak menjadi “rakan kongsi strategik” kepada FGVHB, maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia.
Dari segi sejarahnya, BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 di asaskan oleh keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Selepas satu abad menguasai perdagangan yang amat lucrative ini, pada tahun 1850, Charles Bunge memindahkan perniagaan keluarga ini ke Antwerp, Belgium.
Di sini, dua anak lelaki beliau menubuhkan syarikat perkapalan yang menguasai pelayaran komersial di Lautan Atlantik. Edouard Bunge menetap di Antwerp sementara Ernest Bunge berpindah ke Argentina pada tahun 1876. Bersama abang iparnya, George Born, beliau menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Pada tahun 1897, seorang pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch menjadi rakan kongsi mereka. Pada tahun 1927, Hirsch menjadi presiden syarikat Bunge and Born dan kekal selama 30 tahun.
Hirsch dan lain-lain ahli keluarga Bunge and Born melaksanakan strategi “menguasai dan memonopoli” dengan cara menyalahi etika perniagaan termasuk melalui korupsi dan konspirasi. Di Argentina, mereka berjaya membolot estancias - tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu malah berjuta-juta ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains. Mereka berjaya menguasai ekonomi Argentina. Parahnya penguasaan syarikat Bunge and Born ke atas ekonomi Argentiana terdedah pada tahun 1974 apabila kumpulan Pemberontak Argentina (Montoneros Terrorists) berjaya mencolek Jorge Born dan Juan Born. Dari mereka diketahui bukan sahaja syarikat Bunge and Born ini menguasai dan memonopoli sektor pertanian Argentina tetapi syarikat-syarikat milik Bunge and Born menguasai 40% pengeluaran cat (paint), 67% pengeluaran bekas tin (can), 20% pengeluaran tektil dan senarainya terlalu panjang untuk diturun semuanya di sini.
Bila Juan Peron menjadi Presiden Argentina pada tahun 1946, beliau cuba untuk mengurangkan dominasi Bunge and Born ke atas ekonomi Argentina, khasnya di sektor pertanian yang mengakibatkan petani-petani hidup dalam keadaan tertindas dan melarat. Beliau telah cuba mengurangkan dominasi dan kuasa grain cartel (yang dikuasai oleh Bunge and Born dan beberapa buah lagi syarikat lain) dengan kerajaan sendiri, melalui penubuhan “Institute for the Promotion of Trade (IAPI),” membeli gandum terus dari petani dan mengeksportnya. Mendapati kuasa mereka mula terhakis, ahli-ahli “grain cartel” lalu mengatur konspirasi menjatuhkan kerajaan Peron.
Dalam tahun 1955, Peron dijatuhkan dan IAPI yang beliau tubuhkan ditutup. Juan Peron kembali berkuasa pada tahun 1973 lalu menubuhkan National Grain Board untuk membebaskan petani gandum dari penindasan oleh “grain cartel.” Sekali lagi Peron mendapat tentangan kuat dari syarikat-syarikat “grain cartel.” Bila Juan Peron meninggal dunia pada tahun 1974, isteri beliau, Evita Peron mengantikan beliau dan meneruskan perperangan ke atas grain cartel. Beliau kemudian digulingkan (1976) dan NGB dibubarkan dan syarikat-syarikat cartel kembali menguasai pengeksportan gandum dan daging Argentina. Petani-petani Argentina sehingga kini terus hidup tertindas.
Parahnya dominasi syarikat Bunge dan Born ke atas Argentina terbukti apabila dua orang eksekutifnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kerajaan Carlos Menim dengan memegang jawatan Menteri Ekonomi, iaitu, mula-mula Mor Roig diikuti Nestor Rapanelli.
Bagi rakyat Argentina, “nasi telah menjadi bubur.” Dominasi Bangsa Yahudi di dalam kehidupan mereka sudah parah, bukan sahaja mereka menguasai ekonomi Argentina tetapi juga politik dan kerajaan Argentina.
Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan jenarasi mereka yang akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan, yang ketamakan dan kerakusannya tiada tolok bandingan dan yang matlamatnya tidak lain untuk “menguasai dan memonopoli” sudah berada di ambang pintu? Mahukah dan bersediakan peneroka Felda untuk berkongsi tanah dna kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi?
Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi: “
Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.” Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir.”
Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya menolak).
Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu. Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau – turun padang.
Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir bersama-sama rombongan dari Rembau ke program “Himpunan Hijau ke Putra Jaya” di Alor Star, Kedah.
Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya. Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.
Keempat, masa yang ada memang suntuk dan amat sukar bagi saya untuk membuat persediaan, tambahan lagi, ini bukan subjek yang mudah.
Kelima, maudhu’ yang akan dibicarakan sudah lama saya tinggalkan. Kali terakhir saya berbicara mengenainya ialah pada April 2006 bila pemberita akhbar Malaysiakini menemubual saya mengenainya.
Betul, saya ada menulis mengenainya tetapi saya kena mentelaah kembali tulisan-tulisan itu kerana banyak perinciannya yang saya telah lupa.
Keputusan saya: saya kena tolak undangan. Namun, hati saya terus berbolakbalik di antara hendak kata ia atau tidak.
Saya akhirnya menalipon Syed Mikael menyatakan, dengan hati yang berat dan rasa terbeban, “setuju.” Perkiraan saya ialah saya memang akan ke utara dan program mingguan di Rembau pun telah dibatalkan kerana ramai ahli yang akan ke Kedah menyertai perhimpuan hijau dan setelah berjanji kepada ibu, saya akan berada di Rembau pada pagi Ahad itu, Insya Allah.
Saya dan isteri ke Pulau Pinang pada hari Khamis 31 Mei bertolak dari Subang Jaya pada pukul 5 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi. Kami menginap di Hotel Equitorial. Berbekalkan sedikit maklumat yang saya telah kumpulkan sebelum bertolak, saya memerapkan diri di bilik hotel, mentelaah bahan yang saya bawa dan melayari internet untuk bahan tambahan dalam menyediakan satu
power point presentation untuk dibentangkan di dalam forum.
Isteri saya merungut kerana saya tidak membawa beliau bersiar-siar di Pulau Pinang. Hendak menziarahi saudara mara pun terpaksa dilupakan. Dia reda sedikit bila pada sebelah senjanya, kami keluar makan malam di restoran Pak Su di Sungai Dua dan makan durian dari dusun Pak Su sendiri yang turut dijaja di situ. Kembali ke hotel saya terus menyambung kerja hingga lewat malam.
Sesudah subuh, hari Jumaat, 1 Jun, dalam hujan yang lebat, kami memandu kereta ke Alor Setar. Program di Alor Setar memang menyemarakkan semangat perjuang tetapi meletihkan. Bila kembali dari Alor Setar pada dinihari, Sabtu 2 Jun, saya menginap di Hotel Penaga, di Hutton Lane. Se awal selepas sembahyang subuh, saya menyambung kerja menyiapkan
ppp. Ianya siap pada pukul 12.30 petang dan terus saya emelkan kepada Syed Mikael kerana saya telah berjanji akan emel kepada beliau pada sebelah pagi. Saya terlewat.
Saya tiba di Dewan Sri Pinang pada pukul 2.00 petang. Forum bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang kerana DSAI yang berkereta dari Kuala Lumpur terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa lima setengah jam berbanding 3-4 jam jika tiada kesesakan.
Kepada kira-kira 400 hadirin dan hadirat di majlis forum itu saya memberitahu ada sekurang-kurang lapan isu utama yang mengundang jawapan berkaitan dengan tajuk forum itu (forum diadakan dalam Bahasa Inggeris). Saya kongsi isu-isu dan jawapan yang saya kemukakan di forum itu dengan pembaca Harakah.
Pertama, wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?
Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.
Kedua, bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing?
BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing.
Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.
BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.
Ketiga, Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?
Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.”
Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “
sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”
Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”
Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.
Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “
short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.
Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (
Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
Akhbar “
Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (
market bully). Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (
dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.
Keempat, berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?
Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “
creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “
deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.
Kelima, siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?
BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”
Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “
Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “
Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.
Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (
went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (
robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.
Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.
Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.
Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.
Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.
Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.
Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.
Keenam, Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?
Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media - dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.
Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.
Ketujuh, kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?
Ini adalah kerana,
pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini.
Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa.
Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (
too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan.
Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.
YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.
Kelapan, patutkah PR (jika memerintah) menyiasat kembali skandal ini?
Di Mongolia, dua orang bekas Gabenor dan tiga orang kakitangan bank pusat negara itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihi kuasa sehingga menyebabkan kerugian USD90 juta di pasaran pertukaran asing. TSJH dan NMY telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi, maka sudah sewajarnya mereka di bawa ke muka pengadilan. Mereka mestilah disiasat.
Jenayah yang terlibat termasuklah kecuaian, menyalahgunakan kuasa, memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.
Aktiviti spekulasi yang dibuat sebenarnya berlawan dengan prinsip-prinsip utama bank pusat. Bank pusat sepatutnya membanteras spekulasi. Manakan boleh BNM melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran matawang asing secara besar-besaran?
Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja. Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia telah terlewat 20 tahun.
Penulis mengucapkan terima kasih kepada Penang Institute kerana memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai.
Sumber HD : 5/06/2012
Dr Rosli Yaakop, | 14 Jun 2012 |
Pengapongan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur. Masa dan ketika pengapongan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang.
Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun. Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham
Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya.
Maklumat terpercaya memberitahu pada mulanya harga IPO saham FGVHB dicadangkan pada RM5.85 se saham tetapi akhirnya bila pengapongan diluluskan Suruhanya Sekuriti Malaysia, harga didapati telah diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunaan sebanyak RM1.20 atau 20.5% dari harga awal. Ini mengambilkira - berasaskan akaun terkini yang terkandung di dalam prospektus yang telah diluluskan - prestasi FGVHB yang tidak berapa memberangsangkan kebelakangan ini. Juga, penurunan harga IPO terpaksa dibuat memandangkan pasaran saham yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi (
over-pricing) boleh memantulkan selera pelabur sehingga mereka mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham termasuk saham FGVHB yang bakal diapongkan ini. Penerbit (Felda) saham pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP dan seumpamanya terpaksa dikerah untuk menyelamatkan keadaan.
Pada harga RM5.85 se saham, pengapongan 2,188,890,000 (2.2 bilion) unit saham FGVHB menjana kira-kira RM12 bilion tetapi pada harga RM4.65 dana dijana hanya kira-kira RM10 bilion, kerugian sebagayak RM2 bilion. Hatta, belum disenaraikan pun harga telah jatuh, maka kemungkinan bahawa harga pasca pengapongan juga boleh jatuh tidak boleh ditolak sama sekali.
Felda, yang bakal menawarkan seluruh sahamnya dalam FGVHB untuk dijual, iaitu, berjumlah 1,208,890,900 (1.2 bilion) unit atau 33% dari seluruh saham yang bakal diapongkan, akan kerugian RM1.4 bilion akibat daripada penyemakan menurun harga IPO saham FGVHB ini. Pada harga RM 5.85 se unit, ia menjana RM7 bilion tetapi pada harga RM4.65 se unit, ia hanya menjana RM5.6 bilion.
Mengambilkira harga yang tidak memberangsangkan ini, sepatutnya cadangan penyeneranain FGVHB ditangguhkan ke suatu waktu yang lebih baik supaya Felda tidak rugi besar. Soalnya: Kenapakah Perdana Menteri mahu menyenaraikan juga FGVHB dalam suasana pasaran yang tidak menentu yang jelas menyebabkan kerugian besar kepada Felda? Sikap ini amat sukar difahami. Penganalisis berpendirian penyenaraian FGVHB dibatalkan sahaja kerana tiada apa-apa untungnya kepada 112, 635 orang peneroka dan 1.6 juta ahli keluarga mereka.
Wajar bakal pelabur-pelabur mengambil iktibar dari bencana yang telah menimpa saham
Facebook kerana pengapongan saham
Facebook di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2012 lalu adalah yang terbesar di dunia setakat ini dan pengapongan saham FGVHB pula adalah yang kedua terbesar. Tidak boleh ditolak bahawa bencana yang telah menimpa saham
Facebook boleh juga menimpa saham FGVHB. Lagi pun, Perdana Menteri telah menjadikan pengapongan saham
Facebook sebagai tanda aras (
benchmark) kepada pengapongan saham FGVHB.
Pengapongan saham
Facebook pada 18 Mei pada harga IPO USD38 se saham menjana USD104 bilion untuk
Facebook, yang tertinggi di dunia tetapi sejak pengapongan, harga telah jatuh teruk mencecah harga terendah USD25.52 se saham, iaitu, jatuh sebanyak 32.8%. Untuk menyekat kejatuhan harga berterusan,
Facebook melancarkan kempen perhubungan awam besar-besaran mulai hari Selasa, 12 Jun 2012 tetapi harga hanya pulih sedikit kepada USD27.40 pada waktu tutup perniagaan pada hari berkenaan, menunjukkan bahawa pengiklanan secara besar-besaran pun tidak mampu menghasilkan kesan yang diharapkan. Prestasi lemah saham
Facebook ini memeranjatkan ramai pelabur. Dengan membeli saham
Facebook, ramai pelabur mengharapkan untuk menjadi kaya dengan segera tetapi dalam tempoh sebulan sejak penyenaraian, satu pertiga daripada nilai pelaburan telah terhakis. Ramai yang menjadi papa.
Selain daripada saham
Facebook, banyak lagi saham yang menerima nasib seperti
Facebook, iaitu, harga merudum pasca pengapongan. Setakat 30 Mei 2012, harga saham syarikat-syarikat berikut (ini contoh sahaja) telah jatuh teruk selepas pengapongan:
|
Nama Syarikat
|
Tarikh Pengapongan
|
Kejatuhan Harga Sejak Pengapongan
|
1 | Zeltiq Aesthetics | 19 Oktober 2011 |
-66%
|
2 | Vanguard Health Systems | 22 Jun 2011 |
-57%
|
3 | Horizon Pharma | 28 julai 2011 |
-57%
|
4 | Groupon | 4 November 2011 |
-45%
|
5 | Taomee | 9 Jun 2011 |
-44%
|
6 | C&J Energy | 29 Julai 2011 |
-40%
|
7 | Zynga | 16 December 2011 |
-40%
|
8 | KiOR | 24 Jun 2011 |
-41%
|
9 | Compressco Partners | 15 Jun 2011 |
-35%
|
10 | Pandora | 15 Jun 2011 |
-34%
|
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengapongkan saham apatah lagi saham yang amat besar jumlahnya sperti FGVHB ini.
Kini, ramai pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap
Facebook. Pada hari Rabu, 13 Jun 2012, tiga pelabur telah memfailkan saman menuduh
Facebook dan penanggungnya (
its underwriters) gagal mendedahkan kepada pelabur-pelabur maklumat bahawa penganalisis telah menyemak turun unjuran hasil bagi suku tahunan dan tahunan 2012 sebelum hari pertama urusniaga saham berkenaan bermula (Jumaat, 18 Mei 2012). Maklumat ini adalah “
material information” yang wajar didedahkan kepada semua pelabur-pelabur.
Saman ini kemudian (pada hari yang sama) disusuli oleh satu tindakan saman berkumpulan (
class-suit action) yang difailkan oleh firma guaman Robbins Geller Rudman & Dowd, menamakan
Facebook, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dan penanggung-penangung utama penyenaraian itu termasuklah Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Merril Lynch dan Barclays Capital sebagai tertuduh. Menurut siaran akhbar firma berkenaan, mereka dituduh melanggar
Securities Act 1933. Saman berbunyi:
“
Pada atau sekitar 16 Mei 2012, Facebook memfailkan dengan SEC Borang S-1/A Penyata Pendaftaran (Registration Statement) untuk IPO. Pada atau sekitar 18 Mei 2012, Prospektus yang merupakan sebahagian daripada “Registration Statement” menjadi efektif dan tertuduh (defendants) telah menjual 421 juta saham biasa Facebook kepada orang awam pada harga USD38 se saham dan menjana hasil jualan melebihi USD16 bilion.
Saman menuduh bahawa “Registration Statement” dan Prospektus yang diterbitkan berhubung dengan IPO berkenaan adalah falsu dan menyeleweng (false and misleading) menyalahi Securities Act. Penuduh berkeyakinan bahawa tertuduh telah gagal mendedahkan maklumat bahawa Facebook telah mengalami penurunan yang ketara di dalam pertumbuhan hasil (revenue) berpunca dari penambahan penggunaan Facebook app atau sesawangnya melalui “mobile devices” berbanding melalui traditional PCs. Pada masa IPO, Facebook telah mengarahkan penanggung-prnanggungnya menurunkan unjuran prestasi bagi tahun 2012. Penyemakan semula ini adalah “material information” yang sewajarnya dikongsi dengan semua pelabur-pleabur tetapi tertuduh hanya mendedahkannya secara berpilih-pilih kepada pelabur-pelabur tertentu (certain preferred investors) dan telah tidak memasukkan “material information” berkenaan di dalam Registration Statement dan/atau Prospektus.”
Seorang peguam sekuriti yang pakar, Chris Keller (rakan kongsi firma guaman Labaton Sucharow) berpendapat bahawa “
kes ini (saman terhadap Facebook) besar dan agak kuat.”
Sesetengah penganalis pasaran melihat bahawa kejatuhan berterusan harga saham
Facebook mulai hari Jumaat, 18 Mei 2012 (hari ia mula diniagakan) di sebabkan oleh “
too many shares were offered at too high a price causing a supply-demand imbalace that lead to the stock falling as much as 18% from it $38 offering price.” (“terlalu banyak saham ditawarkan pada harga yang terlalu tinggi menyebabkan penawaran dan permintaan tidak seimbang menyebabkan harga saham jatuh sehingga 18% dairpada harga tawaran $38”).
Penganalisis pasaran menganggap pengapongan saham
Facebook adalah “botched IPO” dan pengawalselia pasaran kewangan, iaitu,
Securities and Exchabge Commision dan Senate Banking Committee dilaporkan telah mengambil maklum akan hal ini dan akan bertindak.
Kalau
Facebook dikatakan gagal mendedahkan “material information” kepada pelabur, maka penganalisis melihat bahawa di dalam kes penyenaraian FGVHB terlalu banyak “material information” yang gagal didedahkan oleh pengurus terbitan dan bank-bank penangung kepada bakal pelabur. Diperhatikan bahawa prospektus ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memang tidak difahami langsung oleh peneroka-peneroka Felda yang bakal melabur di dalam sahm FGVHB ini. Tidak ada usaha dan program yang teratur untuk memberi kefahaman secukupnya kepada bakal pelabur mengenai pengapongan saham FGVHB ini. Malah, ada permohanan dibuat oleh penerbit saham bagi dikecualikan dari mendedahkan maklumat mengenai prestasi anak-anak syarikat FGVHB di luar negara. Kalau
Facebook disaman oleh pelabur-pelaburnya, maka adalah lebih wajar kalau pelabur-pelabur juga menyaman FGVHB.
Penganalis berpendapat bahawa harga saham FGVHB setelah diapongkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham
Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur. Sebabnya, antaranya ialah;
pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham
Facebook.
Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun.
Ketiga, faktor-faktor fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.
Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan.
Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (
hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan.
Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.
Memangkan faktor-faktor di atas, pelaburan dalam saham FGVHB berkemungkinan berisiko besar. Penganalis mengambil sikap mengelakkan dari membeli saham FGVHB. Pelabur-pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melabur.
Harapan penganalisis, analisis yang didedahkan ini salah.
Sumber HD : 15/06/2012
Analisis Dr. Rosli Bin Yaakop, | 17 Jun 2012 |
Pengapongan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur.
Masa dan ketika pengapongan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang.
Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun.
Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya.
Maklumat terpercaya memberitahu pada mulanya harga IPO saham FGVHB dicadangkan pada RM5.85 se saham tetapi akhirnya bila pengapongan diluluskan Suruhanya Sekuriti Malaysia, harga didapati telah diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunaan sebanyak RM1.20 atau 20.5% dari harga awal. Ini mengambilkira - berasaskan akaun terkini yang terkandung di dalam prospektus yang telah diluluskan - prestasi FGVHB yang tidak berapa memberangsangkan kebelakangan ini.
Juga, penurunan harga IPO terpaksa dibuat memandangkan pasaran saham yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi (over-pricing) boleh memantulkan selera pelabur sehingga mereka mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham termasuk saham FGVHB yang bakal diapongkan ini.
Penerbit (Felda) saham pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP dan seumpamanya terpaksa dikerah untuk menyelamatkan keadaan.
Pada harga RM5.85 se saham, pengapongan 2,188,890,000 (2.2 bilion) unit saham FGVHB menjana kira-kira RM12 bilion tetapi pada harga RM4.65 dana dijana hanya kira-kira RM10 bilion, kerugian sebagayak RM2 bilion. Hatta, belum disenaraikan pun harga telah jatuh, maka kemungkinan bahawa harga pasca pengapongan juga boleh jatuh tidak boleh ditolak sama sekali.
Felda, yang bakal menawarkan seluruh sahamnya dalam FGVHB untuk dijual, iaitu, berjumlah 1,208,890,900 (1.2 bilion) unit atau 33% dari seluruh saham yang bakal diapongkan, akan kerugian RM1.4 bilion akibat daripada penyemakan menurun harga IPO saham FGVHB ini. Pada harga RM 5.85 se unit, ia menjana RM7 bilion tetapi pada harga RM4.65 se unit, ia hanya menjana RM5.6 bilion.
Mengambilkira harga yang tidak memberangsangkan ini, sepatutnya cadangan penyeneranain FGVHB ditangguhkan ke suatu waktu yang lebih baik supaya Felda tidak rugi besar.
Soalnya: Kenapakah Perdana Menteri mahu menyenaraikan juga FGVHB dalam suasana pasaran yang tidak menentu yang jelas menyebabkan kerugian besar kepada Felda? Sikap ini amat sukar difahami. Penganalisis berpendirian penyenaraian FGVHB dibatalkan sahaja kerana tiada apa-apa untungnya kepada 112, 635 orang peneroka dan 1.6 juta ahli keluarga mereka.
Wajar bakal pelabur-pelabur mengambil iktibar dari bencana yang telah menimpa saham Facebook kerana pengapongan saham Facebook di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2012 lalu adalah yang terbesar di dunia setakat ini dan pengapongan saham FGVHB pula adalah yang kedua terbesar.
Tidak boleh ditolak bahawa bencana yang telah menimpa saham Facebook boleh juga menimpa saham FGVHB. Lagi pun, Perdana Menteri telah menjadikan pengapongan saham Facebook sebagai tanda aras (benchmark) kepada pengapongan saham FGVHB.
Pengapongan saham Facebook pada 18 Mei pada harga IPO USD38 se saham menjana USD104 bilion untuk Facebook, yang tertinggi di dunia tetapi sejak pengapongan, harga telah jatuh teruk mencecah harga terendah USD25.52 se saham, iaitu, jatuh sebanyak 32.8%.
Untuk menyekat kejatuhan harga berterusan, Facebook melancarkan kempen perhubungan awam besar-besaran mulai hari Selasa, 12 Jun 2012 tetapi harga hanya pulih sedikit kepada USD27.40 pada waktu tutup perniagaan pada hari berkenaan, menunjukkan bahawa pengiklanan secara besar-besaran pun tidak mampu menghasilkan kesan yang diharapkan. Prestasi lemah saham Facebook ini memeranjatkan ramai pelabur.
Dengan membeli saham Facebook, ramai pelabur mengharapkan untuk menjadi kaya dengan segera tetapi dalam tempoh sebulan sejak penyenaraian, satu pertiga daripada nilai pelaburan telah terhakis. Ramai yang menjadi papa.
Selain daripada saham Facebook, banyak lagi saham yang menerima nasib seperti Facebook, iaitu, harga merudum pasca pengapongan. Setakat 30 Mei 2012, harga saham syarikat-syarikat berikut (ini contoh sahaja) telah jatuh teruk selepas pengapongan:
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengapongkan saham apatah lagi saham yang amat besar jumlahnya sperti FGVHB ini.
Kini, ramai pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook. Pada hari Rabu, 13 Jun 2012, tiga pelabur telah memfailkan saman menuduh Facebook dan penanggungnya (its underwriters) gagal mendedahkan kepada pelabur-pelabur maklumat bahawa penganalisis telah menyemak turun unjuran hasil bagi suku tahunan dan tahunan 2012 sebelum hari pertama urusniaga saham berkenaan bermula (Jumaat, 18 Mei 2012). Maklumat ini adalah “material information” yang wajar didedahkan kepada semua pelabur-pleabur.
Saman ini kemudian (pada hari yang sama) disusuli oleh satu tindakan saman berkumpulan (class-suit action) yang difailkan oleh firma guaman Robbins Geller Rudman & Dowd, menamakan Facebook, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dan penanggung-penangung utama penyenaraian itu termasuklah Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Merril Lynch dan Barclays Capital sebagai tertuduh. Menurut siaran akhbar firma berkenaan, mereka dituduh melanggar Securities Act 1933.
Saman berbunyi:
“Pada atau sekitar 16 Mei 2012, Facebook memfailkan dengan SEC Borang S-1/A Penyata Pendaftaran (Registration Statement) untuk IPO. Pada atau sekitar 18 Mei 2012, Prospektus yang merupakan sebahagian daripada “Registration Statement” menjadi efektif dan tertuduh (defendants) telah menjual 421 juta saham biasa Facebook kepada orang awam pada harga USD38 se saham dan menjana hasil jualan melebihi USD16 bilion.
Saman menuduh bahawa “Registration Statement” dan Prospektus yang diterbitkan berhubung dengan IPO berkenaan adalah falsu dan menyeleweng (false and misleading) menyalahi Securities Act.
Penuduh berkeyakinan bahawa tertuduh telah gagal mendedahkan maklumat bahawa Facebook telah mengalami penurunan yang ketara di dalam pertumbuhan hasil (revenue) berpunca dari penambahan penggunaan Facebook app atau sesawangnya melalui “mobile devices” berbanding melalui traditional PCs. Pada masa IPO, Facebook telah mengarahkan penanggung-prnanggungnya menurunkan unjuran prestasi bagi tahun 2012.
Penyemakan semula ini adalah “material information” yang sewajarnya dikongsi dengan semua pelabur-pleabur tetapi tertuduh hanya mendedahkannya secara berpilih-pilih kepada pelabur-pelabur tertentu (certain preferred investors) dan telah tidak memasukkan “material information” berkenaan di dalam Registration Statement dan/atau Prospektus.”
Seorang peguam sekuriti yang pakar, Chris Keller (rakan kongsi firma guaman Labaton Sucharow) berpendapat bahawa “kes ini (saman terhadap Facebook) besar dan agak kuat.”
Sesetengah penganalis pasaran melihat bahawa kejatuhan berterusan harga saham Facebook mulai hari Jumaat, 18 Mei 2012 (hari ia mula diniagakan) di sebabkan oleh “too many shares were offered at too high a price causing a supply-demand imbalace that lead to the stock falling as much as 18% from it $38 offering price.”
(“terlalu banyak saham ditawarkan pada harga yang terlalu tinggi menyebabkan penawaran dan permintaan tidak seimbang menyebabkan harga saham jatuh sehingga 18% dairpada harga tawaran $38”).
Penganalisis pasaran menganggap pengapongan saham Facebook adalah “botched IPO” dan pengawalselia pasaran kewangan, iaitu, Securities and Exchabge Commision dan Senate Banking Committee dilaporkan telah mengambil maklum akan hal ini dan akan bertindak.
Kalau Facebook dikatakan gagal mendedahkan “material information” kepada pelabur, maka penganalisis melihat bahawa di dalam kes penyenaraian FGVHB terlalu banyak “material information” yang gagal didedahkan oleh pengurus terbitan dan bank-bank penangung kepada bakal pelabur.
Diperhatikan bahawa prospektus ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memang tidak difahami langsung oleh peneroka-peneroka Felda yang bakal melabur di dalam sahm FGVHB ini.
Tidak ada usaha dan program yang teratur untuk memberi kefahaman secukupnya kepada bakal pelabur mengenai pengapongan saham FGVHB ini.
Malah, ada permohanan dibuat oleh penerbit saham bagi dikecualikan dari mendedahkan maklumat mengenai prestasi anak-anak syarikat FGVHB di luar negara. Kalau Facebook disaman oleh pelabur-pelaburnya, maka adalah lebih wajar kalau pelabur-pelabur juga menyaman FGVHB.
Penganalis berpendapat bahawa harga saham FGVHB setelah diampongkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur.
Sebabnya, antaranya ialah, pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook. Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun.
Ketiga, faktor-faktor fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.
Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan.
Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan.
Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.
Memangkan faktor-faktor di atas, pelaburan dalam saham FGVHB berkemungkinan berisiko besar. Penganalis mengambil sikap mengelekkan dari membeli saham FGVHB. Pelabur-pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melabur.
Harapan penganalisis, analisis yang didedahkan ini salah.
Rembau, NS
Khamis, 14 Jun 2012
FGVHB Elakkan
Sumber HD : 17/06/2012
Dr. Rosli Yaakop, | 28 Jun 2012 |
Pengapungan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur. Masa dan ketika pengapungan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang.
Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun. Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya.
Maklumat terpercaya memberitahu pada mulanya harga IPO saham FGVHB dicadangkan pada RM5.85 se saham tetapi akhirnya bila pengapongan diluluskan Suruhanya Sekuriti Malaysia, harga didapati telah diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunaan sebanyak RM1.20 atau 20.5% dari harga awal. Ini mengambilkira - berasaskan akaun terkini yang terkandung di dalam prospektus yang telah diluluskan - prestasi FGVHB yang tidak berapa memberangsangkan kebelakangan ini.
Juga, penurunan harga IPO terpaksa dibuat memandangkan pasaran saham yang lemah dan tidak menentu. Harga yang terlalu tinggi (over-pricing) boleh memantulkan selera pelabur sehingga mereka mengambil sikap berhati-hati sebelum melanggan saham termasuk saham FGVHB yang bakal diapongkan ini. Penerbit (Felda) saham pula tidak mahu berdepan dengan situasi saham yang diterbitkan bermasalah untuk dijual sehingga badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP dan seumpamanya terpaksa dikerah untuk menyelamatkan keadaan.
Pada harga RM5.85 se saham, pengapungan 2,188,890,000 (2.2 bilion) unit saham FGVHB menjana kira-kira RM12 bilion tetapi pada harga RM4.65 dana dijana hanya kira-kira RM10 bilion, kerugian sebagayak RM2 bilion. Hatta, belum disenaraikan pun harga telah jatuh, maka kemungkinan bahawa harga pasca pengapungan juga boleh jatuh tidak boleh ditolak sama sekali.
Felda, yang bakal menawarkan seluruh sahamnya dalam FGVHB untuk dijual, iaitu, berjumlah 1,208,890,900 (1.2 bilion) unit atau 33% dari seluruh saham yang bakal diapongkan, akan kerugian RM1.4 bilion akibat daripada penyemakan menurun harga IPO saham FGVHB ini. Pada harga RM 5.85 se unit, ia menjana RM7 bilion tetapi pada harga RM4.65 se unit, ia hanya menjana RM5.6 bilion.
Mengambilkira harga yang tidak memberangsangkan ini, sepatutnya cadangan penyeneranain FGVHB ditangguhkan ke suatu waktu yang lebih baik supaya Felda tidak rugi besar. Soalnya: Kenapakah Perdana Menteri mahu menyenaraikan juga FGVHB dalam suasana pasaran yang tidak menentu yang jelas menyebabkan kerugian besar kepada Felda? Sikap ini amat sukar difahami. Penganalisis berpendirian penyenaraian FGVHB dibatalkan sahaja kerana tiada apa-apa untungnya kepada 112, 635 orang peneroka dan 1.6 juta ahli keluarga mereka.
Wajar bakal pelabur-pelabur mengambil iktibar dari bencana yang telah menimpa saham Facebook kerana pengapongan saham Facebook di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2012 lalu adalah yang terbesar di dunia setakat ini dan pengapongan saham FGVHB pula adalah yang kedua terbesar. Tidak boleh ditolak bahawa bencana yang telah menimpa saham Facebook boleh juga menimpa saham FGVHB. Lagi pun, Perdana Menteri telah menjadikan pengapongan saham Facebook sebagai tanda aras (benchmark) kepada pengapongan saham FGVHB.
Pengapongan saham Facebook pada 18 Mei pada harga IPO USD38 se saham menjana USD104 bilion untuk Facebook, yang tertinggi di dunia tetapi sejak pengapongan, harga telah jatuh teruk mencecah harga terendah USD25.52 se saham, iaitu, jatuh sebanyak 32.8%.
Untuk menyekat kejatuhan harga berterusan, Facebook melancarkan kempen perhubungan awam besar-besaran mulai hari Selasa, 12 Jun 2012 tetapi harga hanya pulih sedikit kepada USD27.40 pada waktu tutup perniagaan pada hari berkenaan, menunjukkan bahawa pengiklanan secara besar-besaran pun tidak mampu menghasilkan kesan yang diharapkan. Prestasi lemah saham Facebook ini memeranjatkan ramai pelabur. Dengan membeli saham Facebook, ramai pelabur mengharapkan untuk menjadi kaya dengan segera tetapi dalam tempoh sebulan sejak penyenaraian, satu pertiga daripada nilai pelaburan telah terhakis. Ramai yang menjadi papa.
Selain daripada saham Facebook, banyak lagi saham yang menerima nasib seperti Facebook, iaitu, harga merudum pasca pengapongan. Setakat 30 Mei 2012, harga saham syarikat-syarikat berikut (ini contoh sahaja) telah jatuh teruk selepas pengapongan:
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa masa sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk mengapongkan saham apatah lagi saham yang amat besar jumlahnya sperti FGVHB ini.
Kini, ramai pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook. Pada hari Rabu, 13 Jun 2012, tiga pelabur telah memfailkan saman menuduh Facebook dan penanggungnya (its underwriters) gagal mendedahkan kepada pelabur-pelabur maklumat bahawa penganalisis telah menyemak turun unjuran hasil bagi suku tahunan dan tahunan 2012 sebelum hari pertama urusniaga saham berkenaan bermula (Jumaat, 18 Mei 2012). Maklumat ini adalah “material information” yang wajar didedahkan kepada semua pelabur-pelabur.
Saman ini kemudian (pada hari yang sama) disusuli oleh satu tindakan saman berkumpulan (class-suit action) yang difailkan oleh firma guaman Robbins Geller Rudman & Dowd, menamakan Facebook, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg dan penanggung-penangung utama penyenaraian itu termasuklah Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Goldman Sachs, Merril Lynch dan Barclays Capital sebagai tertuduh. Menurut siaran akhbar firma berkenaan, mereka dituduh melanggar Securities Act 1933. Saman berbunyi:
“Pada atau sekitar 16 Mei 2012, Facebook memfailkan dengan SEC Borang S-1/A Penyata Pendaftaran (Registration Statement) untuk IPO. Pada atau sekitar 18 Mei 2012, Prospektus yang merupakan sebahagian daripada “Registration Statement” menjadi efektif dan tertuduh (defendants) telah menjual 421 juta saham biasa Facebook kepada orang awam pada harga USD38 se saham dan menjana hasil jualan melebihi USD16 bilion.
Saman menuduh bahawa “Registration Statement” dan Prospektus yang diterbitkan berhubung dengan IPO berkenaan adalah falsu dan menyeleweng (false and misleading) menyalahi Securities Act. Penuduh berkeyakinan bahawa tertuduh telah gagal mendedahkan maklumat bahawa Facebook telah mengalami penurunan yang ketara di dalam pertumbuhan hasil (revenue) berpunca dari penambahan penggunaan Facebook app atau sesawangnya melalui “mobile devices” berbanding melalui traditional PCs.
Pada masa IPO, Facebook telah mengarahkan penanggung-prnanggungnya menurunkan unjuran prestasi bagi tahun 2012. Penyemakan semula ini adalah “material information” yang sewajarnya dikongsi dengan semua pelabur-pleabur tetapi tertuduh hanya mendedahkannya secara berpilih-pilih kepada pelabur-pelabur tertentu (certain preferred investors) dan telah tidak memasukkan “material information” berkenaan di dalam Registration Statement dan/atau Prospektus.”
Seorang peguam sekuriti yang pakar, Chris Keller (rakan kongsi firma guaman Labaton Sucharow) berpendapat bahawa “kes ini (saman terhadap Facebook) besar dan agak kuat.”
Sesetengah penganalis pasaran melihat bahawa kejatuhan berterusan harga saham Facebook mulai hari Jumaat, 18 Mei 2012 (hari ia mula diniagakan) di sebabkan oleh “too many shares were offered at too high a price causing a supply-demand imbalace that lead to the stock falling as much as 18% from it $38 offering price.” (“terlalu banyak saham ditawarkan pada harga yang terlalu tinggi menyebabkan penawaran dan permintaan tidak seimbang menyebabkan harga saham jatuh sehingga 18% dairpada harga tawaran $38”).
Penganalisis pasaran menganggap pengapongan saham Facebook adalah “botched IPO” dan pengawalselia pasaran kewangan, iaitu, Securities and Exchabge Commision dan Senate Banking Committee dilaporkan telah mengambil maklum akan hal ini dan akan bertindak.
Kalau Facebook dikatakan gagal mendedahkan “material information” kepada pelabur, maka penganalisis melihat bahawa di dalam kes penyenaraian FGVHB terlalu banyak “material information” yang gagal didedahkan oleh pengurus terbitan dan bank-bank penangung kepada bakal pelabur.
Diperhatikan bahawa prospektus ditulis di dalam Bahasa Inggeris yang memang tidak difahami langsung oleh peneroka-peneroka Felda yang bakal melabur di dalam sahm FGVHB ini. Tidak ada usaha dan program yang teratur untuk memberi kefahaman secukupnya kepada bakal pelabur mengenai pengapongan saham FGVHB ini. Malah, ada permohanan dibuat oleh penerbit saham bagi dikecualikan dari mendedahkan maklumat mengenai prestasi anak-anak syarikat FGVHB di luar negara. Kalau Facebook disaman oleh pelabur-pelaburnya, maka adalah lebih wajar kalau pelabur-pelabur juga menyaman FGVHB.
Penganalis berpendapat bahawa harga saham FGVHB setelah diampungkan dan dijual beli nanti berkemungkinan menghadapi nasib yang sama dihadapi saham Facebook, iaitu, harga akan jatuh di bawah harga IPO menyebabkan kerugian kepada pelabur-pelabur. Sebabnya, antaranya ialah, pertama, memandangkan terlalu banyak unit saham ditawarkan berbanding permintaan, sama seperti dalam kes saham Facebook.
Kedua, masa dan ketika saham FGVHB diapongkan tidak kena kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia seluruhnya sedang berdepan dengan suasana ketidaktentuan dan aliran menurun.
Ketiga, faktor-faktor fundamental bagi syarikat FGVHB itu sendiri tidak memberangsangkan – produktiviti ladang yang rendah dan menurun kerana lebih 50% pokok sawit sudah tua dan perlu ditanam semula, projek-projek pelaburan di luar negara milik FGVHB masih di peringkat belum mampu menjana keuntungan dan harga komoditi yang diunjurkan beraliran menurun.
Keempat, diperhatikan saham FGVHB didominasi oleh pelabur institusional menyebabkan aktiviti jual beli saham tidak aktif dan meluas menyebabkan harga sentiasa tertekan. Kelima, keadaan ekonomi dunia yang tidak sihat menyebabkan pelabur-pelabur saham antarabangsa (hot money investors) akan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan. Keenam, isu perundangan berkaitan penyenaraian FGVHB – misalnya, pelanggaran peruntukan GSA 1960 dan tidakturut sertanya KPF, pemilik majoriti Felda Holding Berhad (yang mana asetnya dipindahkan kepada FGHVB) - berpotensi menimbulkan risiko tidak diduga.
Memangkan faktor-faktor di atas, pelaburan dalam saham FGVHB berkemungkinan berisiko besar. Penganalis mengambil sikap mengelakkan dari membeli saham FGVHB. Pelabur-pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum melabur.
Sumber HD : 28/06/2012
KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop melahirkan keraguan berhubung peruntukan RM1 bilion Dana Strategik Pelaburan Domestik yang diumumkan Perdana Menteri, hari ini.
Keraguan tersebut berasaskan kepada keputusan yang dilakukan secara ad-hoc tanpa perancangan secara teliti berhubung misi dan visi ia dilakukan.
"Saya agak ragu-ragu dengan pengumuman ini. Kita tidak mendengar apa-apa perancangan mengenainya, tiba-tiba sahaja diumumkan hari ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tegas Dr. Rosli, kerajaan perlu menentukan keperluan yang lebih besar sekiranya mahu berbuat demikian terhadap industri tinggi tambahan, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi.
Katanya, jumlah RM1 bilion itu tidak mencukupi untuk tujuan tersebut, malah memerlukan peruntukan lebih besar dari itu.
Selain mengatakan peruntukan itu dilakukan di luar bajet kerajaan, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara itu juga berkata, ia juga bukan cara terbaik untuk promosi dalam negara apabila dilakukan secara ad-hoc.
"Cara terbaik memerlukan perancangan yang teliti dan tersusun, bersifat jangka panjang. Bukan hari ini, ingat...hari ini bagi. Ia hanya kerja sia-sia dan tidak efektif," tegas beliau lagi.
Beliau juga melahirkan kebimbangan jika peruntukan itu hanya untuk menolong kroni-kroni pihak tertentu dengan menyalurkan wang tersebut ke mana-mana pihak seperti dana pilihan raya BN.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion.
Dana itu bertujuan meningktkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian beklan global, dalam industri sasaran iaitu bernilai tinggi tambahan, berintensifkan pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.
Sumber HD : 3/07/2012
Dr. Rosli Yaakop, | 10 Sep 2012 |
Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang.
Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi.
Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian.
Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu “putar alam” mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat. Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat.
Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad) bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan.
Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa “kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun” walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka? Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-12 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka?
Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham.
Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion. Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka. Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda.
Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham. Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan.
Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal. Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi.
Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%.
Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi dan sumbangan sektor gula yang megecil.
Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan.
Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 830 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (
cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc., ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd. Kumpulan pemegang saham yang digelar “
cornerstone investors” setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari.
Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 830 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar.
Menyedari hal ini, Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka. Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya. Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan?
Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi “bonus” RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan “wang percuma” tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 830 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham.
Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan. Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB.
Sumber HD : 10/09/2012
Dr. Rosli Yaakop, | 25 Sep 2012 |
PM Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat ini, 28 September 2012, bajet yang keempat bagi beliau sejak memegang jawatan PM merangkap MK mulai April 2009. Oleh kerana PRU13 mesti diadakan sebelum berakhirnya setengah tahun pertama 2013, maka ini adalah bajet terakhir yang beliau bentangkan sebelum PRU13. Selepas itu, tiada kepastian beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri kerana kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan kuasa. Bahkan, sekiranya UMNO-BN kekal berkuasa sekali pun, belum pasti lagi Perdana Menteri Malaysia adalah Najib jika sasaran memulihkan dua pertiga majoriti UMNO-BN gagal dicapai dan Selangor gagal dikembalikan ke pangkuan UMNO-BN.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkomplot untuk mengambilalih teraju pimpinan negara. Penyokong utama beliau termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad dan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Malah, ada sumber yang menyebut bahawa Mahyuddin sedang ditolak kehadapan supaya menggantikan Najib sebelum PRU13 diadakan kerana Najib dan isteri beliau, Datin Sri Rosmah Mansur merupakan beban berat yang dipikul UMNO sekarang yang padahnya boleh membawa kekalahan.
Bila UMNO-BN hilang kuasa dua pertiga majoriti dalam PRU12 (2008), mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dipersalahkan. Sekiranya UMNO-BN hilang lebih banyak kerusi dalam PRU13 ini, maka Najib akan dipersalahkan. Mengambil pengajaran dari PRU12, UMNO tidak mahu menungggu “nasi telah menjadi bubur” baru mahu bertindak. Bermain “blame game” ketika UMNO-BN telah hilang kuasa tiada gunanya. Thesis “buang Najib jika UMNO-BN hendak menang dalam PRU13” sedang diletakkan di peringkat ujian makmal sekarang dan sekiranya ia lulus ujian, maka sinario baru yang bakal muncul ialah PRU13 hanya akan diadakan selepas jawatan Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan. Ini bermakna, parlimen hanya akan dibuburkan setelah cukup lima tahun, satu rekod baru.
Tidaklah sukar bagi sesiapa pun untuk meramalkan bahawa bajet 2013 ini semestinya bajet pilihanraya. Misalnya, Justin Wood, ketua ahli ekonomi kepada “Economist Corporate Network” (ECN) melihat Bajet 2013 berwajah bajet pilihan raya yang mengandungi umpan-umpan untuk memancing undi.
Ada telahan sebaik sahaja bajet 2013 dibentangkan, parlimen akan dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan, berkemungkinan seawal bukan November. Ini tidak pasti. Yang pasti ialah tempoh parlimen tamat pada 8 Mac 2013. Ini bermakana, PRU13 pastinya akan berlangsung pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan selepas bajet 2013 dibentangkan. Ada jenaka bahawa selepas pembentangan bajet 2013, jawatan Perdana Menteri akan beralih tangan dahulu, kemudiannya barulah diadakan PRU13.
Perancangan awal kerjaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi. Fokusnya ialah untuk membeli undi bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.
Kerajaan akan berbelanja lebih besar dan dalam masa yang sama mengurangkan beban cukai untuk meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat dan merangsang pelaburan. Penurunan cukai ini hanya langkah “one-off” untuk membeli undi. Kalau UMNO-BN menang lagi (minta dielakkan), rakyat akan didera dengan cukai GST. Infrastruktur untuk melaksanakan GST sudah sedia.
Defisit belanjawan akan berterusan untuk tahun yang keduabelas, satu rekod baru.
Berikut adalah contoh umpan-umpan - dalam bentuk “bayaran sekali sahaja” dan projek “mi segera” untuk memberi minyak pelincir kepada jentera piliharan raya UMNO-BN - yang bakal disuakan kepada rakyat Malaysia dalam bajet 2013.
Pertama, pemberian wang tunai sekali sahaja (
one-off cash payment) sebanyak RM500 kepada ketua isirumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah akan diteruskan.
Kedua, membuat peruntukan yang lebih besar untuk program-program kebajikan sosial dan jaring keselamatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini khususnya memandangkan Menteri kepada kementerian ini adalah Perdana Menteri sendiri. Dijangka Menteri Kewangan akan menunjukkan sikap pemurah yang luar biasa kepada kaum wanita, golongan pengundi terbesar (lebih 50% dairpada jumalah pengundi).
Ketiga, peruntukan lebih besar bakal disediakan untuk langkah-langkah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Keempat, memandangkan kerajaan telah pun menerbitkan Pelan Induk Pendidikan Negara (2013-2025), adalah dijangkakan bahawa peruntukan untuk sektor pendidikan akan dibesarkan lagi dalam bajet 2013 ini. Mungkin usul pelajaran percuma ada dalam bajet 2013 ini.
Kelima, peneroka Felda dijangka dibayar RM5,000 lagi, iaitu, baki daripada RM15,000 durian runtuk yang dijanjikan kepada lebih dari 100,000 orang peneroka Felda di seluruh negara memandangkan undi peneroka dan ahli keluarga mereka adalah simpanan tetap bagi UMNO dalam PRU13 ini. Selain daripada itu, kerajaan dijangka menyediakan pinjaman berterma mudah kepada peneroka untuk membeli saham FGVHB sebanyak 830 unit yang diperuntukkan kepada mereka memandangkan ramai peneroka yang tidak mampu membiayai pembelian itu. Satu skim pembiayaan perumahan untuk peneroka juga bakal diperkenalkan.
Keenam, memandangkan pengundi di Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap bagi UMNO-BN, boleh dijangkan bahawa kedua-dua negeri ini akan menerima peruntukan pembangunan yang lebih besar.
Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang tidak memihak kepada kerajaan UMNO-BN sejak kebelakangan ini memberi isyarat bahawa rakyat kedua negeri ini sudah bersedia untuk berubah sekiranya ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah tidak ditangani segera. Deklarasi Kuching (diumumkan pada 16 September 2012) yang menggariskan tujuh komitmen Pakatan Rakyat untuk membela rakyat Sabah dan Sarawak menyebabkan UMNO-BN terus tertekan. Di bawah “Perkara 6: Keadilan Dalam Isu Minyak” di dalam Deklarasi itu Pakatan Rakyat memberi komitmen “akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.” Penganalis berpandangan, Perdana Menteri bukan sahaja akan menciplak Perkara 6 ini tetapi akan menciplak kesemua tujuh perkara di dalam Deklarasi Kuching itu. Kalau tidak, tabung simpanan tetap – 25 kerusi di Sabah dan 31 di Sarawak - akan pecah. Kehilangan 50% kerusi sudah cukup untuk membawa padah buruk kepada UMNO-BN.
Ketujuh, pengundi luar bandar adalah juga simpanan tetap bagi UMNO-BN. Dalam bajet 2012, kerajaan, antara lain, memperuntukkan RM5 bilion untuk pembinaan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuk pembinaan jalanraya luar bandar. Dijangka program ini akan diteruskan dengan peruntukan yang lebih besar. Kerajaan dijangka mencurahkan wang – seperti mana yang disakukan dalam tahun 2012 - ke kawasan luar bandar dengan melaksanakan projek “mi segera” seperti menurap jalan, membaiki jambatan, membaiki dan mengecat semula bangunan awam seperti dewan orang ramai, balai raya, mesjid dan surai dan bangunan sekolah Projek ini tidak akan ditender, sebaliknya akan dianugerahkan terus kepada ketua bahagian UMNO untuk membantu mereka menyediakan “minyak pelincir” kepada jentera pilihan raya.
Kelapan, kakitangan awam yang jumlahnya, menurut data yang didedahkan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Omar Osman, mencecah 1.4 juta orang, adalah segmen pengundi yang penting. CUEPACS baru-baru ini mengemukakan enam tuntutan, iaitu, sekim baru saran kakitangan menggntikan sistem saraan baru yang telah dibatalkan kerana didapati menganaktirikan kakitangan bawahan dan melanggar prinsip kesaksamaan dan keadilan, menyediakan rumah mampu milik di Bandar-bandar, alaun sewa rumah yang lebih tinggi, bonus tambahan, menyerap 45,000 kakitangan awam sementara ke dalam perkhidmatan tetap dan menghidupkan semual Majlis Bersama Antara Jabatan yang telah dimansuhkan. Tentunya, kakitangan awam mahu melihat kesungguhan kerajaan di dalam membela nasib dan menjamin masa hadapan yang lebih cerah bagi kakitangan awam dan pembaikan mutu perkhidmatan awam yang berterusan. Jika langkah yang drastik tidak dilaksanakan bagi meningkatan pendaptan kakitangan awam, adalah dikhuatiri bila mana Malaysia mencapai taraf Negara maju dengan pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 se bulan seorang), sebilangan besar kakitangan awam bakal tergolongan di dalam golongan rakyat termiskin.
Kerajaan selama ini boleh bebelanja besar kerana ada dana dariapda Petronas. Hampir 35% sumber pembiayaan datang dari Petronas dan ini, dalam jangka panjang, tidak boleh dikekalkan. Sebab itu kerajaan memang beria-ia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) sudah menasihati kerajaan Malaysia supaya melaksankan GST tanpa bertangguh-tanguh lagi. Buat masa ini kerajaan memang tidak berani untuk melaksankannya kerana takut ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan boleh membawa padah kehilangan kerusi. Kalau GST tidak dilaksanakan, ruang untuk kerajaan menambahkan hasil cukai akan kekal terhad. Pelaksanaan GST bakal meningkatkan beban cukai ke atas rakyat kerana GST itu seumpama pukat harimau melalui mana lebih ramai rakyat yang akan dilitupi oleh jaringan cukai. Betulkah cukai di Malaysia tinggi? Ya, secara perbandingan cukai di Malaysia tinggi. Lihat perbandingan Nisbah Hasil Cukai kepada KDNK (2007-2010):
|
Negara
|
%
|
1 | Malaysia |
14-16
|
2 | Singapura |
13-14
|
3 | Indonesia |
11-13
|
4 | Thailand |
15-16
|
5 | Filipina |
12-14
|
6 | Kemboja |
9-11
|
7 | Hong Kong |
12-14
|
8 | Amerika Syarikat |
8-12
|
9 | China |
9-10
|
10 | India |
9-11
|
Sumber: The World Bank (http://data.worldbank.org) |
Cukai pendapatan syarikat di Malaysia (25%) dan cukai pendaptan individu (0-26%) lebih tinggi berbanding Singapura (17% dan 3 - 20%) dan Hong Kong (16.5% dan 0 - 15%). Lihat pula cukai ke atas kenderaan. Ia cukup tinggi, menyebabkan harga kenderaan tinggi, tidak sejajar langsung dengan harga pasaran kenderaan dunia. Sebab harga kenderaan tinggi ialah dasar perlindungan industri otomobil (melindungi Proton dan Perodua), sistem AP yang tidak efisien, pertandingan terhad dan cukai eksais yang tinggi (60-105%) ditambah cukai jualan (10%).
Model Kereta | Harga di AS (persamaan RM) | Harga di Malaysia (RM) | Kali Ganda |
‘09 BWW535i Sedan |
178,000
|
450,000
|
2.53
|
‘09DMW328i 2door Co |
155,369
|
460,000
|
3.00
|
‘09Audi A4 2door 2.OT CaCo |
142,357
|
265,000
|
1.90
|
‘09VW GT1 2.OT |
85,000
|
200,000
|
2.50
|
‘010 Toyota Camry 2.4L |
69,396
|
170,000
|
2.45
|
|
Harga di I’dsia (persamaan RM)
|
Harga di Malaysia (RM)
|
Kali Ganda
|
Toyota Altis |
46,000
|
112,000
|
2.43
|
Honda Jazz |
36,000
|
108,00
|
3.00
|
Sumber: Secret Weapon to Win (or Lose) the Next General Election – http//hornbillunleashed.wordpress.com |
Jika harga kereta, misalnya, Honda Jazz diturunkan dari RM108,000 ke RM36,000 (sama seperti harga di Indonesia), ansuran bulanan boleh diturunkan dari RM1,500 sebulan ke RM500 sebulan, penurunan sebanyak RM1,000 sebulan ini samalah seperti memberi kenaikan gaji sebanyak RM1,000 sebulan. Oleh itu memang wajar cukai di Malaysia diturunkan. Kalau GST diperkenalkan, maka cukai-cukai yang lain harus dikurangkan. Singapura, misalanya berbuat demikian. Kalau tidak beban cukai ke atas rakyat akan bertambah.
Terlalu banyak ketirisan dalam bajet negara melalui rasuah, pembelonan harga perolehan kerajaan dan kos projek dan pengurusan bajet yang lemah dan tidak berdisplin. Bebannya rakyat yang tanggung. Sudah sampai masanya bajet negara diubah.
Sumber HD : 25/09/2012
Dr. Rosli Yaakop, | 03 Okt 2012 |
Bajet desperado! Bajet desperado! Itulah impresi pertama penganalis setelah mendengar ucapan bajet 2 jam lebih di corong radio pada petang Jumaat, 28 September 2012.
Di dalam artikel prabajet bertajuk ”
Bajet 2013 Pastinya Bajet Pilihan Raya” yang disiarkan di dalam
Harakahdaily, 25 September 2012, penganalis menyebut:
“
Perancangan awal kerajaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011.
Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi. Fokusnya ialah untuk membeli undi, bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.”.
Sahih, Bajet 2013 memang adik kembar Bajet 2012, sekadar lebih gemok. Juga, sahih PRU13 tidak akan diadakan dalam tahun ini tetapi tahun hadapan (2013) selepas
one-off payment (OOP) selesai dibayar.
Sahih, psikologi “UMNO-BN akan kalah” dalam PRU13 sudah membusung di dalam otak Perdana Menteri Malaysia. Lantaran, beliau pun menaburkan berbilion-bilion ringgit dalam bentuk “bayaran tunai sekali sahaja” kepada pelbagai segmen pengundi dalam satu “
desparate move” melawan arus kebangkitan rakyat.
Wang RM100-RM500 ini boleh sahaja dibelanja semuanya dalam satu hari. Besoknya, penerima OPP kembali ke takuk lama. OOP tidak menangani isu bagaimana pendapatan dan kuasa beli rakyat berpendapatan rendah dan sederhana khususnya dapat ditingkatkan secara istiqamah dan lestari.
Disenaraikan di sini OOP yang terkandung dalam Bajet 2013 kerana ini perkara yang teraula kepada Perdana Menteri. OOP pun amat besar, kesemuanya melibatkan perbelanjaan
RM3.889 bilion.
Pertama, anak
muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli
smartphone diberi ribat sebanyak
RM200 se orang. Umpan ini akan menmanfaatkan sejumlah 1.5 juta orang anak muda melibatkan jumlah belanja
RM300 juta. Inilah golongan pengundi generasi media baru yang
anti-establishment yang perlu dipujuk untuk mengundi UMNO-BN. Syabas kepada PM kerana percubaan membeli undi golongan ini. Natijahnya, anak muda
anti-establishment ini sudah pun membuat keputusan mengundi PR dalam PRU13 ini. Diberi RM200, penganalisis yakin, mereka akan ambil tetapi mengundi UMNO-BN mereka tidak akan.
Kedua, BR1M diulang dengan tajuk baru “BR1M2.0” (macam “Bersih” pula nampaknya) dengan penampilan yang lebih gemok, lebih berisi. Dalam Bajet 2012, setiap ketua isirumah yang berpendaptan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi
RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0 pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah
RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang.
Ketiga, Bajet 2013 mesra-tentera. Ini amat difahami kerana inilah segmen undi pos yang masih kekal menajdi simpanan tetap UMNO-BN.
Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenohi syarat) naik pangkat dari prebet ke lans korporal dan lans korporal ke korporal dalam masa 8 tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain dari itu, semua anggota tentera – 125,708 orang – akan diberi alaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta. Alaun perkhidmatan anggota tentera rizab – Wataniah, rizab tentera laut an rizab tentera udara - pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota.
Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium)
RM12 juta.
Keempat, dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri alaun persekolahan RM100. Bayaran one-off in diteruskan dalam Bajet 2013.
Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikamati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung “tak kena pada tempatnya” kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat. Agihan akan ekuitabel jika diasaskan kepada
need-base, misalnya diagihkan hanya kepada pelajar-pelajar dari isirumah yang ketua isirumahnya berpendapatan RM3,000 ke bawah. Barulah pelajar-pelajar yang betul-betul memerlukan mendapat jumlah yang bermakna. Ini bukan hendak mensejahterakan rakyat, ini mahu membangkrapkan negara.
Kelima, Bayaran one-off Voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM200 ke RM250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra-universiti. Serami 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini melibatkan perbelnjaan
RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan.
Selain anggota tentera dan polis, lain-lain segmen pengundi yang diberi perlindungan insurans berkelompok ialah:
- 1.5 penjaja dan peniaga kecil. Setiap orang mendapat manfaat perlindungan sebanyak RM5,000 dan premium dibayar oleh kerajaan melibatkan belanja RM16 juta.
- Skim Insurans Nelayan. Selain dibayar alaun sara hidup RM200 sebulan seorang dan insentif tangkapan ikan sebanyak antara RM0.10 ke RM0.20 sekilogram (tangkapan yang dibawa naik dijeti-jeti berlesen di seluruh Negara), 55,000 nelayan berdaftar akan diberi perlindugan insurans berkelompok dengan manfaat perlindungan sebanyak RM100,000. Kesemua ini melibatkan peruntukan RM230 juta.
- 172,000 penanam padi akan diberi perlindungan insurans takaful dengan manfaat sebanyak RM13,000 se orang. Kerajaan menanggung pembayaran premium sebanyak RM50 juta.
Isunya ialah:
Kenapakah skim perlindungan insurans berkelompok tidak diperluaskan kepada lain-lain golongan petani yang nasib dan profil risiko mereka tidak jauh berbeza dengan nelayan dan penanam padi? Apakah Perdana Menteri terlepas pandang?
Sumber perangkaan menunjukkan bahawa terdapat 43,310 penternak lembu, 3,925 peternak kerbau, 25,509 penternak kambing (dan bebiri), 76,925 penternak ayam, 8,779 penternak itik dan 887 penternak babi di negara ini. Untuk menentukan golongan penternak tidak merasa didiskriminasi dan tersisih, maka adalah wajar skim insurans berkelompok diperluaskan supaya meliputi golongan penternak. Juga, kerajaan seharusnya memikirkan untuk memberi perlindungan insurans berkelompok kepada pekebun kecil getah dan sawit yang bilangan mereka di Semenajung Malaysia berjumlah 425,739 orang dan berpuluh ribu lagi di Sabah dan Sarawak.
Satu lagi segmen penting pengundi yang Perdana Menteri terlepas pandang agaknya ialah pemilik-pemilik kenderaan. Perangkaan terkini menunjukkan bahawa terdapat 11.8 juta pemegang lesen kenderaan di Malaysia. Ini merupakan 44% dari jumlah penduduk (27 juta). Bilangan kenderaan berdaftar pula berjumlah 21.25 juta (tahun 2010). Harga kenderaan di Malaysia puratanya mahal sebab cukai ke atas kenderaan khasnya yang diimport cukup tinggi sehingga mencecah 145% (cukai jualan 10%, cukai eksais 105% dan duti import 30%). Bajet 2013 terus tidak menghiraukan berbelasan juta pemilik kenderaan yang terpaksa membelanjakan bahagian yang besar dari pendaptan bulanan mereka membayar ansuran bulanan kereta, belanja operasi dan penyelenggaraan. Seorang pegawai kerajaan yang baru bekerja yang meminjam RM75,000 (pinjaman kerajaan) untuk membeli sebuah kenderaan yang sederhana sekarang ini membayar RM1,060 sebulan selama 7 tahun. Ini merupakan tidak kurang dari 25% dari gali bulanan pegawai ini. Sekiranya cukai dikurangkan sebanyak 20% maka harga kenderaan yang sama menjadi RM50,000 dan bayaran ansuran bulanan akan turun sebanyak RM212 sebulan yang samalah ertinya dengan kenaikan gaji sebanyak RM212 sebulan, satu jumlah bermakna bagi seorang pegawai yang baru bekerja.
Sementara Bajet 2013 ada menyebut untuk memperbaiki skim perkhidmatan bagi pegawai PDRM, tidak ada langsung disebut tentang apa telah terjadi kepada skim saraan baru bagi 1.4 juta orang kakitangan awam. Dalam bajet 2012, kerajaan berjanji melaksanakan skim saraan baru perkhidmatan awam tetapi apabila dibantah, ianya telah dipetisejukkan kerana skim itu dipenuhi unsur-unsur ketidakadilan kepada kakitangan pelbagai kategori. Ianya adalah satu skim untuk memewahkan sekelompok kecil kakitangan atasan bukan untuk kebaikan golongan majoriti. Ini menygecewakan majoriti kakitangan awam. Mereka, buat sementara ini, terpaksa berpuasa hati dengan bayaran satu setengah bulan bonus yang mana setengah bulan telah dibayar di musim perayaan yang lalu, setengah bulan lagi akan dibayar pada bulan Disember ini sementara setengah bulan yang akhir dibayar pada bulan Januari 2013. Kecuali satu skim saraan yang komprehesif dan adil diwujudkan untuk perkhidmatan awam, adalah dikhuatiri bilamana negara mencapai pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 sebulan bagi setiap rakyat Malaysia) dalam tahun 2020 nanti, ramai kakitangan kerajaan akan tergolong dalam kategori rakyat miskin.
Nampaknya, Perdana Menteri dapat membaca tentangan rakyat yang begitu kuat terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax – GST) lalu (walaupun infrastruktur pelaksaana sudah tersedia dan lengkap) beliau menunda pelaksanaan GST ke suatu masa yang belum ditetapkan tetapi pastinya, jika UMNO-BN kembali berkuasa selepas PRU13 ini, dengan segera. IMF sudah mendesak supaya Malaysia melaksanakan GST dengan segera. Selain daripada keperluan untuk mencari sumber hasil alternatif (kerana Malaysia terlalu bergantung kepada cukai petroleum dan cukai langsung), pelaksanaan GST dapat menambahkan bilangan pembayar cukai kerana bilangan pembayar cukai di Malaysia masih kecil – hanya 1.7 juta berbanding bilangan tenaga kerja 12 juta, iaitu, hanya 14%. Bila pembayar cukai lebih ramai, maka kutipan cukai akan lebih tinggi.
Suasana sosio-ekonomi Malaysia – amalan rasuah yang berleluasa, pembaziran dan ketirisan besar dalam perbelanjaan awam, kerajaan yang tidak berdisiplin dalam membelanjakan wang rakyat, defisit belanjawan yang gagal dibendung tahun demi tahun, hutang Negara yang sentiasa meningkat sehingga ke paras yang membimbangkan dan majoriti rakyat masih berpendapatan rendah (dibawah RM3,000 sebulan) – tidak memungkinkan pelaksanaan GST dalam masa yang terdekat. Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha wang mereka digunakan untuk membina istana kayangan dan istana perdana menteri yang super-mewah dan membina bangunan pencakar langit yang tidak berpenghuni dan prokjek-projek gajah putih. Kecuali kemungkaran-kemungkaran ini dibanteras, pelaksanaan GST hanya akan menambahkan beban cukai ke atas lebih ramai rakyat. Singapura hanya melaksanakan GST secara berfasa di mana kadar cukai GST dinaikkan secara berdikit-dikit dituruti dengan penurunan cukai pendapatan korporat dan individu secara berperingkat-peringkat dan perluasan program kebajikan untuk golongan rakyat berpendapatan rendah. Juga, Singapura melaksanakan GST setelah mencapai pendapatan per kapita melebihi USD15,000.
Perdana Menteri sedar pelaksanaan GST sebelum PRU13 adalah malapetaka (
disaster) buat UMNO-BN.
Jelas, bajet 2013 mensahihkan bahawa Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan sudah diserang psikologi kalah dan dalam keadaan desperado. Lalu, beliau pun melontarkan banyak umpan OOP dalam Bajet 2013. Umpan yang dilontarkan pasti dimakan tetapi UMNO-BN menang belum tahu. Lagipun, segmen pengundi yang disisihkan dalam bajet in masih besar. Itulah impresi pertama dan itulah impresi terakhir penganalisis mengenai bajet 2013.
Rembau, NS
Sumber HD : 3/10/2012
Dr. Rosli Yaakop, | 27 Mac 2013 |
“Wi” kerajaan UMNO-BN (UBN) Negeri Sembilan tamat hari ini, Rabu, 27 Mac 2013. Untuk tempoh sehingga 60 hari yang akan datang, Negeri Sembilan bakal diperintah secara kerajaan sementara. Wakil rakyat pun sudah tiada.
Kegagalan kerajaan UBN mengadakan PRU13 sebelum berakhirnya mandat lima tahun kerajaan pilihan rakyat menyebabkan kerajaan Malaysia sekarang diperintah secara “kerajaan sementara” atau di dalam Bahasa Inggerisnya disebut “
caretaker government.” Hal ini tidak bersalahan dengan konvensyen dalam negara-negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen tetapi ia tetap dipandang sebagai satu kekalahan moral bagi “
outgoing government.” Kenapa pula pilihanraya mahu ditangguh-tangguhkan kecualilah ada perkara yang membawa mudharat besar kepada negara jika pilihanraya diadakan? Di Malaysia, justifikasi yang demikian tidak wujud. Hatta, isu pencerobohan orang Sulu ke atas wilayah Lahad Datu di Sabah tidak cukup besar untuk menangguhkan pilihanraya. Justeru, wujudlah persepsi di kalangan rakyat bahawa “
outgoing government” menangguh-nanguhkannya sebab tidak mampu untuk berdepan dengan kemungkinan akan kalah di dalam piliharaya kali ini.
Seingatan penganalisis, inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia merdeka, piliharaya umum tidak diadakan sebelum tempoh lima tahun mandat kerajaan tamat. Ini satu rekod baru.
Kalau dikira dari tarikh PRU12, iaitu, pada 8 Mac 2008, maka kerajaan Persekutuan dan semua kerajaan negeri sepatutnya sudah berada di bawah kerajaan sementera berkuatkuasa dari 9 Mac 2013 dan dalam tempoh 60 hari dari tarikh parlimen dan dewan-dewan undangan negera terbubar dengan otomatik, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mesti mengadakan pilihanraya, bermakna, tidak boleh lewat dari 8 Mei 2013.
Namun, di sana ada peraturan yang mengatakan bahawa tarikh parlimen bubar secara otomatik bermula dari tarikh persidangan parlimen yang pertama diadakan dan bagi dewan-dewan undangan negeri dari tarikh ahli dewan undangan mengangkat sumpah. Di atas prinsip ini, maka parlimen akan terbubar secara otomatik pada 26 April 2013 dan PRU13 mestilah diadakan sebelum 26 Jun 2013, iaitu, sebelum tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen secara otomatik luput. Harus diingat bahawa jika PRU13 diadakah pada hari terakhir tempoh 60 hari itu, iaitu, pada 26 Jun 2013, maka banyaklah kerajaan negeri yang “tidak berkerajaan yang sah” dalam tempoh itu. Misalnya, kerajaan sementara Negeri Sembilan hanya sah sampai 27 Mei 2013. Ini isu undang-undang. Biarlah pakar undang-undang khususnya pakar perlembagaan yang membicarakannya. Pandangan di sini adalah pandangan bukan pakar.
Dewan undangan Negeri Sembilan mengangkat sumpah pada 27 Mac 2008, maka, kerajaan negeri terbubar dengan automatik pada hari ini, Rabu, 27 Mac 2013 dan mulai hari Khamis, 28 Mac 2013, kerajaan Negeri Sembilan diperintah secara kerajaan sementara. Tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013. Ini akan disusuli oleh negeri-negeri lain.
Anggota pasukan kerajaan sementara Negeri Sembilan ini terdiri dari Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO kerajaan. Status mereka ialah masing-masing, Menteri Besar Sementara dan ahli EXCO sementara. Mereka, seperti mana juga wakil rakyat yang lain sudah berhenti menerima gaji dan apa-apa jua alaun berkaitan dengan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Kesemua 36 DUN di bawah lapan kawasan parlimen di Negeri Sembilan sekarang sudah tiada wakil rakyat.
Secara mudahnya, kerajaan sementara ini hanya boleh membuat kerja-kerja rutin sebuah kerajaan seperti - yang disebut oleh Tok Mat (nama manis YAB Menteri Besar Negeri Sembilan) dengan tepatnya - membayar gaji penjawat kerajaan bagi menjamin kesinambungan kerajaan dan mengelakkan anarki. Kerajaan sementara ini ibaratnya badan manusia yang lumpuh sebelah yang bermakna ia tidak boleh menjalankan fungsi penuh sebuah kerajaan. Jangka hayatnya pula tidak melebihi 60 hari dari tarikh ia lahir.
Jika PRU13 hendak diadakan serentak di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri-negeri, maka ianya kenalah diadakan sebelum 27 Mei 2013. Kalau ini pertimbangannya, maka dijangkakan PRU13 bakal diadakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Jika tidak, Negeri Sembilan kenalah mengadakan pilihanraya bersendirian atau menjadi “negeri tidak berkerajaan” sehinggalah PRU13 selesai dan kerajaan pilihan rakyat yang baru dibentuk.
Apa itu kerajaan sementara?
Kerajaan sementara adalah satu bentuk kerajaan yang memiliki kuasa untuk memerintah secara sementara dan tempoh pemerintahan itu amat pendek, ada yang sehingga 60 hari seperti di Malaysia dan ada yang sehingga 120 hari sahaja seperti di Bangladesh. Mekanisma pembentukan kerajaan sementara itu ada pelbagai. Di Malaysia, apabila mandat 5 tahun kerajaan pilihan rakyat luput maka kerajaan yang ada akan secara otomatik bertukar status menjadi kerajaan sementara. Status Perdana Menterinya juga menjadi Perdana Menteri Sementara. Begitu jugalah menteri-menteri kabinet yang lain. Semua ahli parlimen sudah tidak lagi berstatus ahli parlimen dan tidak lagi dibayar gaji dan apa-apa alaun berkaitan dengan tugas mereka sebagai ahli parlimen. Inilah amalan yang lumrah di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem di Malaysia ini bolehlah digelarkan sebagai “
party-based caretaker government.”
Di Bangladesh, apabila parlimen dibubarkan, hayat kerajaan yang memerintah juga tamat. Ianya digantikan oleh pihak berkuasa yang lain diketuai oleh Ketua Penasihat (
Chief Adviser) yang dilantik oleh Presiden. Ketua Penasihat diberi kuasa untuk melantik penasihat-penasihat yang pada efektifnya adalah menteri-menteri kabinet sementara. Kerajaan sementara ini menggantikan sepenuhnya kerajaan pilihan rakyat yang hayatnya sudah tamat itu. Ketua Penasihat dan penasihat yang lain biasanya dilantik dari kalangan penjawat awam terkanan yang telah bersara (misalnya, Ketua Hakim Negara). Ketua Penasihat secara efektifnya adalah Perdana Menteri Sementara dan penasihat-penasihat yang dilantik adalah menteri kabinet sementara.
Ahli-ahli pasukan kerajaan sementera tidak mewakili mana-mana parti politik dan tidak boleh bertanding di dalam pilihan raya. Mekanisma ini dikenali sebagai “
non-party caretaker government.” Tujuannya ialah supaya wujud suasana “berkecuali” yang membolehkan pilihan raya diadakan secara bebas, tidak dipengaruhi oleh “
outgoing government.” Kerajaan sementara ini mesti mengadakan pilihanraya dalam tempoh 120 hari selepas pembubaran parlimen.
Namun, dalam tahun 2011, melalui keputusan parlimen, kerajaan Awami League pimpinan Perdana Meneteri Sheikh Hasina yang mempunyai dua pertiga majoriti, telah berjaya menghapuskan sistem “
non-party caretaker government” lalu membuka jalan kepada parti yang memerintah meneruskan pemerintahan dalam status kerajaan sementara sehinggalah pilihanraya diadakan dan kerajaan baru ditubuhkan. Hal ini telah ditentang oleh parti-parti yang tidak memerintah dan rakyat Bangladesh kerana ia memberi ruang kepada “
outgoing government” untuk mempengaruhi perjalanan pilihanraya sehingga ciri-ciri pilihanraya bebas terkorban. Ia juga membuka ruang untuk “
outgoing government” menggunakan harta awam dalam berkempen, satu amalan yang cukup tidak adil kepada parti lawan. Penentangan gagal mengubah keadaan. Malah kerajaan BAL mahu pula mengharamkan parti Islam Bangladesh (Jamaat Islami Bangladesh), satu pencabulan nyata terhadap amalan demokrasi.
Bila kerajaan yang berkuasa dijatuhkan melalui undi tidak percaya di parlimen, maka kerajaan sementara akan mengambilalih pemerintahan sehingga kerajaan baru dibentuk. Bila sesebuah negara diperintah oleh kerajaan camporan (gandingan pelbagai parti), maka sekiranya terjadi kerajaan itu berpecah mengakibatkan tiada lagi kerajaan bersuara majoriti, kerajaan sementara perlu diwujudkan sehinggalah kerajaan camporan baru dibentuk. Inialah dua lagi keadaan yang melahirkan kerajaan sementara dalam negara demokrasi berparlimen.
Berlandaskan konvensyen (amalan yang lumrah), kuasa kerajaan sementara adalah terhad dan dalam kontek negara kita, perkara-perkara berikut perlu diperhatikan oleh “
outgoing government” yang sekarang berstatus kerajaan sementara:
Pertama, kerajaan UBN hendaklah mengelakkan diri dari menggunakan sumber awam (
public resources) di dalam kempen politik parti. Dalam tempoh kerjaan sementara, menteri-menteri dan ahli rombongan mereka tidak boleh menggunakan sumber dan harta awam (kerajaan) seperti kenderaan milik kerajaan (kereta, bas, kapal terbang dan sebagainya) semasa berkempen. Begitu jugalah penggunaan bangunan-bangunan kerajaan, alat media milik kerajaan dan penggunaan khidmat polis dan tentara untuk merisik maklumat dari pihak parti lawan untuk manfaat “
outgoing government.” Malangnya, rekod menunjukkan pantang ini telah dilanggar secara rakus sekali oleh kerajaan sementara di Malaysia ini.
Kedua, wakil rakyat BN (dan yang lain-lain) tidak ada lagi hak ke atas apa juga pembayaran kewangan daripada kerajaan. Sebaik sahaja parlimen dan DUN dibubarkan, maka ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri tidak lagi berhak dibayar gaji, alaun dan membuat apa-apa jua tuntutan kewangan berkaitan dengan kempen pilihanraya dari kerajaan. UBN hendaklah menggunakan sumber sendiri, bukan wang pembayar cukai, untuk membiayai kos kempen pilihan raya. Ini juga telah dilanggar oleh kerajaan sementara UBN setiap kali ia menjadi kerajaan sementara.
Ketiga, kerajaan BN tidak boleh membuat apa-apa jua keputusan besar negara. Kerajaan sementara hendaklah mengelakkan diri dari membuat keputusan yang bersifat dasar atau membuat komitmen jangka panjang yang boleh memerangkap kerajaan baru (jika berlainan dari kerajaan yang ada) untuk mewarisinya walauapun komitmen ini merugi dan membebankan rakyat dan negara. Jangan juga membuat pengumuman polisi besar di saat akhir kerana ini memberi manfaat secara tidak adil kepada kerajaan UBN kerana ini adalah tindakan “
vote buying.” Pengumuman oleh kerjaan mengenai kenaikan gaji penjawat awam dan anggota polis dan tentera baru-baru ini adalah contoh tindakan membeli undi yang tidak sepatutnya dibuat oleh kerajaan sementara.
Keempat, Kerajaan BN tidak boleh membuat perlantikan-perlantikan penting di dalam kerajaan. Dalam tempoh kerajaan sementara, kerajaan tidak boleh membuat perlantikan baru jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam. Kalau ada perlantikan baru, ia hendaklah ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya. Dalam keadaan terdesak, bolehlah melantik pemangku-pemangku jawatan.
Kelima, Kerajaan UBN tidak boleh menandatangani kontrak-kontrak besar atau membuat apa-apa “
undertaking.” Ini adalah kerana sekiranya berlaku perubahan kerajaan dari UBN kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak adil bagi kerajaan baru dijebak dalam mewarisi kontrak-kontrak, komitmen dan “
undertaking” yang pada penilaiannya merugikan rakyat dan negara.
Keenam, Kerajaan UBN tidak boleh membuat apa-apa perundingan antarabangsa atau lawatan ke luar negara. Setidak-tidaknya, kerajaan sementara hendaklah menunda rundingan antarabangsa sehingga selepas pilihanraya dan kerajaan pilihan rakyat yang baru dibentuk.
Ketujuh, Kerajaan UBN tidak boleh melibatkan perkhidmatan awam dan penjawat awam di dalam kempen pilihanraya. Dalam tempoh kerajaan sementara, perkhidmatan awam harus memgambil susuk “tidak memihak.” Tugas perkhidmatan awam dan penjawat awam adalah untuk berkhidmat kepada seluruh ahli masyarakat, bukan berkhidmat untuk parti yang berkuasa. Oleh itu, penjawat awam jangan terlibat dalam kempen mana-mana parti politik. Rekod menunjukkan kerajaan sementara telah mendera kakitangan awam suapaya berkempen untuk UBN dan calon parti itu dalam pilihan raya. Badan-badan kerajaan seperti Felda, RISDA, JASA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain kesemuanya digembeling oleh kerajaan sementara untuk manfaat mereka.
Kita difahamkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sudah menyediakan sebuah garispanduan untuk kerajaan sementara negeri itu berlandaskan konvesyen yang sudah diterima di dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Ini bertujuan menjamin pilihanraya yang bebas dan adil. Rakyat Negeri Sembilan mengharapkan agar kerajaan sementara di bawah pimpin YAB Menteri besar akan menunjukkan keperihatinan yang tinggi dalam mematuhi pantang larang sebuah kerajaan sementara demi membedaya dan menyuburkan amalan demokrasi. Kerajaan sementara yang melanggar undang-undang negara dan negeri adalah juga kerajaan yang anarki, iaitu, kerajaan yang memerintah mengikut suka hati. Kamu mungkin terlepas dari pengadilan mahkamah dunia tetapi tidak mahkamah Rabbul Jalil.
Rembau, NS
Rabu, 27 Mac 2013
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.