PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA - Koleksi Berita-berita daripada
Sumber Berita Utama :
1. Harakahdaily
2. DetikDaily
3. Malaysiakini
4. Dan lain-lain
Terima Kasih. Semenjak 10 Januari 2011
(Presiden PAS merasmikan Liqa' Kepimpinan PAS Negeri Sembilan bagi menilai kembali PRU 13 yang lalu)
SEREMBAN: Walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah berakhir, namun PAS Negeri Sembilan tidak berehat, sebaliknya sudah memulakan proses postmortem untuk mengenal pasti punca kekalahan PAS di Negeri Sembilan.
Justeru, satu program yang dinamakan Liqa kepimpinan PAS Negeri Sembilan telah diadakan dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rasah Kemayan Golf Resort, Seremban 2.
Liqa ini diadakan sebagai permulaan untuk membincangkan punca kekalahan PAS di tiga kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dun di Negeri Sembilan.
Baca laporan penuh dalam Harakah esok.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung (gambar) mendesak polis supaya menyiasat bekas Hakim Mahkmaah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berikutan kenyataannya yang disifatkannya sebagai menghasut.
"Saya meminta polis menyiasat Mohd Noor Abdullah di bawah mana-mana akta yang sesuai dan ambil tindakan yang relevan ke atasnya," kata Chor dalam kenyataannya hari ini.
Chor adalah orang yang sekian kalinya mendesak tindakan diambil kepada Mohd Noor ekoran kenyataannya sebelum ini.
Sebelum ini pelbagai pihak telah membuat kenyataan menyesali kenyataan Mohd Noor (gambar) yang antara lain berkata, masyarakat Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.
PKR menggesa Polis Selangor menyiasat kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh Mohd Noor itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail siasatan ini sebagai kesinambungan tindakan polis yang akan memanggil beberapa pimpinan Pakatan Rakyat(PR) berhubung kenyataan di dalam ucapan Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya minggu lalu.
“Saya suka mencadangkan juga kepada Ketua Polis Selangor agar menambah lagi dibawah Akta Hasutan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar) di mana kenyataan beliau lebih berbaur hasutan berbanding dengan slogan ucapan pimpinan Pakatan di Kelana Jaya.
“Saya menggesa Ketua Polis Selangor dapat menyemak semula kenyataan yang menyebut di mana orang Melayu pantang dicabar, orang Cina hanya menunggu masa menerima balasan kerana mengkhianati kepercayaan orang Melayu dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula membuat laporan polis terhadap ucapan Mohd Noor itu.
Dalam sidang media di luar balai polis Tun HS Lee di sini, pengerusi DAP itu mengecam Mohd Noor sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan mahu Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan tegas.
“Kenyataan oleh Mohd Noor yang memberi amaran masyarakat Cina supaya bersiap sedia menerima tindak balas daripada orang Melayu adalah satu hasutan,” kata beliau kepada pemberita merujuk kepada laporan polis dibuatnya.
“Saya melakukan ini adalah kerana kepentingan orang awam dan saya harap AG akan mengambil tindakan cepat kerana perkara ini hanya memberikan kesan tidak baik kepada Negara.”
Walau bagaimanapun, Karpal mengakui terkejut dengan kenyataan Mohd Noor kerana bekas hakim tersebut adalah seorang yang adil dan baik sepanjang mengenalinya.
“Saya perlu kata beliau adalah seorang baik dan hakim yang adil semasa di mahkamah.
“Malah, saya sendiri terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian,” tambahnya lagi.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS, Anuar Tahir menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman mengenai isu Air Asia sebagai tidak matang.
(Presiden Cuepacs dengan PM)
Jelasnya, sebagai seorang presiden yang mewakili pekerja-pekerja awam, beliau sepatutnya berfikir sebagai seorang yang lebih terpelajar dan bukannya terpengaruh dengan hasutan orang lain.
Beliau mengulas kenyataan Omar yang menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.
Gesaan Omar disiarkan oleh Utusan Malaysia yang sedang berperang dengan Air Asia ekoran satu kritikan CEO Air Asia-X terhadap akhbar Umno itu.
Utusan menjadikan kes seorang penumpang wanita Air Asia dengan anaknya yang terkandas di Vietnam sebagai senjata untuk menyerang syarikat penerbangan tambang murah yang berasal dari negara ini itu.
"Hanya kerana satu kritikan terbuka yang dilemparkan terhadap Utusan Malaysia, seorang Presiden Cuepacs telah mengeluarkan satu kenyataan yang tidak matang jika dibandingkan dengan jawatannya.
"Sebagai seorang presiden yang membela nasib pekerja awam, beliau perlu berhati-hati dengan setiap kenyataan, apakah beliau tidak berfikir nasib ribuan pekerja-pekerja AirAsia jika kerugian berlaku apabila saranan beliau itu disambut oleh kakitangan kerajaan mahupun pihak kerajaan sendiri," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Senator Syed Shahir Syed Mohamud memberitahu kenyataan yang dibuat oleh Omar itu sebagai tidak tepat.
Katanya lagi, kalau sesuatu perkara itu melibatkan hal kebajikan pekerja walaupun mereka merupakan kakitangan swasta, Presiden Cuepacs boleh campur tangan kerana isu pekerja adalah berkaitan dengannya.
Namun jika hanya melibatkan satu kenyataan yang mengkritik sebuah akhbar yang betul-betul rasis, kenyataan yang disiarkan itu tidak tepat sama sekali.
"Saya merasakan sebagai seorang presiden, Omar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian dan ia tidak kena pada tempat dan jawatan yang beliau pegang sekarang.
"Jika AirAsia itu mengabaikan kebajikan pekerja ataupun mempunyai hubungan dengan negara Israel kita boleh mengarahkan boikot tetapi jika disebabkan oleh kenyataan mahupun kritikan sehingga mengeluarkan arahan boikot, itu tidak tepat.
"Omar perlu bijak dalam setiap kenyataan yang ingin dikeluarkan dan kita tidak mahu sebuah agensi yang mewakili kakitangan awam dipandang serong oleh seluruh rakyat negara ini," jelas beliau.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Rosman Rani dalam laman Face Booknya mendakwa Utusan bersikap rasis apabila menerbitkan tajuk akhbar muka depannya yang berbunyi “Apa Lagi Cina Mahu?”.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya menjelaskan Presiden Cuepacs itu sepatutnya berkelakuan sebagai seorang Presiden Cuepacs untuk semua dan tidak mengambil bahagian dalam tindakan perkauman Utusan Malaysia atau Umno.
Jelasnya lagi, ternyata Omar telah terlupa bahawa ada penjawat awam Melayu yang tidak rasis dan ada juga warga bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam.
"Datuk Omar telah menyertai Utusan Malaysia dalam menyeru supaya Air Asia dan Air Asia-X diboikot, dengan menyatakan bahawa kuasa 1.4 juta penjawat awam boleh memberi kesan terhadap Air Asia, terutamanya di musim cuti sekolah.
"Cuepacs sangat-sangat salah apabila ia menyertai usaha boikot Utusan Malaysia terhadap Air Asia dan Air Asia X kerana Cuepacs tidak sepatutnya menjadi pertubuhan yang bersifat perkauman tetapi berkhidmat kepada semua penjawat awam di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama," kata beliau.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Berbagai pihak termasuk akhbar Utusan Malaysia dan pertubuhan PERKASA minta supaya rakyat Malaysia memboikot Air Asia dan mengambil MAS atau Fire Fly sebagai alternatif bagi penerbangan sama ada keluar negara atau pun domestik kerana sikap Pegawai Air Asia yang tidak profesional dimata mereka serta tidak menghormati pelanggan.
Pada saya lainlah untuk memboikot Utusan begitu enteng sekali kerana ada akhbar yang lagi murah daripada harga Utusan itu sendiri dengan berita yang lebih profesional penyampaiannya lebih jauh tepat dan padat.
Ada kebenarannya dan saya yang kerap juga menggunakan perkhidmatan tambang murah ini sama ada bagi penerbangan domestik atau keluar negara begitu teruja sekali menaiki penerbangan Air Asia walaupun kurang selesa dari segi tempat duduknya dan layanan bukanlah saperti MAS sediakan itu.
Tetapi disebabkan tambang yang begitu murah yang kadangkala tidak pun sampai mencecah RM100 untuk pergi dan balik kedestinasi tertentu apabila ditawarkan pada hari-hari tertentu itu memanglah tidak mampu untuk kita menolaknya malahan seluruh keluarga pula boleh dibawa bersama untuk makan angin lebih-lebih lagi semasa cuti persekolahan.
Ingin saya bertanya mereka yang mencadangkan supaya memboikotkan Air Asia ini, pertamanya bolehkah MAS atau Fire Fly memberikan tambang semurah Air Asia tawarkan? kedua bolehkah pihak MAS mengadakan pakej tambang murah termasuk penginapannya sekali dengan harga yang semua rakyat Malaysia mampu merasakan pakej sedemikian? dan persoalan ketiga apa untungnya memboikot Air Asia ini sedangkan kami yang berpendapatan hanya layak untuk menaiki keenderaan awam saperti bas awam dan LRT atau Komuter untuk berjalan ke sana sini di dalam negara itu sendiri?
Diharap sangatlah supaya pihak Utusan yang begitu rapat dengan pemerintah ini mengesa syarikat MAS yang sahamnya itu serta segala pentadbirannya juga diawasi oleh Kerajaan agar menurunkan harga tiket penerbangannya sebagaimana Air Asia lakukan.
Biarlah tiada nasi lemak istimewa percuma atau burger percuma asalkan tambangnya murah mendadak dan untuk itu berdiri di dalam kapal terbang pun kami sanggup kerana kami terbiasa berdiri di dalam bas dan Komuter berjam-jam lamanya.Apa yang kami mahu janji murah dan termampu untuk terbang.
Oleh yang demikian diharap mana-mana kakitangan atau ahli-ahli apa juga syarikat dan NGO yang mewar-warkan pemboikotan begitu bersemangat begitu sekali itu benar-benar mengotakan kata-kata mereka yang tidak akan menaiki pesawat Air Asia.Kami akan sentiasa memerhatikan anda.
Saya bukanlah menyokong kepada mana-mana pihak tetapi apa yang logik dan ianya memudahkan serta menguntungkan kami sebagai rakyat berpendapatan rendah saperti kami ini dan itulah yang kami pilih.Mungkin itulah sebabnya syarikat MAS terlalu perlahan dan ketinggalan jauh dibelakang kerana semuanya mahal.Dalam pada itu minta sedikit komen daripada Menteri yang bertanggungjawab serta juga mohon komen Tan Sri Rafidah Aziz sebagai salah seorang Pegawai Eksekutif Kanan dan juga sebagai Penasihat Air Asia itu sendiri.
Dalam pada itu sebagai semangat 1Malaysia juga dicadangkan supaya menggesa TV swasta berbayar Astro dapat menurunkan harga pakejnya sekurang-kurangnya separuh apa yang terpaksa dibayar terutama sekali apabila disabitkan dengan siaran langsung bola sepak diperingkat antarabangsa kerana apabila kita ingin melanggan saluran sukan dimana kita terpaksa mengambil atau menambahkan lain-lain rancangan saluran yang lain yang kami tidak meminatinya langsung itu terpaksa membayar kadangkala mencecah ratusan ringgit juga.
Tidakkah boleh diberikan lesen lagi untuk menyaingi syarikat Astro ini kerana apabila hanya ada satu sahaja lesen untuk mengendalikan TV berbayar ini maka terjadilah apa yang dikatakan sebagai memonopolikan harga sesuka hati mereka sahaja. Kalaulah dikeluarkan khas lagi satu syarikat untuk lesen bagi saluran sukan sahaja alangkah baiknya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Majistret hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mereman tiga aktivis iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar.
Sehubungan itu ketiga-tiga mereka yang ditahan oleh polis sejak semalam di balai polis Jinjang akan dibebaskan.
Mereka semalam ditahan di tiga tempat berasingan dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina, pada 13 Mei lalu.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: PAS Perak menyokong penuh titah pemangku Seri Paduka Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang menekankan keperluan dan kepentingan sikap integriti dan daya tahan kepimpinan di dalam mencorak pemerintahan.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) berkata, titah baginda yang disampaikan di Konvensyen Integriti anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan baru-baru ini menjelaskan bahawa sokongan dan keyakinan rakyat hanya akan dapat diperkasakan melalui nilai teladan integriti pemimpin yang utuh.
“Bagi kami, antara punca kejatuhan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional(BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu berpunca daripada salah guna kuasa dan sikap kronisme yang telah diamalkan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, dan sekali lagi selepas rampasan kuasa oleh BN pada awal Februari 2009 yang lalu, BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir masih lagi gagal untuk menghilangkan budaya politik wang atau rasuah di kalangan pimpinan BN yang jelas mencerminkan nilai integriti yang sangat rendah kepada rakyat.
Beliau berkata, banyak isu yang telah PAS negeri dedahkan salah guna kuasa dan amalan kronisme yang masih diteruskan oleh pentadbiran Zambry.
“Bagi kami Datuk Seri Zambry tidak mengambil pengajaran penolakan BN pada PRU12 yang lalu,” ujarnya.
Kini, ujar beliau dengan majoriti yang semakin mengecut, pentadbiran Zambry sebenarnya begitu 'goyang' yang boleh diibaratkan menunggu masa sahaja akan jatuh jika BN Perak tidak peka masalah integriti di kalangan mereka.
“Bagi kami, semua perkara tersebut tidak mustahil akan berlaku kerana masalah integriti di kalangan kepimpinan Kerajaan Negeri BN Perak masih boleh dipertikaikan lagi,” kata beliau.
Hatta, tambah beliau Zambry sehingga kini masih belum terlepas dengan isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang yang telah diberikan projek perhotelan kepada pegawai khasnya yang masih di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
TAPAH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6 bulan.
Menurutnya, perkara tersebut boleh terjadi melalui petisyen yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di beberapa buah Dun di negeri itu.
"Dulu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang selepas 11 bulan memerintah, kerajaan BN Perak sekarang ini pula Insya Allah akan tumbang dalam tempoh 6 bulan ini melalui petisyen yang dibuat," katanya ketika berucap dihadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Blackout anjuran PAS Perak di Kompleks PAS Tapah, dekat sini malam tadi.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamamd Sabu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat Perak akan membuat petisyen terhadap lapan Dun yang dimenangi BN dan enam daripadanya Dun yang ditandingi PAS serta dua PKR yang masing-masing menyebelahi BN dengan majoriti tipis serta penuh keraguan.
Lapan Dun tersebut ialah Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Rungkup, Lubok Merbau, Selama, Chenderiang dan Tualang Sekah.
Jelasnya, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang salah laku serta keraguan dan penyelewengan yang berlaku menyebabkan Pakatan Rakyat tewas tipis di Dun tersebut.
"BN Perak dalam keadaan tidak begitu gembira dengan kemenangan ini kerana ianya sangat getir dan goyah ditambah lagi mendapat maklumat Pakatan Rakyat akan membuat petisyen sebanyak 8 buah Dun.
Adun Changkat Jering itu menyeru seluruh rakyat di negeri Perak agar terus berdoa di samping membuat solat hajat, qunut nazilah, zikir munajat dan sebagainya agar Allah memberi kejayaan kepada petisyen yang dikemukakan.
“Kalaulah 2 daripada 8 petisyen yang dibuat itu menyebelahi kita (Pakatan Rakyat), ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN seterusnya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan di Perak.
“Justeru teruskanlah kita ikhtiar dan meminta pertolongan Allah agar diberi keputusan positif kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Kemenangan BN di Perak bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, kata Timbalan Pengerusi DAP negeri, V Sivakumar.
Katanya, walaupun dengan pelbagai penipuan pilihanraya dan tekanan politik, PR masih berjaya memenangi 28 kerusi berbanding dengan BN yang menang 31 kerusi.
Ahli Parlimen Batu Gajahitu menambah,SPR telah sedaya upaya berusaha dan bersekongkol dengan BN untuk memastikan kemenangan di negeri Perak.
Menurutnya, walaupun PR berjaya memperolehi undi popular 55% rakyat Perak tetapi kalah dalam bilangan kerusi Dun.
Ini, ujarnya menyebabkan BN menubuhkan kerajaan negeri walaupun hanya mendapat undi 45% pengundi Perak.
Ini, katanya lagi membuktikan sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya yang diamalkan di negara ini.
Beliau berkata, walaupun undi lebihan PR di Perak adalah lebih daripada 100,000 tetapi ianya tidak diterjemah kepada kemenangan PR.
“Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius. Rakyat Perak telah ditipu dengan strategi yang dihitung dan dicorakkan semata-mata untuk menambahkan jumlah kerusi tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang sebenar,” ujarnya lagi.
Tambahnya, kerajaan BN Perak adalah rapuh dan dibentuk dengan jumlah undi yang terlalu kecil daripada 2 kerusi yang dimenanginya iaitu Lubok Merbau dengan 53 undi dan Manjoi sebanyak 132 undi.
“Jika kita hitungkan undi kedua-dua kawasan itu ialah 185 sahaja. Ini bermakna Kerajaan BN Perak hari ini dibentuk dengan 185 undi sahaja berbanding dengan undi popular PR yang melebihi 100,000,” katanya.
Dalam kata lain, ujarnya rakyat Perak telah tertipu apabila BN menubuhkan kerajaan dengan cara yang tidak adil tanpa mendengar suara rakyat majoriti.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak tidak bersetuju sama sekali jika benar ada Adun BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan BN negeri Perak.
“Kami berharap kepimpinan Pakatan tidak mengulangi ‘kemarahan rakyat’ ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama.
“Jika ada ketidakpuasan hati Adun BN terhadap kepimpinan Zambry Abd Kadir, ianya adalah masalah di antara mereka dan tiada kaitan dengan Pakatan sama sekali,” kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) dalam satu kenyataannya.
Beliau mengulas ura-ura beberapa Adun BN mahu meninggalkan parti itu dan mahu menyokong Pakatan.
Tahun 2009 lalu, tindakan melompat parti seorang Adun BN menyebabkan dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.
Ia telah menyebabkan kerajaan Pakatan Perak jatuh selepas 11 bulan dibentuk.
Ramai bimbang, jika Adun BN diterima lagi, peristiwa itu akan berulang.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian (gambar) menyifatkan, cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk untuk melarang kemasukan motosikal ke sesetengah zon di bandar besar yang akan dikategori sebagai "zon selamat" ialah satu cadangan dilihat tidak relevan untuk dipraktikkan.
Menurutnya, tinjauan pihaknya mendapati, rata-rata rakyat yang ditemui memberikan reaksi kurang senang terhadap cadangan tersebut.
Katanya, sekiranya cadangan itu dilaksanakan. dikhuatiri akan hanya mengundang kesulitan kepada orang ramai meskipun mempunyai pilihan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
“Kerajaan tidak boleh menghadkan penggunaan motosikal di bandar-bandar besar sedangkan pelbagai urusan termasuk kerja seharian dibuat di bandar.
“Ia akan menyukarkan orang ramai terutama mereka yang sememangnya menaiki motosikal untuk melakukan tugas masing-masing," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Adun Titi Serong itu berkata, larangan kemasukan motosikal di bandar-bandar besar tidak boleh diterima pakai kerana ianya dilihat tidak bersesuaian dengan faktor persekitaran dan sistem pembangunan di negara ini.
“Sebagai contoh, di Kuala Lumpur sendiri, jarak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam bandar agak jauh, tak kan hendak suruh orang jalan kaki pula.
“Saya yakin jenayah ragut masih akan terus berlaku meskipun langkah melarang motosikal memasuki bandar-bandar besar dilaksanakan,” jelasnya lagi.
Kata Ustaz Abu Bakar, peragut tidak semestinya menggunakan motosikal untuk melakukan jenayah bahkan kemungkinan menggunakan pelbagai cara yang disifatkan sebagai 'kreatif' dan tidak masuk akal untuk mencari mangsanya.
Sementara itu, cadangan pihak polis untuk mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar untuk membenteras jenayah adalah satu tindakan yang mendiskriminasi penunggang motosikal, kata Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, pihak Polis tidak seharusnya memikul kegagalan mereka menangani gejalah jenayah dibahu penunggang motosikal.
Jelasnya, tindakan tersebut terlalu drastik yang sudah pasti menimbulkan lebih banyak masalah khususnya kepada warga kota.
Cadangan tersebut katanya bersifat diskriminasi terhadap penunggang motosikal yang jumlahnya sangat ramai di bandar-bandar.
“Polis tidak sepatutnya menyandarkan kegagalan mereka untuk membenteras jenayah di bahu penunggang motosikal, ini sangat tidak adil kepada kelompok itu.
“Mereka yang diberi tanggungjawab haruslah menangani masalah jenayah dengan kaedah yang lebih realistik serta rasional dan tidak menimbulkan bebanan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu berkata, tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya mewujudkan lebih banyak permasalahan lain yang sudah pasti akan dibebani oleh warga bandaraya.
Beliau menjelaskan, perlaksanaan tersebut akan menyusahkan warga kota untuk menjalani kehidupan seharian dalam suasana setempat yang sesak.
Kata Raja Iskandar, masyarakat di bandar mengalami proses kehidupan yang sangat terbeban dengan kos hidup yang tinggi serta gaji yang sangat minimum.
Penggunaan motosikal kata beliau adalah satu cara untuk mengurangkan kos hidup masyarakat bandar khususnya yang berpendapatan rendah.
Cadangan itu juga katanya sedikit sebanyak menjejaskan beberapa sektor yang bergantung harap kepada motosikal seperti penghantaran surat dan penghantaran makanan bergerak.
“Pihak Polis yang mempunyai pelbagai golongan minda pemikir sepatutnya dapat memikirkan satu kaedah pencegahan yang benar-benar efisyen dan mempunyai keberkesanannya.
“Jangan melakukan tindakan terlalu gopoh untuk menyelesaikan masalah sehingga menimbulkan permasalahan serta kemarahan rakyat.
“Cadangan ini sangat tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah yang hanya bergantung dengan motosikal untuk menjalani kehidupan seharian, tidak semua mampu berkeretan dan sebagainya ditambah lagi dengan kehimpitan kos sara hidup,” jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, Raja Iskandar mempersoalkan adakah cadangan tersebut akan benar-benar dapat memerangi jenayah seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kata beliau, jika dilihat daripada kes-kes yang dicatatkan, kes jenayah bukan sahaja dilakukan oleh penjenayah bermotosikal sebaliknya pelbagai jenis dan cara jenayah yang dilakukan.
“Adakah pihak polis yakin dengan cadangan yang bagi saya tidak masuk akal itu? Adakah pihak polis sudah membuat kajian secara mendalam?
“Kesimpulannya, cegahlah jenayah dengan cara yang diajar oleh Allah dan ianya telah termaktub dalam Al-Quran kerana ianya sudah pasti berkesan,” jelasnya lagi.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.
“Tindakan BN untuk memfailkan petisyen untuk lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dilihat secara terangan sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap kredibiliti SPR dalam menguruskan proses pilihanraya yang adil dan telus,” ujar Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.
Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.
“BN Perak secara tidak langsung percaya bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak 'tepat' dan sewajarnya dicabar sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, ia juga kegagalan SPR menjalankan tugas yang sewajarnya dan selama ini menjadi pertikaian banyak pihak di atas ketelusan dan kemampuannya.
Tambah beliau, justerun ramai yang mendesak agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peranan dan kebolehpercayaan SPR untuk mengendalikan PRU akan datang.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menerima keputusan PRU 13 sebagai takdir Allah tetapi tidak bermakna meredhai penipuan pilihanraya yang berlaku.
Demikian kata Ustaz Mohd Zawawi bin Abu Hassan (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Beliau mengulas kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Aziz yang juga merupakan mantan Menteri Besar Kelantan di Harakahdaily.net bertarikh 3 Jun 2013.
Dalam kenyataan itu, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah membuktikan SPR sangat pincang.
"Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah-bahagi (kepada Tg Nik Aziz)," katanya.
Bagi beliau, kepincangan SPR boleh mengakibatkan kredibiliti kerajaan yang mentadbir dipersoalkan dan ketelusan SPR akan sentiasa dicanang sebagai kurang berintegriti melaksanakan tugas yang diberikan.
Siri penipuan yang dibongkarkan mampu melahirkan ketidakpercayaan rakyat kepada SPR dan menjadikannya tidak berkelayakan sebagai satu badan yang bertujuan memastikan ketelusan perjalanan proses pilihanraya, katanya.
Setiap kepincangan dan krisis yang berlaku dalam SPR perlu diberikan penjelasan kepada rakyat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan aktiviti perhimpunan rakyat yang memperjuangkan keadilan, tegas beliau.
Setelah 13 kali PRU berlangsung Kerajaan Barisan Nasional seolah-olah baru menyedari bahawa SPR gagal mempamerkan peningkatan budaya kerja yang efektif dan sistematik.
PAS sebagai gerakan dakwah dan politik akan sentiasa komited memastikan konsep Islam diaplikasikan di dalam seluruh sistem pentadbiran negara, katanya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
IPOH: PAS Negeri Perak kesal dengan kerajaan BN yang sehingga hari ini belum merealisasikan janji membina hospital di Parit Buntar sebaliknya mengulangi janji itu demi menarik sokongan rakyat.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, hospital di Daerah Kerian itu yang telah dijanjikan semasa kempen PRU12 dahulu dan diumumkan beberapa kali oleh pimpinan serta menteri namun sehingga hari ini tidak direalisasikan.
“Dalam isu pembinaan hospital baru di Daerah Kerian, ianya telah timbul sejak pilihan raya umum tahun 2008 lagi dan diulangi oleh Perdana Menteri pada tahun 2011 serta Timbalan Perdana Menteri ketika kempen PRU13 baru-baru ini.
“Projek pembinaan itu sekali lagi diumumkan dan kali ini oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam di Teluk Intan beberapa hari lalu.
“Mereka umum banyak kali tetapi kenapa gagal juga untuk disiapkan,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.
Subramaniam, katanya turut mengumumkan untuk membina hospital di Kampar dan Bandar Seri Manjung sedangkan janji lama belum ditunai.
Jelas Ustaz Nuri, janji baru ini akan sentiasa dicanang sehinggalah pilihanraya kelak jika ianya masih tidak dilaksanakan.
“Bagi kami, kenyataan politik hanya membosankan rakyat kerana keperluan asas seperti pembinaan hospital baharu sewajarnya ditunaikan.
“Kami berharap jangan ketika sudah hampir dengan PRU14 nanti akan ada lagi yang menjanjikan benda yang sama yang masih belum terlaksana sepenuhnya.
“Kami bersama rakyat memberikan tempoh lima tahun kepada BN melaksanakan janji-janji mereka untuk membina hospital baharu tersebut,” jelasnya lagi.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KEMPEN PRU14 SUDAH BERMULA, CERAMAH POST MOTERM PRU13 DI TAMAN MELEWAR
Sekitar Ceramah Post Mortem PRU 13 yang berlangsung
di Dataran Markas Tarbiah PAS Taman Melewar anjuran
PAS Kawasan Batu malam tadi
Barisan penceramah yang hadir
Antara ratusan rakyat yang hadir memenuhi Dataran Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar malam tadi untuk mendengar penjelasan megenai penipuan Piliharaya baru-baru ini
Antara barisan penceramah yang hadir malam tadi
Tamrin Ghafar hadir membuat pendedahan mengenai peristiwa sebenar
punca berlakunya rusuhan kaum 13 Mei
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar
mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh SPR .
Kehadiran rakyat yang ramai hadir ceramah malam tadi
Kempen PRU14 kita sudah bermula awal sekarang
Ambik kesempatan bergambar bersama YB Nurul Izzah selepas habis ceramah
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan pemuda PAS di semua peringkat agar menyusun jentera daripada sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Timbalan Pengarahnya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, gerak kerja PAS bukan hanya di musim pilihanraya sahaja sebaliknya sentiasa berjalan tidak kira masa dan keadaan.
Jelas beliau, jentera perlu membuat ‘post moterm’ keputusan pilihanraya lalu dan mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam gerak kerja seterusnya mencari formula untuk penambahbaikan.
“Jentera harus mengkaji kekurangan yang ada, misalnya sokongan melayu masih tidak begitu memuaskan dan kita harus nilai kenapa perkara itu berlaku.
“Kita harus cari formula untuk memperbaiki kelemahan itu dan perlu digerakkan daripada sekarang, jangan tunggu di saat hampir pilihanraya nanti,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Bendahari Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, jentera harus fokus kepada pendaftaran pengundi baru yang akan mengundi buat kali pertama dalam PRU14 nanti.
Katanya, ianya sangat penting bagi memastikan golongan muda akan bersama serta mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
“BN mengakui kurang mendapat sokongan kepada orang muda yang celik maklumat dalam PRU13 lalu, ianya sudah semestinya semakin parah apabila lebih ramai golongan itu akan mengundi dalam PRU14 nanti.
“Justeru jentera harus lebih dominan mendaftarkan pengundi baru sejak daripada awal lagi bagi mengelak berlakunya kelewatan pendaftaran seperti yang terjadi dalam PRU13 lalu menyebabkan pengundi muda yang menyokong kita (Pakatan Rakyat) gagal undi mengundi,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jentera haruslah menggiatkan usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dimomokkan BN kepada rakyat khususnya di kampung-kampung.
Ini katanya sangat penting untuk memberi peluang kepada rakyat untuk berfikir dalam jangka masa yang panjang sebelum membuat keputusan.
“BN berjaya meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai cara menyebabkan rakyat takut untuk membuat perubahan, tugas kita ialah untuk mencuci pemikiran masyarakat agar segala momokan daripada BN itu tidak lagi berkesan,” jelas Fakhrulrazi lagi.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang. Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam politik negara.
Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.
Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.
Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!
Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?
Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.
Notis mesyuarat agung di semua peringkat telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS. Ia saluran terbaik untuk menyemak, menilai dan melakukan koreksi terhadap kemampuan parti. Sama ada pemilihan secara syura atau pertandingan, lakukan dengan penuh harmoni. Jika ada calon yang lebih baik, boleh dicadang untuk menjadi pemimpin baru. Tidak perlu lobi melobi, kerana perwakilan ada pilihan tersendiri berdasarkan kriteria dan track record lalu.
Menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain memang mudah. Tidak semudahnya akur dengan pertanggungjawaban atas bahu sendiri. Namun, bagi orang yang berjuang atas kebenaran, bangkit dari kekalahan dan mara dengan semangat baru... itulah keyakinan atas kemanisan iman!
Kalah dalam pilihanraya bukan bererti tewas dalam perjuangan. Mencontohi perjuangan para Rasul, sahabat dan pejuang terdahulu yang jauh lebih sukar; sesungguhnya menjadi motivasi berguna.
PAS telah melalui tempoh-tempoh pilihanraya yg panjang dan sukar. Ada waktu bersendirian dan bertahaluf. Usahakan untuk meraikan pandangan berbeza dan kritis meskipun dari kawan PR kita, blogger-blogger pro PR maupun lawan kita BN. Jangan rendahkan martabat kita dengan jawaban atas komen secara keterlaluan.
Bagi saya pimpinan tertinggi PR harus bertemu dalam masa terdekat untuk jernihkan suasana. Bincang hala tuju parti dan buat rumusan serta tentukan keutamaannya bagi hari-hari yang mendatang. Baik Dewan Pemuda PAS dan AMK, anda adalah harapan anak muda. Tidak manis guna medan yang tidak sesuai. Tangani dengan penuh bijak atas keluasan intelektual masing-masing. Pemimpin mesti berjiwa besar, jangan rendahkan martabat diri dengan kenyataan yang penuh emosi dan tidak menguntungkan sesiapa.
Selaku AJK PAS Pusat dan Presiden ANAK, saya memikul tanggunjawab atas kemerosotan prestasi khusus di kawasan Felda. 18 Mei lalu pimpinan ANAK mengadakan perbincangan panjang mengenai halatuju ANAK dan proses penjenamaan semula ANAK. Saya sedang merangka proses peralihan kepada pemimpin pelapis ANAK, suatu nafas baru dari pemimpin sedia ada. Akan tiba masanya, saya perlu berundur untuk memberi ruang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.
ANAK mesti diperkasa seperti NGO-NGO lain. Biar bagaimana sekalipun layanan rakyat kepada kita; cemuhan, fitnah, maki hamun dll, mereka adalah mad'u dan pengundi kita. Anggaplah kita yang silap, semak pendekatan, kekuatan akar umbi dan kedudukan kita di tengah masyarakat.
Insya Allah, PAS akan terus berada di persada politik negara dengan segala kemampuannya dan menyumbang untuk kepentingan masyarakat majmuk. Siapa pun yang menerajui parti khususnya selepas Muktamar November ini; keutamaannya adalah menegakkan perjuangan yang suci dan murni ini...
Daripada terus membicarakan polemik ulama atau profesional, yang kadang kala perdebatannya jadi kasar dan hilang adab, adalah lebih baik fokus kepada dasar perjuangan dan khidmat bakti kita untuk masyarakat. Mengaku kelemahan diri dan hormati pandangan pihak lain.
Mudah-mudahan kita terus mantap dalam satu pasukan, harapan rakyat hari ini dan masa depan.
PAS FOR ALL
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Tahun 2010 lalu telah mencatat sejarah tersendiri dalam arena bola sepak apabila Sepanyol telah muncul juara dunia buat kali pertama dalam kejohanan yang berlangsung di bumi Afrika Selatan. Mengimpikan sebuah Malaysia baru, apakah yang patut kita teladani daripada sukan bola sepak? Apakah cukup dengan keluhan sistem pilihan raya yang ada dengan perumpamaan padang permainan yang tidak sama rata?
Apabila kita berbicara padang permainan yang tidak sama rata, sesungguhnya ia menggambarkan kita berhadapan dengan sistem pilihan raya dan agensi penguatkuasa yang tidak adil, media yang terlalu berat sebelah dan bermacam ketidakadilan dalam pilihan raya. Apa kaitannya dengan permainan bola sepak?
Mari kita bayangkan dua perlawanan. Pertamanya Thailand menentang Malaysia dan keduanya Sepanyol menentang Malaysia. kedua-duanya berlangsung di Malaysia.
Seluruh anggota kerja perlawanan termasuklah pengadil, penjaga garisan dan penyelia padang telah diarahkan untuk memberi kemenangan kepada Malaysia.
Dalam perlawanan Thailand menentang Malaysia, dua gol penalti telah diberikan kepada Malaysia. Thailand pula hanya mampu menjaringkan satu gol. Kemenangan berpihak kepada Malaysia 2 berbalas 1.
Apabila perlawanan melibatkan Sepanyol, Malaysia telah diberikan 4 gol panelti. Malang sekali bila kekuatan Sepanyol yang jauh melepasi Malaysia telah menjaringkan 7 gol. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Sepanyol 7 berbalas 4 meskipun seluruh pengendali perlawanan telah diarahkan sedaya mampu member kemenangan kepada Malaysia.
Sebagaimana perlawanan bola sepak, pilihan raya memerlukan kekuatan yang menyeluruh. Kelemahan yang tidak diurus hanya akan memakan diri semasa hari pengundian sebagaimana perlawanan bola sepak.
Medan demokrasi tidak sekali sama sebagaimana medan peperangan yang ditempuhi oleh Rasul Allah SAW dan para sahabat. Demokrasi telah meletakkan pemainnya untuk setiasa berada dalam medan sepanjang waktu. Itulah hakikat demokrasi dunia ketiga hari ini.
Dalam mendepani suasana ini, Parti Islam Semalaysia “PAS” sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Apa yang PAS tawarkan ialah Islam. Islam itu fitrah dan mampu dirasai dan dinikmati oleh setiap jiwa manusia.
Memberi tumpuan semata-mata kepada jentera pilihan raya dalam mendepani medan demokrasi hari ini adalah kurang tepat. Bukankah kita telah pun diberi satu slogan? “Negara berkebajikan” perlu dizahirkan meskipun dalam suasana tidak memerintah peringkat persekutuan.
Fahamilah secukupnya “berkebajikan”. Ia bukan sekadar memberi. Lebih dari itu ia adalah satu prinsip saling prihatin kepada permasalahan dan keperluan mereka yang berada di sekeliling kita.
Pusat-pusat khidmat di peringkat kawasan dan DUN boleh berfungsi sebagai pusat sehenti kepada rakyat. Terlalu banyak isu dan masalah rakyat yang meruntun kepada perhatian kita. Jadikan pusat-pusat khidmat tersebut sebagai wadah yang benar-benar mampu bersuara dan mengenengahkan keperluan rakyat.
Letakkan mereka yang benar-benar mampu mengendalikan pusat khidmat tersebut secara saksama. Pastikan keperluan asasi jentera rakyat tersebut dipenuhi dan bukan lagi atas dasar sukarela atau berasaskan “ambil kesempatan”.
Kita berhadapan bukan sahaja musuh nyata bahkan musuh yang terlindung. Yang boleh dilakukan kini, pastikan seluruh rakyat bersama kita sebagaimana rentetan jatuhnya Rom di tangan keadilan Islam.
Apabila Islam dijadikan asas perjuangan, rakyat mengharapkan kesempurnaan yang jauh dari yang ada hari ini. Rakyat mengharapkan kita mampu merasai dan menjiwai denyut nadi harian mereka serta medengar setiap rintihan yang dideritai.
Mendepani Pilihan raya umum pada masa hadapan secara biasa telah hampir pasti tidak akan menyebelahi kita. Sebagaimana sering disebut oleh mantan pengerusi SPR, undang-undang pilihan raya kita memerlukan perubahan yang menyeluruh bagi memastikan ia benar-benar mampu menjadikan Malaysia Negara demokrasi untuk rakyat.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Semalam calon BN yang 110% yakin untuk menumbangkan Khalid Samad di parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin menggunakan analogi badminton untuk berhujah mempertahankan sistem pilihanraya negara. (Ciuman maut untuk Zul Nordin)
Zulkifli membayangkan tiga set badminton antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak di mana kesudahannya Najib menang 21-19, 3-12 dan 21-9.
"Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57 peratus daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104) sedangkan Najib hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan!
"Saya cukup pasti kalau Anwar mendakwa sedemikian, penonton sama ada akan berkata dia sakit otak, atau tidak ada otak langsung! Kerana apa? Kerana kita semua tahu dalam pertandingan badminton, penentuan juara ditentukan melalui jumlah set yang dimenangi, bukan jumlah point yang dikutip!" kata Zulkifli.
Sebenarnya, hujah Zulkifli sudahpun lapuk.
Ia telah dijawab Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hampir dua minggu yang lalu dengan menggunakan analogi badminton yang sama untuk berhujah dengan cerita yang sedikit kelainan.
Ketika itu, cerita yang disebar ialah:
“BN lawan badminton dengan PR. BN menang 21-19, 15-21, 21-19. PR protes kata dia patut menang kerana dapat 59 mata (19+21+19), BN pula dapat 57 mata (21+15+21). PR protes seluruh negara kata perlawanan tak adil dan dia yang menang. Siapa nak percaya kalau orang faham sistem?”
Berikut pula ialah jawapan yang diberi Tuan Ibrahim:
“Isu sebenarnya ialah bantahan terhadap kerusi-kerusi yang kalah, dan bukan undi popular. Undi popular cuma membuktikan majoriti rakyat menyokong PR walaupun tewas dalam pilihanraya. Takda siapa suruh PR diumum pemenang kerana undi popular. Menggunakan analogi badminton tadi ialah PR mempertikaikan 2 set yang dimenangi BN kerana ada pengadil dan penjaga garisan yang main tipu, bola IN kata OUT. Ada saja yang sengaja tak nak faham dan takut undi popular dijadikan isu,” jawabnya di dalam satu poster.
Tidak cukup dengan itu, semalam Tuan Ibrahim sekali lagi menggunakan analogi badminton untuk menggambarkan situasi dalam sistem pilihanraya negara tanpa merujuk kepada kenyataan Zulkifli yang dilaporkan di media.
“Kalau satu pihak hanya perlu 21 mata untuk memenangi satu set, satu pihak lagi perlu 63 mata baru boleh menang satu set di dalam satu pertandingan badminton, dan pengadil pula kata adil sistem begini, ada sesiapa yang nak main?
"Kalau semua set setara 21 markah, sudah pasti yang tewas tidak merungut, kerana setiap set adalah setara markahnya. Jumlah mata setiap set tidak menjadi pertikaian kerana perlawanannya ialah mencapai 21 mata dulu.
Ini cerita badminton. Yang terfikir pasal lain, tanyalah diri mengapa ya. Senyum,” tulis beliau di Facebook.
Rasanya cukuplah dua hujah Ketua Penerangan PAS ini sebagai smash balas yang tak terbalas kepada Zulkifli walaupun kedua-dua hujah ini dibuat tanpa merujuk kepada analogi lapuk Zulkifli yang dimainkan media Umno semalam.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Hasil Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu Umno.
"Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara ini. Pada zahirnya, mereka ini seolah-olah mahu akan demokrasi tetapi batinnya tidak demikian," ujar Ketua Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera), Dr. Shaharir Mohamad Zain (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, sekalipun pilihan Raya Umum (PRU) diadakan hampir setiap 5 tahun, namun pada masa yang sama mereka ini, sang “politikus” ini, akan melakukan apa sahaja cara di luar kerukunan demokrasi itu sendiri seperti menjadikan media sebagai alat propaganda politik berat sebelah, menyalah-gunakan konsep menanam budi di musim pilihan raya, sehingga boleh ditafsir sebagai usaha merasuah secara halus, dan menggerrimander (melakukan persempadanan pengundian secara tidak adil) dan menyunglap atau bermain silap mata dengan kaedah PRU bagi memastikan kemenangannya.
Dalam keadaan apapun, ujar beliau mereka yang berjaya mengalahkannya atau menyebabkan kurang undi kemenangannya akan dicap dengan label-label buruk, didenda atau dicerca dengan pelbagai kaedah, secara langsung atau tidak langsung.
Justeru, tambahnya negeri yang diperintah oleh parti lawannya akan didera dengan pelbagai caranya, dan mereka yang dikenal pasti telah tidak memilihnya di mana jua pun akan diberi layanan yang tidak sama dengan mereka yang diketahui telah menyokongnya.
Nampaknya, kata beliau budaya dendam kesumat ini sudah semakin berkuku dalam sistem politik tanah air.
"Hal keadaan sebegini kelihatan sangat menjolok sekali berlaku dengan jeleknya dan kejinya selepas PRU13 kerana sokongan yang diraih oleh parti yang selama ini begitu angkuh jelas begitu merosot pencapaiannya sehingga tinggal hanya sekitar 47% sahaja rakyat yang menyokong parti pemerintah Pusat, Barisan Nasional (BN); bahkan ada pula negeri yang diperintah oleh parti sang kuasawan itu memperoleh undi hanya sekitar 44% sahaja," ujarnya lagi.
Baginya, jelaslah sang kuasawan itu langsung tidak boleh mengakui atau tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi diperintah oleh parti yang hilang kredibiliti walaupun telah memerintah sejak 50-an tahun dahulu.
Menurut beliau lagi, pemimpin-pemimpin parti yang kehilangan integriti ini tidak boleh dan tidak mahu menerima kuasa rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Oleh kerana itulah, kata beliau hasil pilihan raya PRU13 telah ditafsirkannya sebagai mengikut kehendak gelagat hawa nafsu cauvinis sempit Melayu yang mudah melemparkan tohmah dengan menghina, memperbodoh, dan mempersalahkan kalangan rakyat yang selama ini dianggapnya wajib menyokongnya walaupun atas sebab-sebab yang juga menjurus kepada perkauman.
"Dengan melihat apa yang telah dan sedang berlaku di tanah air, Gatera berasa terpanggil untuk menyedarkan para pemimpin besar atau kecil itu agar menginsafi persoalan, apakah rasionalnya kita menghabiskan tenaga secara besar-besaran dan wang beratus juta ringgit untuk mengadakan pilihan raya jikalau para “politikus” yang berkuasa itu terus-menerus berpendirian tidak mahu atau tidak redha bila-bila masa pun untuk rakyat memilih calon pemimpin yang lebih bersih, lebih berintegriti dan yang peka terhadap keperluan rakyat dan kepentingan negara melalui saluran demokrasi yang ada menerusi pilihan raya yang bebas?” kata beliau.
Beliau berkata, Gatera dengan ini ingin mengajak rakyat semua kaum di Malaysia ini supaya bertindak waras dengan tidak mengikuti atau terperangkap dalam gejolak serakah para pemimpin politik, institusi, atau BBK yang telah berseronok-seronok dalam syurga-loka nafsu kekuasaannya selama ini.
Kini, ujarnya mereka yang setelah diuji oleh badai kebangkitan kesedaran rakyat, wajiblah insaf bahawa demi kepentingan negara dan bangsa Malaysia, mereka haruslah berubah untuk memperbaiki diri agar keunggulan akhlak yang bersih, kesungguhan mengamalkan keadilan dan sifat amanah, adalah tanggungjawab yang utama kepada rakyat, dan bahawa kuasa yang dipegang itu adalah dari rakyat dan untuk rakyat.
"Gatera berasa lebih-lebih terpanggil lagi untuk menyatakan kerusuhan hati terhadap mereka yang mencipta pelbagai ungkapan perkauman yang akan memperburuk lagi suasana hubungan kaum dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia yang memerlukan pemupukan dan galakan pada setiap masa demi mewujudkan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia," katanya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Apabila saya membawa keluarga saya balik kampung keKangar, Perlis dari Seremban melalui Lebuhraya PLUS terdetik dihati saya bila sampai masuk sahaja dikiosk tol Seremban 'kalaulah parti Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya alangkah baiknya', pertamanya kerana janji Pakatan Rakyat akan menghapuskan bayaran tol dan keduanya akan pula mengurangkan harga minyak ke tahap yang sudah tentu rakyat akan sambutnya dengan kesyukuran.
Tetapi kini semuanya menjadi kenangan dan susah untuk dilupakan kerana impian sedemikian masih jauh lagi serta bersedialah wang lebih daripada seratus ringgit untuk bayaran tol sahaja dan bersedialah ongkos untuk harga minyak yang tidak turun-turun itu setiap kali untuk berjalan atau balik kampung.
Apa boleh buat, ia adalah pilihan rakyat itu sendiri yang masih tidak mahu berubah seolah-olah tidak yakin pada perubahan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dan masih mahu peneraju yang lama menjaga kebajikan mereka sedangkan dalam satuasi semua barang naik ini sepatutnyalah kita mencuba dahulu kemampuan Kerajaan yang baru yang bermati-matian berjanji untuk menghapuskan tol diseluruh negara saperti petikan ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13 dahulu 'hari ini kita menang esok tiada lagi tol'.
Begitu juga tentang pinjaman PTPTN yang anak saya masih berhutang itu terpaksalah tanggung membayarnya setiap bulan hingga selesai dan tiadalah anak saya mampu untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada ibu bapa mereka disebabkan terpaksa berhadapan dengan hutang tersebut sehingga langsai.
Nampaknya kenalah tunggu lima tahun lagi apabila diadakan PRU-14 dan itu pun belum tentu nasib Pakatan Rakyat dalam jangka masa yang agak panjang itu apa-apa pun boleh berubah dalam sekelip mata. Yang dikhuatiri adalah harga barang terutama sekali bahan makanan dan barang keperluan dapur sudah tentu tidak akan diturunkan malahan dijangka akan naik dari tahun ketahun. Bayangkanlah harga sekilo udang dan sotong ketika ini berharga RM25 sekilogram dan harga ikan kembong dan ikan selar yang dahulunya dianggap ikan murahan kini berharga hampitr RM20 sekilogram. Bagaimanakah untuk menyara keluarga jika gaji hanya naik 5 peratus sedangkan harga barang naik 50 peratus? Ini semuanya berpunca kos pengangkutan menjadi salah satu sebab harga barang keperluan harian naik adalah kerana tol yang dikenakan itu.
Kesempitan hidup dibandar semakin terasa dan kadang-kadang terfikir juga untuk balik dan tinggal dikampung sahaja lebih menjamin dimana walaupun tiada berbagai-bagai kemudahan tetapi kemudahan asas untuk hidup pun memadai daripada bertungkus lumus mengabadikan diri kepada kebendaan yang tidak kekal kehidupan dibandar besar itu.
Diharap Kerajaan dapat mengawal harga barang sebaik mungkin dan jangan sampai harga ikan kembong atau udang naik hingga RM50 sekiogram dalam jangkamasa 5 tahun lagi sudahlah. Hal ini kerana kami yang berkeluarga besar ini yang berpendapatan rendah terpaksa makan nasi goreng dengan gulai singgang setiap hari kerana itu sahaja yang kami mampukan. Disarankan gaji pekerja tidak kira pekerja swasta ataupun kakitangan Kerajaan hendaklah dinaikkan sekali ganda lagi agar dapat mengimbangi dengan kos sara hidup sekarang ini.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.
Sebab-sebab itu adalah:
1. Media yang tidak adil.
2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.
3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.
4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.
5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.
6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.
7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).
8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.
Ikuti ulasan penuh beliau dalam Harakah Ahad ini.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka selesai menyiapkan laporan lengkap berhubung prestasi PAS dalam PRU13, menjelang muktamar tahunan PAS ke-59.
Pengerusinya, Salahuddin Ayub (gambar) , berkata laporan lengkap itu akan dibentangkan selewat-lewatnya akhir Oktober ini dengan penglibatan 15 kumpulan sasaran yang bakal memberikan pandangan dan input kepada jawatankuasa tersebut.
Selain organ parti, kata Salahuddin kumpulan sasaran lain yang akan terlibat dalam memberikan input itu, termasuklah daripada badan NGO, tokoh politik, sosial, ekonomi dan juga akademik.
Dalam masa sama, tegas Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS itu, jawatankuasa juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil negeri untuk mendapatkan input secara langsung supaya laporan yang diterima meliputi di peringkat akar umbi.
"Setelah bermesyuarat dua kali sebelum ini, jawatankuasa telah menyediakan format laporan serta terma-terma bagi kegunaan jawatankuasa, selain menetapkan tarikh-tarikh untuk diadakan pertemuan dengan PAS negeri-negeri bagi mendapatkan maklumat mengenai prestasi PAS pada PRU13 lepas," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Bagaimanapun kata beliau, jawatankuasa sudah mula menerima beberapa maklumat daripada pihak tertentu, termasuk data-data dan hasil kajian yang akan diperhalusi oleh jwatankuasa.
Mengulas lanjut perlantikan jawatankuasa itu, Salahuddin berkata 13 ahli jawatankuasa telah dipilih bagi memantapkan gerak-kerja jawatankuasa tersebut, termasuk wakil daripada Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Pusat.
Beliau berharap dengan pelantikan tersebut akan melancarkan lagi urusan post mortem tersebut dalam mengenalpasti prestasi PAS dan punca kekalahan PAS di beberapa kerusi yang dahulunya merupakan kerusi PAS.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli DAP akan mula membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dengan dua matlamat – membuat perubahan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah, kata Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Katanya, matlamat Pakatan Rakyat di Sabah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga dari 26 kerusi parlimen di negeri ini tidak tercapai dalam pilihan raya lalu.
Sasaran ini dibuat bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi parlimen dari tiga negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor, untuk membantu mencukupkan kerusi parlimen yang diperlukan untuk PR menawan Putrajaya.
Dalam pilihan raya yang lalu, Pakatan Rakyat hanya berjaya mendapatkan 14 kerusi Parlimen di ketiga-tiga negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor (Sabah 3, Sarawak 6, Johor 5).
Ia hanya 16.9% dari keseluruhan 83 kerusi parlimen yang dipertandingkan di ketiga-tiga negeri dan bukannya 33.3% seperti yang disasarkan.
Walaupun sasaran Pakatan Rakyat untuk mendapatkan 33 kerusi parlimen di negeri-negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor tidak tercapai, satu hakikat yang tidak dapat diabaikan berikutan keputusan PRU 13 itu ialah bahawa ketiga-tiga negeri Sabah, Sarawak, dan Johor tidak lagi boleh dianggap sebagai “deposit tetap” bagi Barisan Nasional.
Persaingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka sepenuhnya untuk semua pihak, tambah Kit Siang yang menang di Gelang Patah, Johor.
Bagi Sabah, katanya, kehadiran pembangkang semakin jelas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah setelah dua dekad tidak menyaksikan adanya pembangkang yang kuat di sana.
Kini DUN Sabah dianggotai oleh 11 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat (4 DAP, 7 PKR) dan seorang daripada Star.
Bagaimanapun, katanya, pilihan raya umum pada 5 Mei lalu memberi pengajaran berharga kepada Pembangkang di Sabah, memandangkan Barisan Nasional dapat ditewaskan di empat kerusi parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri jika tidak berlaku perpecahan undi untuk calon-calon Pembangkang.
Empat kerusi parlimen itu ialah P. 168 Kota Marudu, P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN yang berkenaan ialah N.11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.
Malah, jika Pembangkang bersatu ia mungkin boleh memenangi 11 kerusi Parlimen dan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Kerusi Parlimen iaitu tiga yang telah dimenangi, ditambah dengan empat yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah, dan empat lagi kerusi, iaitu P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud.
Kerusi DUN adalah 12 yang ada sekarang, ditambah dengan lapan yang terlepas kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat.
"Bagi PRU13 saya percaya lebih mudah untuk Pakatan Rakyat merebut Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada memenangi Kerajaan Negeri Sabah," katanya.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menghadapi cabaran yang amat berbeza untuk PRU14 kerana ia mempunyai dua objektif serangkai – untuk memenangi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan juga merebut Kerajaan Negeri Sabah.
"Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam PRU13, selain untuk memastikan yang kita berjaya membina asas yang kukuh untuk turut memenangi Kerajaan Negeri Sabah dalam PRU14," tegas Kit Siang.
Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam PRU14.
Kawasan-kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.
Tambah Kit Siang, untuk membantu kempen DAP dan PR di Sabah bagi PRU14, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat.
Jawatankuasa Negeri Sabah bersama-sama dengan Teresa Kok, penyelaras CEC bagi Sabah dan Sarawak, akan merangka perincian bagi program “kawasan angkat” ini yang akan membolehkan lebih daripada seorang wakil rakyat DAP untuk dilantik sebagai wakil rakyat angkat bagi setiap satu dari 13 kawasan terbabit.
"Sebagai langkah mula, saya akan mengambil peranaan sebagai DUN angkat memandangkan saya telah melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan Kg Sarapong kelmarin," katanya.
PERINGATAN:Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.