Perhimpunan aman 15 Jun di Padang Merbok
| Harakahdaily, | 05 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Black505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini bermula jam 2 petang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, lokasi itu dipilih selepas mengambil kira pandangan pihak polis yang menggesa supaya perhimpunan tidak melibatkan Dataran Merdeka.
“Pilihan utama kita semestinya Dataran Merdeka, tetapi buat masa ini kita tetapkan dahulu Padang Merbok dan akan mendapatkan kebenaran dari polis untuk menggunakan Dataran semasa menghantar surat makluman nanti,” jelas Rafizi dalam sidang media hari ini.
Menurutnya, surat makluman kepada pemilik Padang Merbok, DBKL dan Balai Polis Dang Wangi akan dihantar pada hari ini sebagai memenuhi peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman iaitu notis dalam tempoh 10 hari.
Surat tersebut ditandatangani Rafizi bersama wakil PAS iaitu Syed Azman Syed Nawawi dan Anthony Loke dari DAP.
“Kita harap tidak akan berlaku sebarang tangkapan lagi kerana kita sudah memenuhi peraturan yang ditetapkan,” kata Rafizi dipetik KeadilanDaily.
Sementara itu, Pengarah Programm Datuk Johari Abdul berkata keselamatan peserta yang mengikuti himpunan menjadi keutamaan penganjur.
“Paling penting adalah keselamatan peserta, berhimpun dalam suasana aman dan santai,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-6-2013

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Aman Black505 pada 15 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun berdepan sikap double standard pihak berkuasa yang disifatkan cuba untuk melengah-lengahkannya.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.
Beliau berkata, tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.
“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.
“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.
“Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi kepada TV Selangor.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman Black505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.
Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.
Himpunan 15 Jun diteruskan, kata Rafizi
| Harakahdaily, | 07 Jun 2013 |

Sumber HD - 7-6-2013
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.
"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.
"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.
Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.
"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.
"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.
Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.
Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun
| Muhammad Faizal, | 09 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.
"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.
"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.
Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.
"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.
"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.
Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-6-2013

BARU empat tahun Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, lalu dia menyatakan bersedia ditentang dalam pemilihan pimpinan UMNO yang akan datang, tidak kira bila ia diadakan.
Melepaskan SPR daripada ketiak Jabatan Perdana Menteri adalah suatu tuntutan yang telah lama dikehendaki pembangkang. Pembangkang tidak pernah bersetuju SPR diletakkan di situ kerana ia tidak akan jadi badan bebas seperti tujuan ia diasaskan. Selagi ia diletak di situ, maka selama itulah akan dicap sebagai badan yang diperalatkan oleh Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) membidas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengatakan "sidang media diadakan di Parlimen sepatutnya untuk anggota Parlimen sahaja, bukan untuk NGO”.
PULAU PINANG: Persatuan Progesif India Malaysia negeri Pulau Pinang (Mipas) menggesa Kerajaan untuk tidak melambatkan lagi proses untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan & Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memberikan penyelesaian terhadap kes kematian dalam lokap Polis.
KUALA LUMPUR: Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokap balai polis bukan jalan penyelesaian untuk menangani kes kematian tahanan ketika di bawah pengawasan polis, kata Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar).
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menggesa Ahli Parlimen BN supaya menyokong usul cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dalam sidang parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.
KUALA LUMPUR: “Insya Allah, balik ke tanah air kelak, saya akan naik menemui Datuk Zahid Hamidi,” tulis Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan di facebook.
Serahkan Penyiasatan Kematian Dalam Tahanan Kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
KUALA LUMPUR: Kerajaan Umnolah yang pertama sepatutnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong kerana keengganannya melaksanakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) bukannya individu yang membuat melalui facebook pribadi mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Akibat penghinaan kerajaan Umno terhadap suruhanjaya diraja itu, kata Mahfuz (gambar kanan), kesannya kini ditanggung oleh rakyat dan mereka merasa semakin dianiayai.
KUALA LUMPUR: Orang ramai meminta polis yang akan didakwa kerana membunuh tahanannya petang ini dibiarkan mukanya terbuka untuk mempastikan ketelusan.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Malaysia akan menubuhkan satu Task Force bagi menyiasat kematian yang semakin menjadi-jadi dalam tahanan pihak berkuasa.
Suruhanjaya Integriti adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], berkuat kuasa mulai 1 April 2011. 