Yang benar tidak terikat dengan waktu – Pak Hamka
Tanpa sedar, masa begitu pantas berlalu. Segala hiruk-pikuk 2012 yang ditinggalkan kekal menjadi batas tauladan baik dan buruk dalam kelangsungan rentak hidup yang kian pantas.
Pengundi muda pemangkin kebangkitan
Tahun 2013 bakal menjadi medan penentu kepada golongan muda untuk mencorak peta masa hadapan Malaysia.
Melihat kepada peningkatan pengundi baru dan pengundi muda yang dianggarkan sekitar 50% daripada jumlah pengundi berdaftar kali ini, keputusan penentu PRU13 jelas terletak di tangan pengundi muda di saluran tiga dan saluran empat peti undi yang pastinya teruja untuk memilih pemimpin yang mampu membawa sinar baru di Malaysia.
Cadangan daripada Ketua Penerangan PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, agar SPR mempamerkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat, amat bertepatan dengan demografi pengundi dan kematangan politik generasi muda yang tidak lagi termakan dengan agenda dan dakyah berbau perkauman.
“Berdasarkan data-data sedemikian, parti parti dan ahli-ahli politik akan berbicara mengenai keperluan masyarakat mengikut usia, dan secara automatik isu-isu yang dibangkitkan akan meliputi semua kaum”, ujar beliau.
Robert Frost (1874-1963) ada mengungkapkan saranan untuk menempa perubahan di dalam syairnya yang popular, The Road Not Taken,
“Dua denai yang tersimpang, dan aku.. aku memilih denai yang jarang ditempuhi, dan ia telah mengubah segalanya”.
Agenda mencorak masa depan
Dalam tempoh kritikal ini, kepimpinan pemuda di semua peringkat perlu melaksanakan apa yang disarankan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan, “Kita menyertai PRU-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan, insyaAllah.
Seluruh Pemuda PAS khususnya yang terlibat di Unit Pengundi Muda di peringkat JPRN, JPRK, JPRD, dan JPRU perlu tangkas bergerak mengikut perancangan dan strategi yang telah disusun.
Medan kita kini adalah untuk menyantuni generasi muda di padang dan gelanggang sukan, pasar malam mahupun uptown, dengan menyusun aktiviti anak muda secara berkala seperti aktiviti futsal, wayang pacak di pasar malam dan kaunter-kaunter semakan daftar pemilih.
Aktiviti kebajikan di semua peringkat perlu dipertingkatkan dengan gerakkerja ziarah dan bantuan kebajikan rakyat secara berterusan sebagai ‘Duta Penyelamat dan Kasih Sayang’ bersama dengan gerakkerja pilihanraya yang dikemudi Jabatan Pilihanraya di semua peringkat.”
Ini adalah selaras dengan ketetapan Halatuju Pemuda PAS untuk sesi 2011/2013 bahawa Pemuda PAS di seluruh peringkat perlu menggerakkan segala sumber yang ada ke arah mencapai 5 halatuju secara kolektif iaitu:
1) Menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda
2) Mengoptimum penggunaan media baru bagi mendominasi pemikiran rakyat
3) Menampilkan PAS sebagai parti yang
prihatin dan pembela nasib rakyat
4) Membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara
5) Memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan memposisikan PAS sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS harus sedar bahawa amanah yang terpikul di bahu adalah besar, bukan sekadar untuk memenangi pilihanraya, tetapi turut memikul amanah untuk mencorak kemenangan. Cabaran besar terhadap dayasaing kita pada hari ini bukan lagi bersifat ‘antara-pakatan’ (inter-coalition) tetapi turut bersifat ‘sesama-pakatan’ (intra-coalition).
Cabaran pasca UMNO/BN kelak lebih mencabar sifatnya kerana kita bukan lagi bersaing dengan penguasa diktator yang zalim lagi jelas kemungkarannya, tetapi kita berdepan dengan sahabat politik dan rakan NGO yang sama-sama bersaing dengan dasar yang berbeza bagi mengisi vakum yang bakal ditinggalkan oleh regim UMNO/BN.
Ketika itu, apa yang menjadi faktor penentu terhadap jatuh-bangun PAS dalam memposisi perjuangannya sebagai gerakan tarbiyah, dakwah dan siasah, bergantung kepada kompetensi dan integriti yang dipamerkan oleh kaderkader jamaah dalam mengemukakan corak dan bentuk bernegara yang lebih baik.
Justeru, ia bukan lagi suatu pilihan tetapi merupakan satu kewajipan yang sangat mendesak bagi setiap individu pemuda untuk menyerlahkan kekuatan dan kepakaran masing-masing, sehingga mampu membuktikan kepada rakyat betapa ‘malaikat tidak dikenali’ (the unknown angel) ini benar-benar mampu untuk diberikan amanah mencorak masa depan negara.
Ini adalah suatu kewajipan kolektif dalam merealisasikan secara praktikal agenda ‘Islam sebagai ad-Din’ dalam ruang dan peluang demokrasi di Malaysia.
“Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (As-Saff: 13)
2013, fajar untuk negara berkebajikan, insyaAllah.
*Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Mencorak Masa Depan berdasarkan gagasan Membangun Negara Berkebajikan.
1 Januari 2013
Sumber HD - 1-1-2012
| Mohd Sabri Said, | 01 Jan 2013 |
(Skestsa yang dipertontonkan pada semua hadirin.)
BUTTERWORTH: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Pewaris berjaya menyantuni anak muda sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 bertempat di Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth malam tadi.
Program yang berlangsung secara santai itu juga merupakan program menutup tirai tahun 2012.
Menurut Pengerusi Generasi Pewaris MAIPP, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden (
gambar bawah kanan), Generasi Pewaris sengaja memilih R&R Bagan Ajam kerana ia bersesuaian dan strateji berikutan ianya terletak bersebelahan dengan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) memudahkan para pengunjung berhenti rehat serta datang bersama keluarga tersayang.
Ramai pengunjung rata-rata terpukau dengan persembahan qasidah, boria, sketsa dan konvoi bermotor dari Alternatif Riding Club (ARC) dan Pilot One Biker Club yang datang seramai 130 orang temasuk kapchai sekitar jam 10.00 malam.
Apa tidaknya, antara pengisian utama yang dilaksanakan menjurus kepada konsep santai iaitu lebih kepada mendidik bukanya menambah kelalaian rakyat terutamanya pengunjung beragama islam.
"Ianya satu kejayaan yang tidak disangka-sangka untuk menutup tirai 2012. Kedatangan tahun 2013 pastinya menambahkan lagi kesungguhan kami untuk terus mendekati para remaja," ujarnya.
Ketidak hadiran Yang Dipertua Majlis Agama Islam, Datuk Saleh Man yang dijangkakan pada jam 11.00 malam ekoran tersekat dalam kesesakan jalanraya berdekatan Tol Bukit Tambun tidak mematahkan semangat bahkan diatasi dengan kehadiran ramai sukarelawan dari 11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang.
Selain persembahan antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, celoteh pengerusi majlis, Ustaz Taufik Husin dan paling menyengat perasaan ialah tazkirah dua orang ustaz muda iaitu Ustaz Fawas Mohd Jan dan Ustaz Hanif Harun.
Selepas jam 12.00 malam barulah risalah dakwah disebarkan kepada pasangan yang menjadikan malam di R&R rumah kedua bersama pasangan masing-masing.
"Itulah tujuan kami sebenarnya. Kita bukan mengherdik atau memarahi mereka sebaliknya sekadar menegur sambil mengajak dengan hikmah. Mudah-mudahan hati mereka boleh dicairkan hasil tindakan yang tidak menyakitkan, " terangnya.
Program bersambung lagi hingga ke pagi jelas Afnan, untuk memastikan tiadanya gejala yang kurang sopan.
Sumber HD - 1-1-2012
| http://www.utusankini.com/, | 01 Jan 2013 |
PENCERAMAH BEBAS
Ustaz Azhar Idrus adalah personaliti paling menyerlah pada tahun 2012. Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang paling mendapat sambutan dalam tahun 2012. Cara ceramahnya yang bersahaja dan mudah difahami serta di selang seli dengan jenaka telah dapat menarik ribuan golongan muda hadir dalam setiap cermahnya.
Datuk Malek Noor : https://www.youtube.com/watch?v=iEC_DanAPi8
Bukan mudah untuk mengumpulkan orang menghadiri ceramah agama pada masa ini. Tetapi nama Ustaz Azhar Idrus telah berjaya menarik kehadiran ramai orang dalam mana-mana program yang dianjurkan. Walaupun ada yang mempersenda dan meremehkan kehebatanya. Ini adalah lumrah biasa selagi namanya manusia. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang namanya sahaja Melayu yang berketurunan Islam.
Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mengubah dirinya dari seorang penyanyi kepada seorang pendakwah yang berjaya. Semoga tahun 2013 akan lebih berjaya lagi.
Sumber HD - 1-1-2012
| http://manjongmari.blogspot.com, | 04 Jan 2013 |
Adoi,doi,doi, Tok Guru Nik Aziz buat lawak la.....
Apa mimpi Tok Guru Nik Abd Aziz malam tadi,,, apa yang menceriakan perasaannya tahun baru ni,,, apakah beliau dapat merasa akan kemenangan PR merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti...
Baca seterusnya Di sini
Lihat
http://manjongmari.blogspot.com/2013/01/adoidoidoi-tok-guru-nik-aziz-buat-lawak.html
Sumber HD - 4-1-2012
| Siti ‘Aishah Jauhara Binti Surtahman, | |
Di dalam kesibukan menyambut tahun baru 2013 ini, ada satu acara yang menjadi pemangkin kepada perubahan suasana dalam sambutan tahun baru di negara kita iaitu Sambutan Tahun Baru di Dataran Shah Alam oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Jelas, sambutan ini merupakan alternatif kepada anak muda yang sukakan hiburan dalam masa yang sama mendapat santapan rohani daripada pendakwah-pendakwah terkenal seperti Ketua Ulama’ Syria Syeikh Mohammad Ali Al-Sabouni, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Haslin Baharin. Sambutan ini turut menampilkan artis dan selebriti yang sudah berhijrah seperti Pierre Andre, Malek Noor, Diana Amir dan lain-lain. Perkongsian daripada artis ini sudah pastinya memberi seribu satu makna kepada anak muda dalam persiapan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
Dengan pendekatan santai dan bersahaja, sambutan di dataran Shah Alam ini dianggarkan menarik seramai 120,000 orang yang kebanyakannya adalah daripada kalangan anak muda. Majlis ini tidak disertakan dengan countdown malah soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus diteruskan sehingga pukul 12.45 pagi dan diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Ustaz Azhar Idrus.
Alternatif seperti inilah yang perlu dicontohi dalam mana-mana penganjuran sambutan tahun baru. Walaupun penganjuran majlis ini bertembung dengan majlis yang lain di I-City Shah Alam, saya percaya anak muda mampu memilih di manakah mereka mahu berada.
Dekatkanlah diri anak muda dengan ulama atau pendakwah supaya terdidik akhlak dan peribadi mereka mengikut acuan Islam bukan acuan Barat.
MPP UIAM mengucapkan sekalung penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor di atas penganjuran majlis Sambutan Tahun Baru 2013 ini.
Siti ‘Aishah Jauhara Binti Surtahman
Naib Presiden 3
Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2012/2013
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.