Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak esok
| Johari Jaafar, | 30 Apr 2012 |
IPOH, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium Perak.
Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya ucapan tersebut dijangka menarik perhatian peserta peserta konvensyen kali ini kerana ianya bagi menyuntik semangat seluruh pimpinan dan petugas-petugas Pakatan Rakyat di negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang kian hampir.
Turut berucap pada konvensyen itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pada malam forum bertajuk Pilihan Raya Umum 13 Membersihkan Yang Kotor akan diadakan di tempat yang sama jam 8.00 malam, antara panelis ialah Mohd Sabri dan Syed Ibrahim Noh di samping persembahan budaya di tapak konvensyen.
Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 bermula jam 9 malam diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah dengan penceramah terdiri daripada Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Nga Kor Ming dan V Sivakumar.
Beliau mempelawa seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut.
Sumber HD : 30/04/2012

"Kita menjangkakan Anwar akan mengupas beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 3.0 dan kebangkitan rakyat untuk melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil," ujarnya.
Turut berucap pada konvensyen itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pada malam forum bertajuk Pilihan Raya Umum 13 Membersihkan Yang Kotor akan diadakan di tempat yang sama jam 8.00 malam, antara panelis ialah Mohd Sabri dan Syed Ibrahim Noh di samping persembahan budaya di tapak konvensyen.
Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 bermula jam 9 malam diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah dengan penceramah terdiri daripada Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Nga Kor Ming dan V Sivakumar.
Beliau mempelawa seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut.
KONVENSYEN RAKYAT PERAK 2012 DI IPOH
01 Mei 2012
Para ahli dan penyokong yang hadir.
Dari Kanan : Ustaz Abu Bakar Husein,PJP Perak, Sdr Rafizi Ismail, Pengarah Strategi PKR dan Sdr Mohd Nor Manuty, KPPKR.
YB Sdr Tony Pua, SU Publisiti DAP
Sdr Rafizi Ismail, Pengarah Strategi PKR
Dari Kanan : YB Dato' Ir Mohd Nizar Jamaluddin, YB Sdr Tony Pua dan YB Datuk Nga Ko Ham,Pengerusi DAP Perak.
Di Pentas Pimpinan PR memulakan acara dengan menyanyi lagu Negaraku.
Suasana riang di kalangan Pimpinan PR Perak yang hadir.
Para peserta konvensyen turut menyanyikan lagu kebangsaan.
Muslimat juga tidak mahu ketinggalan memperkuat gerakerja parti.
YB Dr Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ucapan.
Sumber : http://intanhijau.blogspot.com/2012/05/lensa-intanhijau-konvensyen-rakyat.html
IPOH, 5 Mei: Seluruh pimpinan parti akan mendapat `suntikan'semangat ke arah gerak kerja yang lebih mantap menjelang Pilihanraya Umum ke-13 apabila Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka merasmikan Konvensyen PAS Perak kali ke 16, esok di Hotel Hill City di sini.
Konvensyen PAS kali penting kerana ianya dijalankan di saat hampir dengan pilihanraya, sudah tentu gerak kerja ditumpukan ke arah menenangkan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN pada tahun 2009 lalu.
Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, satu pembentangan kertas kerja bertajuk Menangani dan Mempertahan Kemenangan oleh Adun Kelaboran dari Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, serta sesi perbahasan setiap perwakilan beserta sesi soal jawab akan diadakan.
Katanya, melalui konvensyen ini objektif utama yang ingin dicapai adalah mengumpulkan seluruh kepimpinan PAS Perak di setiap peringkat.
Ujarnya lagi, konvensyen itu penting bagi menyatukan fikiran dan menyelaraskan tindakan kepada `wehdatul fikri dan wehdatul amal' di samping itu juga untuk meningkatkan tahap persediaan para pemimpin dan ahli untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
“PAS Perak menganjurkan program seperti ini kerana ia merupakan salah satu siri-siri pentarbiyahan PAS dengan menggunakan konsep nadwah. Para pimpinan dan ahli perlu mempunyai kefahaman dan fikrah terhadap kemenangan.
“PAS Perak tidak mahu ahlinya memperolehi kemenangan dengan fikrah dan kefahaman yang kosong. Sebaliknya memahami konsep kemenangan dan bersabar dengan ujian kemenangan, bagi memastikan keutuhan pemerintahan Islam selepas PRU 13 nanti,” ujar beliau.
Tambahnya, PAS tidak ingin untuk mencapai kemenangan dengan cara penipuan seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, khususnya isu rampasan kuasa di Perak.
Tegasnya, PAS juga tidak ingin berhadapan dengan kekalahan yang tidak diredhai olehNya, kerana itu Konvensyen PAS Perak kali ini mengajar erti kemenangan dalam redha Allah.
Sumber HD : 5/05/2012
Konvensyen PAS Perak esok suntik semangat
| Johari Jaafar, | 05 Mei 2012 |

SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.
SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan, semua kakitangan Syabas dikekalkan kecuali pengurusan kanan Syabas apabila proses ‘Step-In’ (campur tangan) kerajaan negeri Selangor ke dalamnya.
Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan ‘selamatkan’ dengan satu dasar bernama “Penstrukturan Semula Industri Air”. Terlalu banyak yang diselamatkan atau ‘bailout’.
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor terus konsisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 hanya harus dibincangkan sebagai sebahagian daripada pakej penstrukturan semula indusri air di negeri ini.
SHAH ALAM: Program Pemberian Air Percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri.

SHAH ALAM: Universiti Selangor (Unisel) berjaya membuktikan keunggulannya apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan negara walau dihimpit pelbagai berita angin.
SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari memaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersedia untuk menerima sampah-sampah dari kelung sangkar ikan khususnya di sekitar perairan Pulau Ketam.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.
SHAH ALAM: Seorang penceramah bebas, Ustaz Wan Ji Wan Husein (gambar) dipanggil ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 hari ini untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan.
Elizabeth menjelaskan, pihak penguatkuasa kesihatan sentiasa membuat lawatan dan kajian ke pusat-pusat membeli belah bagi mengkaji hal ini agar minyak masak kitar semula tidak dijadikan minyak masak semula kerana ia membahayakan kesihatan penggunanya.
SHAH ALAM: Bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie akan memberikan pidatonya 6 Disember ini di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam.
DUNGUN: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mendakwa Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.
“Pada tahun lepas, cabaran ekonomi dan sosial yang getir telah dilalui oleh PKNS dengan tekad dan komitmen yang lebih jitu untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat,” ujar Pengurus Besar PKNS, Othman Omar (gambar) dalam satu kenyataan.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.
Sebagai tanda sokongan, satu majlis pelancaran radio itu untuk peringkat Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi Ahad ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.